kertas cadangan tokoh nilam 2013(2)

18
1 KERTAS KERJA NO: KARNIVAL NILAM NEGERI SABAH 2013 KERTAS CADANGAN PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH TAHUN 2013 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAH LORONG SAHABAT

Upload: hasnol698321

Post on 09-Aug-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

1KERTAS KERJA NO:

KARNIVAL NILAM NEGERI SABAH2013

KERTAS CADANGAN

PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH TAHUN 2013

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SABAHLORONG SAHABAT

OFF JALAN PENAMPANG LAMA89500 PENAMPANG

Page 2: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

KERTAS CADANGAN

PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH 2013__________________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan ahli Mesyuarat

Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Negeri Sabah Bil. 1/2013 bagi cadangan

pelaksanaan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 menyatakan bahawa

Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara secara

terancang.

2.2 Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan

budaya membaca dan budaya ilmu serta berterusan sepanjang hayat dalam

kalangan rakyat Malaysia.

2.3 Untuk meningkatkan impak Program NILAM, sistem ganjaran dan

penghargaan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri diadakan.

2.4 Pada tahun 2008, kedua-dua peserta dari negeri Sabah telah dinobatkan

sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan bagi kategori sekolah menengah dan

rendah iaitu Bessima Jamal Dargham dari SMK. Lok Yuk, Likas, Kota Kinabalu

dan Azmatun Samihah Bte Hassan dari SK. Muhibbahraya, Tawau.

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 1

Page 3: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

3. RASIONAL

3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca, Kementerian

Pelajaran Malaysia tahun 2003 telah menetapkan bahawa acara Anugerah

NILAM Kebangsaan perlu dianjurkan pada setiap tahun. Sehubungan itu,

setiap negeri dikehendaki menghantar calon-calon sekolah rendah dan

menengah bagi kategori yang telah ditetapkan.

3.2 Anugerah NILAM merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian Pelajaran

Malaysia atas usaha gigih murid menjalankan aktiviti pembacaan. Ia selaras

dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan

berpengetahuan menjelang 2020.

4. MATLAMAT

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada

murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria

yang telah ditetapkan.

5. OBJEKTIF

Melalui majlis anugerah ini, adalah diharapkan sekolah-sekolah dapat :

5.1 Menggerakkan aktiviti-aktiviti galakan membaca secara berterusan.

5.2 Meningkatkan minat membaca yang berterusan dengan pemilihan bahanbacaan yang berkualiti.

5.3 Menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaanDasar MBMMBI.

5.4 Memperkasa pelaksanaan Program NILAM dengan peluasan penglibatandi luar persekitaran sekolah (masyarakat sekitar)

5.5 Melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang berketrampilan dalam bidang pembacaan dan mempunyai sifat kepimpinan.

5.6 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.

5.7 Melahirkan tokoh NILAM yang dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 2

Page 4: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

6. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

6.1 Tarikh Pelaksanaan : 11.03. hingga 15.03. 2013

6.2 Tempat : SMKA Mohamad Ali, Ranau.

6.3 Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

7. KONSEP

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri merupakan satu pengiktirafan kepada murid-murid

yang telah berusaha melibatkan diri dalam Program NILAM dari peringkat sekolah

hingga ke peringkat negeri iaitu bagi murid-murid yang telah berjaya di peringkat

Jauhari NILAM. Pemenang-pemenang adalah untuk dua kategori iaitu Kategori

Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris kepada murid-murid :

7.1 Sekolah Rendah Bandar

7.2 Sekolah Rendah Luar Bandar

7.3 Sekolah Menengah Bandar

7.4 Sekolah Menengah Luar Bandar

7.5 Sekolah Rendah Pedalaman

Selain daripada ini, majlis juga akan mengiktiraf murid sebagai Tokoh NILAM Negeri.

Empat orang tokoh akan dipilih iaitu bagi kategori Sekolah Rendah BM, Sekolah

Rendah BI, Sekolah Menengah BM dan Sekolah Menengah BI. Pemenang bagi Tokoh

NILAM Negeri mestilah mendapat markah minima 80% berdasarkan instrumen

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri.

8. KRITERIA PEMILIHAN

Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

8.1 Tahap Jauhari

8.1.1 Calon Tokoh NILAM Negeri hendaklah telah mencapai pengiktirafan

NILAM dalam Tahap Jauhari. Calon tersebut juga mesti teridiri daripada

murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang sudah membaca lebih 360 buah

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 3

Page 5: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

buku dan ke atas bagi sekolah rendah atau 288 buah buku dan k e atas

bagi sekolah menengah serta telah membaca buku Bahasa Inggeris

sebanyak 72 bagi sekolah rendah dan 58 bagi sekolah menengah.

