tugasan pengantar geografi fizikal

17
TAJUK : BENTUK DAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI KOD KURSUS: HGF 3013 (KUMPULAN A) KURSUS: PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR NO. MATRIK : D20121058364 NO. KAD PENGENALAN : 920111 NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH TARIKH HANTAR : 25 OKTOBER 2013

Upload: nur-kareena

Post on 22-Jun-2015

656 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Tugasan Individu Kursus Pengantar Persekitaran Fizikal di bawah subjek minor Geografi Semester 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan pengantar geografi fizikal

TAJUK :

BENTUK DAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI

KOD KURSUS:

HGF 3013 (KUMPULAN A)

KURSUS:

PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL

NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR

NO. MATRIK : D20121058364

NO. KAD PENGENALAN : 920111

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH

TARIKH HANTAR : 25 OKTOBER 2013

Page 2: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

II

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. 1.0 Pendahuluan 1

2. 2.0 Faktor pembentukan gunung berapi

2.1 Jenis bahan yang diletuskan

2.2 Sifat lohong gunung berapi

2.3 Sifat dan jenis letusan

2-3

3. 3.0 Proses pembentukan gunung berapi 3-4

4. 4.0 Bentuk gunung berapi

4.1 Gunung berapi perisai

4.2 Gunung berapi kon bara

4.3 Gunung berapi komposit

4-7

5. 5.0 Aktiviti gunung berapi 7-11

6. 6.0 Kesan daripada kegiatan gunung berapi

6.1 Kesan terhadap lapisan ozon

6.2 Kesan kepada rumah hijau

6.3 Kesan jerebu

6.4 Lava menyuburkan tanah

6.5 Matahari kelihatan berwarna hijau

11-13

7. Penutup 14

Page 3: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

III

1.0 PENDAHULUAN

Gunung berapi adalah merupakan satu bukaan atau rekahan yang ada pada permukaan bumi

atau pada kerak bumi. Gunung berapi terhasil di mana sahaja di mana ia meluahkan isi perut

bumi ke luar permukaan bumi seperti magma, cecair yang bergerak perlahan yang terhasil

daripada batu cair, gas dan juga mineral. Aktiviti gunung berapi cenderung untuk membentuk

gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung (McCollum, 2007). Magma keluar atau meletup pada

bahagian yang mempunyai kerak yang nipis dan retak atau mempunyai lubang. Ia meletup

dengan cara sama ada secara melimpah atau meletup (Ball, 1999). Kini terdapat hampir 500

ke 600 gunung berapi aktif di dunia. Tambahan lagi, banyak gunung berapi bawah laut yang

masih belum meletup. Gunung berapi yang aktif antara salah satu gunung berapi yang

meletup dalam tempoh beberapa ribu tahun sekali. Namun begitu, masih banyak gunung

berapi yang dikatakan sebagai ‘tidur’. Terdapat pengkaji gunung berapi yang mengandaikan

letupan gunung berapi ini seperti limpahan air soda yang digoncang dan kemudian dibuka.

Kekuatan letupan gunung berapi ini bergantung kepada gas yang dibebaskan serata ketebalan

magma. Semakin tebal magma yang terhasil, semakin sukar gas untuk dilepaskan. Ini

menyebabkan lebih banyak tekanan terhadap aktiviti tersebut. Disebabkan hal itu, semakin

besar tekanan yang terhasil, maka semakin kuat letupan gunung berapi yang akan terhasil

(McCollum, 2007). Menurut Cernak, 1999, Gunung Tambora di Indonesia merupakan salah

satu gunung berapi yang telah mengakibatkan angka kematian yang tertinggi iaitu sebanyak

92000 orang yang mati pada tahun 1815 yang turut menyebabkan kemusnahan terhadap

tanaman. Berikut, melalui penulisan ini kita akan melihat dengan lebih lanjut mengenai

faktor, proses, bentuk, aktiviti dan kesan aktiviti gunung berapi.

Page 4: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

IV

2.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

Berdasarkan Northeastern Illinois University (2013), terdapat pelbagai faktor yang

mempengaruhi kepelbagaian rupa dan bentuk gunung berapi, antaranya ialah :

2.1 Jenis bahan yang diletuskan

Kepelbagaian bahan yang diletuskan akan mempengaruhi bentuk gunung berapi.

