kerja kursus gaya terkini 1 - · pdf fileborang kolaborasi; dan ... menterjemah maklumat...

3
TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : Bahasa Melayu Komunikatif KOD KURSUS : WAJ3115 SEMESTER : 1 TARIKH MULA 07 FEB 2011 TARIKH HANTAR 21 FEB 2011 Hasil Pembelajaran Kursus i. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia. ii. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia. iii Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam komunikasi. iv Mengapliksikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa Melayu. v. Membandingbezakan laras bahasa Melayu. vi. Menjelaskan wacana yang uituh dalam penulisan bahasa Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan. Objektif Kerja Kursus Pada akhir tugasan ini pelajar dapat: i. Menghuraikan konsep budi, budi bahasa,kesantunan bahasa ,sistem sapaan dan gaya bahasa; ii. Mengaplikasikan budi bahasa , kesantunan bahasa dan bahasa sapaan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia; iii. Mengenal pasti jenis-jenis gaya bahasa dalam penulisan kreatif; iv. Menganalisis jenis-jenis gaya bahasa dalam penulisan kreatif dan v. Membuat ulasan/huraian dapatan kajian.

Upload: phamtu

Post on 11-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS GAYA TERKINI 1 - · PDF fileBorang kolaborasi; dan ... menterjemah maklumat secara analitikal. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : Bahasa Melayu

Komunikatif

KOD KURSUS : WAJ3115

SEMESTER : 1

TARIKH MULA 07 FEB 2011 TARIKH HANTAR 21 FEB 2011

Hasil Pembelajaran Kursus

i. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia.

ii. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu

dan Malaysia.

iii Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam komunikasi.

iv Mengapliksikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa Melayu.

v. Membandingbezakan laras bahasa Melayu.

vi. Menjelaskan wacana yang uituh dalam penulisan bahasa Melayu serta

menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan.

Objektif Kerja Kursus

Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

i. Menghuraikan konsep budi, budi bahasa,kesantunan bahasa ,sistem sapaan dan gaya bahasa; ii. Mengaplikasikan budi bahasa , kesantunan bahasa dan bahasa sapaan dalam

masyarakat Melayu dan Malaysia; iii. Mengenal pasti jenis-jenis gaya bahasa dalam penulisan kreatif; iv. Menganalisis jenis-jenis gaya bahasa dalam penulisan kreatif dan v. Membuat ulasan/huraian dapatan kajian.

Page 2: KERJA KURSUS GAYA TERKINI 1 - · PDF fileBorang kolaborasi; dan ... menterjemah maklumat secara analitikal. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran

PENGENALAN

Cerpen sesuai digunakan sebagai bahan bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang digunakan

penuh dengan siratan makna dan alunan rasa imaginatif. Cerpen juga berupaya menyuburkan

jiwa pelajar atau sesiapa jua yang membaca dan menikmatinya. Sebagai sebuah karya kreatif,

cerpen merupakan karya seni yang lengkap dan sempurna. Dalamnya terangkum aspek kata

dan bahasa yang indah, nada dan teknik serta bentuk yang padat dengan rasa kejiwaan.

Apatah lagi bentuknya yang eksotik (kecil, padat dan bermakna), mampu meluaskan ruang

daya imaginasi pengarang tentang kehidupan dan perspektif alam nyata dan alam maya dari

sudut pandangannya.

Amanat dan nilai murni kemanusiaan yang digarap oleh pengarang melalui kata-katanya

merupakan katalis yang membina semangat bagi mencari landasan kukuh untuk jati diri

bangsa. Di samping itu, proses pengembaraan dalam dunia kata memungkinkan seseorang

meluaskan pengetahuan dan pengalaman zahir dan batin mereka dengan cara dan rasa yang

tersendiri. Hal yang demikian, sudah tentu bagi mendapatkan pengalaman estetik yang indah

dalam dunia kata, dunia bahasa, seseorang seharusnya memperkayakan dunia kata-katanya

sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat melatih mereka menikmati penggunaan bahasa

yang indah dan bermakna.

ARAHAN SOALAN

Berdasarkan sebuah cerpen yang ditulis antara tahun 70-an hingga tahun 90-an terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka, anda dikehendaki menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-

aspek yang berikut;

a. Penggunaan gaya bahasa b. Kesantunan bahasa c. Sistem sapaan d. Kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan

Sub-tugasan

1. Buat pemerhatian dan kumpul bahan sumber yang berkaitan kesantunan berbahasa dalam folio.

2. Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik, huraikan secara terperinci tajuk berikut: a. Menghuraikan konsep kesantunan berbahasa, verbal dan non verbal. b. Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan

nyatakan faktor-faktornya.

SECARA INDIVIDU:

Tulis satu refleksi mengenai pengalaman anda sepanjang menyiapkan tugasan ini. Refleksi anda harus meliputi aspek berikut:

a. Kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini. b. Keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan projek. c. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur dan mendengar)

bagi anda sebagai seorang guru.

Page 3: KERJA KURSUS GAYA TERKINI 1 - · PDF fileBorang kolaborasi; dan ... menterjemah maklumat secara analitikal. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran

Tugasan anda hendaklah disediakan mengikut arahan yang berikut;

a. Tugasan dilaksanakan secara individu b. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan font arial 12 dan langkau satu setengah

baris c. Panjang ulasan anda hendaklah antara 1500 - 2000 perkataan d. Ulasan anda hendaklah asli. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Bahan yang digunakan

hendaklah dilampirkan. e. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran markah 60% f. Pada kulit luar, perkara-perkara yang berikut hendaklah ditulis;

- Nama pelajar - Kumpulan - No. Giliran - Nama mata pelajaran/subjek - Nama pensyarah - Tarikh menghantar tugasan

Tugasan anda hendaklah dijilid dan mengandungi:

i. Soalan tugasan; ii. Jadual pelaksanaan tugasan; iii. Borang kolaborasi; dan iv. Bahan rujukan dengan kadar minimum tiga buah buku

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

a. Sinopsis cerpen yang dipilih. b. Analisis gaya bahasa yang digunakan. c. Analisis kesantunan bahasa dalam cerpen. d. Analisis dan ulasan sistem sapaan. e. Menghuraikan kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan

dalam masyarakat Malaysia. f. Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan

ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan kajian harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.