kerja kursus geografi 2012 tugasan 2

Upload: atikah-wardah

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    1/20

    BIL PERKARA HALAMAN1 Penghargaan2 Pendahuluan3 Objektif Kajian4 Kawasan Kajian5 Kaedah Kajian6 Dapatan Kajian7 Rumusan8 Lampiran9 Rujukan

    Alhamdullilah dengan izinNya, hasrat saya untuk menyiapkan Kerja Kursus

    Geografi PMR 2012 bertajuk Perniagaan Runcit (Pasar Malam) akhirnya terlaksana jua.

    Sebelum ini banyak halangan yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    2/20

    banyak membantu saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang pasar malam sekitar

    kawasan saya.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Fong See Cheng selaku

    guru Geografi yang telah memberikan panduan,nasihat dan teguran serta bimbingan

    sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Puan Hajah Noraini bt Saad,

    Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh yang telah memberi

    kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

    Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Puan Maliza bt

    Mohd Tamin dan Encik Mazman bin Mahmud yang telah banyak memberi dorongan dansokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

    Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan

    sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan laporan

    kajian ini. Segala kekurangan di dalam kajian ini diharap mendapat teguran yang membina

    daripada cikgu. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

    Sekian terima kasih

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    3/20

    Nama saya Atikah Wardah bt Mazman. Saya adalah pelajar Tingkatan 3 Daisy di

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh. Saya memilih Kerja Kursus

    Geografi bertajuk Perniagaan Runcit Pasar Malam di Kawasan Jelapang, Ipoh, Perak untuk

    memenuhi keperluan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 bagi

    matapelajaran Geografi.

    Saya memilih Pasar Silibin kawasan Jelapang sebagai kawasan kajian sayamemandangkan keluarga saya telah tinggal berhampiran kawasan ini selama 13 tahun dan

    biasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan Jelapang dan kawasan

    berhampiran .Ini memudahkan saya untuk mendapat banyak maklumat berkaitan

    pendudukan di sini. Pemilihan kawasan ini juga adalah kerana kawasan ini memenuhi

    kemahuan dan kehendak yang bertetapan dengan kerja kursus ini.

    Tempoh yang diambil untuk melaksanakan folio ini adalah selama 2 minggu. Saya

    telah mengambil seminggu untuk memerhati dan mengumpul maklumat tentang kawasan

    ini. Seminggu lagi, telah saya gunakan untuk menyiapkan dan mendokumentasikan kerja

    kursus ini.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    4/20

    Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk

    a. Mengenal pasti konsep dan jenis perniagaan runcit yang dijalankan di kawasan

    Jelapang, Ipoh.

    b. Mengenal pasti kepentingan perniagaan runcit.

    c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan perniagaan runcit di

    kawasan Jelapang, Ipoh.

    d. Menghasilkan kesan-kesan negatif pembinaan perniagaan runcit di kawasan Jelapang.e. Menyatakancad angan-cadangan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif

    perniagaan runcit di kawasan Jelapang.

    f. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotism untuk negara.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    5/20

    Kajian ini telah dijalankan di Jalan Silibin berdekatan dengan Bulatan Jelapang.

    Pasar malam ini dikenali sebagai Pasar Malam Silibin. Pasar malam ini diadakan pada hari

    Isnin dan Khamis setiap minggu. Biasanya pasar malam ini dibuka pada 6.30 petang dan

    berakhir sekitar pukul 10 atau 11 malam. Pelbagai barang dijual seperti makanan basah dan

    kering, permainan kanak-kanak, cakera padat, pelbagai jenis pakaian dan peralatan rumah.

    Lokasi kajian ini terletak kira-kira 8.7 kilometer dari Bandar Ipoh dan sekitar 2.6 kilometer

    dari kawasan perumahan saya, Taman Muhibbah dan Taman Lim, Ipoh. Terdapat ciri-ciri

    pandangan darat fizikal dan pandangan darat budaya seperti Kawasan PerindustrianJelapang, Klinik Kesihatan Jelapang, Bank RHB, deretan rumah-rumah kedai dan Medan

    Selera serta deretan rumah-rumah taman perumahan yang berhampiran.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    6/20

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    7/20

    a) Konsep dan jenis perniagaan

    Menurut Kamus Dewan Bahasa, runcit bermaksud kedai yang menjual barang

    secara sedikit-sedikit. Perniagaan runcit pula bermaksud perniagaan yang menjalankan

    urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk

    kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain

    seperti rakan dan jiran.

    Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan pasar

    malam yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis. Menurut Wikipedia, pasar

    malam ialah konsep bazaar yang beroperasi bermula pada waktu petang hingga waktu

    malam. Pasar malam ini merupakan jenis pasar malam jalanan mudahalih yang bisanya

    berada di kawasan perumahan

    Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih yang menjual barang-barangan

    seperti makanan dan minuman, barangan basah seperti ayam, daging, ikan, sayur-

    sayuran, buah-buahan, permainan, perkakasan dapur, buku, pakaian dan sebagainya.

    Aktiviti tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    8/20

    JADUAL 1 Jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin, Ipoh, Perak.

    JENIS BARANGAN JUMLAH GERAIMakanan 26Minuman 5

    Buah-buahan 13Kasut/ Pakaian/ Perhiasan 22

    Ayam/ Daging/ Ikan 13Sayur-sayuran 15

    Permainan 7Media Elektronik 3

    Jumlah 104Sumber : Pemerhatian di kawasan kajian, 4.6.2012

    Jenis barangan yang diperniagaan di Pasar Malam

    Jalan Silibin, Ipoh, Perak.

    24%

    5%

    13%

    21%

    13%

    14%

    7% 3%

    Makanan

    Minuman

    Buah-buahan

    Kasut/ Pakaian/Perhiasan

    Ayam/ Daging/Ikan

    Sayur-sayuran

    Permainan

    Media Elektronik

    Rajah 1 Carta Pai menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin,Ipoh, Perak.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    9/20

    b) Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

    Terdapat beberapa kepentingan perniagaan runcit ini diadakan di kawasan perumahan.

    Antaranya,

    1. menyediakan peluang pekerjaan

    Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-

    peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga makanan dan minuman dapat

    menambahkan hasil pendapatan mereka.

    2. meningkatkan taraf hidup/pendapatan

    Perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk

    meningkatkan taraf hidup dan menambah hasil pendapatan mereka.

    3. memudahkan penduduk tempatan membeli barang

    Pasar malam ini juga menyediakan pelbagai jenis barang runcit. Hal ini

    memudahkan penduduk setempat untuk membeli barang harian dan tidak perlu ke

    bandar untuk membelinya. Pasar malam ini juga memudahkan penduduk membeli

    barang yang tiada di pasaran Pasaraya-pasaraya di bandar.

    4. membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

    Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan

    barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-

    lain. Peniaga ini juga dapat seterusnya memasarkan produk tempatan di pasaran

    antarabangsa sekali gus memartabatkan produk tempatan.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    10/20

    5. menyediakan barangan segar

    Pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-

    buahan dengan harga yang agak murah. Barangan tempatan seperti ulam-ulaman

    secara tidak langsung dapat dipasarkan dan dijualkan terus kepada pengguna.

    6. menjimatkan kos pengguna/perniaga

    Pasar malam ini juga tidak memerlukan modal yang banyak berbanding dengan

    membuka perniagaan di pasaraya atau pasar besar.

    c) Faktor yang mempengaruhi

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    11/20

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    12/20

    Pasar malam ini menjalankan perniagaan pada hari isnin dan khamis iaitu bermula

    seawal pukul 4.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam. Waktu ini sesuai untuk

    peniaga berniaga dan penduduk tempatan untuk membeli belah.

    6. peranan persatuan penduduk

    Persatuan Rukun Tetangga dan Majlis Bandaraya Ipoh amat menggalakkan dan

    menyokong pasar malam ini dijalankan.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    13/20

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    14/20

    4. pencemaran/wabak penyakit

    Pencemaran berlaku akibat sifat orang ramai yang tidak bertanggungjawab dengan

    membuang sampah di kawasan pasar malam dijalankan. Berdasarkan pemerhatian,

    setiap kali selepas habisnya berniaga, persekitaran di kawasan pasar malam akan

    dipenuhi sampah sarap dan lebih teruk lagi jika perniaga tidak sensitif untuk

    membersihkannya. Hal ini menyebabkan pelbagai wabak penyakit berlaku.

    Contohnya, demam denggi yang berlaku akibat pembiakan nyamuk aedes di dalam

    air yang bertakung di longkang dan sampah sarap.