Contohnya, lava bes akan membentuk gunung berapi perisai yang berbentuk landai

dan mempunyai ukur lilit yang besar. Ini adalah disebabkan lava bes berbentuk cair

dan dapat mengalir jauh sebelum ia membeku. Contohnya seperti gunung berapi

Mauna Loa dan Mauna Kea di Kepulauan Hawaii. Sebaliknya, jika lava asid ia akan

menghasilkan gunung berapi yang berkubah dengan derun yang curam kerana ia cepat

membeku disebabkan oleh kelikatan lava tersebut.

2.2 Sifat lohong gunung berapi

Sifat lohong gunung berapi akan mempengaruhi cara dan arah aliran lava. Lohong

yang berbentuk linear atau mendatar akan menghasilkan dataran lava apabila ia

membeku manakala lohong yang berbentuk tunggal atau tengah akan menghasilkan

kon. Sekiranya terdapat lohong-lohong yang banyak dan berdekatan di antara satu

sama lain maka kon-kon gunung berapi yang terbentuk akan bercantum dan boleh

menghasilkan kon serba ragam. Misalnya gunung berapi Etna di Kepulauan Sicily

mempunyai kon pelbagai ragam.

2.3 Sifat dan jenis letusan

Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan kon gunung berapi yang

berbentuk sekata. Bagi letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan

mewujudkan kawah yang besar atau kaldera di puncak gunung berapi berkenaan.

Page 5: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

V

Sekiranya magma membeku dalam lohong utama dan menyumbatkannya, maka lava

terpaksa mencari jalan keluar lain. Tekanan daripada dalam gunung berapi boleh

mewujudkan lohong-lohong cawangan yang baru yang membolehkan lava keluar

melaluinya lalu membentuk kon parasit di sekeliling gunung berapi berkenaan.

3.0 PROSES BERLAKU AKTIVITI GUNUNG BERAPI

Rajah 1.0 : Proses aktiviti gunung berapi

(Sumber : Volcanoes Hazards Program yang diakses pada laman web

http://vulcan.wr.usgs.gov/Outreach/Publications/GIP19/chapter_two_volcanic_processes.pdf)

Sebelum bermulanya letusan, magma yang mula naik akan memecahkan dan membuka

batuan yang terdapat di permukaan bumi di bawah gunung berapi yang selalunya akan

menyebabkan gempa bumi dan kemudiannya akan membebaskan gas. Proses ini boleh dilihat

di dalam Rajah 1.0. Semasa berlakunya proses letusan ini, gas gunung berapi di dalam

magma akan mengembang dan kemudiannya memecahkan magma kepada kepingan kecil

yang dipanggil sebagai ‘tephra’. Lapisan kerak bumi yang nipis dan retak lebih mudah untuk

Page 6: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

VI

mengeluarkan magma jika dibandingkan dengan permukaan yang lebih keras dan lebih sifat

batuannya. Selepas terdapat banyak gas yang dilepaskan ke atmosfera, kolam lava daripada

krater akan keluar dan mengalir melimpahi krater sebagai aliran lava. Aliran piroklastik

(kadangkala dipanggil sebagai aliran abu panas) ini akan mencairkan salji dan ais yang

membekalkan air untuk aliran dan serpihan lahar. Aliran piroklastik juga berasal daripada

keruntuhan letusan atau ruangan-ruangan gelap abu, wap, dan juga gas-gas lain yang naik

akibat letusan gunung berapi. Terdapat juga gunung berapi yang meletus tanpa letupan tanpa

‘tephra’. Jika lava terlalu likat mengalir, ia membentuk ciri-ciri berbentuk kubah biasanya

dipanggil kubah lava (USGS science for a changing world, 2013).

4.0 BENTUK GUNUNG BERAPI

Gunung berapi mempunyai banyak jenis dan bentuk. Di antara bentuk yang terhasil adalah

gunung berapi perisai, gunung berapi kon bara dan gunung berapi komposit.

4.1 Gunung berapi perisai

Gunung berapi perisai ini mendapat nama daripada bentuk gunung itu sendiri.

Mempunyai cerun yang berbentuk landai menampakkan ia berbentuk seperti perisai di

permukaan (Rajah 2.0).

