kerja kursus pengantar linguistik : menganalisis ciri-ciri morfologi dan semantik yang terdapat...

14
Sesi Akademik 2016 / 2017 Kod Kertas TIX1001 Nama Kursus Pengantar Linguistik Kumpulan 3 Nama Pelajar & Nombor Kad Matriks THANUSHAH A/P P SONIYASEE (TIG160022) NORFARHANA BINTI ZAINUDIN (TIB160007) Nama Pensyarah Encik Lau Su Kia Kerja Kursus Berpasangan ( Mengkaji Iklan dalam Surat Khabar)

Upload: thanushah-soniyasee

Post on 21-Jan-2018

298 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

Sesi Akademik 2016 / 2017

Kod Kertas TIX1001

Nama Kursus Pengantar Linguistik

Kumpulan 3

Nama Pelajar & Nombor Kad

Matriks

THANUSHAH A/P P SONIYASEE (TIG160022)

NORFARHANA BINTI ZAINUDIN (TIB160007)

Nama Pensyarah Encik Lau Su Kia

Kerja Kursus Berpasangan ( Mengkaji Iklan dalam Surat Khabar)

Page 2: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

1. PENGENALAN

Perkataan iklan berasal dari bahasa Arab iaitu “i‟lan” yang membawa makna khabar

yang disiarkan. Pada hakikatnya iklan adalah pesanan atau berita yang bertujuan untuk

memberitahu kepada masyarakat dan khalayak ramai tentang produk dan jasa yang

dimilikinya untuk dipindahkan hak pemilikannya melalui proses jual beli. Menurut Lofton

(2004), mengatakan bahawa iklan tidak hanya perlu hebat tetapi juga harus jelas. Pengiklanan

merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan

atau perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenal pasti. Penggunaan iklan mampu

untuk melonjak kesedaran ke tahap maksimum dalam kalangan pembeli. Iklan perlu

mempunyai objektif yang tepat dan kandungannya perlu jelas dan singkat agar mudah

difahami oleh masyarakat.

Bahasa merupakan media komunikasi yang paling efektif yang dipergunakan

oleh manusia untuk berinteraksi dengan individu lain. Bahasa juga merupakan antara

unsur yang sangat penting dalam menghasilkan sesebuah iklan yang menarik dan berkualiti.

Iklan yang berkualiti dapat menyumbang kepada sesebuah syarikat untuk melariskan jualan

produk keluaran mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa iklan berkait rapat dengan bidang morfologi

dan semantik. Tujuan kajian ini dijalankan oleh penyelidik adalah, untuk mengkaji iklan dari

segi bidang morfologi dan semantik.

Page 3: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

2. SUMBER DAN JENIS IKLAN PERNIAGAAN

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengambil dua keratan iklan daripada

surat khabar bernama Utusan Malaysia yang bertarikh 6/11/2016. Kedua-dua iklan tersebut

mengandungi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jenis iklan yang dipilih oleh penyelidik

adalah iklan perniagaan kereta. Iklan 1 memaparkan kereta keluaran negara Malaysia yang

berjenama Proton Perdana manakala iklan 2 memaparkan kereta keluaran negara Jepun yang

berjenama Honda City. Jenama Honda merupakan antara jenama kereta yang paling laris

jualannya di Malaysia. Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua iklan ialah, kedua-dua iklan

tersebut memaparkan kereta keluaran baharu bagi tahun 2016. Objektif bagi menjalankan

kajian ini adalah, penyelidik perlu menganalisis ciri-ciri morfologi dan semantik dalam iklan

produk kereta berjenama Proton dan Honda dan membandingkan ciri-ciri morfologi dan

semantik yang terdapat dalam iklan produk tersebut.

Page 4: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

3. CIRI-CIRI MORFOLOGI DAN SEMANTIK DALAM IKLAN

3.1 Morfologi

Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Morfologi ialah

kajian berkenaan pembentukan perkataan dari elemen terkecil yang mempunyai makna.

Elemen ini dipanggil morfem. Morfem boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu morfem

bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata manakala

morfem terikat ialah sesuatu yang tidak boleh wujud bersendirian sebagai satu perkataan.

Dalam bidang morfologi, terdapat proses pembentukan perkataan yang melalui proses

morfologi dan yang tidak melalui proses morfologi.

