kertas kerja bina insan guru sem 5(latest).docx

9
KERTAS KERJA BINA INSAN GURU (SIRI 6) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN LAWATAN PENANDA ARAS TARIKH: 7 Oktober 2014 TEMPAT : PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH SAIDATINA MAIMUNAH BINTI AL-HARITH KAMPUNG MANJOI BARU TAMBAHAN, 30020, IPOH PERAK.

Upload: abdul-wafi-al-fendangi

Post on 11-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU (SIRI 6)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

LAWATAN PENANDA ARAS TARIKH:7 Oktober 2014

TEMPAT :PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAHSAIDATINA MAIMUNAH BINTI AL-HARITHKAMPUNG MANJOI BARU TAMBAHAN,30020, IPOH PERAK.

1.0 ANJURAN Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Dengan Kerjasama Unit Kokurikulum Guru Pelatih Semester 6 (P6F) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.2.0 PENSYARAH / TUTOREncik Jazmi bin Md. Isa 3.0 PENGENALANBina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai, menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.

4.0 MATLAMATProgram ini bermatlamat melahirkan golongan guru yang boleh berfikir secara positif dan mampu meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Program ini juga membolehkan para peserta melihat dengan lebih dekat akan sistem pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan yang dilawat ini. Selain itu, para peserta dapat mendekati para pendidik pusat pendidikan ini bagi berkongsi tips serta teknik hafalan yang berkesan. Bertepatan dengan salah satu matapelajaran bagi semeseter ini, iaitu hafazan . Justeru, hal ini dapat memperluaskan lagi minda intelek para peserta ke arah mengorak langkah menjadi seorang guru yang lebih berwawasan dan dedikasi.

5.0 OBJEKTIFProgram ini dijalankan untuk memenuhi aktiviti pengayaan dan mengeratkan perhubungan antara pensyarah dan pelajar. Antara objektif utamanya ialah :1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. 2. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomuniti dalam kepelbagaian budaya.4. Merancang, melaksanakan, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.5. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.

6.0 TARIKH / HARI7 OKTOBER 2014 (SELASA)

7.0 MASA7.30 Pagi 5.30 Petang8.0 TEMPATMaahad Tahfiz Al-quran Al-Barakah, Kampung Manjoi Baru Tambahan, 30200 Ipoh, Perak.

9.0 BILANGAN PESERTA19 orang. (sila lihat lampiran 1)10.0 JAWATANKUASA KERJA10.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Penasihat: Mejar (K) Haji Mustafa bin Abd. Hamid (Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim)Pengerusi: Tuan Ahmad Shobri bin Saad(Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim)Setiausaha: Hj. Yakath Ali bin S.M Habib Mohamed (Ketua Unit Kokurikulum)Penyelaras: Encik Mohd Zainuri b. Embi(Penyelaras Bina Insan Guru)Bendahari : Encik Hassan bin Ahmad(Pegawai Eksekutif Kanan)

10.2 JAWATANKUASA PELAKSANAPensyarah Penasihat: En. Jazmi bin Md. Isa (TUTOR)Pengerusi: Abdul Wafi bin AbdullahTimbalan Pengerusi : Nor Hafizah binti Mohd FouziSetiausaha: Siti Salihah Binti Mohd AzmudinBendahari: Muhammad Zakwan Bin Mohamad

AJK PENGANGKUTAN & TUGAS-TUGAS KHAS1. Wan Mohd Iqbal bin Wan Mustafa2. Ahmad Zabani Bin OmarAJK MAKANAN 1. Hazman bin Manaim2. Nur Syuhada Atikah Binti SaheeAJK CENDERAHATI DAN PERALATAN 1. Muhammad Suhaimi Bin Hamdan2. Muhammad Luqman bin Massuti3. Nurafifah binti Mohd NoorAJK PENGISIAN1. Mohd Yassin bin Aziz2. Fathimah binti Abdullah3. Muhamad Azrie Bin Abdul Koder AJK DOKUMENTASI DAN PELAPORAN1. Muhammad Khairi bin Jamil2. Nurul Nadiah Binti Pauzi AJK PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN1. Siti Hajar Binti Ahmad2. Siti Fatimah Binti Jamaludin11.0 PENGANGKUTANBas IPG Kampus Sultan Abdul Halim ( Bahan api tanggungan IPG KSAH)12.0 ATURCARA PROGRAMSila lihat lampiran 2.13.0 PERBELANJAANBILPERKARAKETERANGANBILRM

1. Makanan & minuman peserta:

RM 20.00 X 19 X 1 HARI19 orangRM 380.00

Jumlah keseluruhan RM 380.00

14.0 PENUTUPDengan perancangan yang telah dibuat, adalah diharapkan agar program ini berjaya mendatangkan manfaat kepada semua guru pelatih PISMP Pengajian Agama P6F Ambilan Januari 2012. Semoga program ini akan mencapai matlamat dan objektif seperti yang dirancang. Oleh itu diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan segera dari pihak tuan.

Disediakan oleh,siti salihah..(SITI SALIHAH BINTI MOHD AZMUDIN)SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI,PENGAJIAN AGAMA SEMESTER 6,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000, SUNGAI PETANI,KEDAH DARUL AMAN.HP: 014-5087898