sistem rekod jualan (autosaved)

23
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA CADANGAN PROJEK NAMA : ISWANDI ABDUL RAHMAN SAFAWATI ZAWANAH PUTRI SUGIANTO NO.PEND : 20RIP09F2001 20DNS09F2005 TAJUK : SISTEM REKOD PEMBELIAN & JUALAN KOPERASI POLITEKNIK MUKAH SARAWAK SESI : DISEMBER 2010 PENSYARAH : P. HERASUHANTI HERMAIN PROJEK REKABENTUK & ANALISIS

Upload: nurasyikinbin385

Post on 01-Jul-2015

1.505 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem rekod jualan (Autosaved)

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

POLITEKNIK KEMENTERIAN

PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PROJEK REKABENTUK & ANALISISF4229

CADANGAN PROJEK

NAMA : ISWANDI ABDUL RAHMAN

SAFAWATI ZAWANAH PUTRI SUGIANTO

NO.PEND : 20RIP09F2001

20DNS09F2005

TAJUK : SISTEM REKOD PEMBELIAN & JUALAN KOPERASI

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

SESI : DISEMBER 2010

PENSYARAH : P. HERASUHANTI HERMAIN

SINOPSIS PROJEK

PROJEK REKABENTUK & ANALISIS

F4222

Page 2: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Projek penghasilan Sistem Rekod Pembelian dan Jualan Koperasi Politeknik Mukah

Sarawak adalah merupakan salah satu tajuk projek semester akhir pelajar politeknik Mukah

Sarawak .Projek IT seumpama ini di laksanakan khususnya pelajar yang mengikut Diploma

Teknologi Maklumat pengaturcaraan mahupun rangkaian .Projek semester akhir ini adalah

projek yang wajib di ambil bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma seperti yang telah di

tetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penghasilan projek IT seumpama ini

adalah bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukan kemahiran

yang di pelajari selama menuntut di Politeknik . Oleh kerana itu pelajar di berikan tempoh masa

lebih kurang dalam enam bulan untuk melaksanakan projek ini sebelum tamat pengajian .

Penghasilan projek Sistem Rekod Belian dan Jualan Koperasi Politeknik Mukah yang

akan di hasilkan ini adalah untuk membantu pihak pengurusan Koperasi Politeknik Mukah

supaya koperasi tersebut dapat membaiki kelemahan – kelemahan yang sedia ada supaya mampu

beroperasi dengan lebih kompetetif pada masa akan datang. Di dalam penghasilan projek ini ia

akan menggunakan alat pembaca Kod Bar(bar code reader) Argox As-8120 sebagai alat utama

untuk mencatat harga barang dan juga perisian Visual Basic.Net Standard sebagai medium

untuk reka bentuk sistem serta melibatkan perisian MySQL database version 5.0.45 sebagai

tempat penyimpanan data. Sistem ini berupaya mencatat rekod harga barangan jualan dan

menyimpan data dengan sistematik dan sesuai sekali di praktikan di Koperasi Politeknik Mukah.

Pengenalan

Page 3: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Koperasi Politeknik Mukah Sarawak adalah merupakan sebuah koperasi yang wujud di

Politeknik Mukah . Di antara tujuan utama koperasi ini di wujudkan adalah untuk bertujuan

menyediakan keperluan domestik yang di perlukan pelajar- pelajar yang menuntut di Politeknik

Mukah. Di antara perkara yang di tawarkan melalui koperasi ini kepada pelajar- pelajar adalah

seperti penjualan alat-alat tulis, makan serta minuman ringan dan juga perkhidmatan surat –

menyurat melalui pejabat pos mini yang di sediakan di dalamnya. Di sebabkan keperluan

pelajar yang semakin meningkat , Politeknik Mukah Sarawak telah mewujudkan 2 buah

koperasi yang terletak di dua tempat yang berbeza. Lokasi pertama yang di nyatakan adalah

terletak di bahagian bangunan bawah tingkat satu bangunan Perpustakaan Politeknik Mukah

berdekatkan dengan bilik kuliah, kedai fotostat dan bilik siber komputer. Lokasi ke dua pula

adalah terletak di kawasan ruangan Kafé asrama pelajar lelaki .

Tempoh urusniaga bagi kedua – dua koperasi tersebut juga berbeza, koperasi yang

terletak di bangunan Perpustakaan bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang sedangkan koperasi

yang terletak di kawasan asrama bermula pada pukul 7.30 petang sehinggalah pukul 11 malam.

