1.kriteria kajian saintifik

18
SAINS DAN KAEDAH SAINS DAN KAEDAH SAINTIFIK SAINTIFIK Sebagian besar ilmu pengetahuan Sebagian besar ilmu pengetahuan dalam semua bidang yang bersangkut dalam semua bidang yang bersangkut dengan duniawi atau alam adalah dengan duniawi atau alam adalah terbit daripada penyelidikan oleh terbit daripada penyelidikan oleh ahli ilmu dalam bidangnya. ahli ilmu dalam bidangnya. Suatu penyelidikan itu perlulah Suatu penyelidikan itu perlulah dijalankan dengan menggunakan dijalankan dengan menggunakan kaedah saintifik sebelum hasilnya kaedah saintifik sebelum hasilnya boleh dianggap sebagai suatu boleh dianggap sebagai suatu sumbangan baharu kepada bidang ilmu sumbangan baharu kepada bidang ilmu berkenaan. berkenaan.

Upload: ilyanie-hasan

Post on 26-Jun-2015

1.820 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.kriteria kajian saintifik

SAINS DAN KAEDAH SAINS DAN KAEDAH SAINTIFIKSAINTIFIK

Sebagian besar ilmu pengetahuan dalam semua Sebagian besar ilmu pengetahuan dalam semua bidang yang bersangkut dengan duniawi atau bidang yang bersangkut dengan duniawi atau alam adalah terbit daripada penyelidikan oleh alam adalah terbit daripada penyelidikan oleh ahli ilmu dalam bidangnya.ahli ilmu dalam bidangnya.

Suatu penyelidikan itu perlulah dijalankan Suatu penyelidikan itu perlulah dijalankan dengan menggunakan kaedah saintifik sebelum dengan menggunakan kaedah saintifik sebelum hasilnya boleh dianggap sebagai suatu hasilnya boleh dianggap sebagai suatu sumbangan baharu kepada bidang ilmu sumbangan baharu kepada bidang ilmu berkenaan.berkenaan.

Page 2: 1.kriteria kajian saintifik

Makna SainsMakna Sains

• Kaedah saintifik bergantung semata-mata pada logik penaakulan akal manusia, dan mestilah berdasarkan fakta semata-mata atau pada andaian-andaian yang dianggap munasabah menurut pemikiran manusia.

• Sesuatu prinsip yang dihasilkan oleh sains mestilah boleh diuji secara empirikal. Ini bermakna, suatu kajian itu mestilah boleh diulangi oleh orang lain yang menggunakan kaedah yang sama. Jadi, setiap penyelidik hendaklah menerangkan kaedahnya secara terperinci, tanpa menyembunyikan sesuatu.

Page 3: 1.kriteria kajian saintifik

FAKTA SAINS: Sifatnya NisbiFAKTA SAINS: Sifatnya Nisbi

• Fakta sains sentiasa mengalami perubahan yang terus menerus dari zaman ke zaman

• Contoh: pada abad ketiga sebelum Masihi ahli falsafah Yunani telah menyarankan semua planet mengiringi matahari. Ptolemy (Mesir) mengutarakan pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi. Pendapat ini telah diterima selama 1300 tahun.

• Pada tahun 1543 M Copernicus mengubah pendapat ini kepada keadaan yang telah dicadangkan oleh ahli falsafah Greek. Pada tahun 1632 Galileo, berdasarkan pemerhatian dan perkiraan, menyokong pendapat Copernicus bahawa bumi bukanlah pusat kepada sistem cakrawala.

Page 4: 1.kriteria kajian saintifik

Ahli-ahli sains berpendapat Ahli-ahli sains berpendapat bahawa: bahawa:

• Fakta (yang dicerap oleh pancaindera) yang menjadi inti pati sains, atau ilmu, adalah:

1. Nisbi atau relatif dan bukan mutlak sifatnya

2. Bersifat fakta hanya dari perspektif atau pandangan yang terbatas dari segi ilmiah

Page 5: 1.kriteria kajian saintifik

Penyelidikan PendidikanPenyelidikan Pendidikan

• Dalam pendidikan, perlakuan yang berlaku adalah campuran interaksi antara psikologi (ilmu yang berkaitan dengan perlakuan seseorang) dan sosiologi (perlakuan manusia dalam suatu kumpulan).

