tabung haji

20
Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaahhaji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah. P Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat [[Islam]] terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci. Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara. Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja [[Ungku Aziz|Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz]] bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal- bakal Haji" pada tahun 1959. Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal- bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk : Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat; Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat Latar belakang TH PENGENALAN TH

Upload: iman-mutiara

Post on 01-Jul-2015

3.249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaahhaji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

P

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat [[Islam]] terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja [[Ungku Aziz|Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz]] bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;

Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan

Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

Latar belakang TH

PENGENALAN TH

Page 2: Tabung Haji

Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam [Malaysia] untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH untuk turut sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah dikuatkuasakan akta baru dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah melancarkan logo korporatnya yang baru yang lebih bersifat semasa dan terkini dengan ciri-ciri tersendiri.

Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak statik malah sentiasa positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi dan cita-citanya. la sentiasa selari dan seiring dengan perkembangan-perkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian kegiatan pelaburan dan perisian teknologi.

Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam bahasa Arab.

Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji. Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan sembahyang seluruh umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus menyeru dan menggalakkan orang di Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi tujuan haji dan umrah.

Jenama &Logo Tabung Haji ( TH )

Page 3: Tabung Haji

Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini pada bahagian kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab, 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).

Hitam Menunjukkan warna ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswa Hijau Menunjukkan warna korporat TH Putih Melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam segala aktiviti TH

Visi

Tunggak kejayaan ekonomi ummah ; pengurusan haji terbilang

Misi

Dalam mencapai visi TH, KAMI beriltizam:-

Memperkasakan ekonomi ummah Sentiasa giat mencari pelaburan strategik global dan lokal bagi pertumbuhan berterusan Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit Memberikan perkhidmatan cemerlang yang berterusan Memudahkan dan menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur Memberikan pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban.

Struktur Organisasi

Maklumat Warna Logo TH

Struktur Organisasi TH

Visi & Misi TH

Page 4: Tabung Haji

Lembaga Pengarah

Jemaah Lembaga Pengarah diberi kuasa dibawah Seksyen 4 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) untuk mentadbir kumpulan wang dan segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji. Jemaah

Page 5: Tabung Haji

Lembaga Pengarah ini juga merumus dasar yang berkaitan dengannya dan perkara-perkara lain yang boleh dilakukan dibawah Akta ini.Penubuhan Jemaah Lembaga Pengarah adalah menepati ketetapan keanggotaan Lembaga seperti yang dinyatakan di Bahagian II Seksyen 6 Akta 535. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang disenaraikan dalam Penyata Kewangan Tabung Haji.

PENGERUSI

Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor

Pengerusi TH

AHLI

Dato' Paduka Ismee Ismail

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Dato' Zainol bin Othman

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri

Datuk Dr. Abdul Samad bin Alias

Pengerusi, Malaysia Venture Capital Management Bhd.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Husin

Rektor, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Dato' Paduka Badruddin bin Amiruldin

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Tan Sri Dato' Hashim bin Meon

Datuk Mohamad bin Aziz

Dato' Abdul Azeez bin Abdul Rahim

Dato' Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Wakil Perbendaharaan

Panel Pelaburan

Page 6: Tabung Haji

Menurut Seksyen 11 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Jemaah Lembaga Pengarah telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang dikenali sebagai Panel Pelaburan.Panel Pelaburan ini bertanggungjawab menasihati Jemaah Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tabung Haji ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan Tabung Haji dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

Keahlian Panel Pelaburan Tabung Haji yang terkini.

Dari kiri Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Datin Paduka Zahridah Ismail, Datuk Azizan Abdul Rahman, Puan Nor Shamsiah Yunus, Dato' Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab, Encik Abdul Kadir Md Kassim, Tuan Syed Elias Alhabshi