Maka, disebabkan itulah syarikat kereta pun tidak terkecuali daripada menghasilkan

iklan-iklan yang menarik bagi menarik perhatian pelanggan mereka. Syarikat kereta Honda

dan syarikat kereta Proton juga sentiasa mengeluarkan iklan-iklan bagi memperkenalkan

produk keluaran baharu mereka kepada masyarakat dunia. Dalam iklan-iklan tersebut,

terdapat penggunaan beberapa perkataan menarik yang mengandungi ciri-ciri morfologi.

Page 5: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

3.1.1 Jenis Perkataan dan Ciri-cirinya

3.1.1.1 Kata Adjektif

Antara perkataan menarik yang terdapat dalam iklan 1 dan iklan 2 yang memenuhi ciri-

ciri morfologi ialah “mantap” dan “inovatif”. Kedua-dua perkataan tersebut tergolong dalam

kumpulan kata adjektif. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, mantap bermaksud stabil,

kukuh, teguh dan kuat, manakala inovatif pula membawa maksud kebijaksanaan seseorang

dalam menggunakan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

Perkataan mantap dalam iklan 1 dan perkataan inovatif dalam iklan 2 digunakan bagi

tujuan untuk menarik perhatiaan masyarakat kerana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai

karisma yang tersendiri untuk menerangkan ciri-ciri sesebuah kereta. Selain itu, perkataan

mantap itu digunakan kerana ianya senang dan mudah difahami oleh pembaca. Perkataan

tersebut juga memperlihatkan ciri-ciri sebuah kereta yang boleh tahan lama.

Seterusnya ialah, perkataan “pintar” yang terdapat dalam iklan 1 dan perkataan

“terbaik” yang terkandung dalam iklan 2. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata

adjektif di bawah ciri-ciri morfologi. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, pintar membawa

maksud cekap, pandai dan bijak. Perkataan tersebut biasanya digunakan untuk mengambarkan

kebijaksanaan seseorang. Dalam iklan 1, perkataan pintar digunakan bagi menjelaskan

bahawa kereta Perdana keluaran syarikat Proton tersebut memiliki kebijaksanaan dan

kepintaran. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh syarikat Proton bagi

menerangkan makna tersirat di sebalik perkataan tersebut.

Perkataan terbaik pula membawa maksud sesuatu perkara yang terbukti memiliki segala

kebaikan. Maka perkataan terbaik digunakan dalam iklan 2 bagi menjelaskan bahawa kereta

Honda City baharu tersebut merupakan antara produk terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat

Page 6: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

Honda Jepun. Perkataan terbaik juga merupakan kata adjektif perbandingan yang digunakan

bagi membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

3.1.1.2 Kata Nama

Seterusnya ialah, perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongang kata nama iaitu

perkataan “kebijaksanaan” dan “keselamatan”. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,

kebijaksanaan membawa maksud kepandaian menggunakan akal fikiran dan kecekapan

berfikir. Iklan 1 menggunakan perkataan kebijaksanaan bagi memberitahu kepada pelanggan

bahawa membeli kereta Proton Perdana merupakan satu tindakan yang paling menyerlahkan

kebijaksanaan mereka. Penyelidik berpendapat bahawa teknik ini digunakan bagi

mempengaruhi para pelanggan untuk membeli produk tersebut.

Perkataan keselamatan yang digunakan dalam iklan 2 pula bermaksud keadaan selamat,

kesejahteraan dan keamanan. Syarikat Honda menggunakan perkataan ini bagi mewujudkan

rasa selamat dan terjamin di kalangan masyaraka. Perkataan ini mampu menarik perhatian

para pelanggan kerana ianya membuahkan perasaan selamat dan terjamin dalam diri mereka.

3.1.2 Cara Pembentukan Perkataan

Cara-cara pembentukan perkataan serta ciri-ciri dalam iklan 1 dan iklan 2 dibincangkan

seperti berikut.

3.1.2.1 Peminjaman

Peminjaman dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, pinjaman terus, terjemahan

langsung dan pinjaman imbuhan. Penyelidik mendapati bahawa terdapat kata-kata pinjaman

dalam iklan 1 dan iklan 2. Perkataan “ekonomikal” yang terdapat dalam iklan 1 ialah

perkataan yang asalnya disebut sebagai “economy” dimana ianya dipinjam terus dari Bahasa

Greek untuk dijadikan sebagai perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan ekonomi

Page 7: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

bermaksud ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian dan penggunaan barang-barang.

