kertas cadangan tabung kairat kematian

3
1. PENDAHULUAN Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Melursari (PPJM) telah mencadangkan agar menubuhkan satu tabung pengurusan jenazah bagi ahli-ahli kariah Taman Melursari. Hasrat menubuhkan tabung pengurusan jenazah ini amat baik sekali bagi membantu dan meringankan ahli-ahli keluarga yang menghadapi musibah kematian ahli keluarga terutama ketua keluarga yang mereka kasihi. Kadangkalanya pemergian ahli keluarga itu tanpa persediaan dan dalam keadaan kewangan yang terdesak. Maka dengan tertubuhnya tabung pengurusan jenazah ini akan dapat membantu meringankan sedikit beban ahli-ahli keluarga yang ditimpa musibah kematian dalam menguruskan jenazah. 2. TUJUAN Menubuhkan satu tabung pengurusan jenazah bagi membantu ahli-ahli kariah Surau Al-Hidayah Taman Melursari dalam menguruskan jenazah secara teratur,bersistem dan berpusat di bawah pengurusan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Melursari Bandar Sungai Buaya. 3. KELAYAKAN KEAHLIAN Keahlian adalah terbuka kepada semua penduduk/kariah surau Al-Hidayah Bandar Sungai Buaya sama ada penduduk tetap atau penyewa tetap yang tinggal di Taman Melursari Bandar Sungai Buaya. 4. PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN a. Yuran pendaftaran sebagai ahli adalah sebanyak RM.............. bagi satu keluarga. b. Yuran keahlian sebanyak RM.................... hendaklah di bayaar apabila berlaku kematian bagi mengaktifkan taraf keahlian. 5. TAKRIF KELUARGA Sebuah keluarga adalah merangkumi ahli-ahli seperti berikut:

Upload: naemxz-hassan-mokhtar

Post on 18-Dec-2015

189 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

KHAIRAT KEMATIAN

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUANJawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Melursari (PPJM) telah mencadangkan agar menubuhkan satu tabung pengurusan jenazah bagi ahli-ahli kariah Taman Melursari. Hasrat menubuhkan tabung pengurusan jenazah ini amat baik sekali bagi membantu dan meringankan ahli-ahli keluarga yang menghadapi musibah kematian ahli keluarga terutama ketua keluarga yang mereka kasihi. Kadangkalanya pemergian ahli keluarga itu tanpa persediaan dan dalam keadaan kewangan yang terdesak. Maka dengan tertubuhnya tabung pengurusan jenazah ini akan dapat membantu meringankan sedikit beban ahli-ahli keluarga yang ditimpa musibah kematian dalam menguruskan jenazah.

2. TUJUANMenubuhkan satu tabung pengurusan jenazah bagi membantu ahli-ahli kariah Surau Al-Hidayah Taman Melursari dalam menguruskan jenazah secara teratur,bersistem dan berpusat di bawah pengurusan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan Melursari Bandar Sungai Buaya. 3. KELAYAKAN KEAHLIANKeahlian adalah terbuka kepada semua penduduk/kariah surau Al-Hidayah Bandar Sungai Buaya sama ada penduduk tetap atau penyewa tetap yang tinggal di Taman Melursari Bandar Sungai Buaya.

4. PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIANa. Yuran pendaftaran sebagai ahli adalah sebanyak RM.............. bagi satu keluarga.b. Yuran keahlian sebanyak RM.................... hendaklah di bayaar apabila berlaku kematian bagi mengaktifkan taraf keahlian.

5. TAKRIF KELUARGASebuah keluarga adalah merangkumi ahli-ahli seperti berikut:a. Suami/Isterib. Anak: Yang berumur dibawah 21 tahun dan belum berkahwin.(umur dikira tahun)c. Anak OKU dan cacat kekal: Tiada had umurd. Ibu/Bapa: Yang tinggal bersamadan didaftar dalam boring keahlian. (Umur melebihi 65 tahun.

6. JUMLAH BANTUANBantuan berikut akan dikeluarkan kepada ahli (waris) yang layak apabila berlaku kematian.a.Ahli (suami/isteri): Sejumlah RM................... akan dikeluarkan kepada ahli (waris) untuk pengurusan jenazah.b.Anak /ibu/bapa : Sejumlah RM.................... akan dikeluarkan kepada ahli (waris untuk pengurusan jenazah.7. PELAKSANAANa. Kepada penduduk kariah yang ingin menjadi ahli hendaklah mengisi borang pendaftaran dengan menyatakan bersama wang yuran pendaftaran sebanyak RM.................... semasa menyerahkan borang pendaftaran.b. Kepada individu yang kurang berkemampuan untuk menyerahkan yuran pendaftaran sekaligus, dibenarkan untuk membuat ansuran bayaran sebanyak 3 kali dalam masa 3 bulan dari tarikh boring diserah.c. Keahlian akan terbatal apabila ahli tersebut tidak membuat bayaran sebanyak RM............. apabila ada berlaku kematian di kalangan ahli atau ahli keluarga yang layak dalam masa 3 bulan dari tarikh berlakunya kematian.d. Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk membayar yuran keahlian setiap kali berlaku kematian di kalangan ahli keluarga dalam masa 3 bulan dari tarikh kematian.e. Keahlian tidak boleh dipindah milik.f. Jika ahli yang meninggal dunia, penama kedua secara automatic akan menjadi ahli. Pihak pengurusan akan menolak RM................ dari jumlah bantuan.g. Pembayaran wang tabung pengurusan jenazah akan dikeluarkan secepat mungkin oleh AJK Persatuan Penduduk Jalan Melursari, Sungai Buaya apabila dimaklumkan berlakunya kematian di kalangan ahli atau keluarga ahli dan akan diserahkan kepada waris si mati yang berhak

8. JAWATANKUASAJawatankuasa pengurusan bagi mengendalikan ttabung bantuan pengurusan jenazah adalah tanggungjawab jawatankuasa PPJM Taman Melursari Bnadar Sungai Buaya.

9. PENUTUPAdalah menjadi harapan agar dengan apa yang dicadangkan ini menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan dengan kadar segera bagi membantu ahli kariah/penduduk yang menghadapi musibah kematian ahli keluarga dengan tenang dan redha.