Rajah 2.0 : Menunjukkan keratan gunung berapi perisai

Page 7: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

VII

(Sumber : Diperolehi daripada http://jonjosvolcanoes.weebly.com/shield-volcanoes.html)

Rajah 2.1 : Menunjukkan Gunung Kilaue di Kepulauan Hawaii ketika meletus

(Sumber : Diperolehi daripada

http://kilauealavaflowmount.wordpress.com/2008/03/17/hello-world/)

Kilauae Hawaii (Rajah 2.1)dan juga Mauna Loa merupakan salah satu daripada

gunung berapi perisai. Gunung jenis ini jarang untuk meletus tetapi menghasilkan

aliran lava yang banyak. Aliran lava biasanya amat panas dan cair menyumbang

kepada aliran lava yang lebih jauh dan perlahan (McCollum, 2007).

4.2 Gunung berapi kon bara

Gunung berapi kon bara ini merupakan salah satu gunung berapi yang biasa. Ia adalah

lebih kecil dan jarang meletus berbanding dengan gunung berapi komposit dan

kebiasaannya meletup sekali sahaja. Gunung berapi kon bara ini juga mungkin akan

terhasil pada sekeliling gunung berapi komposit (McCollum, 2007). Menurut Robert

E. Gabler, James F. Petersen, L. Micheal Trapaso & Dorothy Sack,(2009), gunung

berapi jenis ini selalunya mempunyai ketinggian beberapa ratus meter sahaja (Rajah

3.0). Biasanya gunung berapi kon bara mempunyai komposisi rioltik tetapi boleh juga

terhasil daripada basalt jika keadaan suhu dan kelikatan menyimpan gas daripada

Page 8: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

VIII

terbebas dengan mudah. Paricutin di Mexico (Rajah 3.1) dan Kawah Sunset di

Arizona adalah merupakan contoh gunung berapi kon bara.

Rajah 3.0 : Menunjukkan keratan gunung berapi kon bara

(Sumber : Diperolehi daripada http://www.earthonlinemedia.com/ebooks/tpe_3e/volcanic_landforms/volcano_types_2.ht

ml)

Rajah 3.1 : Menunjukkan gambar gunung berapi kon bara di Paricutin Mexico

(Sumber : Diakses daripada http://morethanshipping.com/the-7-wonders-of-the-world/)

4.3 Gunung berapi komposit

Gunung berapi ini adalah yang paling mudah untuk dikenali kerana ia mempunyai

bentuk kon yang tinggi dan selalunya puncaknya diliputi ais atau salji. Gunung Fuji di

Jepun dan Gunung Rainer berdekatan Seattle, Washington yang boleh dilihat di rajah

4.0 adalah merupakan dua contoh gunung berapi komposit yang terkenal. Gunung

berapi ini terbentuk daripada letusan yang memuntahkan jumlah batu dan abu yang

terbanyak. Ia juga dikelaskan sebagai salah satu daripada gunung berapi yang paling

bahaya (McCollum, 2007).

Page 9: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

IX

Rajah 4.0 : Menunjukkan rajah Gunung Fuji

(Sumber : Diperolehi daripada

http://ruby.colorado.edu/~smyth/Research/Images/Volcanix/Volcanix.html)

Gunung berapi komposit juga dikenali sebagai gunung berapi strato kerana terhasil

daripada lapisan piroklastik dan lava. Rajah 4.1 menunjukkan keratan gunung berapi

kompprit. Gunung berapi komposit terhasil daripada andesit di mana ia adalah batuan

gunung berapi perantaraan kandungan silika dan bahan letusan di antara basalt dan

riolit (Robert E. Gabler, James F. Petersen, L. Micheal Trapaso & Dorothy Sack,

2009).

Rajah 4.1 : Menunjukkan keratan gambar gunung berapi komposit.

(Sumber : Diperolehi daripada

http://www.earthonlinemedia.com/ebooks/tpe_3e/glossary/a_d/composite_volcano.html)

Page 10: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

X

5.0 AKTIVITI GUNUNG BERAPI

Di bumi, gunung berapi cenderung untuk wujud di permukaan plat-plat kerak bumi. Terdapat

pelbagai jenis aktiviti yang berlaku ketika letusan gunung berapi sama ada semasa atau

selepas kejadian. Aktiviti gunung berapi pada kebiasaannya merujuk kepada letusan gunung

berapi. Sebelum letusan berlaku, ianya dapat diketahui apabila berlaku sebarang gegaran

yang seterusnya akan menyebabkan berlaku kejadian gempa bumi dan tsunami. Sebagai

contoh, letusan gunung berapi Krakatau telah menghasilkan ombak besar dengan ketinggian

125 kaki dan memusnahkan ribuan nyawa dan hidupan pada tahun 1883 (National Weather

Service, 2013). Selain daripada itu, terdapat beberapa gunung berapi yang menghasilkan

‘letusan kematian’ yang dapat dilihat di dalam Jadual 1.0 seperti di bawah.