Oleh kerana peranan koperasi ini sangat penting, terutamanya perkhidmatan yang di

tawarkannya begitu berfaedah kepada pelajar-pelajar politeknik . Khususnya untuk keperluan

semasa .Oleh itu semestinya koperasi ini haruslah mempunyai sistem pengurusan yang efektif

terutamanya sistem rekod belian barang dan jualan barang iaitu sistem yang di gunakan untuk

mencatat harga barang- barang yang di jual kepada pelanggan . Melalui sistem rekod pembelian

dan jualan yang berkesan , Koperasi Politeknik Mukah akan mampu serta berjaya untuk

mencapai matlamat dan visi penubuhan seperti yang ingin di capai.

Page 4: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Objektif Sistem

i. Menggantikan kaedah manual iaitu kaedah mencatat hasil jualan barang yang

menggunakan tulisan di dalam buku dengan menggunakan teknologi pembaca

Kod Bar secara elektronik .

ii. Menyediakan sebuah pangkalan data untuk rekod hasil pembelian dan jualan

supaya rekod dapat di simpan dengan selamat bagi menggelakan kehilangan

data.

iii. Mewujudkan sebuah sistem rekod pembelian dan hasil jualan barang yang

memudahkan capaian dan pengubahan rekod data dengan lebih sistematik yang

boleh di lakukan pekerja-pekerja koperasi .

iv. Menghasilkan laporan pembelian dan jualan yang tepat serta kemas untuk

memudahkan pihak pengurusan koperasi untuk menilai keuntungan dan kerugian

dalam tempoh yang di tetapkan.

Penyataan Masalah

Page 5: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Koperasi Politeknik Mukah menghadapi beberapa masalah sehingga ke hari ini. Di antara

masalah tersebut adalah:

i. Kecurian yang sering berlaku sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa

membuat perubahan kedudukan susun atur barang - barang jualan supaya mengatasi

kehilangan barang tanpa di sedari.

ii. Sering berlaku pertindihan data kerana data – data yang di rekod tidak tepat dan

terdapat data yang hilang akibat sistem rekod jualan yang di laksanakan secara

manual(tulisan dalam buku ).

iii. Data – data yang telah hilang sukar di kenal pasti kerana tidak mempunyai sebarang

sistem yang di gunakan bagi menyimpan rekod samada stok dan jualan. Koperasi

tersebut hanya mempunyai sebuah sistem sahaja yang mana ia di gunakan untuk

membuat pengiraan debit dan kredit sahaja.

iv. Pengiraan keuntungan yang di perolehi seharian masih lagi menggunakan kalkulator

dan di rekod dalam buku hasil jualan harian.Ini menyebabkan kerani akaun terpaksa

berkerja lebihan masa untuk setiap hari tempoh operasi di sebabkan pengiraan

keuntungan mengambil masa yang lama.

v. Tanda harga pada barang masih lagi menggunakan label tulisan pen yang perlu di

tulis secara manual .Kaedah ini menyebabkan pekerja- pekerjanya terpaksa membuat

pelabelan harga pada setiap satu barang – barang yang di jual .

Cadangan penyelesaian masalah

i. Memperkenalkan penggunaan alat elektronik iaitu alat pembaca Kod Bar yang boleh

digunakan untuk merekod setiap barang yang mempunyai label kod bar . Penggunaan

alat ini boleh di gunakan untuk menetapkan dan merekod data dengan lebih tepat.

Melalui teknologi ini pihak pengurusan dapat mengenalpasti lebih tepat jenis barang

yang hilang dan jumlah kos kerugian yang di alami.

ii. Mewujudkan sistem yang khusus yang di gunakan untuk merekod data-data untuk

mengatasi masalah pertindihan data , melakukan pengubahan dan pengasingan data

secara sistematik.

iii. Mewujudkan sistem pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan semua rekod

data-data yang di perolehi supaya data tidak hilang dan dapat di capai dengan mudah

.