PENGERUSI

Datuk Azizan bin Abdul Rahman

Pengerusi, Eastern & Oriental Berhad

AHLI-AHLI

Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar

Presiden Dan CEO, Maybank Berhad

Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman

Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara

Datin Paduka Zahridah binti Ismail

Pemegang Amanah, Yayasan Budi Penyayang Malaysia

Dato' Mohzani bin Abdul Wahab

Bekas Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Page 7: Tabung Haji

Encik Abdul Kadir bin Md Kassim

Rakan Kongsi, Kadir Andri & Partners

Tuan Syed Elias Alhabshi

Bekas Pengarah Eksekutif Kumpulan, Realmild (M) Sdn Bhd

Majlis Penasihat Haji

Penubuhan Majlis Penasihat Haji adalah mengikut Seksyen 11, Akta Tabung Haji (Akta 535). Majlis ini bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Pentadbir berkenaan kebajikan jemaah haji dan perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji. Majlis ini juga berfungsi memberi maklum balas kepada pengurusan Tabung Haji berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh jemaah haji disamping memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.

PENGERUSI

Tan Sri Dato' Dr. Haji Mohd. Yusof Haji Mohd Noor

PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Dato' Paduka Ismee Ismail

WAKIL KEMENTERIAN KESIHATAN

Dato' Seri Dr. Haji Mohd. Nasir Mohd Ashraf

WAKIL KEMENTERIAN LUAR NEGERI

TYT Ambassador Ibrahim Abdullah

WAKIL NEGERI

PERLIS

Page 8: Tabung Haji

Dato' Seri Shahidan Kassim

KEDAH

Prof. Dato' Wira Dr. Haji Othman Haji Ishak

PULAU PINANG

Dato' Seri Haji Abd. Rashid Abdullah

PERAK

Dato' Haji Mohd Zaim Haji Abu Hassan

SELANGOR

Dato' Haji Abdul Rahman Haji Palil

NEGERI SEMBILAN

Encik Selamat Paigo

MELAKA

Tuan Haji Wahab Haji Ab Latip

JOHOR

Datuk Haji Gapar Gurrohu

PAHANG

Ustaz Ahmad Jaafar

TERENGGANU

Tuan Haji Wan Mohd Wan Hassan

SABAH

Encik Moktar Yassin Ajam

SARAWAK

Dato' Wan Abdul Wahab Wan Sanusi

LANTIKAN MENTERI

Dato' Haji Abdul Rahman Mohd

Page 9: Tabung Haji

SETIAUSAHA KETUA JABATAN HAJI

Dato' Dr. Haji Azmi Haji Ahmad

Haji Mohd. Salleh Abd Mubin

Page 10: Tabung Haji

Strategi Perkhidmatan

(Kaunter Mesra):-

1. Pembukaan Pejabat-pejabat Mini di kawasan yang tertentu

2. Konsep kaunter yang terbuka dan mesra

3. Penggunaan alat panggilan  digital

4.

Kakitangan  yang  terlatih   untuk melayani  kehendak pelanggan.

Waktu Perkhidmatan Pelanggan

Waktu perkhidmatan di kaunter-kaunter Tabung Haji, berikut adalah jadual perkhidmatan

kami:

HARI WAKTU URUSNIAGA BARU1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun Razak, Kuala LumpurIsnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petangJumaat 08:30 pagi hingga 12:15 tengahari

02:30 petang hingga 04:15 petang2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petangJumaat 08:30 pagi hingga 12:15 tengah hari

02:30 petang hingga 04:15 petang3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Ahad hingga Rabu 08:30 pagi hingga 04:15 petang

Perkhidmatan Simpanan/Tabungan TH

Page 11: Tabung Haji

Khamis 08:30 pagi hingga 04:00 petang4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petangJumaat 08:30 pagi hingga 11:30 pagi

02:00 petang hingga 04:30 petang5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri Sarawak Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petangJumaat 08:30 pagi hingga 11:45 pagi

02:15 petang hingga 04:30 petang

Kelebihan Pendeposit Tabung Haji

1. Syiar Islam; melaksanakan sistem kewangan Islam

2. Zakat; zakat perniagaan yang dibayar bagi pihak pendeposit

3. Halal; simpanan dilabur menepati tuntutan syarak,

4. Bonus; memberikan bonus yang kompetitif kepada pendeposit

5. pengecualian cukai; bonus dikecualikan daripada cukai pendapatan

6. Dijamin; Simpanan dijamin oleh kerajaan dan

7. Kekerapan pengeluaran; pengeluaran wang tanpa had.

Semua simpanan boleh dibuat dengan membuka akaun di mana-mana Pejabat TH

(simpanan permulaan cuma sebanyak RM2.00 bagi dewasa dan kanak-kanak).

