kertas kerja - ifolio - authentication - universiti web view · 2014-05-2910.0 carta...

19
PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014 KERTAS KERJA PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 -30/04/2014 TEMPAT: TIBE, UKM, KAMPUS KUALA LUMPUR ANJURAN: PUSAT KOMPUTER TOH PUAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1

Upload: haminh

Post on 25-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

KERTAS KERJA

PROGRAM PC FAIR

TARIKH:

29/04/2014 -30/04/2014

TEMPAT:

TIBE, UKM,

KAMPUS KUALA LUMPUR

ANJURAN:

PUSAT KOMPUTER TOH PUAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2013/2014

1

Page 2: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

KERTAS KERJA

PROGRAM PC FAIR

KELAB KOMPUTER TOH PUAN

KOLEJ TUN SYED NASIR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

untuk mengadakan program Pc Fair,di samping program-program bermanfaat

yang lain.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar tentang cara untuk

mengurus gerai jualan dan cara untuk berkerjasama dengan pihak luar. Program ini

akan berlangsung selama dua hari bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

Programini dijalankan dengan kerjasama daripada Persatuan Industri Komputer &

Multimedia Malaysia (PIKOM) dan bertindak sebagai pembekal barang-barang

jualan.Program ini juga diadakan bertujuan memberi kemudahan kepada

mahasiswa/siswi serta masyarakat luar untuk membeli barangan multimedia seperti

laptop,printer serta gadget terkini yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.Di

samping itu,mahasiswa/siswi daripada IPTA/IPTS lain seperti UniKL,IMR dan UUM

akan dijemput untukmenghadiri program-program yang akan dianjurkan nanti. Selain

2

Page 3: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

itu,kami juga menyediakan satu gerai baik pulih komputer untuk kemudahan

mahasiswa/siswi dan masyarakat luar.

3.0 MATLAMAT

3.1 Sebagai pusat kempen kesedaran ICT bagi merangsang kesedaran

pelajar, guru dan komuniti khususnya terhadap penggunaaan jalur

lebar(internet) dan ICT dalam bidang pendidikan dan kehidupan

seharian.

3.2 Meningkatkan taraf pengetahuan pelajar dan komuniti berkenaan

bidang ICT.

3.3 Mempromosikan implementasi ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di institusi.

3.4 Memberi kemudahan kepada pelajar untuk membeli barangan

komputer dan membaiki komputer yang bermasalah.

4.0 MISI

Memberi pendedahan secarameluas kepada mahasiswa/siswi di IPTA/IPTS serta

komunitiberkenaan dunia teknologi maklumatdan dapat memberi peluang kepada

mahasiswa/siswi serta masyarakat luar untuk membeli barangan komputer dengan

harga yang berpatutan.

3

Page 4: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

5.0 VISI

Melahirkan siswazah yang berintelektual dalam bidang ICT setanding dengan

akademik.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan siswazah yang berintelektual dalm bidang ICT.

6.2 Mendedahkan kepada siswazah dan komunititerhadap penggunaan

jalur lebar(internet) dan ICT dalam pembelajaran.

6.3 Memupuk minat siswazah dalam bidang keusahawanan.

6.4 Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan keperluan

barangan komputer dan gadget dengan harga yang berpatutan.

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 29-30 April 2014 (Selasa & Rabu)

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

8.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan:

1. TIBE, UKM Kampus Kuala Lumpur.

4

Page 5: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

9.0 STRATEGI PUBLISITI

1. Strategi publisiti:

Melalui media cetak- posters, ‘flyers’, banners

Jemputan IPTA/ IPTS tertentu

2. Kawasan liputan: (posters dan ‘flyers’)

UKM kampus Bangi, UKM kampus Kuala Lumpur, dan PPUKM

KTSN 1, 4, 5 dan Plaza Rah

IPTA/ IPTS di sekitar Kuala Lumpur

Tasik Titiwangsa

10.0 CARTA ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran B.

12.0 PERINCIAN PROGRAM

1.0 Jualan IT

Jualan IT merupakan program utama PC FAIR. Pihak-pihak penting seperti

syarikat Acer, Asus, Dell, dan Thunder Match akan dipelawa untuk bekerjasama

5

Page 6: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

menjayakan program ini. Mahasiswa mahasiswi dari UUM, UTM, pelajar-pelajar

sekolah sukan, orang awam juga dipelawa untuk dating ke PC Fair ini. Anggaran

gerai yang akan dibuka adalah 10-15. Pelbagai alat IT akan dipamerkan dan dijual

pada ketiga-tiga hari tersebut. Antaranya termasuklah computer riba, tab, mp3,

mp4, ‘pendrive’, ‘external hard-disk’ serta aksesori-aksesori computer seperti

tetikus, pembesar suara, earphone dan sebagainya.

