kepercayaan guru-latest

73
Kepercayaan Guru NAMA NO MATRIK MOHD HAKIMI BIN ABD HADI D20111048005 IKHWAN ZULHILMI BIN ABD RAHMAN D20111047999 MOHD HAFIZI BIN OTHMAN D20111047998

Upload: intansyafika

Post on 14-Aug-2015

140 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepercayaan guru-latest

Kepercayaan Guru

NAMA NO MATRIK

MOHD HAKIMI BIN ABD HADI D20111048005

IKHWAN ZULHILMI BIN ABD RAHMAN D20111047999

MOHD HAFIZI BIN OTHMAN D20111047998

Page 2: Kepercayaan guru-latest

Definisi kepercayaan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kepercayaan bermaksud anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada.

Dalam aspek psikologi, sistem kepercayaan membolehkan seseorang guru atau bakal guru memahami profesion keguruan dan berpegang kepada falsafah yang didokongnya

(Habsah et al., 2007)

Page 3: Kepercayaan guru-latest

Peranan KepercayaanKepercayaan perlu diintergrasikan dalam kepemimpinan sekolah kerana ia menggambarkan hubungan yang terbuka, positif yang berupaya mempertingkatkan motivasi guru dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

Cross dan Rice ,2000

Kurangnya kepercayaan didalam organisasi pendidikan akan menyebabkan morale dan komitmen guru menurun dan menyekatkan perkembangan dan pembangunan sekolah

Fairholm, 1993).

Justeru,kepercayaan dianggap sebagai pemangkin yang mampu membentuk intergriti serta bertindak sebagai asas kepada keberkesanan sekolah .

Page 4: Kepercayaan guru-latest

• Kepercayaan guru terhadap kurikulum matematik

• Kepercayaan guru terhadap sifat matematik • Kepercayaan guru terhadap pengajaran

matematik • Kepercayaan guru terhadap pembelajaran

matematik

4 komponen kepercayaan

guru

Page 5: Kepercayaan guru-latest

Kepercayaan guru terhadap kurikulum matematik

Page 6: Kepercayaan guru-latest

Definisi Kurikulum

Definisi kurikulum dapat diterangkan dalam pelbagai perspektif. Tiga perspektif yang ingin dibincangkan adalah dari segi bahasa, sejarah dan juga pendapat pakar-pakar pendidikan. Tiga perspektif ini dipilih agar kita dapat melihat definisi kurikulum secara mendalam dalam pelbagai sudut dan tidak hanya membataskan definisi tersebut dari segi bahasa semata-semata.

Page 7: Kepercayaan guru-latest

Perspektif bahasa

Kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris iaitu ‘curriculum’ yang membawa maksud bidang pengajaran di sekolah berdasarkan kamus dwibahasa (1922). Sekiranya kita lihat maksud tersebut ia merangkumi semua bidang pengajaran di sekolah tanpa menghadkan mana-mana bidang tertentu sahaja.

Page 8: Kepercayaan guru-latest

Perspektif sejarah

‘Curriculum’ berasal daripada Latin. Perkataan ini mula digunakan sekitar tahun 400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika mereka berpeluang belajar pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah.

Page 9: Kepercayaan guru-latest

Perspektif daripada pakar pendidikan

Menurut Hirst(1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan.

Page 10: Kepercayaan guru-latest

Kurikulum MatematikPerkembangan kurikulum Matematik di Malaysia:

• Laporan Razak (1956)• Laporan Projek Khas (1970)• Program Matematik Moden (1970)• Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)• Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)• Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)• Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) (2003)• Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

(2012)

Page 11: Kepercayaan guru-latest

Laporan Razak (1956)

• mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah dan menengah.

• aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan.

Laporan Projek Khas (1970)

• memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.

• Bahan-bahan PdP direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara.

• strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan

• kaedah inkuiri-penemuan digalakkan

Page 12: Kepercayaan guru-latest

Program Matematik Moden (1970)

• memperkenalkan tajuk-tajuk moden seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan.

• pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa

• sukatan Scottish Mathematics Group (SMG) dipilih kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah.

• topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik diwujudkan.

• strategi PdP berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

• mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid

• Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II

• Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, ÷ dan x).

• Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik.

• Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik

Page 13: Kepercayaan guru-latest

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

• Bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan.

• Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan Negara.

Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

• Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula

• Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya

• Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.

Page 14: Kepercayaan guru-latest

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) (2003)

• Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 rendah

• Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

(MBMMBI) (2012)

• Diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI

• penurunan pencapaian murid dan jurang pencapaian antara sekolah bandar dengan luar bandar merupakan faktor terbesar MBMMBI menggantikan PPSMI.

Page 15: Kepercayaan guru-latest

Isu yang berkaitan dengan kepercayaan guru terhadap

kurikulum matematik

Konsep kendiri dengan kepercayaan

dalam diri guru

ketidaksepadan matlamat kurikulum dengan kepercayaan yang ada pada guru

Page 16: Kepercayaan guru-latest

KONSEP KENDIRI DENGAN KEPERCAYAAN DALAM DIRI GURU

• sebahagian mereka lemah dalam konsep matematik.

• guru-guru Matematik sekolah menengah memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskan kefahaman relasional yang kukuh ketika menerangkan konsep fungsi. Walaupun mereka dapat menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk tersebut tetapi masih sukar untuk membuat perkaitan dan hubungan antara elemen yang terlibat.

Guru lama

(Macghee,1990)

Page 17: Kepercayaan guru-latest

• permasalahan dalam menerangkan sesuatu topik

• kurang membuat rujukan untuk mengetahui atau memahami sesuatu tajuk dan kurang memberi respon pada pelajar.

Guru baru

(Macghee,1990)

Page 18: Kepercayaan guru-latest

KETIDAKSEPADANAN MATLAMAT KURIKULUM DENGAN KEPERCAYAAN YANG ADA PADA GURU

Pelaksanaan kurikulum tidak

holistik

Tiada kata sepakat daripada

pelaksana

Dasar kurikulum yang berubah-

ubah

Page 19: Kepercayaan guru-latest

CONTOH ISU KEPERCAYAAN GURU TERHADAP KURIKULUM MATEMATIK

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI)

Page 20: Kepercayaan guru-latest

SEJAUH MANAKAH KEPERCAYAAN GURU

TERHADAP KURIKULUM PPSMI ?

Page 21: Kepercayaan guru-latest

• 98 peratus guru mengatakan murid mereka mengalami masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

• Sebanyak 96 peratus guru tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat terhadap bahasa Inggeris.

• 94 peratus guru tidak percaya bahawa keputusan peperiksaan murid dalam sains dan matematik yang diajarkan dan diperiksa dalam bahasa Inggeris itu sangat membanggakan.”

• 84 peratus guru menyatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti diajarkan menggunakan bahasa Inggeris.”

• 75 peratus daripada guru itu bersetuju bahawa belajar sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris itu mendatangkan masalah pemahaman.

• Murid yang sudah mahir berbahasa Inggeris di rumah yang mencapai tahap yang baik, dan mereka ini adalah dari bandar dan bukan dari Sekolah Kebangsaan Menengah dari luar bandar.

Satu kajian yang dilakukan oleh seorang

profesor linguistik Universiti

Kebangsaan Malaysia

mendapati:

Page 22: Kepercayaan guru-latest

Faktor kepercayaan guru terhadap keberkesanan kurikulum PPSMI

Profisiensi Bahasa Inggeris guru PPSMI

Jurang antara murid bandar dengan luar

bandar

Bahasa ibunda

Guru PPSMI bukan opysen matematik

Page 23: Kepercayaan guru-latest

Utusan online bertarikh 4/9/2008

Profisiensi Bahasa Inggeris guru PPSMI

Page 24: Kepercayaan guru-latest

Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana hanya 54.7% guru Sains dan 62.2% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Page 25: Kepercayaan guru-latest

Jurang antara murid bandar dan luar bandar

Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan

menulis dalam bahasa Inggeris.