8.1.2 Dibuktikan dengan buku rekod bacaan yang telah disahkan oleh pihak

sekolah. Bagi murid sekolah rendah perlu ada buku rekod bacaan dari

Tahun 1 hingga Tahun 6, dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi

sekolah menengah.

8.1.3 Ada pencapaian dalam pertandingan aktiviti galakan membaca yang

diceburi beserta dengan dokumen sokongan atau sijil dan pencapaian

akademik yang baik berdasarkan buku rekod prestasi.

8.1.4 Telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggeris.

8.1.5 Calon-calon tokoh NILAM negeri mesti telah memperolehi sekurang-kurangnya 50 markah dalam Tahap Rakan Pembaca.

8.2 Tokoh NILAM Negeri

Ditentukan melalui Ujian Bertulis dan Ujian Lisan yang akan diuji oleh panel

hakim negeri berdasarkan instrumen Pemilihan Tokoh NILAM Negeri.

9. PELAKSANAAN

Semua PPD menjalankan pemilihan di peringkat daerah masing-masing. Kemudian

menghantar calon-calon bagi kategori BM (5 orang) dan kategori BI (5 orang) ke

bahagian/zon masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Ketua

bahagian/ 6 zon pula akan membuat pemilihan Anugerah NILAM di peringkat

bahagian masing-masing. Pemenang pertama bagi setiap kategori sahaja dihantar

ke peringkat negeri (10 orang) sebagai calon Tokoh NILAM negeri tujuh hari sebelum

penilaian.

Pemilihan dan penilaian bagi murid-murid khas akan dikendalikan sepenuhnya oleh

Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 4

Page 6: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Borang pencalonan iaitu borang BTPNSBH/PSP-NILAM 01 yang telah diisi lengkap

dan disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua bersama surat pengantar dari Pegawai

Pelajaran Daerah (Ketua Zon) masing-masing atau Pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian (PTPB) hendaklah sampai kepada pihak urus setia Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 28 Februari 2013. ( Carta Gantt

pelaksanaan adalah seperti dalam Lampiran 1 )

10. KEWANGAN

Majlis ini memerlukan peruntukan yang secukupnya untuk memastikan penganugerahan berjalan lancar. Dicadangkan perbelanjaan seperti berikut:

10.1 Perbelanjaan piala/trofi, hadiah wang tunai, cenderamata dan makan minum para peserta/murid akan dibiayai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

10.2 Perbelanjaan tambang perjalanan calon diurus oleh Pejabat Pelajaran Daerah(Ketua Zon/bahagian).

10.3 Perbelanjaan makan minum para pegawai dan guru-guru pengiring, bahan/peralatan, sijil, dan back drop, banner serta kemudahan penginapan akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

10.4 Implikasi Kewangan adalah seperti yang diperincikan di bawah:

Bil Perkara 21000 24000 27000 29000 42000 Catatan

1. Hadiah Wang Tunai( Tahap Jauhari )

Sekolah Rendah

1.1 Pertama: RM300 x 6 orang

1.2 Kedua : RM200 x 6 orang

1.3 Ketiga : RM100 x 6 orang

1.4 Sagu hati :RM80x12 orang

1.5 Tokoh NILAM : RM400 x 2 orang

RM1,800.00

RM1,200.00

RM600.00

RM960.00

RM800.00

RM5,360.00

Dibiayai oleh JPNS

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 5

Page 7: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Bil Perkara 21000 24000 27000 29000 42000 Catatan

2.

3.

4.

Hadiah Wang Tunai( Tahap Jauhari )

Sekolah Menengah

2.1 Pertama: RM400 x 4 orang

2.2 Kedua : RM300 x 4 orang

2.3 Ketiga : RM200 x 4 orang

2.4 Sagu hati :RM100 x 6 orang

2.5 Tokoh NILAM : RM500 x 2 orang

Piala (Sekolah Rendah)

3.1 Pertama: RM200 x 6 orang

3.2 Kedua : RM150 x 6

3.3 Ketiga : RM100 x 6 3.4 Sagu Hati: RM80 x 12

3.5 Tokoh NILAM. RM250 x 2 orang

Piala (Sekolah Menengah)

