kerja kursus geografi 2008
TRANSCRIPT
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2008
Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Jalan Song, BDC
serta kawasan sekitar dan membandingkan dengan Negara Jepun.
Nama murid: Crystal Cassandra Paul
Tingkatan : 3 Ar-Razie
N0. Maktab: 06136
Nama guru: Encik Shamsul Senusi b. Jamal
…………………………….. ……………………………. Tandantangan murid Tandatangan guru
Senarai Kandungan
Perkara Muka surat
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Dapatan kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan kepada Encik
Mahmood Bin Mat Zain, pengetua MRSM Kuching kerana membenarkan saya untuk
menjalankan kajian ini dengan lancar. Selain itu, Encik Shamsul Senusi Bin Jamal kerana
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin berterima
kasih kepada rakan-rakan saya, Esther Enjawa anak Munjie dan Nurfilzah bt. Mohamad
Rashidee kerana sanggup berkerjasama untuk mengumpulkan maklumat bersama-sama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
sanggup mengeluarkan wang dan masa untuk membantu saya menyiapkan Kajian Kursus
Geografi 2008.
Pendahuluan
Saya, Crystal Cassandra Paul, pemegang maktab 06136, seorang
pelajar Maktab Rendah Sains MARA, kuching bersama Esther Enjawa anak Munjie dan
Nurfilzah bt. Mohamad Rashidee telah membuat Kajian Kursus Geografi 2008 yang trlah
diwajibkan pihak maktab bagi setiap calon PMR untuk memenuhi keperluan mata
pelajaran Geografi. Tajuk kajian saya ialah JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
DI JALAN SONG, BDC SERTA KAWASAN SEKITARNYA DAN MEMBANDING
DENGAN NEGARA JEPUN. Saya memilih kawasan ini kerana saya merupakan salah
seorang penduduk di kawasan kajian tersebut. Kawasan kajian saya terletak kira-kira 5km
dan 5minit perjalanan ke pusat Bandar kuching. Melalui kajian ini, saya dapat
membandingkan jaringan system pengangkutan di kawasan kajian dengan negara
perbandingan negara Jepun.
Objektif kajian
•Menyatakan jenis-jenis system pengangkutan di Jalan Song, BDC.
•Menyenaraikan dan menghuraikan factor-faktor yang mempengaruhi jaringan system
pengangkutan di Jalan Song, BDC.
•Menyenaraikan dan mengkaji kepentingan jaringan system pengangkutan di Jalan Song,
BDC.
•Menyenaraikan dan menjelaskan kesan-kesan perkembangan jaringan system
pengangkutan di Jalan Song, BDC terhadap alam sekitar.
•Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian.
Kawasan kajian
Kawasan kajian saya ialah Jalan Song, BDC yang terletak di Sarawak. Saya
telah memilih kawasan kajian ini yang terletaknya tidak jauh dari pusat Bandar kuching.
Saya memilih kawasan kajian ini untuk memudahkan saya menjalankan
kajian memandangkan saya dan keluarga tinggal di kawasan perumahan di Jalan Song,
BDC yang terletak kira-kira 5km dan 5minit ke pusat Bandar jika menaiki kereta. Bagi
orang yang menaiki bas pula, tambanya ialah RM1.80. Lokasi kawasan kajian saya
adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta kawasan kajian (peta1.1)
Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini ialah tanah pamah. Oleh itu, jalan
raya banyak dibina kerana permukaan bumi yang rata memudahkan kapal terbang untuk
berlepas dan mendarat.
Kawasan kajian ini juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan awam yang
sempurna seperti farmasi, taska, pusat membeli-belah, kedai roti, pusat tuisyen, restoran
dan pusat latihan muzik. Pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian ini ialah pola
petempatan berjajar.
Kaedah kajian
Saya telah menggunakan empat kaedah untuk menjalnkan pengumpulan maklumat.
Kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Kaedah pemerhatian- Saya telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan kajian untuk
mengenal pasti bentuk muka bumi dan jaringan sistem
pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian.
2. Kaedah temu bual- Saya telah menjalankan kaedah temu bual untuk mendapat
maklumat yang lebih lanjut tentang kawasan kajian ini.
Saya telah menemu bual seramai 30 orang responden untuk
bertanyakan factor-faktor berkaitan dengan kawasan kajian ini.
3. Soal-selidik- Saya telah mengedarkan sebanyak 30 helai borang soal selidik kepada
penduduk untuk mengetahui fungsi dan kegunaan jaringan sistem
pengangkutan di kawasan kajian ini.