Pendeposit boleh menambah simpanan melalui kemudahan berikut :

◊ Pejabat-pejabat Tabung Haji  cawangan

◊ Majlis penerangan / kempen / meja Tabung Haji

◊ Skim Pelaburan Ahli KWSP di dalam Tabung Haji

◊ Penghantaran Draf Bank / Cek / Wang Pos / Kiriman Wang secara pos ke mana-mana

Pejabat Tabung

Haji.

◊ Melalui mana-mana Agen Kutipan Simpanan Tabung Haji yang diberikuasa, iaitu

* CIMB Bank * Maybank * Bank Islam Malaysia

Berhad

 

* RHB Bank

 

* AmBank Berhad

 

* Public Bank Berhad

 

Page 12: Tabung Haji

* POS Malaysia

 

Bank Muamalat

 

* EON Bank

 

Bank Simpanan Nasional

 

 Bank Rakyat

 

Asian Finance Bank

 

Nota: * adalah ejen kutipan simpanan TH  secara Perbankan Internet.

◊ Potongan Gaji Diri dan Keluarga

Kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji  untuk  pendeposit membuat  simpanan 

bagi  diri  dan  keluarga secara  bulanan melalui potongan gaji.

Kelebihan Skim

- Simpanan boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke Pejabat Tabung Haji

- Anak-anak boleh menjadi pendeposit Tabung Haji sejak ianya dilahirkan dan

mempunyai simpanan dari potongan gaji ibu bapanya

- Dapat menanam sikap berjimat cermat dan minat menabung dikalangan kanak-

kanak dan merancang keperluan mereka dimasa hadapan

- Bagi yang ada keinginan untuk menunaikan Fardhu Haji , simpanan bulanan

secara tetap akan membantu merealisasikan impian mereka.

◊ Perkhidmatan ATM / CDM

Page 13: Tabung Haji

Pendeposit Tabung Haji boleh melakukan transaksi akaun Tabung Haji di Mesin Juruwang

Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di semua rangkaian Bank Islam dan

Bank Rakyat.

Page 14: Tabung Haji

Selain daripada itu, objektif penubuhan Tabung Haji juga adalah untuk memberi

peluang kepada Umat Islam di Malaysia, melalui simpanan mereka, menceburi bidang

pelaburan dan perniagaan negara.

Strategi Perkhidmatan

1. Tabung Haji telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi dan

meyakinkan yang merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka

panjang dalam sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan,

peladangan serta pemilikan hartanah.

2. Tabung Haji sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan

berhemat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan

sentiasa diawasi bagi memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju.

3. Tabung Haji juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan

kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank

mudhaarabah dan "bill of acceptances".

4. Pelaburan Tabung Haji dalam anak-anak syarikat membolehkan ia terlibat secara

langsung dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini,

tumpuan pelaburan diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembangunan

hartanah, pembinaan, perkhidmatan dan pengeluaran produk-produk halal. Lima

anak syarikat milik penuh Tabung Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor

tersebut ialah:

·         TH   Plantations Berhad

          (Sektor perladangan)

·         TH   Properties Sdn Bhd

          (Sektor pembangunan hartanah)

·         TH   Technologies Sdn Bhd

          (Sektor pembinaan)

·         TH   Travel & Services Sdn Bhd

          (Sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan)

·         TH   Global Services Sdn Bhd

          (Sektor mengedar dan mengeluarkan produk makanan dan minuman halal)

Perkhidmatan Pelaburan TH

Page 15: Tabung Haji

1. Carta Aliran Pengurusan Haji Malaysia

2. WANG NAIK HAJI (WNH)

Wang Naik Haji ialah jumlah minimum perbelanjaan haji yang diperlukan bagi seseorang

dewasa atau kanak-kanak untuk menunaikan fardu haji. Ia meliputi bayaran-bayaran

berikut :

Pasport haji dan bayaran perkhidmatan pendaftaran.