• Penyelidikan pendidikan tergolong agak kompleks kerana mesti mengambil kira semua aspek teori dan prinsip yang berkaitan dengan tingkah laku manusia

Page 6: 1.kriteria kajian saintifik

Perbezaan antara kaedah non-Perbezaan antara kaedah non-saintifik dengan saintifiksaintifik dengan saintifik

Kaedah non-saintifik Kaedah saintifik

1.Akal biasa /pemerhatian umum

2.Tidak tersusun, tidak bersistematik dan tidak boleh diuji

1. Tersusun, bersistematik dan boleh diuji

2. Digunakan dalam penyelidikan ilmiah

Page 7: 1.kriteria kajian saintifik

Kriteria Penyelidikan yang baikKriteria Penyelidikan yang baik

1. Saintifik; suatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian secara sistematik.

Apakah sesuatu fakta yang ditonjolkan itu sah atau boleh dipercayai? Ia perlu diberi sokongan dengan rasional atau dibuktikan melalui langkah-langkah tertentu.

Page 8: 1.kriteria kajian saintifik

Kitaran sainsKitaran sains

Page 9: 1.kriteria kajian saintifik

Fakta atau teori dibuktikan melalui Fakta atau teori dibuktikan melalui dua kaedah lazimdua kaedah lazim

Induktif ialah kesimpulan yang dibuat daripada pemerhatian am. Sebagai contoh, sekiranya

setiap kali dilakukan pemerhatian didapati beberapa pelajar lebih aktif belajar pada waktu pagi, kesimpulan yang dibuat bahawa kemungkinan semua pelajar sememangnya suka belajar pada waktu pagi.

Deduktif ialah kesimpulan yang dibuat daripada pemerhatian khusus kepada secara am.

Sebagai contoh, sekiranya setiap kali dilakukan pemerhatian didapati semua pelajar lebih aktif belajar pada waktu pagi, kesimpulan dibuat bahawa kemungkinan setiap pelajar sememangnya suka belajar pagi hari. Induktif dan deduktif saling bertindan.

Orang ramai selalu menggunakan kaedah pemikiran induktif dan kaedah pemikiran deduktif untuk menerangkan sesuatu kejadian, tetapi cara mereka mungkin terlalu longgar dan bebas (tanpa kawalan). Secara ringkas, daripada teori seseorang membuat deduksi tentang sebarang pemerhatian. Dari pemerhatian, seseorang boleh membuat induksi tentang teori. Dalam sains sosial, perkara yang berkaitan dengan teori tidak semestinya telah sempurna atau tidak boleh diubah lagi. Dengan itu, perkataan “semua orang” jarangkali dibuat dalam membuat ramalan perlakuan seseorang. Kita hanya layak menggunakan “kemungkinan besar” ia berlaku.

Page 10: 1.kriteria kajian saintifik

2. Empirikal; melibatkan empat cara dalam proses pembuktian saintifik: (a) pengenalan masalah, (b) pembinaan hipotesis, © pengutipan data atau pemerhatian dan (d) kesimpulan.

Langkah-langkah dalam kaedah saintifik ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang melibatkan pembentulan-kendiri berdasarkan logik dan bersistematik supaya boleh diulang-uji sebagai cara mencari kebenaran. Ia melibatkan suatu kitaran bersepadu penakulan induktif dan deduktif yang telah dibincangkan sebelum ini.

Page 11: 1.kriteria kajian saintifik

Induktif ialah proses membina ide dari pengalaman dan deduktif pembinaan ide dalam pengalaman khusus berdasarkan sesuatu teori. Pengalaman termasuk dalam amali dan pemerhatian.