Perkataan ini digunakan dalam iklan 1 bagi tujuan untuk menerangkan bahawa ianya berbaloi

dan rasional untuk memiliki kereta Proton Perdana kerana harganya berpatutan. Penyelidik

mendapati ianya agak menarik kerana perkataan sebegini mampu menawan hati pelanggan.

Perkataan pinjaman yang terdapat dalam iklan 2 ialah “automatik”. Perkataan ini

dipinjam terus dari bahasa Inggeris. Perkataan automatik bermaksud sesuatu mesin atau

jentera yang dapat bergerak dan bekerja sendiri. Perkataan automatik ini digunakan bagi

menggambarkan panel sentuh penyaman udara yang dapat berfungsi sendiri. Perkataan ini

secara tidak langsung dapat memenuhi citarasa pelanggan yang menginginkan sesuatu yang

baharu dan unik pada kenderaan mereka.

Juga, terdapat satu lagi perkataan dalam iklan 1 yang dipinjam dari Bahasa Inggeris

iaitu “waranti”. Waranti bermaksud jaminan secara bertulis yang diberikan kepada pembeli

oleh pihak syarikat untuk membaiki atau menukar sesuatu barang seandainya ia rosak.

Perkataan pinjaman lain yang digunakan dalam iklan 2 ialah, “poket”. Poket

bermaksud tempat menyimpan atau menaruh barang-barang kecil. Perkataan ini digunakan

dalam iklan 2 untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa dalam kereta Proton Perdana

terdapat poket telefon bimbit yang boleh digunakan oleh mereka. Bunyi kata pinjaman lebih

kurang sama dengan perkataan asal yang dipinjam. Tambahan pula, kata pinjaman tersebut

digunakan dalam iklan kerana ianya ringkas, mudah difahami dan senang dibaca oleh

masyarakat.

Page 8: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

3.1.2.2 Pengimbuhan

Pengimbuhan merupakan perkataan yang terdiri daripada satu kata akar dan satu atau

lebih imbuhan. Penyelidik mendapati terdapat beberapa perkataan yang tergolong dalam

kategori pengimbuhan dan terbitan, terkandung dalam iklan 1 dan iklan 2. Sebagai contoh,

dalam iklan 1 terdapat perkataan “dimiliki”. Dimiliki datang daripada kata akar milik yang

diberi imbuhan apitan „di-….-i‟. Milik merupakan kata nama namun apabila diberi imbuhan

apitan „di…..-i‟, ia bertukar menjadi kata terbitan. Perkataan ini digunakan bagi menimbulkan

rasa ingin memiliki kereta Proton Perdana dalam kalangan masyarakat negara.

Selain itu, perkataan “perubahan” dalam iklan 2 juga tergolong dalam kategori

pengimbuhan. Perubahan pada asalnya datang daripada kata akar ubah, yang bermaksud

sesuatu perkara yang tidak kekal dan mengalami proses penambahbaikan atau sebaliknya.

Perkataan ubah diberi imbuhan per-…..an maka, ia tukar menjadi kata terbitan. Perubahan

digunakan dalam konteks iklan ini bagi mengingatkan para pelanggan akan terma dan syarat

syarikat kereta Honda.

Page 9: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

3.2 Semantik

Istilah Semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bermakna tanda atau

lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang

berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Semantik penting untuk pengajian

pemerolehan bahasa, mengkaji bagaimana bahasa berubah mengikut masa, memahami bahasa

dalam kontek budaya, dan memahami pelbagai bentuk dialek dalam bahasa dan kesan gaya

bahasa.

Kajian mengenai semantik penting untuk mengetahui samada sesuatu perkataan atau

ayat itu mempunyai makna atau tidak. Selain itu, kajian semantik juga bertujuan untuk

mengetahui samada sesuatu perkataan atau ayat itu mempunyai makna yang pelbagai.

Semantik dapat merungkaikan samada apa yang dirujuk oleh perkataan atau ayat adalah benar

ataupun palsu.

