kertas cadangan kejohanan bola tampar 2012

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI TERTUTUP IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2012 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengadakan Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG Kampus Bahasa Melayu 2012 yang hanya akan disertai oleh para pelajar lelaki IPG KBM. 2.0 LATAR BELAKANG Para pelajar merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh para pelajar untuk memastikan profesionalisme keguruan ini terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Dalam aktiviti ko-kurikulum, aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui projek pertandingan bola tampar ini, diharapakan para pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu pertandingan dengan cemerlang. 3.0 ASAS PERTIMBANGAN

Upload: fatehah-zulkifli

Post on 26-Jul-2015

446 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Kejohanan Bola Tampar 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI TERTUTUP

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2012

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengadakan Kejohanan Bola Tampar

Lelaki Tertutup IPG Kampus Bahasa Melayu 2012 yang hanya akan disertai

oleh para pelajar lelaki IPG KBM.

2.0 LATAR BELAKANG

Para pelajar merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat

pada masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah

merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh para pelajar untuk

memastikan profesionalisme keguruan ini terus berkembang sejajar dengan

aspirasi negara.

Dalam aktiviti ko-kurikulum, aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah

satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu aktiviti

sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui projek pertandingan bola

tampar ini, diharapakan para pelajar dapat menimba pengetahuan dan

pengalaman mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu pertandingan

dengan cemerlang.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar mengendalikan

pertandingan bola tampar serta memberi peluang;

3.1 Memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan.

3.2 Memberikan peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam sukan.

3.3 Menggilap potensi individu dan rasa tanggungjawab.

3.4 Memberi peluang kepada para pelajar untuk merancang sesuatu

pertandingan dari semua aspek.

3.5 Meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan.

Page 2: Kertas Cadangan Kejohanan Bola Tampar 2012

4.0 CADANGAN

Cadangan Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG KBM 2012 akan

diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)

Tempat : Gelanggang Bola Tampar, IPG KBM

Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Peserta : Pelajar lelaki IPG KBM

Format : Round-Robin

5.0 IMPLIKASI

5.1 Senarai nama AJK : Rujuk lampiran 1

5.2 Senarai bidang tugas : Rujuk lampiran 2

5.3 Anggaran perbelanjaan : Rujuk lampiran 3

5.4 Borang pendaftaran : Rujuk lampiran 4

5.5 Peraturan pertandingan : Rujuk lampiran 5

5.6 Aturcara pertandingan : Rujuk lampiran 6

5.7 Jadual pertandingan : Rujuk lampiran 7

5.8 Borang keputusan : Rujuk lampiran 8

5.9 Senarai keseluruhan alatan : Rujuk lampiran 9

5.10 Senarai hadiah : Rujuk lampiran 10

5.11 Pelan susunan dan kedudukan semasa pertandingan.

: Rujuk lampiran 11

6.0 KESIMPULAN

Penganjuran kejohanan seperti ini amatlah bermakna buat semua guru pelatih

yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia suatu hari nanti.

Hal ini kerana pendedahan dan latihan awal mengenai penganjuran dan

pentadbiran satu-satu program dapat melatih dan menyediakan diri kesemua

bakal guru dengan ilmu yang sepatutnya. Pengalaman dan kemahiran yang

diperoleh menerusi program seperti ini juga amatlah membantu dalam

meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran seperti komunikasi dan

interpersonal. Diharapkan dengan adanya program-program seperti ini dapat

membantu menghasilkan guru yang berkualiti.

Page 3: Kertas Cadangan Kejohanan Bola Tampar 2012

7.0 SYOR

Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG Kampus Bahasa

Melayu 2012 memohon agar cadangan ini dapat dipertimbangkan sekali gus

meluluskan kertas kerja ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

( FATEHAH BINTI ZULKIFLI )

Setiausaha,

Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG KBM 2012.