Kematian (orang) Gunung berapi Tahun Punca utama kematian

92 000 Tambora, Indonesia 1815 Kebuluran

36 417 Krakatau, Indonesia 1883 Tsunami

29 025 Gunung Pelee, Martinique 1902 Aliran abu

23 000 Ruiz, Colombia 1985 Aliran lumpur

14 300 Unzen, Jepun 1792 Tsunami dan runtuhan

gunung berapi

Jadual 1.0 : Menunjukkan gunung berapi yang menyebabkan kematian tertinggi

(Sumber : Diperolehi daripada (Ball, 1999))

Gunung berapi terdapat di dalam beberapa bentuk sepanjang hayatnya. Gunung berapi

yang aktif mungkin akan bertukar menjadi separuh aktif, pendam sebelum akhirnya menjadi

tidak aktif atau mati. Bagaimanapun, gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh

610 tahun. Gunung berapi yang aktif kebiasaannya berada di dalam Lingkaran Api Pasifik

yang dapat dilihat seperti di dalam Rajah 5.0 di bawah.

Page 11: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XI

Rajah 5.0 : Menunjukkan menunjukkan sempadan plat (garisan biru), pengagihan gempa

bumi baru-baru ini (titik kuning) dan gunung berapi aktif (segi tiga merah).

(Sumber : Diperolehi daripada

http://www.geology.sdsu.edu/how_volcanoes_work/Thumblinks/plates_page.html)

Berikut adalah merupakan senarai kawasan gunung berapi aktif (Cernak, 1999) :

1. Santorini, Greece

2. Vesuvius, Itali

3. Unzen, Jepun

4. Tambora, Indonesia

5. Krakatau, Indonesia

6. Santa Maria, Geutemala

7. Gunung Pelee, Martinique

8. Gunung St. Helen

9. Nevado del Ruiz, Colombia

10. Pinatubo, Filipina

Setiap tahun, hampir 60 gunung berapi meletus tetapi kebanyakan aktiviti adalah lemah.

Berikut adalah merupakan Index Kekerapan Letusan Gunung Berapi yang mengukur

kekerapan letusan (Jadual 2.0).

Page 12: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XII

Penerangan Ketinggian Plumes Kekerapan Contoh

Tidak meletus Kurang daripada 100m Setiap hari Kilauae

Lembut 100 sehingga 1000m Setiap hari Stramboli

Meletus 1 sehingga 5km Setiap minggu Galeras

Jarang 3 sehingga 15km Setiap tahun Ruiz

Katalismik 10 sehingga 25km 10 tahun sekali Galunggung

Jadual 2.0 : menunjukkan kekerapan letusan gunung berapi

(Sumber : Diperolehi daripada (Cernak, 1999))

Letusan gunung berapi boleh menyebabkan kepulan letusan letupan seperti yang

dihasilkan oleh Gunung St. Helens atau Pinatubo yang mencecah sehingga altitud 31km dan

45km ke atmosfera. Melalui letusan gunung berapi ini juga mampu untuk memancutkan lava

sehingga 609 meter di atas gunung berapi. Selain daripada itu, letusan gunung berapi juga

mampu untuk bertahan selama sekurang-kurangnya sehari atau selama beribu tahun.

Stramboli adalah salah satu daripada contoh gunung berapi yang tidak aktif sejak 450

sebelum masihi lagi. Manakala Kilauea sentiasa meletus sejak tahun 1983. Namun begitu

hanya 9 peratus daripada gunung berapi yang meletus kurang daripada satu hari. Hampir 53

peratus gunung berapi meletus sekurang-kurangnya dua bulan sekali (Cernak, 1999).

Semasa berlakunya letusan gunung berapi, terdapat juga aktiviti lain yang turut

berlaku bersama-sama dengan letusan tersebut iaitu kilat gunung berapi. Kilat gunung berapi

ini berlaku disebabkan pemisahan caj. Semasa caj positif menuju ke angkasa, kawasan caj

elektrik telah berpisah dengan kawasan bertentangan. Kilat itu terhasil untuk mengimbangi

permasahan tersebut, yakni berlaku sama dengan kejadian kilat biasa (News Discovery,

2013). Berikut adalah merupakan contoh gambar kilat gunung berapi (Rajah 5.1).

