kertas penerangan - ahm80.files. · pdf filekertas penerangan . 2 ... carta atau graf yang...

11
1 (IT06-01-01-LE5-IS5) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1) No. DAN TAJUK MODUL M01- APLIKASI KOMPUTER No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL LE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET LE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION LE7 - USE DATABASE APPLICATION OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :- 1. UNDERSTOOD CLEARLY. 2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING TO REQUIREMENT. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN

Upload: vuxuyen

Post on 05-Mar-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

1

(IT06-01-01-LE5-IS5)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL M01- APLIKASI KOMPUTER

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERALLE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNETLE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEMLE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATIONLE5 - USE SPREADSHEET APPLICATIONLE6 - USE PRESENTATION APPLICATIONLE7 - USE DATABASE APPLICATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN

IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :-

1. UNDERSTOOD CLEARLY.2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING

TO REQUIREMENT.

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

Page 2: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

2

ISI KANDUNGAN

LE1 – IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL

TASK 01.00 Inroduction To Computers TASK 02.00 Computer System And Architecture

LE2 – IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET

TASK 03.00 Networking concepts TASK 04.00 Internet

LE3 – UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM

TASK 05.00 Window Operation And Command

LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION

TASK 06.00 Word Processing

LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION

TASK 07.00 Spreadsheet

LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION

TASK 08.00 Presentation

LE7 - USE DATABASEAPPLICATION

TASK 09.00 Database

Page 3: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

3

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 5 – Use Spreadsheet Application

No. & TAJUK TUGASAN TASK 07.00 –Spreadsheet

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 1 drp. : 9

TAJUK : ISTILAH-ISTILAH UMUM PADA LEMBARAN KERJA(EXCEL) TUJUAN:

Kertas penerangan ini akan membolehkan pelatih-pelatih mengetahui istilah-istilah umum yang sering digunakan pada lembaran kerja (Excel) agar mudah untuk mempelajari dan mempraktikkan apa yang diajar.

PENERANGAN:Excel merupakan suatu perisian lembaran kerja yang biasa digunakan untuk menghasilkan laporan atau lembaran hamparan yang ringkas ataupun rumit. Struktur dan fungsi-fungsi Excel mirip kepada peralatan dan ciri-ciri yang biasanya ditemui dalam persekitaran perisian Windows seperti bar menu, bar alat, anak tetingkap tugas dan sebagainya.

1. APAKAH YANG DIKATAKAN LEMBARAN KERJA

Lembaran kerja merupakan:

Versi elektronik bagi lejar Mengandungi grid yang terdiri daripada baris dan lajur Alatan pengkomputeran Boleh mengira dengan tepat formula matematik Menolong menyusun, memapar dan mengurus maklumat Mempunyai kemampuan membina carta dan graf Boleh digunakan untuk membina jadual

Apa yang menarik mengenai lembaran kerja ialah kita boleh membuat eksperimen dengan nombor tanpa perlu “RE-DO” semua pengiraan.

Page 4: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

4

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 2 drp : 9

2. KANDUNGAN LEMBARAN KERJA

Lembaran kerja terdiri daripada:i. Lajurii. Barisiii. Sel

Setiap sel mungkin mengandungi:TeksData bernomborFormula

2.1 Lajur Lajur bergerak secara vertikal - ke atas dan ke bawah Ia ditentukan oleh huruf yang terletak pada bahagian atas grid

Rajah 2.1 – Lajur pada Lembaran Kerja

2.2 Baris Baris bergerak secara horizontal – ke kiri dan ke kanan Baris ditentukan oleh nombor yang terletak pada sebelah kiri grid

Rajah 2.2 – Baris pada Lembaran Kerja

lajur

baris

Page 5: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

5

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka: 3 drp : 9

2.3 Sel Sel merupakan ruangan di mana lajur dan baris bertemu Dinamakan mengikut huruf lajur dan nombor baris Ia merupakan tempat maklumat ditulis dan disimpan

3. JENIS-JENIS DATA

Sel boleh mengandungi tiga jenis data:i. Label

Kesemua perkara yang merupakan teks Contohnya : Tajuk, perkara atau kos

ii. Constant Sebarang nombor Contohnya : 8, 3.14 atau -5.96

iii. Formula Persamaan matematik Contohnya : 8*5 or =6+8/4

Label Menolong mengenalpasti berkenaan nombor-nombor, menolong memahami lembaran

kerja Label adalah teks, ia tidak mempunyai sebarang nilai pernomboran

B6

Page 6: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

6

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka: 4 drp : 9

Constant Digunakan untuk memasukkan nombor Constant boleh terdiri daripada mana-mana nombor:

Matawang, peratus, perpuluhan.......

