kotak serbaguna (mini projek)

22
DUTY : MINI PROJEK TASK 01.01 PROJEK : KOTAK SERBAGUNA FUNGISI PROJEK : 1) Untuk membantu memudahkan tempat penyimpanan barang . 2) Memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana kerana ianya ringan. 3) Menimatkan ruang kerana saiznya yang kecil membantu pengguna untuk menyimpannya. 4) Untuk membantu menjimatkan masa pengguna untuk mencari barang yang telah disimpan. 5) Untuk mengelakkan daripada barang berselerak BAHAN DAN PERALATAN : BAHAN / PERALATAN/ MESIN GAMBAR 1. Papan lapis

Upload: matzstarring

Post on 16-Sep-2015

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR

TRANSCRIPT

DUTY : MINI PROJEKTASK 01.01 PROJEK : KOTAK SERBAGUNAFUNGISI PROJEK :1) Untuk membantu memudahkan tempat penyimpanan barang .2) Memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana kerana ianya ringan.3) Menimatkan ruang kerana saiznya yang kecil membantu pengguna untuk menyimpannya.4) Untuk membantu menjimatkan masa pengguna untuk mencari barang yang telah disimpan.5) Untuk mengelakkan daripada barang berselerak

BAHAN DAN PERALATAN :BAHAN / PERALATAN/ MESINGAMBAR

1. Papan lapis

2. Kayu (1x2)

3. Gam Kayu

4. Gergaji Kayu

5. Pita Ukur

6. Pensel

7. Sesiku L

8. Pahat dan ganding kayu

9. Table clamp.

10. Gergaji lengan (Radial Arm Saw)

11. Mesin ketam

12. Mesin jointer

13. Nail gun

14. Router Hand Machine

15. Circular Saw

SENARAI BAHAN DAN KOSBahan KuantitiKos SeunitHarga (RM)

Kayu ( 1x 6x 148)

1 Btg22.0022.00

Kayu ( 1x 2x148)

Btg10.005.00

Papan Lapis

Kpg50.0012.50

JUMLAHRM 39.50

01.02: PERINCIAN PENGGUNAAN TANGGAM DALAM PROJEK

TANGGAM YANG DIGUNAKAN BAGI KOTAK BENTUK INI:A. Tanggam parit terusB. Tanggam lubang dan putingC. Tanggam lekap penjuru

01.03 LUKISAN PANDANGAN

01.04 LANGKAH LANGKAH PENGHASILAN

Langkah 1

Memilih dan mengukur kayu yang sesuai mengikut saiz yang dikendaki ( kayu 1x2). Dalam projek ini 2 batang kayu bersaiz ini di gunakan dalam ukuran 148 cm setiap 1

Langkah 2

Memilih kayu plywood/papan lapis yang sederhana tebal dan sesuai untuk dijadikan sebagai penutup tepi pada bahagian kotak serbaguna tersebut selain itu, satu lagi jenis papan lapis yang tebal sedikat untuk bahagian tapaknya.

Langkah 3

Mememotong kayu 1x 2 kepada beberapa bahagian menggunakan mesin radial arm saw .

Langkah 4

Menggunakan mesin pengetam pelurus/ jointer untuk meluruskan kayu yang telah siap dipotong tadi

Langkah 5

Seterusnya, Kerja mengetam kayu dilakukan untuk mendapatkan permukaan kayu yang sekata dan lurus menggunakan mesin pengetam

Langkah 6

Kerja mengukur dan memotong papan lapis /plywood mengikut saiz yang dikehendaki dilakukan.

Langkah 7

Memotong papan lapis tadi menggunakan mesin radial arm saw untuk mendapatkan ketepatan ukuran yang hendak dimiliki.

Langkah 8

Kerja mengukur dan menanda pada kayu yang akan menggunakan tanggam lubang dan puting dengan menggunakan sesiku L untuk membuat tempat pemegang bagi kotak bentuk tersebut.

Langkah 9

Memotong pada permukaan kedua-dua belah tempat pemegang yang dijadikan sebagai tanggam putting menggunakan gergaji

Langkah 10

Kerja Memahat untuk membuat lubang bagi tanggam puting di lakukan.

