kertas kerja gelanggang tenis

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAI 18000 KUALA KRAI KELANTAN KERTAS KERJA PEMBINAAN 2 UNIT GELANGGANG TENIS LOKASI TAPAK PADANG SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH AZURAINI BINTI JAAFAR GPK KO KURIKULUM

Upload: azmz11542

Post on 27-Jun-2015

863 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Gelanggang Tenis

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAI18000 KUALA KRAI

KELANTAN

KERTAS KERJA

PEMBINAAN 2 UNIT GELANGGANG TENIS

LOKASI TAPAKPADANG SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

AZURAINI BINTI JAAFARGPK KO KURIKULUM

Page 2: Kertas Kerja Gelanggang Tenis

“Kecemerlangan Lahir Daripada Rasa Kasih”

1. LATAR BELAKANG

Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak

dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab itu Unit

Kokurikulum SMK Kuala Krai berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang

tennis.Diharapkan dengan kewujudan gelanggang tenis ini akan memberi manfaat kepada

pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan

tersebut.

2. MATLAMAT

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru

Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum

1

Page 3: Kertas Kerja Gelanggang Tenis

3. OBJEKTIF

Objektif khusus:

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana- Aktiviti

PJK

Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SMK Kuala Krai

Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan & permainan

Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar

Melahirkan bakat baru yang berkualiti

Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

4. PERLAKSANAAN PROJEK

Lokasi

Di kawasan padang.

Lokasi yang strategik – Hujung tepi padang.

Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana kemudahan

sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum yang telah ada di sekitar

kawasan tersebut.

5. SUMBER KEWANGAN

Jangkaan Sumber kewangan - Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

2

Page 4: Kertas Kerja Gelanggang Tenis

6. PENUTUP

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi

kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang tenis akan dapat menyelesaikan

masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri

pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang

kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah

dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh

Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum.

7. LAMPIRAN

1. Lampiran Bajet

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH :

………………………….. …………………………………….(Azuraini Binti Jaafar) (Hj. Muhamad Amin Bin Che Awang)GPK Ko-kurikulum Pengetua SMK KUALA KRAI SMK KUALA KRAI1800 KUALA KRAI 1800 KUALA KRAI

3