kerja kursus stpm 2013 penggal 3 (bm)

28
KAJIAN TENTANG KEPELBAGAIAN DIALEK DAERAH DALAM LAGU KURIK KUNDI NYANYIAN SITI NURHALIZA DISEDIAKAN OLEH : NORHASNIRA BINTI JUSOH NORZAHARIAH BINTI ABD MALEK NORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR SITI HAJAR BINTI RUSLI

Upload: nor-hasnira

Post on 20-Jun-2015

6.307 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

KAJIAN TENTANG KEPELBAGAIANDIALEK DAERAH

DALAM LAGU KURIK KUNDI

NYANYIAN SITI NURHALIZA

DISEDIAKAN OLEH : NORHASNIRA BINTI JUSOH

NORZAHARIAH BINTI ABD MALEKNORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR

SITI HAJAR BINTI RUSLI

Page 2: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

PENGENALA

N

Page 3: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

• .

Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu serta berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara itu.

Ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada yang lain :

a ) Kepelatan bunyi sebutanb ) Gaya lagu sewaktu menuturkannyac ) Perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu

Sebagai contoh, bagi perkataan pergi bentuk-bentuknya berubah menjadi [pͻyi] di Negeri Sembilan, [pi] di Utara Malaysia Barat dan [gi] di Negeri Kelantan; dan perkataan ikan pula, menjadi [ikaŋ] di Terengganu dan [ikε] di Kelantan.

LAT

AR

BEL

AKANG

Page 4: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

• Arked bermaksud laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya.

Lagu-lagu tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada dua genre dan istilah, iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat. Penjenisan itu mungkin berdasarkan khalayak pendengar dan penciptanya, yang melibatkan dua golongan iaitu “istana” dan “rakyat”.

Lagu-lagu asli dianggap sebagai hasil daripada budaya yang lebih tersusun, terarah, dipimpin, dan dimaksudkan untuk kalangan masyarakat istana atau terpelajar.

Lagu- lagu itu telah mantap dari segi irama, lirik atau seni kata dan dengan judul yang terkenal seperti Seri Mersing, Mak Inang dan sebagainya. Ruang penyebarannya cukup luas, bukan sahaja bersifat kebangsaan malah serantau.

D E F I N I S I

K O N S E P

Page 5: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti dan mengelaskan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam lagu kurik kundi.

Menjelaskan maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah tersebut.

Membandingkan penggunaan dialek-dialek daerah tersebut dengan bahasa Melayu baku.

Page 6: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

KEPENTINGAN KAJIAN

Untuk menambahkan pengetahuan mengenai jenis-jenis dialek daerah di dalam beberapa buah negeri di Malaysia

Untuk dijadikan panduan dalam aspek komunikasi antara masyarakat yang berlainan dialek

Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan dialek-dialek daerah di Malaysia

Page 7: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah berkaitan dengan jenis-jenis dialek yang terdapat dalam lagu Kurik Kundi. Hal ini berkaitan dengan aspek vokal dalam dialek daerah tersebut

Kajian ini turut dijalankan untuk mengetahui maksud penggunaan istilah dialek yang digunakan.

Kajian ini juga dilaksanakan untuk membandingkan penggunaan dialek-dialek daerah tersebut dengan bahasa Melayu baku.

Page 8: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

BATAS KAJIAN

Kajian ini berdasarkan sebutan bahasa-bahasa dialek yang dituturkan oleh informen dari negeri Kedah, Perak, Negeri

Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Kajian ini berasaskan golongan informen yang datang daripada golongan berpendidikan dan tidak berpendidikan

Kelainan pengucapan dalam negeri-negeri tersebut diperhatikan daripada intonasi ayat.

Page 9: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

KAEDAH KAJIAN

MENDAPATKAN BAHAN ATAU DATA

MENGANALISIS DATA

KAJIANKEPUSTAKAAN

KAJIAN LAPANGAN

Page 10: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Melalui kaedah ini, pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Awam di bandar Permaisuri untuk

menjalankan penyelidikan dengan cara merujuk buku rujukan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di

samping itu, pengkaji turut menggunakan kemudahan Information Communication of Technology (ICT) dengan

melayari laman sesawang berkaitan kajian yang dijalankan.

Page 11: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

TEMU BUAL

Melalui kaedah temu bual secara tidak formal, pengkaji telah menemu bual orang

persendirian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan skop kerja kursus.

KAJIANLAPANGAN

Page 12: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

MENGANALISISDATA

Pengkaji telah menganalisis data dengan mempersembahkan istilah-

istilah dan maksudnya dalam bahasa baku melalui jadual.

Page 13: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

DAPATAN KAJIAN

• Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

DAERAH CONTOH

KEDAH hang, depa

PERAK memikio, maghi

NEGERI SEMBILAN boghadat, bobudi

KELANTAN kucar lembe, napok

SABAH bubut, limpas

SARAWAK madah, kame

A ) Pengelasan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam lagu kurik kundi.

Page 14: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa daerah yang mempunyai pelbagai perbezaan dan kelainan dari segi cara pengucapan dialek dalam kelompok tertentu walaupun terdapat ciri-ciri kesamaan.

Dialek Kelantan pula dituturkan oleh penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, dan juga beberapa daerah dalam wilayah Selatan Thailand seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani untuk menyampaikan maklumat penting.