Tambang kapal terbang serta cukai lapangan terbang.

Sewa bangunan penginapan di Makkah dan Madinah.

Perkhidmatan Pihak-Pihak Berkuasa Haji Arab Saudi.

Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina.

Tambang bas dari Jeddah ke Madinah/ Makkah/ Arafah/ Muzdalifah/ Mina/ Makkah,

dan balik ke Jeddah.

Makan tengahari dan malam di Mekah dan Madinah.

Perkhidmatan Menunaikan Haji TH

Page 16: Tabung Haji

            UMUR                                    NEGERI

   SEMENANJUNG        MALAYSIA

      SABAH

    SARAWAK

Dewasa (15 tahun ke atas)

RM 9,980.00 RM 10,110.00

RM 10,065.00 

15 tahun ke bawah

RM 9,011.00 RM  9,141.00

RM  9,096.00

Kadar Bayaran Haji 1430H

Disamping tanggungjawab sosial, TH menanggung perbelanjaan dari aspek lain-lain

perkhidmatan yang diberi seperti berikut:- 

Gelang Pengenalan Haji (GPH).

Buku-buku dan risalah panduan haji.

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji.

Kursus-kursus haji.

Makan waktu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz

(KAAIA), Jeddah.

Perlindungan takaful.

Air zam-zam 5 liter.

3. PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih, dalam bulan

Sya'aban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti meningitis. Berkuasa

wajib haji ialah berkuasa dari sudut kesihatan telah lulus pemeriksaan kesihatan.

4. BIMBINGAN HAJI

Objektif Bimbingan Haji

i.  Meningkat pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai Ibadat Haji, Umrah

dan Ziarah.

ii. Untuk meningkat kesedaran dan tentang situasi sebenar di Tanah Suci.

iii. Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa dan memahami fungsi mereka selepas

kembali dari

    haji.

Strategi Perkhidmatan Bimbingan Haji

1. Tugas Penasihat Ibadat Haji (Pakar Rujuk Semasa Di Tanah Suci)

i.   Membantu menyelesaikan masalah ibadat yang dirujukkan oleh Tabung Haji.

ii.  Memberi nasihat dan panduan kepada Guru Agama.

iii. Memastikan nasihat dan panduan yang diberikan adalah menepati kehendak syarak.

Page 17: Tabung Haji

iv. Menyelia dan menasihat perjalanan program bimbingan ibadat.

v.  Menyampaikan ceramah dan forum ibadat kepada jemaah haji.

vi. Menyelesaikan permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.

2. Muzakarah Haji & Resolusi Muzakarah 2004 – 2009

Merupakan program tahunan yang melibatkan Pengkursus Ibadat Haji seluruh Negara.

Kertas kerja muzakarah disedia dan dibentangkan oleh Penasihat Ibadat Haji (Tabung

Haji - JAKIM). Kertas kerja dan resolusi muzakarah haji dijadikan panduan dalam

ceramah haji.

3. Tugas Guru Agama di Tanah Suci

i.  Menyusun jadual ceramah bimbingan ibadat dan melaksanakannya.

ii. Menyusun dan melaksana program ibadat.

iii. Melaksanakan aktiviti Ziarah Silaturahim.

iv. Memberi nasihat permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.

v. Menyediakan laporan program ibadat jemaah haji.

vi. Menyediakan laporan permasalahan ibadat jemaah haji.

4. Kursus Haji & Modul

    Menyelaraskan kursus haji TH di seluruh negeri.

i.     Kursus Haji Bersiri

ii.    Kursus Haji Intensif

iii.   Kursus Haji Khas

iv.   Kursus Haji Perdana

5. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui media cetak dan elektronik:

i.  Siaran penyiaran televisyen dan radio iaitu melalui RTM, IKIM, dan ASTRO.

ii. Akhbar tempatan.

6. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui penerbitan:

i.    Buku Panduan Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (Diberi semasa pendafaran haji d

ikaunter TH).

ii.   Buku Panduan Doa dan Solat Sunat di Tanah Suci (Diberi semasa Kursus Haji 

     Intensif / Perdana).

iii.  Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).

iv.  Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).

v.  Risalah Perjalanan Haji (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).

vi. Senarai semak Ibadat Haji dan Umrah (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).

