majlis pelancaran program kembara merdeka ii 2014 · sempena sambutan hari kemerdekaan dan hari...

1
INFO Terkini Bil. 38/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 12 Sept 2014 ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat Kota Kinabalu, 10 September – Majlis Pelancaran Program Kembara Merdeka Siri 2, 2014 telah berjaya dirasmikan pada 10 September 2014 jam 8.30 pagi bertempat di perkarangan Wisma SESB oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Y.B Datuk Musbah Jamli yang turut membuat acara pelepasan peserta konvoi. Pengarah Urusan Ir. Hj. Abd Razak Sallim serta barisan pengurusan turut hadir dalam menyempurnakan majlis berkenaan. Program selama seminggu ini akan melalui 14 daerah di pantai barat dan timur Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sebelum kembali ke Kota Kinabalu pada 16 September. Pengisian sepanjang program tersebut antaranya memberikan sumbangan kepada rumah ibadat, sekolah, rumah-rumah anak yatim dan warga tua serta Ibu Pejabat Polis Daerah di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 Program Kembara ini diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Objektif Program ini adalah bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa tanggungjawab terhadap negara dalam kalangan warga kerja SESB dan perserta yang terlibat selain. Peserta Kembara Merdeka turut melawati lapan tugu peringatan termasuk Tugu Peringatan Perang Batu 7 Sandakan, Tugu Mat Salleh Tambunan, Tugu Peringatan Kalabakan dan Tugu Peringatan Antenom, Tenom, Tugu Tun Mustapa, Putatan, Tugu Peringatan, Petagas, Double Six dan Tugu Peringatan Tun Fuad Stephen, Sembulan. Seramai tujuh puluh pekerja dan vendor SESB menyertai Konvoi Kembara Merdeka Siri dua sempena bulan kemerdekaan ini. Program Konvoi Merdeka SESB kali ini menggunakan tema kebangsaan iaitu ‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’.

Upload: vuque

Post on 26-Aug-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014 · sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Objektif Program ini adalah bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa

INFO Terkini

Bil. 38/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 12 Sept 2014

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Kota Kinabalu, 10 September – Majlis Pelancaran Program Kembara

Merdeka Siri 2, 2014 telah berjaya dirasmikan pada 10 September 2014

jam 8.30 pagi bertempat di perkarangan Wisma SESB oleh Pembantu

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Y.B Datuk Musbah

Jamli yang turut membuat acara pelepasan peserta konvoi. Pengarah

Urusan Ir. Hj. Abd Razak Sallim serta barisan pengurusan turut hadir

dalam menyempurnakan majlis berkenaan.

Program selama seminggu ini akan melalui 14 daerah di pantai barat

dan timur Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sebelum

kembali ke Kota Kinabalu pada 16 September. Pengisian sepanjang

program tersebut antaranya memberikan sumbangan kepada rumah

ibadat, sekolah, rumah-rumah anak yatim dan warga tua serta Ibu

Pejabat Polis Daerah di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur

Sabah (Esscom).

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014

Program Kembara ini diadakan

sempena sambutan Hari Kemerdekaan

dan Hari Malaysia. Objektif Program

ini adalah bagi meningkatkan semangat

patriotisme dan rasa tanggungjawab

terhadap negara dalam kalangan warga

kerja SESB dan perserta yang terlibat

selain.

Peserta Kembara Merdeka turut

melawati lapan tugu peringatan

termasuk Tugu Peringatan Perang Batu

7 Sandakan, Tugu Mat Salleh

Tambunan, Tugu Peringatan

Kalabakan dan Tugu Peringatan

Antenom, Tenom, Tugu Tun Mustapa,

Putatan, Tugu Peringatan, Petagas,

Double Six dan Tugu Peringatan Tun

Fuad Stephen, Sembulan.

Seramai tujuh puluh pekerja dan

vendor SESB menyertai Konvoi

Kembara Merdeka Siri dua sempena

bulan kemerdekaan ini. Program

Konvoi Merdeka SESB kali ini

menggunakan tema kebangsaan iaitu

‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah

Cinta’.