Katakan daripada pengalaman, kita memerhatikan pelajar dalam bidang sains di kawasan kita merosot dari tahun ke tahun. Kita katakan itulah masalahnya (persoalan ialah apa sebabnya?). Kita ingin menjalankan kajian supaya dapat mengatasi masalah tersebut (iaitu kenapa dikaji?). Kita katakan itulah rasionalnya. Kita membuat deduksi (kesimpulan daripada pemerhatian umum) bahawa mungkin ia disebabkan oleh pengajaran guru. Kita perlu merujuk kepada teori-teori pembelajaran. Kita dapati kaedah terbaik untuk pengajaran sains adalah dengan menjalankan kaedah inkuiri seperti cadangan Dewey. Itulah teorinya yang menjadi landasan kajian kita. Darinya kita membuat deduksi, ialah sekiranya kebanyakan guru mengamalkan kaedah kapur dan cakap sahaja, pelajar kurang berminat belajar sains. Dengan itu prestasi merosot. Itulah hipotesis kita. Kaitan tersebut diterangkan dalam rajah berikut, di mana proses kajian saintifik (di sebelah kanan) adalah perkembangan dari teori kitaran sains berasaskan pernyataan Dewey (di sebelah kiri).

Page 12: 1.kriteria kajian saintifik

Kaitan antara kitaran saintifik dengan kajian saintifikKaitan antara kitaran saintifik dengan kajian saintifik

Page 13: 1.kriteria kajian saintifik

Seterusnya kita merangka instrumen menggunakan skala pemeringkatan untuk mengukur sistem pengajaran guru. Kita bercadang untuk membuat pemerhatian di semua sekolah di kawasan kita. Itulah metodologi kita. Selepas itu kita membuat pemerhatian. Itulah pengalaman kita. Dari data yang diperolehi kita membuat analisis. Darinya kita membuat kesimpulan. Darinya satu konsep telah kita peroleh, yang kelak boleh digunakan untuk menguatkan (atau menumpulkan) teori kita berdasarkan teori Dewey. Kitaran ini diringkaskan dalam rajah pada halaman berikut di mana sesuatu kajian bermula dari teori. Darinya dibuat deduksi logik tentang pernyataan masalah, pembinaan hipotesis, pengenalan kaedah instrumentasi, penskalaan dan pensampelan, pengutipan data dan pemerhatian, menganalisis data, membuat generalisasi darinya kesimpulan dan formasi konsep yang menyumbang ke arah sesuatu teori baru atau mengubahsuai teori yang telah digunakan terdahulu.

Page 14: 1.kriteria kajian saintifik

Kajian umum berunsur saintifikKajian umum berunsur saintifik

Page 15: 1.kriteria kajian saintifik

Kriteria Penyelidikan yang baikKriteria Penyelidikan yang baik

3. Pengujian semula. Dalam mencari kebenaran mempunyai ciri yang tidak terdapat pada kaedah lain, iaitu pembetulan-kendiri. Setiap cadangan perlu diuji dan diulang-uji dan setiap tahap mempunyai cara untuk membetulkan sebarang kesilapan sekiranya ada dalam prosedur kajian. Saintis tidak hanya menerima sesuatu andaian yang benar, walaupun ia hanya mempunyai kecenderungan yang besar untuk dipercayai.

Page 16: 1.kriteria kajian saintifik

Pengujian sesuatu hipotesis boleh dinilai oleh orang ramai (mereka boleh baca laporan). Sekiranya dipersetujui oleh mereka atau oleh panel pakar, kajian telah mencapai objektifnya. Secara ringkas, kaedah saintifik merujuk bukti dan setiap cadangan perlu diuji supaya terdapat bukti tentang kejadian sesuatu fenomena atau kejayaan menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 17: 1.kriteria kajian saintifik

4. Selektiviti. Dalam setiap tahap semasa penyelidikan, pengkaji perlu merujuk kepada objektif supaya tugasan tidak tersasar dari landasan awal kenapa menjalankan kajian?

Page 18: 1.kriteria kajian saintifik

Kriteria Penyelidikan yang baikKriteria Penyelidikan yang baik

5. Bukti. Penulis suatu hasil kajian saintifik mesti boleh memberikan rasional kepada setiap kenyataan, perenggan, ayat atau perkataan yang digunakan. Dengan itu, adalah amat penting setiap pernyataan diikuti sumber-sumbernya sekali

6. Kebenaran. Tujuan utama mencari penyelesaian melalui kajian adalah mencari kebenaran. Kerlinger (1986) mengatakan ada empat yang berpengaruh: a) Kegigihan, b) kuasa, c) priori atau intuisi dan d) kaedah saintifik.