Langkah 11

Seterusnya menggunakan kumai/ router untuk membuat lengkuk tepi kayu dan melicinkan permukaan pemegang kayu supaya lebih cantik dan selesa untuk dipegang.

Langkah 12

Kerja pemotongan kayu untuk kedua-dua belah tepi rangka kotak bentuk sebanyak 8 batang kayu dilakukan menggunakan radial arm saw

Langkah 13

Selepas sahaja kayu telah di potong. Kerja membuat tangam parit terus dan juga tanggam temu di lakukan menggunakan mesin radial arm saw .

Langkah 14

Hasil selepas memotong permukaan bahagian penjuru tepi dan tengah kayu tersebut untuk di jadikan sebagai tanggam parit terus dan juga tanggam temu.

Langkah 16

Dengan menggunakan gam kayu dan nail gun kerja melekatkan dan menyambungkan setiap sisi kayu di lakukan.

Langkah 17

4 batang kayu yang sama panjang telah dipotong dan juga pada tengah kayu tersebut di potong separuh untuk dijadikan tangam parit terus menggunakan radial arm saw. Kayu ini merupakan rangka bagi kelebaran kotak bentuk.

Langkah 18

Proses mencantum setiap kayu kerangka pada semua bahagian menggunakan menggunakan gam kayu dan dikuatkan lagi menggunakan nail gun pada bahagian sambungan kayu tersebut.

Langkah 19

Kerja pengukuran papan lapis/ plywood pada bahagian tapak bawah mengikut ukuran yang ditetapkan dilakukan. Dan kerja memotong papan lapis tersebut dilakukan menggunakan mesin radial arm saw

Langkah 20

Proses mencantum setiap kayu kerangka pada semua bahagian menggunakan gam kayu dan dikuatkan lagi menggunakan nail gun pada bahagian sambungan kayu tersebut.

Langkah 21

Kerja menampal kayu pada permukaan sisi kotak serbaguna dilakukan menggunakan glu kayu. Dan setelah itu di kuatkan lagi menggunakan nail gun.

Langkah 22

Kerja mengukur dan menanda jarak untuk menghias permukaan hadapan kayu dengan menggunakan papan lapis nipis dan perlu dipotong secara berselang seli.

Langkah 23

Kerja menampal kayu secara berselang seli dengan menggunakan gam kayu dilakukan.

Langkah 24

Selepas gam kayu tersebut kering sepenuhnya kerja diteruskan dengan menggunakan nail gun pada semua permukaan kayu yang telah ditampal untuk mengelakkan kayu tersebut daripada bergerak dan lari dari kawasan

Langkah 25

Menggunakan mesin gergaji jig untuk membuat kemasan yang hendak dilekatkan pada kotak serbaguna.

Langkah 26

Corak yang telah siap di buat menggunakan gergaji jig

Langkah 27

Kerja melicin dan menghaluskan permukaan ukiran kayu tersebut dengan menggunakan kikir .

Langkah 28

Kayu ukiran tersebut di letakkan gam kayu dan ditampal pada permukaan kotak dan juga disumbatkan sedikit pillar pada celah-celah permukaan kayu yang terbuka.

Langkah 29

Setelah semua kerja selesai dan gam tersebut kering, kerja diteruskan dengan menggunakan mesin sander pada permukaan kayu supaya permukaan kayu menjadi lebih licin dan cantik

Langkah30

Langkah terakhir ialah diletakkan tapak pada permukaan bawah kotak serbaguna tersebut.

Hasil daripada kreativiti kumpulan kami menyiapkan kotak serbaguna.

Pandangan hadapan

Pandangan sisi

Pandangan sisi

Pandangan atas

RUJUKAN

1. http://kerjakayu.my/2. http://nota-sekolah.blogspot.com/2013/05/bab-2-rekabentuk-dan-penghasilan-projek_22.html3. http://michifayorofo.blogspot.com/p/buletin.html4. http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/viewFile/3078/27665. http://groupkemahiranhidup.blogspot.com/2012/04/alatan-tangan-jenis-mesin-kegunaannya.html