Kebanyakan pelajar luar bandar pada asalnya tidak

menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

penggunaan bahasa asing merupakan satu perkara yang kurang dibudayakan

oleh masyarakat di kawasan luar bandar

Page 26: Kepercayaan guru-latest

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi subjek Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus

(Laman Web Rasmi KPM)

Page 27: Kepercayaan guru-latest

Punca

Guru di sekolah luar

Bandar kurang

pengalaman

Kurang infrastruktur

yang lengkap

Kurang motivasi daripada ibubapa

Page 28: Kepercayaan guru-latest

Guru di sekolah luar bandar kurang berpengalaman

Penempatan guru di luar bandar perlu mengambil kira kepentingan pendidikan pelajar luar bandar.

Pelajar memerlukan guru berpengalaman untuk memberi pengajaran.

Bukannya bergantung kepada guru baru semata-mata.

Jika hanya guru baru ditempatkan di luar bandar ini akan menyebabkan pelajar di situ tidak berpeluang mendapat tunjuk ajar dan kemahiran daripada guru berpengalaman

Page 29: Kepercayaan guru-latest

Kurang infrastruktur yang lengkap

Bilik darjah kurang kondusif.

Ketiadaan kemudahan asas seperti makmal komputer yang menyukarkan para pelajar mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.

perisian komputer untuk PdP yang sesuai sukar diperoleh

penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah

Kekurangan bahan rujukan

Page 30: Kepercayaan guru-latest

Kurang motivasi daripada ibubapa

Ibubapa berpendidikan rendah

Tidak memahami kepentingan bahasa inggeris

Tidak memberi motivasi kepada anak-anak

Page 31: Kepercayaan guru-latest

Bahasa ibunda

Perbualan seharian murid hanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing sahaja.

Pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah lebih selesa dan mudah difahami kerana murid-murid sudah biasa dengan penggunaannya

Penggunaan BI hanyalah terbatas kepada penggunaan di sekolah sahaja.

Page 32: Kepercayaan guru-latest
Page 33: Kepercayaan guru-latest

Guru Bukan Opysen

• Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, statistik ini sehingga 31 Jan 2012.

Page 34: Kepercayaan guru-latest

• Hal ini menyebabkan ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru

mengikut opsyen.

Sumber: Jabatan Pelajaran Sabah 2011

Bilangan guru: 39 48723% = 8996 (Sn & Maths bukan

opsyen)

Page 35: Kepercayaan guru-latest

Kesan guru bukan opsyen mengajar matematik

Penjelasan sesuatu konsep tidak jelas dan kukuh.

Kurang pengetahuan dalam konsep matematik.

Bersikap sambil lewa (tiada semangat).

Kurang persediaan.

Mengajar sekadar mengajar.

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) kurang diamalkan.

Page 36: Kepercayaan guru-latest

GURU BUKAN OPSYEN MENGAJAR KELAS PEPERIKSAAN

Guru mengajar untuk peperiksaan (exam oriented).

Memusatkan kepada latih tubi.

Kurang mementingkan proses pemahaman dan pembinaan konsep oleh pelajar

Page 37: Kepercayaan guru-latest

Kepercayaan Guru Terhadap Sifat Matematik

Page 38: Kepercayaan guru-latest

Menurut Siti Mistima Maat & Effandi Zakaria (2012), perbincangan mengenai kepercayaan matematik dalam konteks guru matematik merangkumi suatu sistem yang terdiri daripada kepercayaan terhadap sifat matematik, kepercayaan terhadap pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran matematik.

Komponen-komponen yang dinyatakan di atas memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan PdP, pencapaian pelajar dan arahan pembuatan keputusan atas tiap tindakan guru di dalam kelas.