Page 13: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XIII

Rajah 5.1 : Menunujukkan rajah ketika berlakunya kilat gunung berapi di Gunung Berapi

Sakurajima, Jepun pada Februari 2013.

(Sumber : Diperolehi daripada http://news.discovery.com/earth/rocks-fossils/volcanic-lightning-

how-does-it-work-130329.htm)

Selanjutnya kita akan melihat pula kesan daripada aktiviti gunung berapi ini pada

tajuk yang seterusnya. Bagaimana letusan gunung berapi memberi impak kepada kehidupan

manusia dan hidupan lain atau terdapatkah impak yang mungkin sesuatu yang luar biasa?.

6.0 KESAN DARIPADA KEGIATAN GUNUNG BERAPI

Letusan gunung berapi boleh meningkatkan ketiga-tiga kesan iklim untuk darjah berubah-

ubah. Mereka menyumbang kepada penipisan ozon, serta kepada pemanasan atmosfera bumi.

Peranan letusan gunung berapi pada setiap kesan iklim yang diterangkan di bawah (San

Diego State University, 2013).

6.1 Kesan terhadap lapisan ozon

Asid halida HCl telah terbukti berkesan dalam memusnahkan ozon , namun kajian

terbaru menunjukkan bahawa HCl paling gunung berapi adalah terhad kepada

troposfera (di bawah stratosfera), di mana ia dibantu oleh hujan. Oleh itu, ia tidak

pernah mempunyai peluang untuk bertindak balas dengan ozon. Sebaliknya, data

Page 14: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XIV

satelit selepas letusan pada tahun 1991 di Gunung Pinatubo (Filipina) dan Gunung

Hudson (Chile) menunjukkan 15-20 % kehilangan ozon di latitud tinggi dan kerugian

yang lebih besar daripada 50 % berbanding Antartika. Oleh itu, ternyata bahawa

letusan gunung berapi boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan tahap

ozon. Walau bagaimanapun, ia adalah satu peranan tidak langsung, yang tidak boleh

dikaitkan secara langsung kepada gunung berapi HCl. Letusan zarah yang dihasilkan

atau aerosol, muncul untuk menyediakan permukaan di mana tindak balas kimia

berlaku. Zarah sendiri tidak menyumbang kepada kemusnahan ozon, tetapi mereka

berinteraksi dengan klorin dan bromin -bearing sebatian daripada CFC buatan

manusia .

6.2 Kesan kepada rumah hijau

Letusan gunung berapi boleh meningkatkan pemanasan global dengan menambah

karbon dioksida ke atmosfera. Walau bagaimanapun, letusan gunung berapi

menyumbang jumlah yang jauh lebih besar karbon dioksida ke atmosfera berbanding

aktiviti manusia setiap tahun. Jumlah kecil pemanasan global yang disebabkan oleh

letusan dihasilkan gas rumah hijau adalah diimbangi oleh jumlah yang jauh lebih

besar daripada penyejukan global yang disebabkan oleh letusan yang dijana zarah

dalam stratosfera (kesan jerebu). Pemanasan rumah hijau bumi telah terutamanya

ketara sejak tahun 1980. Tanpa pengaruh penyejukan letusan seperti El-Chichon

(1982) dan Gunung Pinatubo (1991), pemanasan rumah hijau akan menjadi lebih

ketara.

Page 15: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XV

6.3 Kesan jerebu

Letusan gunung berapi meningkatkan kesan jerebu ke tahap yang lebih besar daripada

kesan rumah hijau, dan dengan itu mereka lebih rendah boleh bermakna suhu global.

Ia dianggap selama bertahun-tahun bahawa sumbangan terbesar gunung berapi adalah

daripada zarah abu terapung di bahagian atas atmosfera yang akan menghalang

sinaran matahari. Walau bagaimanapun, idea-idea ini berubah pada tahun 1982

selepas letusan gunung berapi Mexico, El Chichon. Walaupun pada tahun 1980,

letusan Gunung St Helens telah menurunkan suhu global dengan 0.1OC , letusan lebih

kecil El Chichon menurunkan suhu global tiga hingga lima kali ganda.

