kerja kursus geo 2008 set 2

Upload: swiper

Post on 31-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    1/21

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut : -

    1. mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat dikawasan

    kajian dan membandingkannya dengan Negara lain ( Singapura ).

    2. mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan

    membandingkannya dengan Negara lain ( Singapura ).

    3. mengenalpasti dan menyenaraikan kesan-kesan kegiatan ekonomi

    dikawasan kajian dan membandingkannya dengan ( Singapura ).

    4. mengenalpasti, menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah bagi

    mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar dikawasan

    kajian dan membandingkannya dengan Negar lain ( Singapura ).

    1

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    2/21

    KAWASAN KAJIAN

    Kawasan kajian ini ialah sebuah petempatan terancang, iaitu Taman Seri Telok

    Mas yang terletak di Pekan Telok Mas. Pekan Telok Mas terletak di peta kawasan

    Melaka Tengah iaitu kira-kira 12km dari Bandar Melaka. Peta di bawah merupakan

    sebuah peta daerah yang menunjukkan lokasi kawasan kajian kedudukan Pekan Telok

    Mas. Manakala Peta 2 pula menunjukkan Taman Seri Telok Mas, iaitu lokasi kawasan

    kajian dengan lebih jelas.

    2

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    3/21

    3

    Kawasan Kajian

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    4/21

    Tempoh perjalanan dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka ke Pekan Telok

    Mas ialah kira-kira 15 minit, menggunakan jalan raya yang menghubungkan Bandar

    Melaka dengan Bandar Muar, Johor. Pekan ini terus membangun dan dilengkapi dengan

    pelbagai kemudahan infrastruktur. Penduduk di kawasan kajian berinteraksi melalui

    pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, perikanan, perindustrian, perniagaan dan

    perkhidmatan.

    Kawasan kajian ini juga letaknya kira-kira 1 km daripada SMK Telok Mas dan

    di sebabkan kawasan ini adalah kawasan yang paling hampir dengan sekolah saya

    maka saya telah memilih Taman Seri Telok Mas sebagai kawasan kajian.

    4

    Kawasan Kajian

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    5/21

    KAEDAH KAJIAN

    Sebelum memulakan kajian, saya telah berbincang dengan rakan-rakan

    sekumpulan dan seterusnya dengan guru matapelajaran tentang kaedah-kaedah yang

    mungkin dapat kami praktikkan semasa membuat kajian. Antara kaedah-kaedah yang

    telah kami implementasikan termasuklah :

    1. Pemerhatian :

    Saya memerhati kegiatan ekonomi penduduk Taman Seri Telok Mas

    2. Temubual :

    5

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    6/21

    Saya menemubual 30 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum yang

    sudah lama menetap di kawasan kajian. Saya banyak bertanyakan tentang jenis

    pekerjaan mereka. Soalan yang dikemukakan terdapat dalam Lampiran 1.

    3. Rujukan :

    Saya juga membuat rujukan menggunakan buku-buku perpustakaan tentang

    kegiatan ekonomi sebagai bahan tambahan bagi memperkasakan laporan kajian

    saya.

    DAPATAN KAJIAN

    Secara umumnya, jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian Pekan

    Telok Mas, Melaka lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi sektor tertier.

    Sektor tertier ini berkaitan dengan aktiviti manusia yang memberi kemudahan

    perkhidmatan untuk mendapat keuntungan. Antara kegiatan ekonomi sektor tertier atau

    perkhidmatan yang ada di kawasan kajian ini adalah seperti perniagaan , insurans dan

    pendidikan.

    Tidak dinafikan juga kegiatan ekonomi sektor primer dan sektor sekunder ada

    juga dijalankan di kawasan kajian tetapi ianya tidaklah secara besar-besaran.

    Sektor primer adalah sektor yang berkaitan dengan aktiviti manusia yang

    meneroka alam semulajadi untuk meningkatkan pendapatan. Contohnya, pertanian.

    Manakala sektor sekunder pula adalah sektor yang berkaitan dengan aktiviti

    memproses bahan mentah ke barang siap. Contohnya, perindustrian.