Skop Projek & Kekangan

Page 6: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Di dalam penghasilan projek ini terdapat beberapa garis panduan yang di jadikan sebagai

garis pemisah supaya projek ini tidak tersasar dari matlamatnya.

i. Projek ini menumpukan penggunaan teknologi alat pembaca Kod Bar sebagai

peralatan utama yang akan di gunakan untuk merekod hasil jualan yang di jual dan

meletak harga pada barang jualan di Koperasi Politeknik Mukah Sarawak .

ii. Menghasilkan sebuah sistem pangkalan data yang akan menyimpan semua rekod

senarai barang yang di beli dan hasil jualan barang yang telah di jual .

iii. Sistem pangkalan data dan penggunaan alat pembaca kod bar yang di hasilkan akan

di cadangkan untuk di guna pakai di Koperasi Politeknik Mukah Sarawak serta di

kendalikan oleh pihak pengurusan Koperasi.

Di antara kekangan yang di hadapi untuk membangunkan sistem ini adalah seperti berikut:

i. Kurang pengetahuan di dalam menggunakan perisian Visual Basic.Net Standard bagi

membangunkan sistem yang berasaskan pangkalan data yang menggunakan perisian

MySQL database version 5.2.45

ii. Kekurangan dana kewangan kerana kos untuk mendapatkan perisian dan alat

pembaca Kod Bar adalah mahal.

Sasaran Pengguna

Koperasi Politeknik Mukah Sarawak

Metadologi

Page 7: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Rapid Application Development (RAD)

PINTASAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN REKABENTUK

PERANCANGAN

Di dalam fasa ini , proses atau skop yang terlibat adalah seperti perbincangan awal yang

di lakukan untuk memilih tajuk sistem yang bersesuaian. Sistem yang sesuai untuk di bangunkan

dan di gunakan oleh pengguna sasaran. Proses seterusnya adalah proses untuk mengumpul

maklumat dan juga mengenal pasti pernyataan masalah yang timbul yang berkaitan dengan

sistem yang di bakal bangunkan.Seterusnya adalah proses untuk menentukan objektif sistem dan

skop iaitu pengguna sasaran yang akan terlibat di dalam pembangunan sistem. Skop projek di

dalam sistem ini yang akan di bangunkan menjurus kepada pembangunan sistem rekod

pembelian dan jualan yang boleh di gunakan oleh Koperasi Politeknik Mukah Sarawak.

REKABENTUK

Page 8: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Rekabentuk Antara Muka Sistem ini menggunakan perisian Visual Basic.Net Standard Ia

merupakan spesifikasi dialog atau perhubungan antara pengguna dengan komputer. Pengguna

memasukkan data ke dalam sistem melalui antaramuka untuk diproses. Selepas diproses, sistem

akan mengeluarkan output yang boleh dicapai oleh pengguna melalui antaramuka ini. Terdapat

butang untuk memasukkan data dan mencapai data. Tujuan adalah bagi membolehkan input data

dimasukkan dengan sempurna ke dalam sistem. Ia memerlukan kawalan dan semakan setiap kali

memasukkan data bagi memastikan ketepatan data. Rekabentuk antaramuka input ini adalah

untuk menentukan kaedah terbaik untuk memasukkan data ke dalam sistem.Rekabentuk yang

menarik amat penting kerana ia akan memberikan kepuasan kepada pengguna setiap kali

menggunakannya.

PEMBANGUNAN

Fasa pembangunan melibatkan proses menulis aturcara mengikut carta alir yang telah di

tetapkan. Apabila sistem telah siap di bangunkan , pengujian sistem akan di laksanakan bagi

menguji sama ada sistem telah siap sepenuhnya ataupun tidak. Di antara proses yang terlibat

adalah pengujian sistem pangkalan data dan keberkesanan alat pembaca merekodkan data.

PINTASAN

Di dalam fasa ini ralat atau masalah yang timbul dapat di kenalpasti dan di selenggarakan

sehingga masalah tersebut dapat di selesaikan. Seterusnya pengujian di lakukan bagi

mengenalpasti sekiranya masih wujud ralat. Sekiranya ada , sistem akan di nilai semula dari segi

aturcara untuk mengatasi punca ralat yang berlaku. Proses ini akan berulang sehingga sistem

berfungsi sepenuhnya sebelum di laksanakan.