4. Kaedah rujukan- Saya juga menggunakan kaedah rujukan dalam kajian ini. Saya
telah menggunakan Buku Teks Geografi Tingkatan 3 dan Buku
Rujukan Geografi ( Ulangkaji Total PMR)
Dapatan kajian
Saya telah mengkaji kawasan Jalan Song, BDC da nkawasan sekitarnya sebagai
kawasan kajian saya. Kawasan ini juga pesat membangun di kuching berbanding dengan
kawasan-kawasan yang lain. Salah satunya sebab kawasan ini dikatakan pesat membangun kerana
kemudahan infrastrukturnya yang lengkap seperti system pengangkutan. Saya rasa bangga kerana
menjadi salah seorang penduduk yang menetap di kawasan kajian ini. Jaringan system
pengangkutan yang terdapat di kawsan kajian ini terdiri daripada:
a) Pengangkutan darat
Pengagkutan darat yang terdapat di kawasan kajian ini ialah jalan raya. Jalan raya
merupakan pengangkutan utama di kawasan kajin ini untuk menghubungkan kawasan kajian ini
dengan kawasan-kawasan yang lain. Pengangkutan darat telah membantu dalam pembangunan
dan peningkatan ekonomi di Jalan Song, BDC. Jenis perkhidmatan awam utama yang disediakan
di kawasan kajian ini ialah bas dan teksi. Bas dan teksi telah disediakan supaya penduduk yang
tidak mempunyai kenderaan sendiri boleh tiba ke kawasan lain dengan mudah.
B) Pengangkutan udara
Pengangkutan udara telah disediakan di kawasan kajin ini. Lapangan kapal terbang
telah dibina di kawasan kajian ini. Oleh itu, pengangkutan udara merupakan salah satu
pengangkutan penting bagi penduduk yang menetap di kawasan kajian ini dan juga penduduk
kawasan lain yang berada di dalam kawasan kuching. Pengangkutan udara sangat penting untuk
menghubungkan kuching dengan tempat lain seperti sibu, sabah, semenanjung Malaysia dan lain-
lain
Terdapat pelbagai jebis syarikat pengangkutan udara yang terdapat di
lapangan terbang di kawasan kajian ini ialah Air Asia dan Malaysia Airline System
(MAS). Penggunaan pengangkutan udara membantu penduduk untuk tiba ke kawasan
lain dalam masa yang pendek dan cepat berbanding dengan penggunaaan pengangkutan
darat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan. Antara factor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan keselesaan pengguna.
1. Bentuk muka bumi
Jalan Song, BDC mempunyai keadaan tanah yang rata dan kawasan kajian ini
juga diliputi dengan kawasan tanah pamah. Kawasan kajian ini yang diliputi tanah pamah
memudahkan pembinaan jalan raya dan juga lapangan terbang. Perkara ini telah
menyebabkan wujudnya pengangkutan udara dan pengangkutan darat. Saya berasa amat
bangga kerana kawasan kajian ini pesat membangun dari semasa ke semasa.
2. Kegiatan ekonomi
Jalan Song, BDC terletak di kuching yang merupakan salah satu bahagian di
negeri Sarawak yang mempunyai dua jenis sektor pekerjaan iaitu sektor kerajaan dan
swasta. Jalan raya dan pengangkutan udara telah disediakan untuk kegiatan ekonomi
yang dijalankan di kawasan kajian ini serta kawasan sekitarnya. Penduduk banyak
tertumpu di kawasan kajian ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pusat
rekreasi, taska, pusat tuisyen, pusat membeli-belah, farmasi, kedai roti, restoran dan pusat
latihan muzik. Saya berasa amat bersyukur kerana taraf hidup di kawasan kajian ini
semakin meningkat.
3. Keselesaan pengguna
Keselesaan pengguna juga merupakan salah satu factor yang
mempengaruhi sistem pengangkutab di kawasan kajian ini serta kawasan sekitarnya.
Keadaan jalan raya yang rata juga menyebabkan pelbagai kemudahan awam disediakan
untuk memudahkan penduduk bergerak ke sesuatu destinasi yang dituju.
Bentuk Muka BumiKeselesaan pengguna
Kegiatan Ekonomi
Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan di Jalan Song, BDC
Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan dan dibandingkan dengan Negara Jepun.