    6

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    7/21

    Sektor tertier ( perkhidmatan ) sangat penting di kawasan kajian malahan juga di

    Malaysia dan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara serta pendapatan

    benar rakyat. Pada tahun 2003, sektor perkhidmatan menyumbangkan kira-kira RM130

    187 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ).

    Jelas dapat dilihat, betapa berkembang pesatnya ekonomi negara Malaysia dan

    kita sebagai warganegara Malaysia mestilah berasa bertuah kerana dilahirkan di bumi

    Malaysia yang keadaan negara nya begitu aman , tenteram, harmoni dengan keadaan

    politik nya yang begitu stabil walaupun negara ini dihuni oleh pelbagai kaum namun

    pertumbuhan ekonomi terus membangun dan berkembang pesat dan telah

    mengundang kedatangan ramai pelabur asing.

    Jadual 1.1 Jenis Kegiatan Ekonomi di kasan Kajian Pekan Telok Mas, Telok Mas

    Bil Pekerjaan Bilangan ( orang )

    1 Sektor Tertier

    a. Perniagaan

    b. Insurans

    c. Pendidikan

    18

    2

    4

    2 Sektor Primer

    a. Pertanian 7

    7

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    8/21

    3 Sektor Sekunder

    a. Perindustrian 19

    Jumlah 50

    Graf bar menunjukkan Jenis- Jenis Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Kajian Pekan Telok

    Mas, Telok Mas, Melaka

    8

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    9/21

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    20

    Jenis-jenis kegiatan ekonomi

    Bilangan(Orang)

    Perniagaan Insurans Pendidikan

    Pertanian Perindustrian

    Carta Pai menunjukkan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Kajian Pekan Telok

    Mas, Telok Mas, Melaka

    9

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    10/21

    36%

    4%

    8%14%

    38%

    Perniagaan Insurans Pendidikan

    Pertanian Perindus trian

    SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

    TERHADAP

    10

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    11/21

    KAWASAN KAJIAN

    Pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang telah dijalankan di kawasan kajian telah

    menyumbang kepada pembangunan di kawasan kajian Pekan Telok Mas khususnya

    dan negara amnya.

    Penduduk di kawasan kajian khususnya dan penduduk Malaysia amnya,

    sewajarnya berasa bersyukur dengan apa yang mereka perolehi sehingga kini. Pihak

    kerajaan telah banyak memainkan peranan mereka untuk perkembangan dan kemajuan

    penduduknya dalam pelbagai aspek, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

    Kegiatan ekonomi ini telah menyediakan pelbagai jenis peluang pekerjaan.

    Pekerjaan ini telah menghasilkan pendapatan yang dapat digunakan untuk menyara ahli

    keluarga.

    Dalam sektor perkhidmatan misalnya, banyak jenis-jenis pekerjaan yang

    ditawarkan seperti pengurus, akauntan, jurutera, pekerja am, pekerja pengangkutan dan

    syarikat kewangan manakala dalam sektor perindustrian terdapat pula peluang-peluang

    pekerjaan seperti pengurus kilang, jurutera mesin, penyelia pengeluaran, penyelia kualiti

    dan operator pengeluaran.

    Hasil daripada pendapatan yang diperolehi telah mempengaruhi taraf hidup

    penduduk di kawasan kajian, iaitu Pekan Telok Mas. Apabila pendapatan per kapita

    meningkat, kuasa beli sesuatu barangan akan meningkat dan akan meningkatkan taraf

    hidup. Barang keperluan akan dapat dibeli kerana mempunyai kuasa beli yang tinggi.

    Penduduk di Pekan Telok Mas juga boleh menggunakan pendapatan untuk

    meningkatkan taraf perubatan atau tahap pendidikan mereka.

    11

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    12/21

    Kemudahan infrastruktur penting terhadap kegiatan ekonomi. Tanpa kemajuan

    infrastruktur kegiatan ekonomi tidak boleh berkembang maju. Hasil daripada kepesatan

    kegiatan ekonomi yang ada di kawasan kajian Pekan Telok Mas, kawasan ini telah

    dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna.