Semantik di dalam pengiklanan dapat membantu pemahaman dan penciptaan

rekabentuk pengiklanan yang mantap dari segi pemanipulasian ayat dan susunan, pemilihan

perkataan, susunan perkataan, dan lain-lain lagi. Pengiklan atau penulis perlu mewujudkan

kesedaran kepada pembaca dan memberi kefahaman penuh mengenai tekstur, makna dan

kefahaman bahasa yang digunapakai.

Page 10: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

3.2.1 Hubungan Makna

3.2.2.1 Sinonim

Sinonim bermaksud satu perkataan boleh menggantikan perkataan yang lain dengan

tiada penukaran makna. Sebagai contoh, perkataan seerti bagi sama ialah serupa. Menurut

kamus atas talian iaitu www.merriam-webster.com/dictionary/synonyms, sinonim ialah salah

satu daripada dua atau lebih perkatan atau ungkapan bahasa yang sama yang mempunyai

makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama tidak bermaksud 100 peratus sama dan

kadang kala, walaupun maksudnya sama, sinonim tidak sesuai digunakan.

Dalam iklan (1), antara perkataan sinonim yang ada ialah “kebijaksanaan dan pintar”.

Kata akar bagi perkataan kebijaksanaan adalah bijak. Makna bijak dan pintar ialah pandai.

Seperti di dalam iklan, “Serlahkan kebijaksanaan” merujuk kepada pengiklan menyeru agar

pembaca membuat pilihan yang arif atau tepat dengan memilih jenama berkenaan.

Selain itu, antara perkataan sinonim yang ada di dalam iklan (1) adalah “kadar” dan

“jumlah”. Maksud kadar ialah kuantiti tertentu atau jumlah satu perkara dianggap berhubung

dengan unit perkara yang lain dan digunakan sebagai standard atau ukuran. Maksud jumlah

ialah kuantiti keseluruhan. “Kadar pinjaman berbeza mengikut jumlah dan tempoh pinjaman

serta institusi kewangan.” Perkataan kadar boleh diganti dengan perkataan jumlah dan

sebaliknya.

Perkataan sinonim yang lain ialah “terma” dan “syarat”. Maksud terma ialah syarat-

syarat yang berkaitan dengan pembayaran, harga, dan upah. Maksud syarat ialah untuk

tertakluk kepada syarat atau keadaan tertentu. “Tertakluk kepada terma dan syarat” disini

bermaksud setiap faedah yang boleh didapati apabila membeli kereta ini adalah mengikut

keadaan tertentu. Malahan, perkataan terma dan syarat juga digunakan kerana ianya senang

dibaca dan mudah diingati oleh masyarakat.

Page 11: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

Antara perkataan sinonim yang terdapat di dalam iklan (2) ialah “terbaik” dan “tiada

tandingan”. Contoh ayat dalam iklan ialah „miliki yang terbaik‟ dan „alami pemanduan yang

tiada tandingan‟. Terbaik disini menunjukkan kereta ini adalah salah sebuah kereta yang

paling bagus. Perkataan tiada tandingan pula merujuk pada keadaan sesuatu itu tidak boleh

dilawan disebabkan kebagusannya berbanding yang lain.

3.2.2.2 Hiponim

Hiponim bermaksud sesuatu perkataan terkandung atau termasuk dalam sesuatu yang

lebih am. Contohnya kata ikan yang mempunyai banyak jenis ahli misalnya tenggiri, cencaru,

tilapia dan banyak lagi.

Antara perkataan hiponimi yang ada di dalam iklan (1) adalah “warna”. Warna

mempunyai banyak ahli contohnya merah, biru, kuning, hitam, putih dan sebagainya. Selain

itu, perkataan “aksesori” juga merupakan hiponimi. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai

jenis aksesori kereta seperti sport rim dan muffler ekzos. Ko-hiponim yang dapat ditemui di

dalam iklan (1) ialah “kenderaan” contohnya kereta, van, bas dan motorsikal.

3.2.2.3 Homonim

Homonim ialah perkataan yang mempunyai persamaan ejaan dan bunyi tetapi dalam

kontek tertentu berlainan makna.

Terdapat beberapa perkataan homonim di dalam iklan (1) antaranya ialah “mantap”.

