slide bm latest

28

Upload: aufa-adlia-nazari

Post on 17-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat

PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM KALANGAN REMAJAAUFA ADLIA BT. NAZARIINTAN AMALINA BT. ABDUL RAHIMFARA EUSNIZA BT. ROSLIFARAH NABILAH BT. MOHAMAD YUSOF

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempatBahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.Slanga bermaksud kata-kata iaitu ungkapan dan sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan sering digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

Fischer (1996)Slanga muncul pada abad ke-18 yang membawa erti origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata slanga berasal dari kata sling yang dihubungkaitkan dengan beggar language and rogues language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei : 2003)Slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau mengikut musim. Harimurti Kridalaksana (1982:156) merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai komunikasi dalaman untuk mengelakkan orang luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan.Brooke (1973:12)Variasi yang terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli-ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.Nik Safiah Karim (1994)Bahasa slanga tergolong dalam bahasa yang terhad dari segi jumlah penutur, peranan atau fungsinya dan inventori bahasa itu sendiri.LATAR BELAKANGbahasa kutu, bahasa parasit dan bahasa rokerbahasa yang tidak rasmi yang digunakan oleh kelompok tertentukosa kata yang tidak baku, tidak standard dan berubah-ubah secara umum serta berbeza dengan kosa kata lainnyapenulisan-penulisan yang digunakan dalam bacaan ringan seperti komik trend dalam kalangan remaja yang digunakan dalam alam maya atau di dunia sebenar

LATAR BELAKANGmenyebabkan masyarakat lain dan yang berpengalaman tidak memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh mereka. kemajuan teknologi telah membawa perubahan yang ketara dalam pertuturan anak muda semakin banyak penggunaan bahasa slanga yang akan digunakan pada masa hadapan dan semakin kurang orang yang lagi mengamalkan bahasa baku terutamanya dalam kalangan remaja.

TUJUANMengenal pasti tahap penggunaan bahasa slangaMengenal pasti pengaruh besar yang menyebabkan remaja menggunakan bahasa slanga dalam kalangan mereka.Membincangkan impak yang akan dialami masyarakat pada masa akan datang Mengumpulkan beberapa perkataan bahasa slanga yang digunakan

KEPENTINGANmenambah dokumentasi tentang bahasa slanga berkenaan punca-punca yang menyebabkan penggunaan bahasa slangamenambah bahan kajian yang sedia ada dijadikan panduan dalam pengajaran khususnya kesan penggunaan bahasa slanga Penggunaan Bahasa Slanga Sesetengah remaja pada masa kini menggunakan bahasa slanga dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak menggunakan bahasa slanga. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan,kami terlebih dahulu menyoal responden adakah responden tersebut mengunakan bahasa slanga didalam percakapan mereka.

Menurut Kridalaksana (1982), beliau merumuskan bahasa slanga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan lazimnya digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai komunikasi dalaman untuk mengelakkan orang luar kelompok memahami kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Penggunaan Bahasa Slanga Rajah 1 : Peratus Bilangan Pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan yang menggunakan bahasa slanga.Berdasarkan kaji soal selidik yang dijalankan, kami mendapati bahawa peratus pelajar yang mengunakan bahasa slanga adalah sebanyak 76 peratus bersamaan dengan 38 responden daripada 50 responden yang disoal selidik manakala pelajar yang tidak mengunakan bahasa slanga adalah 24 peratus bersamaan 12 responden daripada 50 responden.Faktor Pengaruh Penggunaan Bahasa Slanga Faktor-faktor Bilangan Peratusan(%) Rakan 17 44.73 Keluarga 10 26.31 Media Sosial 8 21.05 Media Massa 2 5.26 Media Cetak 1 2.63 JUMLAH 38 100.00Pengaruh Rakan

Remaja merupakan golongan yang berada pada zaman peralihan antara kanak-kanak dan dewasa. Pertumbuhan remaja pada peringkat umur 16 sehingga 18 tahun.

Remaja biasanya memilih rakan yang mempunyai persamaan tingkah laku,sikap dan identiti mereka (Aker, jones&coyle, 1998, hogue&Steinberg, 1995).

Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi percakapan dan pengunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar.

Pengaruh KeluargaSebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun mendengar percakapan kakak atau abang kepada mereka menyebabkan berlakunya penyebaran bahasa slanga ini dan digunakan sehingga kanak-kanak tersebut meningkat kepada usia remaja kerana telah didedahkan dengan bahasa slanga sejak dari kecil.

Pengaruh media sosialDengan adanya jaringan sosial seperti facebook, remaja amat mudah untuk meluahkan perasaan dan berhubung dengan rakan

Masalah penyebaran bahasa slanga ini timbul apabila bahasa yang digunakan didalam jaringan sosial seperti facebook dan blog tidak ditapis.

Pengaruh Media MassaMenurut Changara, 2002Media massa ialah alat yang digunakan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dan sumber kepada khalayak

Media massa juga berorentasikan penglihatanPengaruh Media CetakAntara contoh media cetak adalah novel dan cerpen, bahan-bahan ini menggunakan bahasa slanga bertujuan menambahkan kemesraan dan menarik minat golongan remaja sebagai contoh: camtu (macam itu), kengkawan (kawan-kawan) dan siniz (sini), seryuz (serius)Remaja yang gemar akan bahan bacaan seperti novel dan cerpen ini akan dipengaruhi sekali gus mengunakan bahasa slanga dalam percakapan seharian mereka.

PERKATAAN BAHASA SLANGABil Perkataan Maksud1.SiotMengarut2.SakaiTidak mengetahui sesuatuSerabut3.KerekBerlagak4.PoyoMenjengkelkan5.Sadoberbadan tegap6.sengalbodohsikap yang tidak ada perasaan7.awekteman wanita8.Masak kitaHabislah atau teruklah kita9.BalakTeman lelaki10.Port baruTempat baru11.Dalam hati ada tamanRomantic12.ChikaroTeman wanita13.Ada aku kisahSaya tidak perduli14.PishangBosan21KESAN-KESAN PENGGUNAAN BAHASA SLANGAMenyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu.Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datangPenggunaan bahasa slanga ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan anasir asing Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti tugasan, arahan dan sebagainya bagi memastikan golongan remaja mempelajari pengunaan Bahasa Melayu dengan betul.

Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan remaja

Langkah-langkah Mengatasi Penggunaan Bahasa slanga

Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan penggunaan bahasa slanga terhadap paparan di tempat umum.

Para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah.

Langkah-langkah Mengatasi Penggunaan Bahasa slanga

Media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa slanga bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu terutamanya remaja.

Remaja itu sendiri perlu sedar dan mempunyai kewarasan untuk menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkannya.

Langkah-langkah Mengatasi Penggunaan Bahasa slanga

PENUTUPKesimpulannya, jumlah remaja yang menggunakan bahasa slanga adalah melebihi jumlah remaja yang tidak menggunakan bahasa slanga dalam percakapan seharian. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi seperti rakan sebaya, media sosial, keluarga, media massa dan media cetak. Ini memberi kesan buruk kepada remaja itu sendiri dan juga kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang, dan remaja Melayu mengagung-agungkan anasir asing terutamanya bahasa slanga. Oleh itu langkah-langkah untuk membendung penggunaan bahasa slanga ini harus dimantapkan seperti mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul. Sesungguhnya, penggunaan bahasa slanga ini dapat dibendung jika semua pihak berganding bahu dalam menanganinya kerana hal ini sangat penting untuk kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu.

PENUTUP