Jaringan sistem pengangkutan sangat penting kepada masyarakat kawasan
kajian ini. Salah satu kepentingannya ialah menghubungkan penduduk kawasan ini
dengan kawasan yang lain. Selain itu, jaringan sistem pengangkutan memberi darjah
ketersampaian yang tinggi kepada penduduk yang hendak ke destinasi mereka di samping
menjimatkan masa dan membolehkan penduduk pergi ke destinasi masing-masing.
Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan ini ialah pengangkutan
udara dan pengangkutan darat yang telah meningkatkan ekonomi di Jalan Song, BDC .
Perniagaan yang banyak dijalankan kajian ini telah menarik tumpuan penduduk untuk
menetap di kawasan kajian ini. Hal ini telah meningkatkan taraf hidup penduduk .
Saya telah membandingkan kawasan kajian ini dengan Tokyo yang terlak di
negara Jepun kerana mempunyai terowong bawah tanah yang dapat menarik lebih ramai
pelancong-pelancong asing serta memberi pelancong peluang untuk merasai kemajuan
teknologi yang canggih seperti jalan kereta api di Shinkosen. Di damping itu, sistem
pengangkutan Jepun yang canggih dapat menghubungkan 7000 buah pulau yang
menganjur sejauh 300km dengan sistem lebuhraya dan perkhidmatan udara serta
pengangkutan laut yang cepat.
Saya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana merupakan seorang
rakyat Malaysia yang dapat merasai jaringan sistem pengangkutan yang dapat menarik
para pelancong untuk pembangunan negara walaupun tidak secanggih yang disediakan di
Jepun.
Jalan Song, BDC Negara Jepun
•Perkembangan ekonomi •menarik bilangan pelancong asing yang banyak.
•keselesaan pengguna •sistem pengguna yang canggih Menghubungkan 7000 buah pulau.
Perbandingan antara Jalan Song, BDC dengan negara Jepun tentang kepentingan jaringan sistem pengangkutan.
Sumber: pemerhatian yang dijalankan di Jalan Song, BDC.
Jenis kenderaan yang menggunakan Jalan Song, BDc antara pukul 8 pagi hingga 8.45 pagi.
Jenis kenderaan/masa kereta motorsikal lori bas van
8pg-8.15pg 30 40 20 3 4
8.15pg-8.30pg 20 60 40 2 3
8.30pg-8.45pg 25 20 60 4 2
Melalui pemerhatian ini, kenderaan yang paling banyak dan selalu digunakan ialah
motorsikal dan lori iaitu sebanyak100 buah dalam masa yang sama. Pada masa yang
sama, kereta pula merupakan kenderaan yang kedua banyak digunakan iaitu sebanyak 75
buah dan diikuti pula yang paling sikit digunakan ,bas dan van yang mempunyai bilangan
yang sama banyak iaitu sebanyak9 buah sepanjang pemerhatian dijalankan.
15
Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di
Jalan Song, BDC dan dibandingkan dengan negara Jepun.
Kesan positif
Jalan Song, BDC •wujud landskap menarik
Jepun •kurang jesesakan lalu lintas
Kesan negatif
Jalan Song, BDC •pencemaran udara •pemanasan global •kepupusan flora dan fauna
Jepun •projek melurus dan melebar melibat Pemotongan cerun-cerun bukit •pencemaran udara
Kesan positif dan kesan negative turut wujud dalam perkembangan
jaringan sistem pengangkutan. Kesan positif di kawasan kajian ini ialah mewujudkan
landskap yang menarik. Hal ini kerana cirri-ciri fizikal yang terdapat di kawasan kajian
ini bertukar kepada cirri budaya, contohnya pembinaan perumahan, tanaman bunga dan
pokok yang ditanam di sepanjang jalan raya. Landskap yang menarik telah memajukan
kawasan kajian ini. Negara Jepun jarang mengalami kesesakan lalu lintas kerana lebuh
rayanya yang lebar dan kemudahan kereta api juga disediakan. Hal ini membantu
mengawal pencemaran di Negara Jepun. Saya bersyukur kerana wujudnya beberapa
kesan positif terhadap perkembangan jaringan sistem pengangkutan.
Langkah-langkah penyelesaian
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian ini turut
menyumbangkan kesan-kesan negatif. Oleh itu, langkah-langkah penyelesaian harus
disarankan untuk mengelakkan wujudnya kesan-kesa nnegatif. Antara langkah-langkah
penyelesaiannya ialah:
Petrol tanpa plumbum
Pengguna jalan raya harus berfikir secara rasional supata tidak mementingkan
diri sendiri. Mereka harus menggunaka petrol tanpa plumbum. Masalah pencemaran
udara boleh dielakkan kerana penggunaan petrol tanpa plumbum tidak akan
menghasilkan asap-asap yang berbahaya. Negara Jepun juga boleh menggunakan petrol
tanpa plumbum untuk mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Dengan
mengamalkan insiatif ini dapat melahirkan penduduk yang sihat serta membangunkan
negara Malaysia.