Page 39: Kepercayaan guru-latest

Menurut Stipek D.J., Givvin K.B., Salmon J.M. & MacGyvers V.L. (2001),

sifat matematik merujuk kepada prosedur bagi menyelesaikan

masalah matematik dan alat-alat bagi mengajar.

Manakala menurut Opt Eynde et.al., (2002), jenis kepercayaan merujuk

kepada sifat-sifat yang terdapat dalam subjek matematik tersebut

seperti operasi asas yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi serta kumpulan masalah

matematik.

Kepercayaan terhadap matematik dalam konteks pendidikan matematik melibatkan kepercayaan matematik

itu sebagai suatu disiplin (Kloosterman et al., 1996).

Disiplin matematik pula merupakan sifat matematik yang diperlukan oleh guru bagi membuat perubahan dalam proses PdP matematik (Shahvarani &

Savizi, 2007).

Page 40: Kepercayaan guru-latest

Menurut Enochs, Smith & Huinker (2000), kepercayaan terhadap matematik merupakan satu struktur yang menjadi rujukan dalam

minda pelajar dan berfungsi bagi membentuk tingkah laku.

Dalam konteks guru sendiri, kepercayaan guru terhadap sifat matematik seperti dalam perbincangan di atas mampu mempengaruhi dan membentuk

tingkah laku guru dalam kesediaan bagi mengendalikan PdP matematik.

Op’t Eynde et al. (2002) pula menyatakan kepercayaan terhadap matematik (sifat), merupakan suatu konsepsi yang menjadi pegangan secara eksplisit

mahupun implisit bagi mempengaruhi pembelajaran matematik.

Menurut Siti Mistima Maat & Effandi Zakaria (2012), kepercayaan terhadap matematik (sifat), merupakan gabungan pengetahuan, sikap dan tindakan

yang mempengaruhi PdP dalam melakasanakan tugasan matematik.

Page 41: Kepercayaan guru-latest

Justeru, kepercayaan guru terhadap sifat matematik itu sendiri berkaitan dengan

perancangan dan pelaksanaan pengajaran (Siti Mistima Maat & Effandi Zakaria,

2012).

Dapat dirumuskan bahawa kepercayaan terhadap sifat matematik itu sendiri

mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar

(Zaidah, 2005) melalui asas terhadap bagaimana guru meletakkan kepercayaan mereka dalam sifat matematik itu sendiri sebelum melaksanakan proses PdP dalam

kelas.

Kepercayaan guru yang positif merangkumi elemen pengetahuan, sikap

dan tindakan guru berhubung terus terhadap keberkesanan proses PdP di

dalam kelas.

Page 42: Kepercayaan guru-latest

Isu Berkaitan Kepercayaan Guru Terhadap Sifat Matematik

Page 43: Kepercayaan guru-latest

Beliefs about the Nature of Mathematics, Mathematics Teaching and Learning Among Trainee Teachers.

Bilangan guru pelatih lelaki ialah 47 orang dan bilangan guru pelatih perempuan ialah 53 orang.

Lingkungan umur responden dalam umur 21-25 tahun.

Kebanyakan dari bakal guru ini dari latar belakang pendidikan dari Matrikulasi berbanding STPM.

Sebanyak 36% bakal guru ini dari Major Matematik dan selebihnya 64% bakal guru ini dari Minor Matematik.

Effandi Zakaria and Norulpaziana Musiran (2003) – Fakulti Pendidikan UKM

Page 44: Kepercayaan guru-latest

Permasalahan Matematik dapat diselesaikan secara tepat dalam satu cara.

Lelaki lebih baik dalam Matematik berbanding perempuan.

Sesetengah pelajar mempunyai ‘bakat’ dalam Matematik dan sesetengah yang lain sebaliknya.

Matematik secara utamanya, adalah cara yang formal untuk memberi gambaran kehidupan sebenar.