Menggunakan constant:Bila menggunakan constant atau nilai, kita mesti menggunakan simbol-simbol yang sesuai:

+ - merupakan simbol untuk penambahan - - merupakan simbol untuk pengurangan * - merupakan simbol untuk pendaraban / - merupakan simbol untuk pembahagian

Formula Merupakan persamaan yang menjalankan pengiraan Setiap formula mesti dimulakan dengan tanda samadengan (=) Setiap formula akan ditayangkan di skrin sebagai nombor, bar formula akan

menunjukkan formula

Fungsi (contoh : IF) Contoh Fungsi IF

=IF(A3>70, ”Pass”, ”fail”)Soalan : Apakah sel A3>70?

Jawapan : Sekiranya sel A3 lebih besar dari 70 ia akan memaparkan Pass, sekiranya kurang dari 70 ia akan memaparkan Fail.

Page 7: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

7

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 5 drp : 9

Carta atau Graf Kita boleh menggunakan Chart Wizard untuk membina

carta atau graf. Terdapat 16 jenis carta atau graf yang boleh dipilih. Jenis

carta atau graf yang dipilih biasanya bergantung kepada data yang digunakan.

4. CIRI-CIRI TETINGKAP EXCEL

Beberapa komponen terdapat di dalam tetingkap Excel termasuk bar menu, bar alat, bar formula, anak tetingkap tugas, bar tajuk dan tab-tab lembaran kerja.

Bar tajuk Bar formula Bar menu Bar alat Anak tetingkap

tugas

Pemilih sel

Tajuk lajur

Tajuk baris

Rajah 4 : Tetingkap Excel

Page 8: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

8

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 6 drp : 9

4.1 BAR TAJUK

Tetingkap Excel memaparkan nama buku kerja di sebelah kiri bar tajuk seperti yang ditunjukkan di rajah 4.1. Buku kerja yang belum disimpan dan dinamakan akan diberi nama sementara sepertiBook 1 dan sebagainya. Butang di sebelah kiri apabila terbuka akan memaparkan pilihan yang lebih kurang sama seperti ketiga-tiga butang di sebelah kanan bar tajuk iaitu:

Nama Butang Fungsi

Butang Minimize Meminimumkan tetingkap Excel supaya menjadi sebuah butang kecil di bar tugas Windows

Butang Maximize/Restore Memaksimumkan tetingkap Excel supaya mengisi seluruh skrin atau memulihkannya

ke saiz asal

Butang Close Menutup dan menamatkan Program Excel

4.2 BAR MENU

Bar menu menyenaraikan pelbagai kategori perintah yang digunakan untuk melaksanakan fungsi-fungsi dalam program Excel. Anda boleh memilih perintah-perintah daripada bar menu dengan menggunakan tetikus ataupun dengan menggunakan papan kekunci menerusi kekunci pintas atau kekunci panas yang disediakan. Berikut merupakan komponen-komponen utama seperti yang ditunjukkan di rajah 4.2.

Nama Komponen Penerangan

Menu perintahMenu yang menyenaraikan pelbagai perintah yang melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan

Kekunci panasCara alternative untuk melaksanakan sesuatu perintah dengan menekan kombinasi kekunci Alt dan kekunci lain di papan kekunci. Contohnya, anda juga boleh membuka sebuah kerja baharu dengan menekan kekunci Alt+F+N

Anak Panah Penambah

Klik anak panah penambah pada sesetengah perintah untuk menunjukkan perintah-perintah yang jarang digunakan

Kotak PertanyaanMasukkan soalan dan pertanyaan tentang penggunaan program Excel dan tekan kekunci Enter untuk mendapatkan petunjuk dan jawapan

Butang Minimize Untuk meminimumkan tetingkap lembaran kerja semasaButang Maximize/Restore Untuk memaksimumkan / memulihkan saiz tetingkap lembaran kerja

Butang Close Untuk menutup tetingkap lembaran kerja semasa

Nama buku kerja

Minimize

Maximize/Restore

Close

Rajah 4.1 : Bar Tajuk

Page 9: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

9

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 7 drp : 9

4.3 BAR ALAT

Klik butang-butang di bar alat seperti yang ditunjukkan di rajah 4.3 untuk melaksanakan perintah-perintah yang diwakili oleh setiap butang tersebut. Hanya perintah yang paling kerap diguna akan dipaparkan dalam bar alat. Satu penerangan ringkas tentang fungsi dan penggunaan butang perintah akan dipamerkan apabila penuding tetikus ditujukan ke butang tersebut.

