kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

14
1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan keturunan. Jadi integrasi nasional amat penting dalam menyatukan pelbagai masyarakat yang terdapat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan adanya penyatuan sedemikian akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di negara kita. Integrasi nasional juga merupakan proses merapatkan hubungan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia dan seterusnya mencapai matlamat 1 Malaysia. 1.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal- hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Menurut Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai. ʺThe way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within.ʺ Di samping itu, Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maksudnya kebudayaan perlulah dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. 1

Upload: karen-kayny

Post on 26-May-2015

6.382 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa

dan keturunan. Jadi integrasi nasional amat penting dalam menyatukan pelbagai

masyarakat yang terdapat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan rakyat yang berbeza dari segi latar

belakang, status sosial dan budaya bagi membentuk satu bangsa yang mempunyai

pegangan, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Dengan adanya penyatuan

sedemikian akan dapat membentuk perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum

di negara kita.

Integrasi nasional juga merupakan proses merapatkan hubungan masyarakat di

setiap negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan

Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia dan seterusnya mencapai

matlamat 1 Malaysia.

1.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA

Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang

terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang

berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala dalam bahasa Inggeris, budaya disebut

culture yang berasal daripada bahasa Latin colere yang bermaksud mengolah atau

mengerjakan.

Menurut Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai.

ʺThe way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of

perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned

but are too pervasive to be readily noticed from within.ʺ

Di samping itu, Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun,

peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maksudnya kebudayaan perlulah dijelaskan

sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh

kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

1

Page 2: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya seperti yang

pertama membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua

pula memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok

dalam aspek cara pengendalian hidup. Oleh itu, menurut Mohd. Taib Osman 1988, budaya

dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat

memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan

keadaan sekililing. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa sama terdapat

perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan

berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang

dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi

kekosongan sebagai altenatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada.

Justeru peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya dinegara kita

adalah amat penting dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada

pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara.

Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu-padu, mempunyai

nilai moral yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang

serta adil. Jadi dalam memahami konsep kepelbagaian budaya ini, maka kita seharusnya

terlebih dahulu memahami konsep-konsep asas yang berkaitan dengan budaya serta

kelompok masyarakat yang ada di negara kita Malaysia pada hari ini.

2

Page 3: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

Papan Hitam

2.0 LAKARAN PELAN KASAR BILIK DARJAH.

3

Sudut Bacaan

MEJA GURU

Pin

tu

Pin

tuT

ingk

ap

Su

du

t B

ule

tin

Min

gg

ua

n

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid

RAK BUKU

Meja Murid

Meja Murid

Perpustakaan Kelas & tempat perbincangan

Meja Komputer

Tong Sampah & Peralatan Kebersihan

Meja maklumat & Tempat Fail

Page 4: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

3.0 HURAIAN PELAN KASAR BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.

Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan

mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Maka dalam konteks ini,

persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat

dengan pacaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya,

sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan

kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan dan diserasikan untuk

mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Bilik darjah dikenali sebagai bilik

darjah apabila di dalamnya terdapat guru dan murid dan kedua-dua pihak ini melalui

proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pula dibantu

oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan

pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat

diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid dapat

melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang

dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang

berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Saya telah memilih pelan kasar bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana

terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah

mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil

kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelah lantai tersebut

murid dapat duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk

meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya

kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan

persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik.

Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan

kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk

guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama.

Selain itu, pelan bilik darjah ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang

pelbagai seperti sudut bacaan, sudut buletin mingguan, sudut maklumat, tempat letak fail,

rak buku, kemudahan komputer, perpustakaan kelas dan tempat perbincangan dapat

menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Kelas mestilah sentiasa kemas

4

Page 5: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

dan tersusun supaya murid berasa seronok dalam kelas dan dapat mengikuti pengajaran

guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas

sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut

peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian

budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu

sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik

darjah. Sudut ruang kerja iaitu tempat perbincangan disediakan membolehkan murid

bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang

bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian dan

tahap penglibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Murid juga dapat belajar

menggunakan komputer yang disediakan oleh guru dalam kelas tersebut. Ini secara tidak

langsung dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan komputer.

Dengan adanya perpustakaan kelas membolehkan murid mencari maklumat dan

membaca buku jika ada masa terluang ataupun semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini akan dapat memupuk sikap membaca dikalangan murid dalam kelas

tersebut. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat

kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka dari

semasa ke semasa.

Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam

mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus

menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa

yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk

menjaga disiplin serta bergaul mesra sesama sendiri dalam membina sahsiah yang

diinginkan oleh guru. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung

ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid

yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan

lantai bilik darjah yang mesra budaya perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya

akan mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.

5

Page 6: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

4.0 FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI KETIDAKSAMAAN PENDIDIKAN.

Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah

sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Walau

bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai

peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik,

kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan

bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan

negatif bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan

kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang

pekerjaan kerjaya dan sebagainya. Ada yang berpandangan bahawa ketidaksamaan

berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.

Ketidaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di mana akses kepada

pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor tertentu.

Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh

beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosio-ekonomi,

pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Menurut petikan ucapan YB DatoʾSeri Hishamuddin Tun Hussein yang ketika itu sebagai

Menteri Pelajaran Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2006 “… merapatkan jurang

pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara

miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan

khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir daripada arus pembangunan

negara.” Berdasarkan petikan ucapan jelaslah terbukti bahawa terdapat jurang dalam

sistem pendidikan di negara kita. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang

menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang dalam bidang pendidikan tersebut.