4.1 Pertama: RM250 x 4 orang

4.2 Kedua : RM200 x 4

4.3 Ketiga : RM150 x 4 4.4 Sagu Hati: RM100 x 6

4.5 Tokoh NILAM. RM300 x 2 orang

RM1,600.00

RM1,200.00

RM800.00

RM600.00

RM1,000.00

RM5,200.00

RM1,200.00

RM900.00

RM600.00

RM960.00

RM500.00

RM4,160.00

RM1,000.00

RM800.00

RM600.00

RM600.00

RM600.00

RM3,600.00

Dibiayai oleh JPNS

Dibiayai oleh JPNS

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 6

Page 8: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Bil Perkara 21000 24000 27000 29000 42000 Catatan

.5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

Sijil.100 keping x RM3.50

Ink Printer(Warna)-(4 unit x RM390)

Buku Aturcara(300 x RM9.80)

Tag Nama (160 unit x RM6.00)

Kertas Jawapan( answer sheet) = 1 rim

Fail poket (Plastik) (160 unit x RM7.50)

Penanda Buku(800 unit x RM2.50)

Back Drop (12’x20’)

Banner-3 unit(4’x12’)

Sewa Tempat MajlisAnugerah NILAM( 2 hari )

Pengangkutan /Bas sekolah (Minyak)( 3 hari )

Dobi

Mesyuarat ( 7 kali )

Makan dan Minum Pegawai/Guru (5 hari )/Majlis Penutupan

Makan minum Murid(5 hari)

Cenderamata Hakim( 16 org x RM150)

Cenderamata Perasmi(1 orang x RM100)

RM500.00

RM350.00

RM1,560.00

RM2,940.00

RM960.00

RM25.00

RM1,200.00

RM2000.00

RM9,035.00

RM1,920.00

RM1,152.00

RM700.00

RM2,500.00

RM730.00

RM7,768.00

RM14,770.00

RM2,400.00

RM100.00

RM2,500.00

RM3,876.00

DibiayaiBTPN Sabah

Dibiayai oleh JPNS

Page 9: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2013 7Bil Perkara 21000 24000 27000 29000 42000 Catatan

22. Tambang Kenderaan

1. Zon Timur (Sandakan) ( murid ) RM95.00 x 10 orang

(Guru/Peg. Pengiring ) RM95.00 x 2 orang

2. Zon Tenggara (Tawau) ( murid ) RM100.00 x 10 orang

(Guru/Peg. Pengiring ) RM100.00 x 2 orang

3. Zon Barat (Kota Kinabalu) (murid)

RM 50 x 10 orang (Guru/Peg. Pengiring) RM50 x 2 orang

4. Zon Utara (Kota Belud) (murid ) RM60 x 6 orang (Guru/Peg. Pengiring) RM60 x 2 orang

5. Zon Pedalaman (Keningau) (murid ) RM70 x 6 orang

(Guru/Peg. Pengiring) RM70 x 2 orang

6. Zon Selatan (Beaufort) (murid ) RM70 x 4 orang

(Guru/Peg. Pengiring) RM70 x 2 orang

JUMLAH BESAR

RM190.00

RM200.00

RM100.00

RM120.00

RM140.00

RM140.00

RM890 .00 RM500.00 RM9,035.00 RM35,590.00

RM950.00

RM1000.00

RM500.00

RM360.00

RM420.00

RM280.00

RM7,386.00

Dibiayai oleh PPD

Page 10: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 811. ANGGARAN PERBELANJAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI SABAH 2013

OS Perkara Jumlah Dibiayai oleh

21000 Tambang Kenderaan Guru Pengiring (12 org) RM890.00

PPD42000

1. Tambang Kenderaan - Murid ( 48 orang ) Jumlah

RM3,510.00

RM4,400.00

24000 Sewa Tempat Majlis Anugerah RM500.00

BTPN Sabah

27000

1. Sijil.(1 rim)2. Ink Printer (Warna)- 4 unit.3. Buku Aturcara (300 unit)4. Tag Nama (160 unit).6. Kertas Jawapan (Answer Sheet)- 1 rim7. Fail Poket Plastik (160 unit)8. Penanda Buku (500 unit)

Jumlah

RM 350.00RM 1,560.00RM 2,940.00 RM 960.00RM 25.00RM1,200.00RM2,000.00

RM9,035.00

29000

1. Back Drop. (1 unit )- 12’ X 20’2. Banner. ( 3 unit )- 4’ x 12’3. Pengangkutan Bas Sewa/Sekolah (Minyak)4. Dobi5. Mesyuarat (7 kali)6. Makan/minum Pegawai/AJK/Guru dan Majlis Perasmian Penutupan

Jumlah

RM1,920.00RM1,152.00RM 700.00RM2,500.00RM 730.00

RM7,768.00

RM14,770.00

RM24,305.00

29000

1. Hadiah Wang Tunai:

i. Kategori Sekolah Rendah.ii. Kategori sekolah Menengah.