Penggunaan alat catalytic converter
Pengunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta digalakkan bagi semua
pemilik-pemilik kenderaan. Alat catalytic converter berupaya untuk menukarkan gas
beracun seperti karbon monosikda kepada gas yang tidak memudaratkan kesihatan.
Langkah ini dapat mengurangkan pencemaran berlaku dan menjamin kesihatan
penduduk.
Mengubal undang-undang
Pihak berkuasa yang terlibat harus memainkan peranan penting dengan
mengenakan hukuman atau denda ke atas pihak yang melakukan aktiviti-aktiviti yang
menyebabkan berlakunya pencemaran. Antara undang-undang yang digubal oleh pihak
berkuasa ialah Peraturan kawalan lepasan asap daripada enjin diesel dan Akta Kualiti
Alam Sekitar ( UDARA BERSIH) 1978. negara Jepun juga boleh mengelakkan
pencemaran berlaku jika mereka menguatkuasakan undang-undang. Kita mesti
mengamalkan nilai patriotisme dan menjaga kualiti alam sekitar.
Penghijauan bumi
Penghijauan bumi juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi kesan
negatif yang timbul dalam jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian ini. Pihak
yang terlibat seperti DBKU dan DBKS memainkan peranan yang penting untuk
mewujudkan landskap yang menarik atau penghijauan bumi. Pelancong akan berkunjung
ke kawasan kajian ini kerana tertarik dengan landskap menarik yang telah diwujudkan.
Di samping itu, penghijauan bumi yang diwujudkan dapat memelihara flaura dan fauna.
Jepun harus mengadakan penghijauan bumi untuk memajukan lagi negara Jepun.
Penghiajaun bumi
Petrol tanpa plumbum
Mengubal undang-undang
Langkah-langkah penyelesaian
Pengunaan catalytic converter
Rumusan
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah mengalami pengalaman yang telah
saya tempuhi tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Salah satu pengalaman saya
ialah saya berpeluang untuk menemubual penduduk yang menetap di kawasan kajian
bagi proses pengumpulan maklumat. Selain itu, saya telah meninjau di sekitar kawasan
kajian dan juga memerhati jenis-jenis kenderaan yang lalu lalang di kawasan kajian saya
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ini telah membantu saya untuk mencuba
melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah lakukan sebelum ini.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenali kawasan kajian ini lebih terperinci dan
mendalam. Kawasan kajian saya ialah Jalan Song, BDC, Sarawak mempunyai
pengangkutan udara dan juga pengangkutan darat yang amat diperlukan oleh penduduk
setempat. Saya juga dapat mengenal pasti factor-faktor yang mempengaruhi jaringan
sistem pengangkutan yang terdapar di Jalan Song, BDC iaitu kemudahan awam, latar
belakang dan pradarana.
Jaringan sistem pengangkutan di Jalan Song, BDC amat diperlukan untuk
menjalankan kerja seharian dan juga urudan yang perlu dilakukan di luar tempat. Hal ini
dapat membantu memajukan kegiatan ekonomi dan mewujudkan keselesaan penduduk di
Jalan Song, BDC. Saya bersyukur kerana kawasan kajian saya yang kini semakin maju.
Saya juga berharap langkah-langkah penyelesaian yang dicadangkan berupaya untuk
mengatasi kesan-kesan negative jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar.
Saya berharap Jalan Song, BDC juga boleh bertambah maju supaya kawasan kajian saya
setaraf dengan Negara Jepun yang selalu diiktiraf sebagai negara yang maju.
Saya berasa bangga kerana menjadi rakyat Malaysia dan juga menetap di Jalan Song, BDC kerana hidup dalam keharmonian dan saling membantu yang dapat jamin rakyat bersama-sama menuju kea rah wawasan 2020.
Rujukan
♥Buku teks
- Mohamad Jamil bin Mohamed, Haji Rodzli bin Haji Hashim dan Hajah Mohani, 2004
Geografi Tingkatan 3, edaran Johore Central Store SDN BHD.
♥Buku rujukan-Tong Siew Kong, Ulangkaji Total PMR Geografi, Sasbadi SDN BHD.