Page 18: Tabung Haji

5.PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI

Semua bakal haji adalah diwajibkan untuk melaui proses pemeriksaan kesihatan

sebagaimana ketetapan  oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Melaluinya status kesihatan

bakal haji dapat disaring, rawatan awal dapat diberikan dan rekod rawatan diperolehi dan

dicatatkan di  dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji. Ini akan memudahkan sekiranya

bakal haji tersebut memerlukan rawatan ketika berada di Tanah Suci nanti.

 

6. PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN KESIHATAN DI TANAH SUCI

1. Perkhidmatan Kebajikan

 Madinah

◊ Sambutan di Al-Hijrah / lapangan terbang / zon

◊ Pengurusan jemaah haji di Zon

◊ Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan

◊ Penyelarasan urusan ziarah

◊ Bimbingan haji/ziarah

◊ Pengeluaran wang di ibu pejabat dan zon

◊ Kaunseling

◊ Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/barang hilang

◊ Pakar rujuk ibadat haji

◊ Urusan makan/minum

◊ Urusan keberangkatan ke Makkah

◊ Urusan keberangkatan pulang ke Malaysia

 Makkah

◊ Sambutan jemaah haji di maktab

◊ Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan

◊ Bimbingan haji

◊ Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban

◊ Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina

◊ Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab

◊ Kaunseling

◊ Pendaftaran kematian

◊ Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang

◊ Pakar rujuk ibadat haji

◊ Pengesahan/pertukaran penerbangan

Page 19: Tabung Haji

◊ Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan

perkhidmatan bus

    shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit

Arafah/Mina

◊ Sambutan ketibaan jemaah haji

◊ Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah

◊ Rondaan ke khemah

◊ Aduan/pertanyaan/jemaah sesat

◊ Bimbingan dan pakar rujuk

◊ Pendaftaran kematian

◊ Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah

2. Rawatan Di Tanah Suci

Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci  

◊ Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara)

supaya menghantar anda ke klinik Maktab / Zon yang berhampiran untuk menerima

rawatan awal.

◊ Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan

anda tidak boleh berjalan).

◊ Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat kediaman anda.

◊ Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH / Klinik Malaysia

yang

berhampiran.  

Waktu Klinik

           7.00 pagi

           5.00 petang

hingga

hingga

12.00 tengahari

10.00 malam

RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM

Hospital Arab Di Tanah Suci

Rombongan Perubatan di Tanah Suci saling bekerjasama dengan Pihak Berkuasa

Kesihatan Arab Saudi dalam urusan kes penyakit berjangkit dan rawatan  pesakit

yang dirujuk ke Hospital Arab.

Jika terdapat jemaah haji tenat yang memerlukan bantuan alat khas, pesakit akan

dirujuk ke Hospital Arab di Makkah, Madinah atau Jeddah (jika

keadaan memerlukan).

Pesakit yang berada di Hospital Arab akan dilawat oleh Pegawai Perhubungan

Hospital dan Doktor.

Page 20: Tabung Haji

Rombongan Perubatan Malaysia untuk mengetahui perkembangan pesakit.

Mereka yang telah pulih akan dibawa pulang ke Maktab/Zon masing-masing.

7.TABUNG WARGA TUA

Pembiayaan Tabung Warga Tua (TWT)

Lembaga Tabung Haji telah menubuhkan Tabung  Pembiayaan  Haji  Warga  Tua   atau  

ringkasnya Tabung warga  Tua  (TWT).

Tujuan :  Membiayai  sebahagian  dari   jumlah   kos perbelanjaan haji   yang ditanggung

oleh seseorang individu yang berupaya dari segi kesihatan tetapi kurang mampu dari

segi kewangan.

Punca dana  aktiviti   TWT   ini  adalah   melalui   sumbangan   derma pada  kadar 

minimum  RM 10 seorang oleh pendeposit  yang  mempunyai  simpanan   RM10,000  ke 

atas  dan   juga   sumbangan syarikat - syarikat korporat atau institusi-institusi serta

individu.