kertas kerja inovasi kotak

5
SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM TAJUK: SECRET COIN BOX DIHASILKAN OLEH: PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

Upload: eradidana

Post on 11-Dec-2015

110 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Inovasi Kotak

SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

TAJUK:

SECRET COIN BOX

DIHASILKAN OLEH:

PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH

SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR

Page 2: Kertas Kerja Inovasi Kotak

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

PERSATUAN PENCEGAHAN DADAH

SJK(T) KLEBANG 31200 CHEMOR.

TAJUK : SECRET COIN BOX

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SJK(T) Klebang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya mereka cipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan dan buangan dalam penghasilan

produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melatih murid menggunakan semula barangan plastic, kertas dan kaca supaya dapat menjaga

keseimbangan alam.5. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua ahli Persatuan Pencegahan Dadah SJK(T) Klebang, 31200 Chemor

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

Page 3: Kertas Kerja Inovasi Kotak

1. Alat – alat untuk menyimpan barangan kemas dan wang selalunya dibuat daripada bahan logam yang mahal.

2. Terlalu tinggi harga peti simpanan di pasaran.3. Penduduk luar Bandar tidak dapat menyimpan bahan berharga dengan selamat.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dan digunakan dalam kehidupan harian untuk mengaplikasikan teori ketumpatan Newton Kedua kerana murid memang sudah belajar dalam Tahun 5.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan Secret Coin Box yang selamat melalui aktiviti persatuan.

2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Alam

Sekitar.

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM 60.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

- Kotak air- Corong turas- dawai- garam- pili air- air suling- penyepit- bekas kaca- barang hiasan akuarium- glue stick

TINJAUAN DAN KAJIAN

Page 4: Kertas Kerja Inovasi Kotak

Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak jenis kotak keselamatan yang mahal dan senang dikesan oleh orang awam. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam keselamatan barang yang disimpan di dalamnya. Jadi , Secret Coin Box ini membantu untuk memudahkan penyimpanan barang berharga dan sukar dikesan oleh orang awam.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang dan buku Sains PMR untuk penghasilan satu kotak keselamatan ‘Secret Coin Box’ yang mempunyai kegunaan sama seperti kotak keselamatn yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan Pencegahan Dadah = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat

2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian Teori Ketumpatan dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku Sains PMR

untuk menghasilkan Secret Coin Box baru3. Mac : mengkaji teori Ketumpatan Newton dua ( Bilik Persatuan)

Menjalankan eksperimen ( Bilik Sains )4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Persatuan )5. Mei : Pasaran sampel kotak dalam sekolah – Kalangan guru6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SJK(T) Klebang dan PIBG7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Sains Alam Sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.