    Berbanding dengan negara Singapura, perkembangan dan kemajuan kegiatan

    ekonominya dalam sektor sekunder dan tertier telah menyumbangkan pendapatan yang

    besar terhadap pembangunan negara nya. Perkembangan dan kemajuan yang pesat

    dalam kegiatan ekonominya, telah banyak menyediakan peluang-peluang pekerjaan

    kepada penduduk negara berkenaan. Taraf hidup penduduk di Singapura juga adalah

    tinggi jika dibandingkan dengan negara Malaysia. Kemudahan infrastruktur yang ada di

    pulau tersebut juga jauh lebih moden dan lengkap jika dibandingkan dengan apa yang

    ada di Malaysia dan secara langsung telah mempercepatkan proses pembandaran

    negara tersebut. Walaupun Singapura tidak banyak atau pun boleh dikatakan sebagai

    sebuah negara yang tidak mempunyai bahan mentah tetapi perkembangan ekonominya

    tidak dapat disangkal.

    KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI

    12

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    13/21

    TERHADAP

    ALAM SEKITAR

    Pelbagai jenis kegiatan ekonomi menyebabkan banyak sumber asli terpaksa

    ditebang atau diterokai. Kebanyakan kegiatan ekonomi dilakukan tanpa melakukan

    proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Akibatnya timbul kesan negatif terhadap alam

    sekitar yang menyebabkan kepupusan sumber, pencemaran air, udara, tanah,

    perubahan cuaca dan ciri-ciri atmosfera dan kawasan kajian ini sendiri tidak terkecuali

    daripada menerima kesan nya. Sanggupkah kita melihat semuanya ini berlaku di bumi

    Malaysia yang kita cintai?

    Penebangan hutan tanpa kawalan telah menyebabkan kepupusan sumber hutan

    yang berharga. Penebangan hutan dilakukan oleh manusia bagi tujuan menerangkan

    kawasan untuk aktiviti perindustrian dan petempatan.

    Kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perkilangan dan pengangkutan

    meninggalkan kesan terhadap alam sekitar terutamanya pencemaran udara dan

    pencemaran air.

    Pencemaran udara berlaku kerana pembebasan gas beracun seperti gas karbon

    monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen ke udara. Kesemua gas ini terhasil dari ekzos

    kenderaan atau asap dari kilang.

    Pembuangan sisa pepejal seperti kayu, logam, sampah-sarap dan plastik ke

    dalam sungai akan menyebabkan sungai tercemar. Contoh sungai yang tercemar ialah

    seperti di Sungai Duyong, Melaka yang letaknya berhampiran dengan kawasan kajian.

    13

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    14/21

    Aktiviti seperti pembakaran terbuka, perindustrian dan penggunaan kenderaan

    membebaskan gas ke udara. Antara gas-gas yang terlibat ialah karbon monoksida,

    karbon dioksida, nitrus oksida dan sulfur dioksida. Pembebasan gas ini akan

    menyebabkan permukaan bumi tercemar. Gas ini dapat mencemarkan udara dalam dua

    keadaan iaitu deposit basah dan deposit kering.

    Deposit basah terdiri daripada hujan asid dan kabus. Hujan asid terbentuk

    apabila sulfur dioksida bertindak balas dengan wap air. Keadaan ini akan menghasilkan

    asid lemah. Manakala deposit kering pula terdiri daripada gas dan partikel berasid yang

    terdapat dalam udara. Apabila berlaku tiupan angin, deposit kering akan melekat pada

    bangunan, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan. Apabila hujan turun, bahan-bahan ini

    akan menjadi asid lemah dan merosakkan dinding bangunan.

    Hujan asid memberi kesan terhadap tumbuhan dan haiwan dan kesan hujan asid

    bergantung kepada paras keasidan hujan, kandungan bahan kimia dan keupayaan

    tanih untuk menampan hujan tersebut.

    Sepertimana negara Malaysia, Singapura juga tidak terlepas daripada menerima

    kesan daripada kepesatan kegiatan ekonomi nya terhadap alam sekitar. Antara kesan

    utama yang dialami Singapura ialah timbulnya masalah pulau haba.