Dialek bahasa Melayu Sabah ialah bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat di Sabah.

Dialek Sarawak atau bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawak dalam perbualan seharian.

Page 15: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku

Kedah HangDepa

Kamu/ DepaMereka

Contoh :Hang dok pi hang dok mai

Maksud dalam bahasa melayu baku :Kamu tidak pergi kamu tidak datang

Jadual 1 : Dialek Daerah Kedah

B ) Maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah

Page 16: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Contoh :Bunyinyo tidoklah serupe

Maksud dalam bahasa baku :Bunyinya tidaklah serupa

Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku

Perak MaghiSerupe

MariSerupa

Jadual 2 : Dialek Daerah Perak

Page 17: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Contoh :Yo sungguh yo bonar

Maksud dalam bahasa baku :Ya betul ya benar

Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku

Negeri Sembilan Yo sungguh Yo bonar

Ya / betul sungguhYa / betul benar

Jadual 3 : Dialek Daerah Negeri Sembilan

Page 18: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Contoh :Teghtek teghning oghe kito

Maksud dalam bahasa baku :Sopan santun orang kita.

Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku

Kelantan Teghtek teghningOghe

Sopan santunorang

Jadual 4 : Dialek Daerah Kelantan

Page 19: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Contoh :Lalu limpas siring semalu

Maksud dalam bahasa baku :Lalu tepi semalu.

Negeri Istilah Perkataan Bahasa Melayu Baku

Sabah LimpasSiring

Lepas/ Tumpang LaluTepi

Jadual 5 : Dialek Daerah Sabah

Page 20: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Contoh :Kame’ nyambut madah tuan hulurkan

Maksud dalam bahasa baku :Saya sambut kata yang tuan hulurkan

Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku

Sarawak MadahKame’

KataSaya

Jadual 6 : Dialek Daerah Sarawak

Page 21: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Perbandingan Penggunaan Dialek-dialek Daerah Dengan Bahasa Melayu Baku

C )

Sistem vokal dalam dialek Kelantan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu vokal kardinal primer dan vokal kardinal sekunder.

Vokal kardinal primer terdiri daripada dua iaitu [ê] dan [a], manakala vokal kardinal sekunder terdiri daripada [i], [e], [ĕ], [u], [o], [ô].

Cara penyebutan vokal [i], [e], [u] dan [o] dalam lingkungan sistem fonologi subdialek tidak banyak berbeza dengan cara penyebutan dalam bahasa Melayu baku.

Page 22: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku

sapô siapa

kitô kita

Vokal [a] yang terdapat pada akhir perkataan dalam bahasa Melayu baku adalah sejajar dengan vokal [ô] dalam subdialek Kelantan. Contoh penggunaannya dalam perkataan ialah:

Page 23: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku

Oghê orang

Jangê jangan

Vokal [a] yang diikuti dengan konsonan nasal dalam suku kata akhir tertutup bahasa baku akan digantikan dengan vokal [ê] dalam subdialek Kelantan. Contohnya:

Page 24: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Dalam dialek Kedah kewujudan rangkap vokal ditangani melalui tiga cara, iaitu diftongisasi, ambisilabifikasi dan peleburan. Seperti dialek Johor, diftongisasi menjadikan rangkap vokal [ai] dan [au] di lingkungan akhir kata muncul sebagai diftong [ai]. Contohnya, kata /mai/ direalisasikan di peringkat permukaan sebagai [mai].

Dialek Perak menggunakan strategi peleburan. Misalnya, kata /serupe/ direalisasikan sebagai [serupε], manakala kata /ape/ muncul sebagai [apε].

Page 25: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Bagi negeri Sembilan, bunyi-bunyi vokal [i], [e], [a], [u] dan [ә] terdapat di awal, di tengah, dan di hujung kata dalam dialek, manakala bunyi-bunyi vokal [e] dan [o] hanya terdapat di tengah dan di akhir kata.

Contoh :

Tengah : /bͻnar/ ‘benar’ /bͻbudi/ ‘berbudi’

Akhir : /yͻ/ ‘ya’ /katͻ/ ‘kata’

Penggunaan vokal dan konsonan dalam dialek daerah bagi negeri Sabah dan Sarawak pula tidak ditunjukkan secara menyeluruh kerana istilah dialek yang

digunakan kebanyakannya mempunyai maksud yang berbeza dalam bahasa baku.

Page 26: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

Rumusan

Dapatlah dirumuskan bahawa dialek-dialek daripada sesuatu bahasa itu

mempunyai ciri persamaan dan juga perbezaan. Ciri persamaan itu

dibuktikan dengan kenyataan bahawa kesemua dialek tersebut mempunyai kekangan yang sama dalam sistem nahu masing-masing, manakala ciri perbezaan pula dibuktikan dengan kenyataan bahawa setiap dialek itu

mempunyai tatatingkat kekangan yang tersendiri dan berbeza antara satu

sama lain.

Page 27: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

PENUTUP

Berdasarkan hasil kajian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dialek yang digunakan dalam lagu Kurik Kundi merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai

ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa yang sangat

kompleks untuk dikaji.

Page 28: Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)

SEKIAN, TERIMA KASIH