Jualan IT ini bukan sahaja dapat mendedahkan orang ramai tentang

pengetahuan teknologi, malahanakan menguntungkan pihak peniaga yang

berniaga. Pengunjung juga boleh membandingkan harga antara gerai untuk

mendapatkan perkhidmatan yang paling memuaskan.

Jualan ini mendedahkan mahasiswa mahasiswi mengenai kemahiran

menguruskan program yang berbentuk perniagaan seperti memastikan kebajikan

dan keselamatan orang awam, pengurusan kesesuaian tempat, kebersihan

persekitaran serta pengurusan teknikal dan kemudahan. Jualan in juga

mendedahkan persaingan sihat, daya saing, dan daya tahan peniaga-peniaga

kepada mahasiswa mahasiswi. Pengalaman sebegini mendedahkan mahasiswa

mahasiswi kepada situasi perniagaan sebenar dan seterusnya memanfaatkan

mereka sekiranya mereka berhasrat untuk berniaga kelak.

2.0 Format Komputer

Seperti Jualan IT, pihak-pihak dari luar juga dijemput untuk membuka gerai di

TIBE untuk menyediakan perkhidmatan seperti format komputer, memasang

perisian-perisian computer seperti antivirus. Bayaran yang dicaj adalah berpatutan

dan boleh ditanggung oleh mahasiswa mahasiswi. Anggaran bilangan gerai adalah

6

Page 7: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

2-3. Dengan ini, mahasiswa mahasiswi boleh menikmati perkhidmatan tersebut

tanpa perlu pergi ke kedai komputer yang terletak jauh dari kampus.

3.0 Seminar ‘Spesifikasi Komputer’

Program ini disampaikan oleh pensyarah yang dijemput dari UKM Bangi.

Disebabkan laptop yang berbeza mempunyai banyak spesifikasi yang berbeza,

pembeli laptop biasanya keliru dengan pelbagai spesifikasi tersebut dan akhirnya

akan membeli laptop yang mempunyai spesifikasi yang tercanggih dan

membazirkan duit kerana laptop sebegitu biasanya amat mahal. Sepatutnya

pembeli harus membeli laptop dengan merujuk kepada kegunaan laptop tersebut

kerana laptop hanya akan berfungsi dengan optimum jika spesifikasi sepadan

dengan kegunaan laptop. Penyampai program ini akan menjelaskan dan mengajar

peserta tentang spesifikasi laptop seperti processor, RAM, ‘hard disk’, video ram

dan sebagainya. Peserta juga boleh mengemukakan soalan kepada penyampai dan

seterusnya dapat menguasai spesifikasi tersebut dengan baik dan sempurna.

Sehubungan itu, dengan mengetahui spesifikasi laptop dengan sempurna, maka

pembeli laptop akan dapat membeli laptop yang paling sesuai untuknya dan tidak

lagi membazirkan duit untuk laptop yang dikatakan terlalu canggih untuknya.

4.0 Seminar ‘Cara Membina Laman Web’

Untuk seminar ini, pensyarah tersebut akan mengajarkan teknik-teknik untuk

membina laman web. Kemahiran ini amat penting kerana laman web sudah

menjadi sesuatu fenomena dan medium utama untuk berkomunikasi dan bersosial

dalam kalangan masyarakat. Pelbagai potensi boleh dikembangkan melalui

7

Page 8: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

pembinaan laman web antaranya ialah membuka perniagaan secara ‘online’.

Melalui bisnes online, mahasiswa/i bakal mengasah nilai keusahawanan serta nilai

komunikasi dalam diri mereka seterusnya menjadi nilai tambah apabila mereka

mencari pekerjaan kelak.Tambahan pula, mahasiswa/i boleh memanfaatkan laman

web untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat penting dalam bidang

masing-masing kepada khalayak ramai.Seterusnya, menjadi laman web rujukan

untuk rakan sebaya atau orang awam.

