kertas cadangan kem matematik latest

13
KERTAS CADANGAN KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN) SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA BANTING, SELANGOR TARIKH : 9 JULAI 2013 HARI : SELASA TEMPAT : DEWAN MUAFAKAT SK JUGRA ANJURAN : GURU – GURU INTERNSHIP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA : 2

Upload: farah-faya

Post on 02-Jan-2016

444 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

KERTAS CADANGAN

KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN)

SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA

BANTING, SELANGOR

TARIKH : 9 JULAI 2013

HARI : SELASA

TEMPAT : DEWAN MUAFAKAT SK JUGRA

ANJURAN :

GURU – GURU INTERNSHIP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA :

PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA

KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN )

2013

2

Page 2: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dibuat bertujuan untuk mengadakan kem matematik dalam usaha untuk

membantu murid-murid yang lemah dalam pengiraan matematik yang melibatkan operasi-

operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, menjana pemikiran

murid-murid supaya berfikir di luar kotak dengan permainan-permainan matematik yang

menyeronokkan dan mampu untuk membuka minda mereka supaya lebih meminati subjek

Matematik dan menepis tanggapan bahawa subjek ini membosankan dan sukar untuk dikuasai

serta difahami.

2.0 LATAR BELAKANG

Kem Matematik ( Maths Is Fun ) merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya

dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jugra. Kem ini boleh dikatakan sebuah kem yang

menggunakan pendekatan didik hibur bagi membantu murid-murid yang lemah supaya mereka

lebih cekap dan kompeten dalam menggunakan operasi-operasi asas matematik dengan cara

yang lebih menarik dan menghiburkan. Kem ini lebih menitikberatkan strategi berpusatkan

murid dan bahan. Memandangkan strategi berpusatkan guru seperti pendekatan ekspositori

kurang berkesan menangani masalah kebosanan murid-murid di dalam bilik darjah terutamanya

murid-murid yang berada di dalam kelas tercorok. Oleh itu, kem matematik ini adalah intervensi

yang paling berkesan bagi menukarkan tanggapan mereka bahawa subjek Matematik adalah

subjek yang sukar. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1982 ) belajar melalui bermain

adalah salah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada

murid-murid belajar dalam suasana yang bebas , selamat ,menggembirakan dan bermakna.

Kem Matematik ini boleh memberikan tenaga dan nafas baharu kepada murid-murid

yang lemah di dalam subjek Matematik. Ini kerana di dalam kem ini terdapat dua aktiviti yang

melibatkan “ contents” matematik iaitu operasi-operasi asas matematik yang terkandung dalam

permainan Twister. Selain itu topik geometri ( Space & Spatial) dalam permainan Tangram.

Kem ini juga menyediakan sebuah permainan yang membawa murid-murid untuk berfikir di luar

kotak dan memerlukan imaginasi yang tinggi iaitu dalam permainan Jurutera Muda.

3

Page 3: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

3.0 RASIONAL / ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Kem Matematik difikirkan perlu dijalankan kerana kem ini diyakini

bahawa sebagai langkah pemulihan atau intervensi bagi menangani

masalah murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik

dengan cara yang menghiburkan dan menyeronokkan.

3.2 Kem Matematik ini merupakan landasan kedua selepas proses Pengajaran dan

Pembelajaran ( P & P ) dan wajar dilaksanakan secara komprehensif bagi

mempertajamkan lagi teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah melalui aktiviti –

aktiviti praktikal yang berlaku di luar bilik darjah iaitu dengan cara bermain.

4.0 OBJEKTIF

Berikut adalah beberapa objektif program ini diadakan :

4.1 Memberi pendedahan dan ilmu yang berkaitan dengan kemahiran –kemahiran

matematik kepada bentuk permainan atau rekreasi matematik bagi

meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menguasai semua kemahiran

matematik secara komprehensif.

4.2 Meningkatkan kemahiran sosial antara guru dan guru, guru dan murid serta

murid dan murid bagi membina sikap yang positif terhadap pelaksanaan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan seperti amalan kerjasama antara kumpulan.

4.3 Meningkatkan kualiti kemahiran pelaksanaan projek yang unggul dalam

kalangan guru-guru internship agar projek yang dilaksanakan dapat dirancang

mengikut spesifikasi jadual yang telah ditetapkan dan bertindak secara

profesional dan sistematik.

4

Page 4: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

5.0 KUMPULAN SASARAN

62 orang murid terlibat di dalam projek ini yang terdiri daripada 34 orang murid dari

kelas 4 Shukoi dan 28 orang murid dari kelas 4 Mirage. Rasional pengambilan dua kelas

sahaja ialah bagi membantu murid-murid yang berada di dalam kelompok yang lemah

untuk membina semula asas kemahiran matematik melalui permainan-permainan

matematik yang menghiburkan dan menyeronokkan.