Anggaran & Kos Projek

Page 9: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Bahan- bahan Harga(RM) Item Jumlah(RM)Komputer Riba(Acer & HP) 2500.00 2 5000.00Cakera Keras Luaran(Samsung 230 GB)

179.00 1 179.00

Pencetak(Canon PIXMA MP 258

199.00 1 199.00

Pembaca Kod Bar( Argox AS-8120 CDD) & kos penghantaran

195.00 1 195.00

Perisian Visual Basic.Net Standard

490.00 1 490.00

Perisian MySQL databse version 5.0.45

Percuma muat turun 1 Percuma muat turun

Perisian MySQL backup database v 7.0

75.96 1 75.96

Perisian Adobe Photoshop CS3

680.20 1 680.20

Perisian Microsoft office 2010 309.00 1 309.00Pencetak pembaca Kod Bar(TSC-TTP-244 plus) & Kos penghantaran

1200.00 1 1200.00

Perisian Windows 7 (Home Edition)

279.00 1 279.00

Alat tulis 100.00 pelbagai 100.00Buku Rujukan (Learning Visual basic.net)

200.00 1 200.00

DVD kosong 15.00 10 keping 15.00Dakwat Pencetak Canon( CL -811)

78.00 1 paket 78.00

Gegelung Penjilidan 10.00 1 jilid 10.00Sewa Internet(celcom) 50.00 12 bulan 600.00A4 (1000 keping) 15.00 1 bungkus 15.00

Jumlah RM 9,694.16

Analisis

Page 10: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Kajian terhadap latarbelakang sesuatu sistem adalah penting untuk

membangunkan sesebuah projek. Kajian tersebut perlu di lakukan agar sistem yang akan di

bangunkan menepati keperluan semasa dan dapat berfungsi dengan lancar serta dapat

memudahkan kerja .Oleh yang demikian kami telah memilih dua kaedah pencarian fakta iaitu

keadah temuduga dan kajian untuk mendapatkan maklumat , mengenalpasti keperluan sesuatu

sistem dan memahami aliran kerja secara keseluruhannya.

Kaedah temuduga

Temuduga yang di lakukan adalah bersama dengan P. Raziana selaku kerani

akaun Koperasi Politeknik Mukah Sarawak .Beliau bertanggungjawab untuk mengendalikan

urusan rekod keluar dan masuk akaun. Sesi temuduga di lakukan di pejabat beliau .Hasil dari

temuduga tersebut kami mendapat maklumat bahawa koperasi tersebut tidak mempunyai

sebarang sistem yang khusus di gunakan untuk merekod hasil pembelian dan jualan barang.

Koperasi tersebut masih lagi menggunakan sistem manual iaitu mencatat senarai barang yang di

beli dan hasil jualan keuntungan di dalam buku tunai..

Di koperasi tersebut juga mengalami beberapa masalah utama yang sering berlaku

iaitu kehilangan barang akibat kecurian. Kehilangan barang sukar di kesan kerana rekod barang

yang di simpan tidak tepat. Maklumat barang - barang masih lagi di simpan di dalam buku

simpanan dan stok barang yang di tulis menggunakan pen. Selain itu setiap harga barang yang di

jual akan di tulis pada label harga yang di lekatkan pada barang jualan. Oleh itu pihak

pengurusan terpaksa melantik 2 orang pembantu untuk membantu urusan harian.

Pihak koperasi juga mempunyai rancangan untuk menggunakan sistem pembaca

Kod Bar untuk mencatat hasil jualan tetapi masih lagi belum dapat di laksanakan kerana prestasi

keuntungan koperasi yang tidak konsisten. Kerja-kerja pengiraan jualan pula di lakukan pada

setiap tempoh tamat operasi. Situasi ini meyebabkan .P Raziana sendiri terpaksa berkerja lebih

masa untung membuat pengiraan hasil jualan . Keadah pengiraan pula masih lagi menggunakan

kalkulator sebelum di masukkan di dalam perisian pengiraan tunai dan kredit di dalam komputer.

Dan akhir sekali dia amat bersetuju sekiranya agar sebuah sistem di bangunkan untuk di gunakan

oleh pihak koperasi pada masa akan datang.

Kaedah Kajian

Page 11: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Sistem Kelebihan Kelemahan

Sistem Rekod Belian dan

Jualan Koperasi Politeknik

Mukah Sarawak

Data dapat di rekod secara

automatik

Memerlukan ruang penyimpan

data yang besar

Dapat menghasilkan laporan

yang tepat dan kemas

Tiada manual yang di

sediakan

Data dapat di simpan secara

selamat kerana di sediakan

pangkalan data

Komputer perlu di hidupkan

semula sekiranya berlaku

sistem tersangkut(jammed)