5.0 Mini Games

Terdapat 3 jenis ‘mini games’ yang akan kami anjurkan untuk menarik minat

pengunjung ke pameran PC ini. ‘Mini games’ yang diadakan adalah ‘Puzzle’, dan

‘Sudoku’.Yuran pendaftaran ialah RM1/game. Yuran ‘games’ ini adalah

sebahagian daripada pendapatan pameran PC. ‘Puzzle’ dan ‘Sudoku’ merupakan

permainan kecil yang nampaknya senang tetapi agak susah, ia menguji imaginasi

dan minda pemain. Ia juga memerlukan tumpuan dan fokus yang tinggi dalam

permainan tersebut. Secara langsung, kedua-dua ‘mini games’ ini akan melahirkan

mahasiswamahasiswi yang mempunyai tumpuan yang tinggi, berimaginasi, cerdas

serta berupaya menyelesaikan masalah. Aktiviti ini membolehkan mahasiswa

mahasiswi yang tidak berminat kepada jualan produk untuk mengisi masa mereka

dengan menyertai ‘mini games’.Selain itu, peserta juga dapat menghilangkan

tekanan, merehatkan minda setelah menghadiri kuliah sepanjang hari, serta

menggembirakan diri dalam permainan tersebut. Di samping itu, kami juga

mengadakan ‘mini game’ ‘Kuiz’ yang bertujuan untuk menguji pengetahuan

peserta berkenaan sejarah, perkembangan serta ilmu-ilmu berkaitan bidang IT.

8

Page 9: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

Secara tidak langsung, para peserta akan lebih memahami bidang IT dan ‘Kuiz’

ini akan meningkatkan pengetahuan para peserta tentang bidang IT juga.

Senarai Pensyarah yang akan Terlibat dengan Seminar :

1. Ms. Amelia Natasya Abdul Wahab (FTSM)

2. Mr. Ahmad Tarmizi Abdul Ghani (FTSM)

3. Ms. AidanismahYahya (FTSM)

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sila rujuk lampiran C

14.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi:

PENGARAH :

NadzirahKamarudin

0193928213

nadzirah.kamarudin90@gmailcom

9

Page 10: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

15.0 PENUTUP

Kertas kerja ini adalah satu cadangan yang diusulkan agar dapat memberi

pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa/siswi tentang program dalam

komputer seperti Microsoft dan juga seminar. Selain itu, cadangan ini adalah

untuk melahirkan sisawazah yang mempunyai kemahiran IT yang luas seiring

pencapaian akademik. Semoga program ini dapat mencapai matlamat dan

objektif seperti yang dirancangkan.Kelulusan dan kerjasama dari pihak

tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Amat

diharapkan bahawa kertas kerja ini akan mendapat kelulusan serta mendapat

bantuan kewangan dari pihak JPPel. Akhir kata,diharapkan semua pihak dapat

memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program

ini.Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima

kasih.

10

Page 11: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

Disediakanoleh,___________________ NUR SYAKIRAH BT MOHD SHAHRANISetiausahaProgram Pc FairKolejTun Syed NasirUniversitiKebangsaan Malaysia

DisemakOleh,_______________________ NURFADHLINA BT TUKIMANMEP PemantauKolejTun Syed NasirUniversitiKebangsaan Malaysia

Disahkanoleh, ________________________ EN. AHMAD FAKHRURRAZI MOKHTARFeloPemantauKolejTun Syed NasirUniversitiKebangsaan Malaysia

Diperakuioleh, _________________________ DR. MOHD SYAM OTHMANTimbalanPengetua I KolejTun Syed NasirUniversitiKebangsaan Malaysia

Diluluskanoleh, _________________________ PROF DR. RUZITA ABD TALIBPengetuaKolejTun Syed NasirUniversitiKebangsaan Malaysia

11

Page 12: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM “PC FAIR IS WAITING FOR YOU!”

JAWATAN NAMA FAKULTI NO. MATRIKPENGARAH NADZIRAH KAMARUDIN FSK/1 A144700T.PENGARAH HAMIZATUL AKMA HAMZAH FPER/2 A139763SETIAUSAHA NUR SYAKIRAH BT MOHD SHAHRANI FSK/1 A144509BENDAHARI ATIKAH ASYILA ABDUL RAZAK FSK/2 A140230EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI

ILYIA FARHANA IBRAHIM FSK/1 A144609MOHD ROSLAN BIN MOHD ROSHDI FSK/2 A141738

: AJK MUTIMEDIA & PUBLISITI

NOR ZAWANI BT HASAN FSK/1 A144620NUR ALIYA BT MOHD JONED FSK/1 A144621

EXCO PROGRAM LEU YEE VEN FSK/1 A144480LIM HOOI HUAN FSK/1 A144488

: AJK PROGRAM NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH FSK/1 A144479NUR AISYAH NADIWA BT NOOR FSK/1 A144491MUHAMMAD FIKRI BIN MUSA FSK/2 A140500