    Pulau haba ialah fenomena suhu di bandar meningkat dan menjadi panas

    berbanding suhu di luar bandar. Ini adalah kerana di Singapura terdapat banyak

    bangunan yang dibina daripada konkrit seperti bangunan pencakar langit, kompleks beli

    belah, bank, pusat perniagaan dan kilang-kilang. Akibat pancaran matahari terik pada

    waktu siang, bangunan konkrit ini akan memerangkap suhu panas pada waktu siang

    dan membebaskan nya semula pada waktu malam. Pembebasan gas dari kilang

    14

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    15/21

    perindustrian yang banyak di Singapura juga telah membebaskan partikel ke

    udara yang akan menyebabkan suhu menjadi lebih panas. Kesemua fenomena tersebut

    telah menyebabkan suhu di pusat bandar Singapura lebih panas daripada suhu di

    kawasan luar bandar.

    Selain timbulnya masalah pula haba, Singapura juga begitu terdedah dengan

    masalah pencemaran dan hujan asid.

    15

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    16/21

    LANGKAH-LANGKAH

    MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI

    TERHADAP

    ALAM SEKITAR

    Pengurusan alam sekitar penting untuk memastikan bekalan sumber berterusan

    pada masa hadapan. Generasi yang akan datang dapat menikmati sumber yang ada

    jika pengurusan dijalankan dengan teratur. Walaupun kegiatan ekonomi menambahkan

    pendapatan, tetapi langkah-langkah yang berkesan harus diambil supaya tidak

    meninggal sebarang kesan terhadap alam sekitar. Di Pekan Telok Mas sendiri iaitu di

    kawasan kajian pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi

    yang telah dilakukan terhadap alam sekitar.

    Kitar semula bermaksud memproses semula bahan buangan untuk dijadikan

    barang-barang baru yang berguna. Bahan buangan dan sisa industri seperti plastik

    dikitar semula dan digunakan semula. Barangan yang boleh dikitar semula ialah

    barangan plastik, kaca, aluminium dan kertas. Kitar semula membolehkan penggunaan

    sumber asli dijimatkan. Contohnya penebangan hutan dapat dielakkan melalui kitar

    semula kertas. Kitar semula juga boleh menjimatkan kos bahan buangan industri kerana

    bahan buangan boleh digunakan semula.

    Pendidikan alam sekitar diadakan untuk menyedarkan masyarakat

    tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Di peringkat sekolah rendah,

    para murid didedahkan kepada pendidikan alam sekitar melalui matapelajaran Kajian

    16

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    17/21

    Tempatan. Di peringkat menengah pula, para murid didedahkan tentang pengurusan

    alam sekitar melalui matapelajaran Geografi. Di peringkat pengajian tinggi, pelajar

    didedahkan dengan program yang berkaitan dengan Geografi, contohnya Universiti

    Kebangsaan Malaysia menawarkan kursus Program Pembangunan Lestari di peringkat

    Sarjana.

    Kempen dapat mempengaruhi orang ramai untuk mempercayai, mempelajari

    dan mengamalkan sesuatu supaya alam sekitar dapat diurus dengan berkesan.

    Contohnya :

    Meningkatkan : Jangan mencemarkan alam sekitar

    Menerangkan : Kesan negatif akibat pencemaran

    Menunjukkan : Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran

    Mengamalkan : Jangan menebang hutan

    Agensi kerajaan, swasta dan badan sukarela melancarkan pelbagai jenis

    kempen untuk memelihara alam sekitar. Semua jenis kempen dilancarkan melalui media

    massa.

    Kempen Kitar Semula adalah salah satu kempen yang diperkenalkan oleh

    kerajaan untuk memelihara alam sekitar melalui proses pengitaran semula bahan-bahan

    buangan yang dapat memberi banyak faedah kepada manusia.