    5. barangan tidak berkualiti

    Kebanyakan harga barangan dan kualiti barangan di pasar malam tidak dikawal

    oleh kerajaan. Sesetengah perniaga juga berjual beli tanpa meletakkan tanda harga.

    Oleh itu, pembeli berisiko untuk ditipu oleh perniaga yang menjual barangan

    melebihi harga biasa. Kita sebagai pengguna haruslah prihatin ketika membeli dan

    apabila berlakunya penipuan, kita haruslah mengadu dan melaporkannya kepada

    pihak berkuasa.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    15/20

    e) Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit

    Beberapa cadangan telah dibincangkan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan

    runcit ini dijalankan. Antaranya ialah,

    1. kuat kuasa undang-undang

    Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan menyediakan

    polis trafik untuk mengawal lalu lintas. Selain itu, pihak polis haruslah

    meningkatkan pengawasan di Hot Spot yang berlakunya pelbagai masalah

    jenayah.

    2. peranan dan pemantauan PBT/persatuan penduduk

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan persatuan penduduk pula memainkan peranan

    memastikan keselesaan penduduk tidak terjejas oleh masalah kebersihan, kesesakan

    lalu lintas, masalah sosial dan lain-lain kesan negatif perniagaan pasar malam

    tersebut. Persatuan penduduk boleh membuat aduan kepada PTB atau ahli parlimen

    kawasan supaya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan.

    3. menyediakan kemudahan asas

    Pihak berkuasa berperanan menyediakan kemudahan asas seperti tempat letak

    kereta dan tong sampah supaya masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam

    sekitar dapat dikurangkan. Hal ini dapat memupuk tabiat suka akan kebersihan

    dalam setiap diri individu dan persekitaran juga dapat dijaga.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    16/20

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    17/20

    Perniagaan pasar malam di Jalan Silibin kawasan Jelapang dijalankan pada setiap

    hari Isnin dan Khamis bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada jam 11 malam.

    Perniagaan ini telah memberi peluang pekerjaan serta menambahkan pendapatan penduduk

    tempatan. Selain daripada itu, pasar malam juga memudahkan penduduk tempatan membeli

    barangan. Ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengguna dan peniaga. Terdapat

    beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di kawasan kajian

    seperti faktor governan, modal yang kecil, pertambahan penduduk dan kesesuaian waktu berniaga.

    Walaubagaimanapun, setiap aktiviti ekonomi akan memberi kesan sama ada positif

    atau negatif. Antara kesan negatif perniagaan ialah masalah sosial, kesesakan lalu lintas,

    pencemaran, wabak penyakit, persaingan dengan kedai runcit dan pembaziran masa dan

    wang. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengurangkan kesan-

    kesan negatif yang berlaku. Antaranya, penguatkuasa undang-undang oleh kerajaan,

    peranan PBT dan persatuan penduduk yang mengawal keselesaan penduduk dengan

    menyediakan kemudahan asas seperti tong sampah dan mengadakan kempen kesedaran

    secara berkala dan kerap.

    Saya bersyukur dan berbangga kerana kerajaan telah berusaha mencari jalan

    penyelesaian untuk mengurangkan kesan negatif yang berlaku. Saya berharap perniaga dan

    pengunjung pasar malam termasuk saya akan lebih prihatin dan bersama-sama

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    18/20

    bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kita. Akhir kata, marilah kita, sebagai

    rakyat Malaysia berusaha membangunkan perniagaan runcit pasar malam demi menjana

    ekonomi negara.

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    19/20

    Maliza bt. Mohd Tamin,31, Jalan Muhibbah,Taman Muhibbah,30100, Ipoh,Perak. Tel: 012-5376137

    ________________________________________________________________________

    Pengetua,SMK Tarcisian Convent,Jalan Abdul Manap,30100, Ipoh,Perak. 25 Mac 2012

    Puan,

    Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

    Merujuk perkara di atas, saya Maliza bt. Mohd Tamin membenarkan anak saya AtikahWardah bt. Mazman, pelajar dari Tingkatan Tiga Daisy untuk menjalankan KajianGeografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

    2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap

    pihak sekolah.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    (MALIZA BT. MOHD TAMIN )

  • 7/31/2019 Kerja Kursus Geografi 2012 Tugasan 2

    20/20