Sesetengah kumpulan etnik mempunyai penguasaan Matematik yang lebih baik berbanding kumpulan etnik yang lain.

Dalam Matematik, sesuatu itu adalah betul atau salah.

Sesetengah individu mempunyai penguasaan Matematik yang baik berbanding individu lain.

Page 45: Kepercayaan guru-latest

Keputusan Item Sangat Tidak

Setuju (%)Tidak Setuju

(%)Setuju

(%)Sangat Setuju

(%)

1 52 43 3 2

2 27 41 28 4

3 7 37 48 8

4 0 17 67 16

5 21 52 23 4

6 11 40 43 6

7 9 34 52 5

Page 46: Kepercayaan guru-latest

Perbincangan…Permasalahan Matematik dapat diselesaikan dalam pelbagai cara dan tidak terikat dengan satu cara sahaja.

Matematik dapat diwakilkan dalam dunia sebenar.

Ini selaras dengan The Third International Math. And Science Study (TIMSS) dalam Beaton (1996), kebanyakan guru mempercayai Matematik ialah ‘kenderaan’ untuk memodelkan dunia sebenar.

Matematik adalah suatu koleksi kemahiran dan algoritma.

Terdapat guru yang mempercayai sifat Matematik itu dipengaruhi oleh jantina.

Civil (1990), guru mempercayai Matematik memerlukan kekemasan dan kepantasan, di mana kedua-duanya merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah.

Page 47: Kepercayaan guru-latest

Kepercayaan Terhadap Pengajaran Matematik

Page 48: Kepercayaan guru-latest

Menurut Ernest (1989), sistem kepercayaan guru dalam pembelajaran matematik mengandungi pandangan guru tentang proses pembelajaran, tingkah laku dan aktiviti mental pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, jangkaan, konsepsi dan imej aktiviti pembelajaran dan proses pembelajaran matematik secara umum.

Siti Mistima Maat & Effandi Zakaria (2012) pula menyatakan bahawa proses pembelajaran matematik merangkumi pandangan matematik sebagai pembentukan pengetahuan secara bermakna, pembentukan autonomi dan minat pelajar kepada matematik.

Pandangan tentang matematik itu sendiri berperanan sebagai suatu alat yang perlu digunakan dalam pengajaran matematik di dalam kelas.

Page 49: Kepercayaan guru-latest

Ini merangkumi kepelbagaian takrifan dan pembuktian matematik yang merupakan suatu strategi pedagogi dan kandungan yang diperlukan dalam praktis guru yang mempunyai pandangan sistematik terhadap matematik.

Liljehdahl (2008) menyatakan bahawa guru melihat matematik itu sebagai suatu proses.

Proses ini dapat diterjemahkan melalui teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan mereka untuk melaksanakan tugasan matematik.

Kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik memastikan berlakunya aktiviti-aktiviti di dalam kelas semasa berlakunya proses PdP dalam kelas.

Page 50: Kepercayaan guru-latest

Ini merangkumi bagaimana guru mengenal pasti proses PdP dalam kelas, potensi pelajar, keupayaan dan kemampuan mereka di mana semua ini adalah berdasarkan kurikulum yang diguna pakai.

Menurut Liljehdahl (2008), dalam pendidikan matematik, kepercayaan guru dan pengetahuan bergerak seiring semasa PdP dalam kelas.

Berdasarkan pernyataan di atas, jika dimanfaatkan bersama idea guru bersama kepercayaan guru dan pengetahuannya, pengajaran matematik dapat dibawa dalam pendidikan matematik itu sendiri.

Page 51: Kepercayaan guru-latest

Isu Berkaitan Kepercayaan Guru Terhadap Pengajaran Matematik

Page 52: Kepercayaan guru-latest

Matematik harus diajar sebagai suatu koleksi kemahiran dan algoritma (proses/peraturan semasa membuat perkiraan).

Dalam Matematik, penekanan harus diberikan terhadap penggunaan kata kunci untuk menentukan operasi dalam penyelesaian sesuatu masalah.