EXCO PEMASARAN SITI NUR HUMAIRA BINTI SAKIMAN FSK/1 A144623HAMIDAH BINTI HAMZAH FSK/1 A144636

: AJK PEMASARAN MOHD SAUFIQ BIN YUSOF FSK/1 A144625EXCO TEKNIKAL NURUL AISYAH BINTI KAMARUDIN FSK/1 A144630

SYAHIRAH BT USMAN ALI FSK/1 A144614: AJK TEKNIKAL MUHAMMAD IMRAN BIN CHE OMAR FSK/1 A144608

YUSUF BIN ABU BAKAR FSK/1 A144571MOHD FAWWAZ AFIF BIN ZULKAFLI FSK/1 A144478MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN BIN HASNAN

FSK/1 A144626

EXCO PERHUBUNGAN

NOOR SYAHIRAH BT ABDUL RASHID FSK/1 A144622AISYAH ABDULLAH FSK/1 A144467

EXCO TTK NURHAZIMAH BT KHIR JOHARI FSK/1 A144706NUR ALIAH SUAIDAH BT SAADAN FSK/1 A144682

:AJK TTK NURSABARIAH BT AHMAD HELMI FSK/1 A144681NURHANA ATIKA BT HANAFI FSK/1 A144693FATIN NABILA BT MAZLAN FSK/1 A144708

12

Page 13: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN

PROGRAM “PC FAIR IS WAITING FOR YOU!”

KELAB KOMPUTER TOH PUAN

Anggaranpendapatan.

Bil. Perkara Jumlah

1 Tajaan RM 1120.00

2 Jualan RM 400.00

3 Yuran peserta ucapan (RM 10 X 100 ) RM 1000.00

Jumlah RM 2520.00

Anggaran perbelanjaan.

Bil Perkara Jumlah

1 Jamuan

1) Peserta – Nasi ayam + air mineral (RM4.50 X 100)

2) Penceramah – Nasi berlauk + air mineral ( RM7.00 x 2 )

RM 464.00

2 Pemasaran

1) Modal jualan ( RM200 )

2) Kad ITALK ( RM 50 X 3 )

3) Fotostat ( RM 47 )

RM 397.00

3 Perhubungan

1) Fotostat ( RM 10.00 )

RM 115.00

13

Page 14: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

2) Surat menyurat (RM 5.00 )

3) Kad ITALK ( RM50 X 2)

4 Publisiti

1) Banner ( RM 50 X 2 )

2) Banting ( RM 20 x 15 )

3) Poster ( RM 3.00 x 20 )

4) Flyers ( RM 0.10 x 40 )

5) Brochures ( RM 0.20 x 150 )

RM 494.00

5 Program

1) Bayaran penceramah ( RM 200 x 2 )

2) Kad ITALK ( RM 20 x 2 )

3) Fotostat ( RM 10 )

4) Hadiah ( RM 100 x 1 )

RM 550.00

6 Tugas-tugas khas

1) Sijil peserta ( RM 1.50 x 100 )

2) Cenderemata penceramah ( RM 10.00 x 2 )

3) Goody bag ( RM 3.00 x 100 )

RM 470.00

7 Teknikal

1) Kad ITALK ( RM 30 X 1 )

RM 30.00

Jumlah RM 2520.00

LAMPIRAN C

ATURCARA PROGRAM “PC FAIR IS WAITING FOR YOU!”

KELAB KOMPUTER TOH PUAN

AKTIVITI UTAMA (TARIKH, MASA DAN TEMPAT)

14

Page 15: KERTAS KERJA - iFolio - Authentication - Universiti Web view · 2014-05-2910.0 CARTA ORGANISASI. Sila rujuk lampiran A. 11.0 ... PERINCIAN PROGRAM. Jualan IT. Jualan IT merupakan

PROGRAM PC FAIR TARIKH: 29/04/2014 – 30/04/2014

29 April 2014 (Selasa)

MASA AKTIVITI

09.00am – 06.00pm (sepanjang hari) Jualan Produk IT

09.00am – 06.00pm (sepanjang hari) Servis Format Komputer

11.00am – 12.00pm Pendaftaran ceramah

12.00pm – 02.00pm Seminar ‘Spesifikasi Komputer’

02.30pm – 04.30pm Mini Game 1 : Kuiz IT

03.30pm – 04.30pm Mini Game 2 : Sudoku

30 April 2014 (Rabu)

MASA AKTIVITI

09.00am – 05.00pm (sepanjang hari) JualanProduk IT

09.00am – 05.00pm (sepanjang hari) Servis Format Komputer

11.00am – 12.00pm Pendaftaran Ceramah

12.00pm – 02.00pm Seminar ‘Cara Membina Laman Web’

02.30pm – 04.30pm Mini Game 1 : Kuiz IT

03.30pm – 04.30pm Mini Game 3 : Puzzle

15