    Di Singapura, rawatan semula sisa air adalah penting kerana jumlah penduduk

    nya semakin bertambah. Singapura juga mengimport air dari Malaysia. NEWater ialah

    air sisa yang telah dirawat. Air sisa domestik ini disalurkan ke loji rawatan. Di loji

    rawatan, air akan melalui proses penapisan yang menggunakan dual membrane

    ( penapisan mikro dan pembalikan osmosis ) dan teknologi ultra ungu. Air NEWater

    kemudian akan disalurkan ke kolam takungan air dan dicampurkan dengan air mentah

    17

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    18/21

    dari sumber hujan dan air yang diimport. Air tersebut akan diproses melalui kaedah

    konvensional untuk menghasilkan air minuman. Prosedur ini dinamakan Planned

    Indirect Portable Use. Terdapat beberapa loji menghasilkan NEWater seperti di

    Kranji, Bedok dan Seletar. Air dari loji ini akan disalurkan ke Woodlands, Tampines, Pasir

    Ris dan Ang Mo Kio.

    Undang-undang dilaksanakan untuk mengawal kegiatan pihak tertentu yang

    melakukan pencemaran. Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi yang dilantik untuk

    menguatkuasakan undang-undang. Terdapat juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,

    Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Asap dan Gas ) 1977, Peraturan Alam Sekitar

    ( Sisa Buangan Industri ) 1979, peraturan-Peraturan Alam Sekitar ( Pembuangan Sisa

    Pepejal ) 1989 dan Arahan Kualiti Alam Sekitar ( Penilaian Impak Alam Sekitar ) 1987.

    Berbanding dengan negara Malaysia, Singapura lebih menitikberatkan

    penguatkuasaaan undang-undang. Maka tidak hairanlah, Singapura merupakan salah

    sebuah negara yang penduduknya lebih berdisiplin. Sikap berdisiplin, bertanggunjawab

    dan berkhemah tinggi yang ada dalam kalangan penduduk Singapura telah

    membolehkan Singapura begitu bersih dan kurang dicemari kerana penduduknya begitu

    terikat dengan penguatkuasaan undang-undang yang bukan sekadar dilancar adakan

    tetapi dipraktikkan dengan jayanya.

    Penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan untuk mencari teknologi yang

    sesuai bagi mencari bahan yang sesuai. R & D juga bertujuan untuk menghasilkan

    produk barangan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Dalam sektor perindustrian,

    contohnya Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawai Malaysia ( SIRIM ) , teknik

    pengurusan sisa berbahaya, teknologi mengurangkan bahan sisa dan teknologi kawalan

    pencemaran dilakukan dijalankan dilaksanakan sebagai antara aktiviti R & D mereka.

    18

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    19/21

    Keberkesanan segala langkah yang bakal dilakukan bergantung sepenuhnya

    kepada setiap diri kita. Sifat kasih dan sayang serta semangat cintakan persekitaran dan

    negara adalah tonggak kepada hidup yang lebih sempurna bukan sahaja untuk dinikmati

    pada hari ini tetapi juga untuk generasi yang akan datang.

    19

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    20/21

    RUMUSAN

    Kegiatan ekonomi sangat penting untuk menambahkan pendapatan negara,

    mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup. Sekiranya

    segala kegiatan ekonomi dilakukan tanpa kawalan, maka akan timbul kesan negatif

    terhadap alam sekitar. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk

    mengatasi kesan negatif ini, antaranya ialah pembangunan lestari iaitu pembangunan

    berterusan. Pembangunan lestari menekankan pembangunan tanpa memupuskan

    sumber alam semulajadi.

    Dari itu, sebagai penduduk di Negara Malaysia sewajarnya, kita mesti sentiasa

    sayang dan cintakan negara. Berkerjasama dan bertanggungjawab bagi memastikan

    negara Malaysia terus berkembang maju sebaris dengan negara-negara yang lain di

    dunia.

    20

  • 8/14/2019 Kerja Kursus Geo 2008 Set 2

    21/21

    RUJUKAN

    1. FOCUS SUPER HOT PMR GEOGRAFI

    Penerbit : Pelangi Sdn. Bhd

    Tahun Terbitan 2008

    Penulis : Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Chai, Chong Hui Ling

    Dan Darmindar Singh

    2.