Mantap di sini boleh membawa maksud keadaan yang stabil. Satu lagi ia boleh membawa

maksud kukuh iaitu tidak berubah. Syarikat produk cuba untuk menunjukkan bahawa kereta

jenama mereka tidak berubah dari segi gaya. Selain itu, perkataan lain ialah “pintar”. Pintar

membawa maksud cerdik. Contohnya dalam ayat ini, „Ali seorang pelajar yang pintar‟. Dalam

Page 12: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

keadaan lain, pintar bermaksud cekap contohnya gaya pemanduan yang pintar (gaya

pemanduan yang cekap).

Perkataan homonim yang seterusnya ialah “bergantung”. Jika dalam ayat seperti

„Hasnah melihat banyak gambar bergantung di dinding rumah kawannya‟, menunjukkan

keadaan sesuatu barang bersangkut pada sesuatu barang yang lain. Dalam konteks lain,

bergantung membawa erti berdasarkan atau mengikut, contohnya dalam ayat, „waranti 5 tahun

bergantung kepada mana dahulu‟. Seterusnya, homonim dalam iklan (1) ialah “jangka”.

Jangka bermaksud tempoh masa tertentu iaitu seperti di dalam iklan „waranti jangka panjang‟

manakala ayat „saya menjangkakan Hillary Clinton yang akan menjadi presiden Amerika

Syarikat‟ membawa maksud ramalan.

Seterusnya, perkataan “servis” juga merupakan homonim. Servis membawa maksud

aktiviti yang membantu untuk memelihara kondisi asal sesebuah kereta. Teknik ini digunakan

bagi mengekalkan hubungan baik syarikat kereta Honda dengan pelanggan mereka.

Contohnya dalam iklan 2, syarikat Honda memberikan servis percuma sehingga 100,000

kilometer. Seterusnya, perkataan “model”. „Model sebenar mungkin berbeza dari yang tertera

di atas‟. Perkataan model di sini bererti reka bentuk kereta. Jika di dalam ayat „Pakaian itu

diperagakan oleh model terkenal‟ merujuk kepada peragawan atau peragawati.

3.2.2.4 Polisemi

Polisemi adalah perkataan dimana sebutan dan bentuknya sama tetapi mempunyai

beberapa makna yang berkaitan.

Perkataan polisemi yang terdapat di dalam iklan 2 ialah “bintang”. Bintang secara

umumnya adalah objek di langit. Sesuatu angka untuk menunjukkan pengiktirafan atau tanda

kecemerlangan juga menggunakan perkataan bintang. Contohnya, seperti yang ada di dalam

iklan iaitu, „pengiktirafan 4 bintang untuk perlindungan penumpang kanak-kanak‟.

Page 13: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

4. KESIMPULAN

Dari segi morfologi, penyelidik mendapati terdapat persamaan dari segi penggunaan

perkataan dalam iklan 1 dan iklan 2. Contohnya, penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris.

Banyak perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris digunakan dalam kedua-dua

iklan. Penyelidik mendapati penggunaan kata pinjaman dalam iklan merupakan salah satu

teknik yang digunakan oleh syarikat Proton dan Honda bagi memberi kelainan kepada iklan-

iklan mereka.

Didapati bahawa dari segi semantik, iklan (1) dan iklan (2) mempunyai beberapa

persamaan. Contohnya, kedua-dua iklan mempunyai kata sinonim dan homonim. Iklan-iklan

ini menggunakan perkataan dan ayat yang hampir sama contohnya ayat „tertakluk kepada

terma dan syarat‟. Fenomena ini wujud kerana iklan ini merupakan iklan dari jenis produk

yang sama iaitu kereta. Cara pembentukan iklan juga hampir sama dimana pengiklan

meletakkan pengiktirafan atau anugerah yang mereka perolehi untuk meyakinkan pembaca

tentang kredibiliti produk mereka.

Bahasa iklan yang disertai gambar dapat menarik perhatian para pembaca dengan

menginterpestasikan bahasa iklan tersebut yang disesuaikan dengan jenis-jenis iklan yang

akan dipublisitikan kepada khalayak umum.

Jelaslah bahawa penggunaan morfologi dan semantik memainkan peranan yang amat

penting dalam menghasilkan sesuatu iklan.

Page 14: Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta

RUJUKAN

Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 12

Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 13

Dictionary.Com

http://www.dictionary.com/

Thesaurus.Com

www.thesaurus.com

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://prpm.dbp.gov.my/

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustakan, Kuala Lumpur.

http://ekamus.dbp.gov.my/