Jumlah

2. Hadiah Piala.

i. Kategori SR - 32 buah ii. Kategori SM - 20 buah Jumlah

3. Cenderamata Panel Hakim ( 16 orang )

4. Cenderamata Pegawai Perasmi.

Jumlah

RM5,360.00RM5,200.00

RM910,560.00

RM4,160.00RM3,600.00

RM7,760.00

RM 2,400.00

RM 100.00

RM 2,500.00

JPNS

420005. Makan Minum Murid (5 hari)

Jumlah

RM3,876.00

RM24,696.00

JUMLAH BESAR RM53,401.00

Page 11: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 10

12. CADANGAN JADUAL AKTIVITI KARNIVAL NILAM NEGERI SABAH 2013

Tarikh/Masa

11.03.2013( Isnin )

12.03.2013( Selasa )

13.03.2013( Rabu )

14.03.2013( Khamis )

15.03.2013( Jumaat )

8.00 pg –9.15 pg

PERJALANAN

(Calon TokohNILAM Negeri

Dan

PesertaKhemah

Membaca)

Penilaian Bertulis(SR &SM)

[ Bilik Mesyuarat ]

Jejak Maklumat

[BTPN]

Pembacaan Berkesan

9.40 pg –10.00 pg

Penilaian Lisan [ SR ]

[Bilik Teratai & Orkid]

[ Bilik Orkid ]

10.00 –10.30 pg

REHAT REHAT

10.30 –11.30 pg

Penilaian Lisan[ SR & SM ]

[Bilik Teratai & Orkid]

Speed Reading[ Bilik Orkid ]

11.30 –12.30 tgh

Penilaian Lisan [ SR &SM ]

[Bilik Teratai & Orkid]

[ Jejak NILAM ]

Persediaan Majlis

Perasmian Penutupan

12.30 –2.00 ptg

Makantengah hari

Makantengah hari

Makantengah hari

Makantengah hari

2.00 –3.00 ptg

Pendaftaran(Calon NILAM)

[Bilik Orkid ]

&

Khemah Membaca

[ Bilik Teratai]

Penilaian Lisan[ SM ]

[Bilik Teratai & Orkid]Raptai Majlis

3.00 -5.00 ptg

Penilaian Lisan[ SM ]

[Bilik Teratai & Orkid]

Perasmian dan Penutupan

Karnival NILAM Negeri Sabah 2013

5.00 –8.00 mlm

REHAT REHAT REHAT REHAT

8.00 –10.00mlm

Taklimat &Suai Kenal

[ Bilik Orkid]

Ceramah Motivasi

[ Bilik Orkid ]

KemahiranMaklumat

[ Bilik Orkid ]

Persembahan Kumpulan

[ Bilik Orkid ]

MajlisAnugerah

Tokoh

NILAM

Negeri

Sabah

PERJALANAN BALIK KE

DESTINASI MASING-MASING

Lawatan Ilmu[ Galeri Tun Mustapha,

Perpustakaan dan Akuarium

UMS ]

Page 12: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 1113. BENTUK PENILAIAN TOKOH NILAM NEGERI.

Penilaian bagi Pemilihan Tokoh NILAM Negeri merangkumi 4 aspek iaitu:

13.1 Pengesanan penghayatan dan apresiasi pembacaan ( 20% )

13.2 Pengesanan pengetahuan ( 25% )

13.3 Pengesanan kebestarian ( 30% )

13.4 Penulisan – Pengesanan kemahiran memberikan pendapat/ulasan ( 25% )

Jumlah markah keseluruhan ialah 100%.

14. PANEL HAKIM PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI.

Hakim-hakim yang akan dipilih terdiri daripada golongan profesional dan

berkelayakan serta ada pengetahuan tinggi dalam bahasa.

14.1 Pensyarah dari UMS atau UiTM.

14.2 Jemaah Nazir Sekolah Negeri Sabah.

14.3 Sektor Pengurusan Akademik, JPNS.

14.4 Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.5 Perpustakaan Negeri Sabah.

14.6 Institut Pendidikan Guru Malaysia.

15. PENUTUP

Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca Negeri Sabah adalah dipohon

supaya meluluskan perbelanjaan dan pelaksanaan program Pemilihan Tokoh NILAM

Negeri Sabah 2013. Kejayaan melaksanakan program ini akan dapat menyemarakkan

lagi program NILAM di semua sekolah di negeri Sabah khususnya dalam gerakan

tabiat membaca.

Page 13: Kertas Cadangan Tokoh NILAM 2013(2)

Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Sabah 2013 12