Matlamat pengajaran Matematik adalah untuk membantu pelajar membentuk kepercayaan bahawa mereka mampu mengawal kejayaan mereka dalam Matematik.

Dalam pengajaran konsep Matematik, perwakilan sesuatu itu haruslah lebih dari satu (gambar rajah, bahan maujud, simbol dan sebagainya)

Effandi Zakaria and Norulpaziana Musiran (2003) – Fakulti Pendidikan UKM

Page 53: Kepercayaan guru-latest

Samb.Guru Matematik yang baik menunjukkan cara yang tepat dan sebenarnya untuk menjawab soalan yang akan diuji.

Dalam Matematik, kemahiran dalam pengiraan haruslah mendahului penyelesaian masalah berbentuk perkataan.

Pelajar haruslah digalakkan untuk meneliti penyelesaian, konjektur dan kemahiran berfikir.

Kemahiran pengiraan yang asas adalah mencukupi bagi seorang guru mengajar Matematik.

Page 54: Kepercayaan guru-latest

KeputusanItem Sangat Tidak Setuju

(%)Tidak Setuju

(%)Setuju

(%)Sangat Setuju

(%)

1 1 3 80 16

2 0 8 77 15

3 6 26 62 6

4 0 8 64 28

5 2 17 61 20

6 11 32 45 12

7 1 14 64 21

8 27 51 19 3

Page 55: Kepercayaan guru-latest

Perbincangan…

Dalam mengajar konsep Matematik, perwakilan konsep haruslah lebih dari satu (rajah,

bahan maujud, simbol dan sebagainya).

Ini selaras dengan The Third International Math. And Science

Study (TIMSS) dalam Beaton (1996), lebih dari satu

perwakilan harus digunakan dalam nenerangkan konsep

Matematik.

Ini menunjukkan guru harus menggunakan bahan pengajaran

yang bersesuaian dengan pengajaran secara efektif.

Dalam penyelesaian masalah Matematik. pelajar harus diajar mengenai prosedur yang tepat.

Pendekatan konstruktivisme haruslah diaplikasikan dalam

pengajaran Matematik kerana membawa implikasi yang positif

terhadap murid.

Page 56: Kepercayaan guru-latest

Samb.Menurut Barkatsas dan Malone (2005), pendidikan guru yang awal mampu mempengaruhi praktis pengajaran seseorang guru itu.

Cheng et al. (2009) menyarankan universiti dan sekolah haruslah bekerjasama dalam memudahkan konteks bilik darjah dan mempraktikkan pendekatan pedagogi kontemporari seperti konstruktivisme.

Benbow (1993), guru pelatih (preservice teacher) memikirkan bahawa Matematik itu sebagai suatu disiplin berdasarkan peraturan dan prosedur yang harus diingati dan itu merupakan salah satu cara mendapatkan jawapan.

Khamis (1992), Lappan dan Even (1989) dan Wood dan Floden (1990), Matematik yang diajar di sekolah adalah berdasarkan kaedah menghafal fakta dan peraturan.

Page 57: Kepercayaan guru-latest

Isu 5

Kepercayaan Guru Terhadap Pembelajaran Matematik

Page 58: Kepercayaan guru-latest

Kepercayaan Guru Terhadap Pembelajaran Matematik• Menurut Earnest (1989), Sistem kepercayaan guru dalam

pembelajaran matematik mengandungi pandangan guru tentang proses pembelajaran, tingkah laku dan aktiviti mental pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, jangkaan, konsepsi dan imej aktiviti pembelajaran, dan proses pembelajaran matematik secara umum.

Page 59: Kepercayaan guru-latest

• Menurut Penso (2002), pengetahuan guru dan kepercayaan yang terkandung dalam konteks tertentu adalah hasil daripada interaksi yang dinamik bagi proses-proses yang terlibat dalam pembelajaran.• Model pembelajaran yang ditunjukkan oleh guru adalah faktor penting

dalam mempengaruhi pengalaman pembelajaran oleh pelajar dari aspek kognitif mahupun afektif.

