kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

9
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN 36750 CHIKUS, PERAK KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM CINTAI MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (5 – 9 September 2011) 0

Upload: soulmoon

Post on 19-Jun-2015

4.178 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN

36750 CHIKUS, PERAK

KERTAS KERJA CADANGANPROGRAM CINTAI MALAYSIA

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN(5 – 9 September 2011)

Disediakan oleh:Pn Moona Fairuz Bt Bidin

Guru Pusat Sumber dan MediaSK Sungai Tukang Sidin

1.0 TUJUAN

0

Page 2: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar, untuk mengadakan program Cintai Malaysia, bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos.

1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran sekolah untuk menampung kos bagi mengadakan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam melahirkan generasi berilmu, masyarakat masa kini perlu sentiasa didedahkan dengan penggunaan Pusat Sumber secara optimum. Pusat Sumber tidak harus dilihat sebagai tempat membaca buku sahaja, tetapi peranannya perlu dikembangkan kepada pusat akses maklumat yang mana maklumat tersebut diperolehi melalui, bahan bacaan, carta, gambar bersiri, pameran, permainan dalaman, peta dan sebagainya.

Oleh itu, bersempena Minggu Pusat Sumber yang dijalankan bermula daripada 26 – 30 Julai 2010, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK) ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan Program Cintai Malaysia yang membabitkan beberapa aktiviti. Aktiviti yang dirangka adalah rangkuman daripada mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Antara aktiviti tersebut ialah, Pameran Kenegaraan, Kuiz Kenegaraan dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik. Dengan aktiviti yang dirancang ini diharap murid-murid akan semakin berminat untuk datang ke Pusat Sumber sekaligus akan menjadikan mereka lebih celik ilmu.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Butiran mengenai program adalah seperti berikut:Tajuk Program : Program Cintai MalaysiaTarikh Cadangan : 26 Julai 2010Hari : IsninTempat Cadangan : Pusat Sumber, SK Sungai Tukang Sidin

3.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk (Rujuk Lampiran 1)3.3 Program ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru mata pelajaran Kajian

Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganeraraan (PSK).3.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 3.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat murid untuk lebih kerap datang ke pusat sumber sekolah.4.2 Menambahkan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan PSK4.3 Merangsang murid untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah serta

meningkatkan tahap keterampilan murid.4.4 Menggalakkan murid untuk membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan kenegaraan.4.5 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid.

5.0 CADANGAN

Antara aktiviti yang dicadangkan untuk program ini ialah:

1

Page 3: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

5.1 Pameran Kenegaraan5.2 Kuiz Kenegaraan5.3 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

6.0 IMPLIKASI

6.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid.6.2 Membuka minda murid untuk lebih terdedah dengan ilmu-ilmu kenegaraan6.3 Menjadikan murid lebih berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan bakat dan kebolehan

mereka

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil. AKTIVITI PELAKSANAAN1. Pameran Kenegaraan a) Pameran ini adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari

dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6b) Murid akan datang ke pusat sumber mengikut jadual (selama 10

minit) yang telah ditetapkan dan melihat pameran tersebut.c) Menggalakkan murid untuk meminjam bahan bacaan yang

berkaitan dengan kenegaraan. (Program NILAM)2. Kuiz Kenegaraan a) Guru akan mengedarkan soalan kuiz kenegaraan kepada setiap

murid.b) Murid akan menjawab kuiz tersebut berdasarkan Pameran

Kenegaraan yang telah mereka lawati di pusat sumber sekolah.c) Murid diberi masa 20 minit untuk melengkapkan kuiz tersebut

dan diserahkan kepada guru Kajian Tempatan untuk disemakd) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang tepat.

3. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

a) Guru akan memaparkan 5 buah pilihan lagu patriotik untuk dinyanyikan oleh murid 3 hari sebelum pertandingan berlangsung.

b) Setiap murid diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan nyanyian mereka.

c) Para pengadil pertandingan akan menilai nyanyian peserta berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat dalam borang kriteria yang diedarkan kepada pengadil.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 2.

9.0 KESIMPULAN

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa

2

Page 4: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA,PROGRAM CINTAI MALAYSIA

3

PENASIHATEn Muhammad Halili B Mohd Isa

Guru Besar SKSTS

Disediakan Oleh,

…………………(Pn Moona Fairuz Bt Bidin)

GPM SKSTS

Disahkan Oleh,

…………………(En Muhammad Halili B Mohd Isa)

Guru Besar SKSTS

Page 5: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM CINTAI MALAYSIA

Perkara Anggaran perbelanjaan

Hadiah Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

- Kuiz Kenegaraan Tempat Pertama = Tempat Kedua =

Tempat Ketiga =

RM5

RM4

RM3

RM5

RM4

RM3

RM5

RM4

RM3

- Pertandingan Tempat Pertama = RM20

4

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

PENYELARASPn Moona Fairuz Bt Bidin

GPM SKSTS

Kuiz Kenegaraan

PELAKSANA PROGRAM KAJIAN TEMPATAN

En Muhamad Shamsul B Saad

PELAKSANA PROGRAM PENDIDIKAN SIVIK &

KEWARGANEGARAANEn Mohd Puad B Samsudin

Pameran Kenegaraan

Guru – guru Kajian Tempatan

Juri-juri pertandingan

Page 6: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

Nyanyian Lagu Patriotik

Tempat Kedua =

Tempat Ketiga =

RM20

RM20

JUMLAH KESELURUHAN RM96.00

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

LAMPIRAN 3

Tentatif Program Cintai Malaysia

Tarikh: 26 Julai 2010

MASA PERKARA

1.10 – 1.20 ptg Murid Tahun 4 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

1.40 – 1.50 ptg Murid Tahun 5 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

2.00 – 2.10 ptg Murid Tahun 6 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

5

Disediakan Oleh,

…………………(Pn Moona Fairuz Bt Bidin)

GPM SKSTS

Disahkan Oleh,

…………………(En Muhammad Halili B Mohd Isa)

Guru Besar SKSTS

Page 7: Kertas kerja cadangan program cintai malaysia sempena bulan kemerdekaan

3.10 – 3.30 ptg Murid Tahun 4, 5 dan 6 menjawab soalan Kuiz Kenegaraan berdasarkan

Pameran Kenegaraan di kelas masing-masing.

4.00 – 5.00 ptg Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Cadangan:

* Guru yang mengajar pada waktu yang dinyatakan di atas, akan membawa murid tersebut ke Pusat Sumber untuk menyaksikan pameran.

6