Anda boleh mengubahsuai bar alat supaya hanya bar alat yang diperlukan akan ditunjukkan dan bar alat yang jarang digunakan akan disembunyikan. Perkara-perkara berikut perlu dilakukan untuk mengaktifkan atau menyembunyikan bar alat tertentu:

I. Letakkan penuding tetikus pada bar alat dan klik kanan untuk membuka sebuah menu bar alatII. Anda dapat perhatikan bahawa bar alat yang aktif mempunyai tanda semak di sebelahnya.

Maka, klik kotak semak di sebelah bar alat yang hendak diaktifkan atau disembunyikan untuk mengaktifkan atau menyembunyikan bar alat tertentu

Selain itu anda juga boleh mengubahsuai butang-butang di bar alat supaya hanya butang-butang perintah yang paling kerap digunakan akan dipaparkan dan menyembunyikan butang-butang perintah yang jarang digunakan. Untuk menyembunyikan butang perintah tertentu daripada bar alat, klik dan seret butang tersebut keluar dari bar alat dan lepaskannya di luar kawasan bar alat. Manakala untuk mengaktifkan butang perintah tertentu, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut.

I. Letakkan penuding tetikus pada bar alat dan klik kanan untuk membuka menu bar alatII. Pillih Customize di penghujung menu tersebut untuk membuka tetingkap Customize seperti

yang ditunjukkan di rajah 4.31. Pastikan tab Commands di bahagian atas tetingkap telah dipilihIII. Pilih kategori perintah tertentu daripada kotak Categories dan kesemua perintah yang tergolong

dalam kategori tersebut akan disenaraikan di kotak Commands.IV. Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan pada ruang kosong di

bar alat

kekunci

Kekunci panasAnak panah penambah

Menu perintah

Rajah 4.2 : Bar Menu

Rajah 4.3 : Bar Alat

Page 10: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

10

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 8 drp : 9

4.4 BAR FORMULA

Label atau alamat sel yang dipilih akan ditunjukkan pada kotak Name di sebelah kiri bar formula. Data yang anda masukkan ke dalam sel pula akan dipaparkan pada kotak formula di sebelah kanan bar formula. Pembetulan data boleh dilakukan di kotak formula tersebut.

Selain itu anda juga boleh memasukkan formula di kotak Insert Function atau memilih fungsi Excel untuk membuat pengiraan di sel tertentu. Hasil pengiraan akan dimasukkan ke dalam sel yang dipilih dan formula bagi sel tersebut akan ditunjukkan di kotak formula.

4.5 ANAK TETINGKAP TUGAS

Anak tetingkap tugas merupakan satu pembaharuan dalam persekitaran Excel. Anak tetingkap New Workbook menyenaraikan buku kerja Excel yang paling kerap digunakan, Anda boleh membuka buku kerja terus daripada senarai itu atau memulakan buku kerja kosong yang baharu. Anda juga boleh mengguna tempat lembaran hamparan yang disediakan oleh Excel.

Anda juga boleh membuka anak tetingkap tugas yang lain seperti anak tetingkap tugas Clipboard yang membolehkan anda menyalin dan menampal data di lokasi yang berlainan. Anak tetingkap Search membolehkan anda memasukkan pertanyaan atau tajuk pencarian untuk mencari penyelesaian kepada soalan yang ditanya dan anak tetingkap Insert Clip Art membolehkan anda menyisip imej, gambar atau grafik ke dalam lembaran kerja.

Rajah 4.31 : Tetingkap Customize

Page 11: KERTAS PENERANGAN - ahm80.files. · PDF fileKERTAS PENERANGAN . 2 ... carta atau graf yang dipilih biasanya ... Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan

11

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 Muka : 9 drp : 9

SOALAN:

1. Nyatakan tiga daripada bar yang terdapat dalam tetingkap Microsoft Excel.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Apakah nama sementara yang diberi kepada fail-fail yang belum dinamakan?_________________________________________________________________________________

3. Nyatakan fungsi bagi ketiga-tiga butang pada tetingkap Excel ini.a) Butang Minimize

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Butang maximise/restore______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c) Butang Close______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Nyatakan 3 jenis data yang boleh terdapat pada sel lembaran kerja________________________________________________________________________________

5. Nyatakan 7 komponen yang terdapat pada bar menu________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

RUJUKAN: Chian Fui Suan & Abd. Rashid Mohd Ali: Siri Teks Politeknik ; Aplikasi KomputerPenerbit : Fajar Bakti Sdn.Bhd. Selangor Darul EhsanMukasurat : 93 ~ 107

Laman Web : www.manassas.k12.va.us/round/classweb/volz/excelclass