kertas kerja gerko

5
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS,PAHANG KERTAS KERJA KEJOHANAN GERKO BOLA SEPAK PISMP MT/PT/TESL/BIM/UEC IPGKTAA 2013 TARIKH : 10 OKTOBER 2013 TEMPAT : ASTAKA IPG TENGKU AMPUAN AFZAN ANJURAN: GERKO BOLA SEPAK PISMP MT/PT/TESL/BIM/UEC 1.0 PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KEJOHANAN Kejohanan Gerko bola sepak ini merupakan agenda yang dianjurkan oleh Gerko Permainan Bola Sepak gabungan unit MT/PT/TESL/BIM/UEC, Unit Gerko, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Penganjuran kejohanan ini melibatkan semua pelajar dari kesemua unit ini. 2.0 RASIONAL Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan maktab yang berkualiti di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai persediaan untuk mendukung profesionalisme perguruan. Penglibatan pelajar-pelajar dengan pelbagai kegiatan berfaedah sepanjang tempoh kursus selain kuliah-kuliah wajib adalah diharapkan dapat membantu mencapai hasrat ini. Penganjuran kejohanan ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam permainan bola sepak ini, memenuhi prinsip-prinsip latihan dan

Upload: mac-hari

Post on 01-Feb-2016

252 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mac

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA GERKO

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS,PAHANG

KERTAS KERJA

KEJOHANAN GERKO BOLA SEPAK PISMPMT/PT/TESL/BIM/UEC IPGKTAA 2013

TARIKH :10 OKTOBER 2013

TEMPAT :ASTAKA IPG TENGKU AMPUAN AFZAN

ANJURAN:GERKO BOLA SEPAK PISMP MT/PT/TESL/BIM/UEC

1.0 PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG KEJOHANAN

Kejohanan Gerko bola sepak ini merupakan agenda yang dianjurkan

oleh Gerko Permainan Bola Sepak gabungan unit MT/PT/TESL/BIM/UEC,

Unit Gerko, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Penganjuran

kejohanan ini melibatkan semua pelajar dari kesemua unit ini.

2.0 RASIONAL

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya

Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan maktab

yang berkualiti di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai

persediaan untuk mendukung profesionalisme perguruan. Penglibatan

pelajar-pelajar dengan pelbagai kegiatan berfaedah sepanjang tempoh

kursus selain kuliah-kuliah wajib adalah diharapkan dapat membantu

mencapai hasrat ini. Penganjuran kejohanan ini juga dilihat sebagai satu

usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti yang

bersesuaian dalam permainan bola sepak ini, memenuhi prinsip-prinsip

latihan dan

Page 2: KERTAS KERJA GERKO

perlakuan fizikal serta mematuhi peraturan-peraturan permainan yang

telah ditetapkan. Penglibatan yang menyeluruh dikalangan pelajar sama

ada dalam pengurusan kejohanan, memberikan ruang melibatkan kedua-

dua unit menyumbang kepakaran, pengetahuan, kepegawaian dan

kejurulatihan. Pelajar-pelajar mempamerkan kebolehan sebagai satu

pasukan, berkongsi pengalaman dan bekerjasama menaikkan martabat

Maktab Perguruan Kuala Terengganu ke suatu tahap yang lebih tinggi dan

disegani.

3.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan Kejohanan Gerko Bola Sepak ini diharapkan akan

memberikan peluang kepada guru-guru pelatih mendapat :

3.1 Pengetahuan dan pengalaman pengurusan sukan popular ini.

3.2 Mendapat pengetahuan tentang kaedah-kaedah dan prinsip latihan .

3.3 Peluang bekerjasama dan perkongsian pengalaman.

3.4 Peluang sebagai peserta dan pengelolaan sukan.

3.5 Peluang mewakili IPG ke temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi

seperti mewakili IPG dalam Kejohanan Antara Gerko Untuk Maktab

(KAGUM).

3.6 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan

strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam

kumpulan.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan sosial.

4.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat : En.Abdul Rahmid bin Sulaiman

Ketua Unit Gerko

Pengerusi : Hariharan a/l Yelomalei (Pengerusi Gerko Bola

Sepak)

Timb. Pengerusi : Qi Yi

Page 3: KERTAS KERJA GERKO

Setiausaha : En.Johan Shah bin Jaffar

Naib Setiausaha : Pn.Norazila binti Soib

Jawatankuasa Pelaksana

Pendaftaran & Pencatat;

Peralatan & Persiapan Padang;

Pembantu Padang & Kebersihan;

Kecemasan & Keselamatan;

Pencatat Keputusan;

Hadiah & Sijil;

.

Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup;

Bacaan Doa Majlis Penutup;

1. Ustaz Hj.Mohd Fauzi bin Muhammad

Buku Program/ Fotografi/ PA Sistem;

1. Pn.Adibah Norhashimah binti Rahmat

2. En.Sahit bin Jumat

Juri Rayuan;

1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Page 4: KERTAS KERJA GERKO

2. Pengerusi Teknik

3. 3 Pengurus Pasukan yang Berkecuali

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 11 sebelah dimana setiap pasukan

perlu mendaftarkan 18 pemain yakni 11 pemain akan bermain dan 7 lagi akan

menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 30 minit.

Format pertandingan adalah setiap pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan

(A,B,C,D,E, dan F) dan akan bermain dalam peringkat liga sepusingan dahulu.

Pasukan yang mendapat mata tertinggi bagi setiap kumpulan akan ditetapkan dalam

2 kumpulan seperti berikut;-

Kumpulan X Kumpulan Y

1. JOHAN KUMP. A JOHAN KUM. B

2. JOHAN KUMP .C JOHAN KUMP. D

3. JOHAN KUMP. E JOHAN KUMP. F

PERLAWANAN AKHIR

Penentuan Johan dan tempat ke 2

JOHAN KUMPULAN X lawan JOHAN KUMPULAN Y

Penentuan tempat ke 3 dan tempat ke 4

NAIB JOHAN KUMPULAN lawan NAIB JOHAN KUMPULAN Y

Page 5: KERTAS KERJA GERKO

7.0 PENUTUP

Pelaksanaan kejohanan ini diharapkan dapat memberikan latihan kepada

pelajar-pelajar dalam aspek kepegawaian dan pengurusan disamping

dapat mengenalpasti potensi yang ada pada setiap peserta yang

mengambil bahagian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................ ............................................

( MOHAMMED RIZZMAN B MANAF ) ( MOHAMAD FARIZAL B ZULKIFLI )

Setiausaha, Pengerusi,

Gerko Bola Sepak, Gerko Bola Sepak,

Unit PPISMP BM/BI/BA/PRA, Unit PPISMP BM/BI/BA/PRA