Page 60: Kepercayaan guru-latest

• Menurut Handal (2004), kepercayaan guru dilihat sebagai suatu kumpulan andaian tentang aspek-aspek yang terkandung dalam pendidikan seperti kurikulum, sekolah, pengajaran, pembelajaran, dan pengetahuan.

Page 61: Kepercayaan guru-latest

• Menurut Barkatsas & Malone (2005), perkara-perkara yang berlaku semasa aktiviti pembelajaran dalam kelas matematik dipengaruhi oleh kepercayaan guru.• Ini termasuklah bagaimana guru mengenal pasti proses pengajaran,

pembelajaran, potensi pelajar, keupayaan, dan kemampuan mereka.

Page 62: Kepercayaan guru-latest

• Menurut Liljehdahl (2008), hubungan kepercayaan dan pedagogi adalah sangat jelas bagi guru matematik.• Penggunaan pelbagai takrif dan pembuktian merupakan strategi

pedagogi amalan guru yang mempunyai pandangan sistematik tentang matematik.• Menurut Effandi & Norulpaziana (2010), tahap kepercayaan guru pelatih

terhadap pembelajaran Matematik adalah sederhana.

Page 63: Kepercayaan guru-latest

Jenis-Jenis Kepercayaan Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran• Shuhua et al. (2004) menyatakan terdapat dua jenis kepercayaan yang

berkaitan dengan pembelajaran iaitu pembelajaran untuk mengetahui dan pembelajaran untuk memahami.

Page 64: Kepercayaan guru-latest

• Kepercayaan jenis pertama merujuk kepada guru yang percaya bahawa kepercayaan terhadap pembelajaran matematik mengandaikan matematik dapat dipelajari sekiranya sesuatu konsep atau kemahiran telah diajar.• Kepercayaan terhadap pembelajaran yang kedua menyatakan bahawa

kefahaman telah dicapai sekiranya pelajar mampu mengaitkan dengan pengetahuan lepas.

Page 65: Kepercayaan guru-latest

1. Guru menggunakan pendekatan tradisional.2. Kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru.

Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Kepercayaan Guru Terhadap Pembelajaran Matematik

Page 66: Kepercayaan guru-latest

1. Guru Menggunakan Pendekatan Tradisional• Havice (1999) mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara tradisional

melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja.• Guru menggunakan pengajaran secara tradisional untuk menghabiskan

sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan segera. (Hooper & Rieber 1999; Papert 2000).

Page 67: Kepercayaan guru-latest

• Kajian menunjukkan guru percaya cara tradisional dapat menghabiskan sukatan pelajaran.• Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru

dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar.

Page 68: Kepercayaan guru-latest

2. Kepelbagaian Kaedah Yang Digunakan Oleh Guru.• Ridzuan (2002) berpendapat kaedah pengajaran guru akan

mempengaruhi secara langsung pencapaian Matematik Tambahan mereka.

Page 69: Kepercayaan guru-latest

• Gabbin (2002) menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi. • Guru percaya akan kaedah selain tradisional lebih baik, tetapi terdapat

kekangan untuk melaksanakan.

Page 70: Kepercayaan guru-latest

• Antara kekangan yang berlaku:• Kemudahan ICT.• Kemahiran menggunakan ICT.• Sukatan pelajaran.

Page 71: Kepercayaan guru-latest

Rumusan

Page 72: Kepercayaan guru-latest

RUMUSAN

Guru-guru mempunyai peranan untuk membimbing dan memberi motivasi kepada semua pelajar yang penting dalam meningkatkan minat pelajar untuk belajar sesuatu yang baru (Zamri, Nik Mohd Rahimi & Juliawati, 2009).

Page 73: Kepercayaan guru-latest

Tamat

Sekian, terima kasih.