Carian dan manupulasi data

dapat di lakukan melalui

butang - butang yang di

sediakan

Paparan antara muka yang

ringkas

Mesra pengguna kerana

antaramuka yang di hasilkan

berdasarkan windows yang

memudahkan pengguna

memahami dengan cepat

Kos yang mahal yang

melibatkan pencetak dan

pembaca Kod Bar

Kebolehan untuk peningkatan

kerana sistem ini boleh di

pertingkatan seiring dengan

perkembangan teknologi

Sistem ini hanya boleh di ubah

oleh pereka sistem yang

berkemahiran sahaja

Carta Alir Sistem

Page 12: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Carta alir bagi Sistem Rekod Belian Jualan jenis dan harga barang

Carta alir rekod hasil jualan barang

Page 13: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Sistem ERD(Entity Relation Diagram)

Page 14: Sistem rekod jualan (Autosaved)

m 1

1

11 1

Elemen Projek

Barang

harga

kuantiti

nama

kod Bar

Pangkalan data

jenis barang

di rekod

harga barang

jumlah jualan

di rekod

Sistem Kod bar

tarikh jualan

tarikh belian

jumlah jualan

resit jualan

Sistem rekod jualan dan belian simpan

Page 15: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Masukan(input)

Senarai harga dan jenis barang yang di beli dari pembekal Hasil jualan barang yang telah di jual semasa tempoh operasi koperasi

Proses

Menyimpan rekod pembelian dan penjualan barang Pengiraan jumlah kuantiti dan harga barang yang telah di jual Kemaskini rekod senarai harga,jenis dan kuantiti barang Penambahan rekod baru Pembuangan rekod lama Carian untuk rekod yang di perlukan Pertukaran kata laluan dan nama pentadbir(administrator)

Persembahan

Antaramuka yang ringkas Arahan yang mudah di fahami dan di baca

Kawalan & Kendalian kesilapan(error handling)

-Pengguna di kehendaki memasukkan kata nama dan kata kunci yang sah

-Data yang di cari tidak ada di dalam rekod

-Pengguna di kehendaki untuk mengisi ruang yang kosong

Carian tidak dapat di temui

OK

Sila penuhi ruang yang kosong

OK

Sila masukkan Kata Nama dan Kata Kunci yang betul

OK

Page 16: Sistem rekod jualan (Autosaved)

-Pengguna di kehendaki memasukkan nilai integer

-Memperingatkan pengguna untuk meneruskan program atau kembali

Keluaran(output)

Laporan hasil jualan Senarai dan harga barang yang telah di proses

Antaramuka

Gunakan nilai integer

OK

Anda pasti

OK TIDAK

Page 17: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Menu Fungsi

Butang login - Masuk ke paparan seterusnya

Butang admin- Untuk penukaran dan mencipta kata nama dan kata

kunci

Kotak teks(nama pengguna) - Pengguna memasukkan kata nama

Kotak teks( kata kunci) - Pengguna memasukkan kata kunci

- Tutup antara muka

Page 18: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Menu Fungsi

Butang Hasil Jualan - Mengandungi borang hasil perolahan dari jualan

Butang Pembelian Barang- Mengandungi borang maklumat tentang pembelian

barang

Butang Senarai Pembekal - Mengandungi nama senarai pembekal

Butang Senarai Pembayaran -Mengandungi senarai & status pembayaran

Butang Senarai Barang &

Harga

- Mengandungi senarai dan jenis barang

Butang Stok- Mengandungi maklumat tentang kuantiti stok

semasa

Butang Carian - Mencari fail

Butang Keluar - Keluar dari sistem

Page 19: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Menu Fungsi

Kotak teks tarikh - Memasukkan maklumat tarikh

Kotak teks item - Memasukkan maklumat tentang nama barang

Kotak teks unit - Memasukkan bil unit barang yang telah di jual

Kotak teks harga - Memasukkan harga item

Kotak teks total - Memasukkan jumlah harga barang jualan

Kotak teks jumlah - Mengira semua jumlah perolehan

Butang simpan - Arahan untuk menyimpan maklumat

Butang cetak - Arahan untuk cetak laporan

Butang Senarai Pembekal - Mengandungi nama senarai pembekal

simbol buang- Arahan untuk membuang maklumat

simbol tambah -Arahan di gunakan untuk menambah maklumat

Page 20: Sistem rekod jualan (Autosaved)

Butang Kembali - Kembali ke menu utama

Butang Cetak - Cetak laporan

Butang Batal -Membatalkan proses