kertas kerja amali sembelihan

7
KERTAS KERJA KURSUS PENYEMBELIHAN DAN AQIQAH 2014 BIRO PENDIDIKAN MASJID AL-HIDAYAH TAHUN 2014

Upload: mohd-razif-ibrahim

Post on 28-Nov-2015

669 views

Category:

Documents


63 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Amali Sembelihan

KERTAS KERJA KURSUS PENYEMBELIHAN DAN

AQIQAH 2014

BIRO PENDIDIKAN

MASJID AL-HIDAYAH

TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN

Page 2: Kertas Kerja Amali Sembelihan

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori bagi kita semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Biro Pendidikan telah merancang untuk mengadakan Kursus Penyembelihan dan Aqiqah. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat warga muslim Desa Coalfields untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada warga Muslim Desa Coalfields tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.

2.2 Memberi peluang kepada warga Muslim Desa Coalfields untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan dan aqiqah.

2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada warga Muslim Desa Coalfields bermula dari proses sembelihan sehingga proses membersih bahan sembelihan dan pengagihan bahagian aqiqah.

3.0 TARIKH & HARI

Ogos 2014

4.0 LOKASI

Masjid Al-Hidayah

5.0 SASARAN

Warga Muslim Desa Coalfields.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Page 3: Kertas Kerja Amali Sembelihan

Ahli Jawatankuasa Induk :

Pengerusi : Naib Pengerusi : Penyelaras : Setiausaha : Bendahari :

Ahli Jawatankuasa Pelaksana :

Jk Instruktor Sembelihan :

Jk Peralatan :

Jk Penyediaan Bahan Mentah:

Jk Dokumentasi :

Jk Makanan & Masakan :

Jk Kebersihan :

Jk PA Sistem :

7.0 YURAN PENYERTAAN

RM20.00 setiap peserta (Nota, Sijil dan Ayam,)

8.0 TENTATIF

Page 4: Kertas Kerja Amali Sembelihan

Tarikh : Oktober 2014

8.00 pagi : Pendaftaran para peserta kursus dan sarapan pagi.8.30 pagi : Peserta berkumpul di dewan masjid.8.45 pagi : Taklimat Kursus.9.00 pagi : Penerangan tentang teori penyembelihan dan aqiqah oleh penceramah.10.00 pagi : Demonstrasi dan praktikal sembelihan oleh penceramah dan peserta.10.30 pagi : Semua peserta bergotong-royong membersihkan ayam dan menyediakan makanan.12.00 tgh : Makan tengahari dan gotong royong membersihkan kawasan.

Solat Zohor dan bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah

1234

Anggaran Perbelanjaan :Sarapan pagi (RM 3.00 x 50) Ayam ( 50 ekor x RM 15.00)Bayaran Penceramah Lain-lain kos

RM 150.00 RM 750.00 RM 250.00

RM 100.00

JUMLAH RM 1250.00

10.0 PENUTUPKami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

...................................................(MOHD RAZIF BIN IBRAHIM)Ketua Biro PendidikanMasjid Al-Hidayah Desa Coalfields.

Disahkan oleh,

................................................( Ir. Hj. AZMI BIN SEKON)Timbalan NazirMasjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Senarai Tugas Jawatankuasa :

Page 5: Kertas Kerja Amali Sembelihan

Bil

Jawatankuasa Bidang Tugas

1 Jk Instruktor Sembelihan 1. Memberi penerangan tentang teori

sembelihan.

2. Menunjukkan demonstrasi sembelihan yang

betul.

3. Membimbing dan memantau amali

sembelihan yang dilakukan oleh peserta.

2 Jk Peralatan 1. Menyediakan peralatan seperti pisau, batu

asah, periuk, tong gas, dapur gas. kanvas dan

lain-lain yang dirasakan perlu.

2. Menyediakan nota yang bersesuaian

berkaitan untuk rujukan pelajar.

3 Jk Penyediaan Bahan

Mentah

1. Menyediakan ayam sebanyak 50 ekor untuk

sembelihan.

4 Jk Dokumentasi 1. Mengambil gambar sepanjang program

berlangsung

5 Jk Makanan & Masakan 1. Menyelaras jamuan untuk semua peserta.

2. Melapah dan membersihkan ayam untuk

dimasak

6 Jk Kebersihan Tempat 1. Memastikan tempat sembelihan dan

peralatan dalam keadaan bersih selepas

program selesai.

7 Jk PA Sistem 1. Menyediakan pembesar suara semasa

program.