6.0 TARIKH

6.1 9 Julai 2013 ( Selasa )

7.0 TEMPAT

7.1 Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jugra

8.0 PENGISIAN KEM MATEMATIK

8.1 Break The Bricks

8.2 Permainan Twister

8.3 Tangram

8.4 Jurutera Muda

8.5 Muhasabah Diri

9.0 SEKRETARIAT PELAKSANA

Rujuk Lampiran A

10.0 TENTATIF KURSUS

Rujuk Lampiran B

11.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran C

5

Page 5: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

12.0 PENUTUP

Kami selaku barisan pengelola Kem Matematik ( Maths Is Fun ) berharap program yang

dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila tiba waktu dan ketikanya

nanti, dengan izin Allah. Kami juga berharap program ini membuahkan hasil seperti

yang dikehendaki semua pihak dan semestinya kerjasama daripada semua pihak

amatlah dialu-alukan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ...........................................

(WAN MUHAMAD ADIDI BIN WAN YA’AKUB) (MOHD TAUFIQ BIN SA’DUN)

Setiausaha Pengarah Program

Program Kem Matematik Program Kem Matematik

Sekolah Kebangsaan Jugra Sekolah Kebangsaan Jugra.

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………….. ………………………………….

(WANG HUOY CHING) (NOORIAH BINTI ZAKARIAH )

Ketua Panitia Matematik Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Jugra Sekolah Kebangsaan Jugra

6

Page 6: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

LAMPIRAN A

SEKRETARIAT PELAKSANAAN

PROGRAM KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN)

2013

PENAUNG : PUAN NOORIAH BINTI ZAKARIAH

( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra)

KETUA PENASIHAT : PUAN HAJJAH ZAINAB BINTI WAGIMIN

( Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Jugra)

:

FASILITATOR : PN. WANG HUOY CHING ( KETUA PANITIA MATEMATIK)

EN. MOHD AZRI BIN MOHD SIDEK ( S/U PANITIA MATEMATIK)

EN. HAMINUDDIN BIN HASSAN ( MENTOR INTERNSHIP PJK)

PN. NAPISAH BINTI ZAKARIA (MENTOR INTERNSHIP PEMULIHAN BM)

7

Page 7: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

PENGARAH PROGRAM : EN MOHD TAUFIQ BIN SA’DUN

TIMB. PENGARAH PROGRAM : CIK NUR FARAHIYAH BINTI AB WAHAB

SETIAUSAHA : EN WAN MUHAMAD ADIDI BIN WAN YA’AKUB

BENDAHARI : CIK NORUS SYAIRAH BINTI MOHD YUSOF

PROGRAM & PROTOKOL : CIK NUR SYAMIMI BINTI TUMIRAN

KESEGARAN & MAKANAN : PN NURUL AIN BINTI MARDI

ALATAN : PN AINAH BINTI PUTEH

DOKUMENTASI DAN SERANTA : EN MUHAMAD SYAMIL SUFI BIN ZOLKIFLE

PERSIAPAN TEMPAT DAN PENDAFTARAN : EN RIZAL BIN CHE OMAR

CENDERAHATI DAN SIJIL : PN MADALINA BINTI KASIM

8

Page 8: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAMHARI DAN TARIKH

MASA AKTIVITI/PERISTIWA CATATAN

SELASA9 JULAI 2013

7.30 pagi

8.00 Pagi

8.15 Pagi

8.45 Pagi

9.15 Pagi

9.45 Pagi

10.20 Pagi

Pendaftaran peserta –peserta programSarapan Pagi.Slot 1 – Break The Bricks( Cik Norus Syahirah binti Mohd Yusof)Pembahagian Kumpulan

Slot 2 - Permainan Twister dan TangramKumpulan A = TwisterKumpulan B = Tangram( En Taufiq bin Sa’adun)

Slot 3 – SambunganKumpulan A = TangramKumpulan B = Twister( En Wan Adidi)

Slot 4 – Jurutera Muda( Cik Nur Farahiyah)

Majlis PenutupDirasmikan oleh Puan Nooriah binti Zakariah(Cik Nursyamimi Tumiran)Majlis bersuraiJamuan ringan untuk VIP( Pn Noorita binti Mistin)

LAMPIRAN C

9

Page 9: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

IMPLIKASI KEWANGAN

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Sarapan pagi

- Nasi Goreng

- Teh “O”

Nasi Goreng

70 x RM 1 = RM70

Teh ”O”

70 x RM 1 = RM 70

RM 70 + RM

70 = RM 140.

00

2. Cenderahati :

- Sijil Penyertaan

- Sijil Penghargaan

60 keping

15 keping

Sumbangan

Pihak

pentadbiran

SK Jugra

3. Hadiah

- Hamper

Tempat 1:

1 x RM30 = RM 30

Tempat 2

1 x RM20 = RM20

Tempat 3

1 x RM10 = RM10

RM 60.00

4. Peralatan Slot 4 ( Arkitek Muda )

- Straw

- Telur- Surat Khabar ( Dibawa sendiri oleh

peserta)- Getah pengikat

10 bungkus x RM 3

= RM 30

20 biji ( RM 10 )

I bungkus x RM 2=RM 2

RM 44.00

5. Peralatan:

10

Page 10: Kertas Cadangan Kem Matematik Latest

- Kertas A4

- Masking tape

- Marker Pen

2 Rim5 Gulung5 batang

Stor

SK Jugra

6. Fotostat :

-Brosur majlis perasmian penutup 20 unit Cetakan SK

Jugra

7. Pengurusan RM 20.00

8. Jumlah Besar RM 264.00

11