6.4 Lava menyuburkan tanah

Selain daripada itu, letusan gunung berapi turut menyebabkan Lava dan abu

didepositkan semasa letusan terurai membekalkan nutrien berharga untuk tanah. Ini

mewujudkan tanah yang subur yang baik untuk pertanian. Ini membolehkan penduduk

sekitar mendapat manfaat daripadanya seperti yang berlaku di Gunung Berapi

Jefferson (BBC News, 2013).

6.5 Matahari kelihatan berwarna hijau

Menurut Ball, (1999), pada tahun 1883 di India, seorang wanita telah melihat

matahari berwarna hijau. Pada masa yang sama di Tridad, matahari keliahtan

berwarna biru. Hal ini adlah disebabkan oelh abu yang terhasil daripada letupan

Krakatau yang terdapat di dalm lapisan stratosfera dan menyerakkan sinaran matahari

dan menyebabkan matahari terhasil dengan pelbagai warna di setiap tempat atau

kawasan.

Page 16: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XVI

PENUTUP

Letusan gunung berapi mempunyai pelbagai kesan negatif daripada kesan baik. Setiap letusan

akan menyebabkan pelbagai kemusnahan alam sekitar dan juga harta benda. Namun begitu,

tidak dinafikan bahawa ia adalah merupakan alah satu daripada kejadian semula jadi yang

turut membawa kesan lain bersama seperti tsunami dan gempa bumi. Kehadiran kedua-dua

kesan sampingan tersebut akan membawa kepada kesan yang paling teruk.

Gunung berapi yang masih aktif sehingga kini masih banyak dan masih juga terdapat

gunung berapi yang masih tidur dan mungkin akan meletus pada bila-bila masa sahaja.

Terdapat lebih dari 1500 gunung berapi aktif di bumi. Kita kini tahu sebanyak 80 atau lebih

yang berada di bawah lautan. Gunung berapi aktif di Amerika Syarikat didapati terutamanya

di Hawaii, Alaska, California, Oregon dan Washington. Oleh itu, setiap penduduk di kawasan

yang berdekatan dengan gunung berapi terutamanya di kawasan Lingkaran Api Pasifik

haruslah sentiasa berwaspada. Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan gempa bumi yang kerap

dan letusan gunung berapi mengelilingi lembangan Lautan Pasifik. Lingkaran Api Pasifik

mempunyai 452 gunung berapi dan rumah kepada lebih 50% daripada gunung berapi yang

aktif dan tidak aktif di dunia. Sembilan puluh peratus daripada gempa bumi di dunia dan 81%

daripada gempa bumi yang terbesar di dunia berlaku di sepanjang Lingkaran Api. Hal ini

untuk mengelakkan meningkatnya angka kematian akibat letusan gunung berapi.

Page 17: Tugasan pengantar geografi fizikal

HGF 3013 D20121058364

XVII

RUJUKAN

Ball, J. A. (1999). File Blast : The Volcano. USA.

BBC News. (2013, October 24). Retrieved from Geography: http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/geography/natural_hazards/volcanoes_rev5.shtml

Cernak, L. (1999). Volcanoes A-Z. USA: Discovery Communication, Inc.

McCollum, S. (2007). Scientific American : Volcanic Eruptions, Earthquakes and Tsunamis. America: Infobase Publishing.

National Weather Service. (2013, October 24). Retrieved from http://www.nws.noaa.gov/om/brochures/tsunami2.htm

News Discovery. (2013, October 24). Retrieved from Volcanic Lightning: How does it work?!: http://news.discovery.com/earth/rocks-fossils/volcanic-lightning-how-does-it-work-130329.htm

Northeastern Illinois University. (2013, October 24). Retrieved from NASA/UNCF Project: http://www.neiu.edu/~kbartels/VolcanoModule/ShapesOfVolcanoes.htm

Robert E. Gabler, James F. Petersen, L. Micheal Trapaso & Dorothy Sack. (2009). Physical Geography. USA: Brooks/Cole.

San Diego State University. (2013, October 24). Retrieved from The Depaetment of Geological Scioence : How Volcanoes Work: http://www.geology.sdsu.edu/how_volcanoes_work/climate_effects.html

USGS science for a changing world. (2013, October 24). Retrieved from Volcanoes Hazard Programs: http://vulcan.wr.usgs.gov/Outreach/Publications/GIP19/chapter_two_volcanic_processes.pdf