Antaranya ialah kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan kumpulan murid berkeperluan

khas.

Faktor pertama yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan ialah kelas

sosial. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian

akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid

miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan

rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada

tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Bagi keluarga yang tidak

6

Page 7: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

berkemampuan dalam menyediakan peralatan akses Internet, perkara ini secara tidak

langsung akan menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang

pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat dengan begitu pantas dan

cepat. Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur

kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam

masyarakat.

Manakala faktor kedua pula dari segi aspek jantina, ketidaksamaan peluang

pendidikan agak ketara. Perkara ini wujud sejak zaman penjajahan dahulu lagi iaitu

peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki sahaja. Hal ini terbukti

apabila kemasukan pelajar ke sekolah bagi sesetengah negara dimonopoli oleh kaum

lelaki. Namun begitu, berbeza pula dengan negara kita iaitu bilangan bagi pelajar lelaki

yang bersekolah di sekolah menengah kurang jika dibandingkan dengan pelajar

perempuan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan daripada mereka menamatkan

pengajian formal mereka terlebih awal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung

pendapatan keluarga. Perbezaan ini juga dapat dilihat di Institut Pengajian Tinggi Awan

(IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang melahirkan lebih ramai graduan-

graduan dari kalangan wanita berbanding dengan graduan-graduan lelaki. Begitu juga

dalam bidang perguruan, ketidaksamaan jantina sudah lama wujud kerana bidang ini

mempunyai bilangan wanita yang lebih ramai berbanding kumpulan lelaki. Oleh yang

demikian, tidak hairanlah jika kuota kemasukan bagi golongan lelaki ke pusat pengajian

tinggi ataupun menceburi bidang perguruan sangat terbuka luas jika dibandingkan dengan

golongan wanita yang terpaksa bersaing sesama sendiri bagi memasuki Institut Pengajian

Tinggi Kerajaan ataupun Swasta.

Di samping itu juga faktor ketiga kumpulan minoriti turut mempengaruhi faktor

ketidaksamaan peluang pendidikan ini. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga,

kumpulan minoriti dapat ditakrifkan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan,

agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya

berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Di Malaysia, kaum Melayu dikatakan

kumpulan majoriti manakala kumpulan minoriti pula termasuklah kaum Cina, India, dan

kumpulan-kumpulan etnik yang lain termasuklah orang Asli.

Isu ketidaksamaan peluang pendidikan timbul bagi kumpulan minoriti disebabkan

oleh kedudukan sebahagian daripada mereka yang agak pedalaman dan terpencil

terutamanya golongan orang Asli dan juga kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak yang

menyebabkan mereka terpinggir dalam pelbagai perkara. Tambahan pula, kelainan ciri

7

Page 8: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka

terus ketinggalan dalam arus kemodenan negara. Malah, mereka juga turut kekurangan

dari segi perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan

kelengkapan sekolah. Ini kerana bentuk muka bumi kawasan mereka agak berbukit-

bukau dan dipisahkan oleh laut serta sungai yang menyebabkan bantuan dan kemudahan

sukar untuk disalurkan.

Faktor ketidaksamaan peluang pendidikan seterusnya ialah kumpulan berkeperluan

khas. Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami

masalah pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka

ini dianggap istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud

ketidaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan ini suatu ketika dahulu. Sebelum

tahun 1960, kemudahan yang disediakan untuk komuniti kanak-kanak tersebut hanya

pada peringkat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sebelum kemerdekaan negara, kerajaan

tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan sebarang kemudahan

pendidikan kerana tanggungjawab tersebut dipikul oleh pertubuhan sukarela. Namun pada

hari ini kumpulan ini telah diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dari sekolah

rendah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti.

Wujudnya beberapa isu utama yang berkaitan ketidaksamaan peluang pendidikan

di Malaysia ialah seperti aspek pembangunan. Aspek pembangunan pendidikan di

Malaysia lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan

pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama, peluang pendidikan di kawasan

luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan

wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan tentang isu

keciciran pelajar dimana seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat meneruskan

persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati puncanya adalah daripada

masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta kesukaran ibu bapa di pedalaman

untuk menghantar anak ke sekolah. Wujudnya ketidaksamarataan diantara bandar dan

luar bandar dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah

orang Asli dan pedalaman. Perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi

maklumat dan komunikasi serta jurang perbezaan tahap pencapaian murid dalam

menguasai 3 M antara murid bandar dan luar bandar antara isu kepada ketidaksamaan

peluang pendidikan ini.

8

Page 9: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

Terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya iaitu masyarakat

indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah

peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh

itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai

peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan dibezakan dari segi kawasan

tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya..Mereka ini dikatakan masih taksub dengan

kehidupan sistem masyarakat mereka. KetIdaksamaan peluang pendidikan dikatakan

berlaku di kalangan masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan yang berkembang

di Malaysia masih belum menyentuh sistem belajar asli masyakat tradisional. Masalah ini

juga dikaitkan dengan sikap masyarakat indigenous yang masih belum bersedia sebarang

perubahan dalam dunia pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional

mereka.

. Masalah ketidaksamaan peluang pendidikan dari segi kekurangan tenaga

pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian

menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak

berminat untuk belajar  apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman

terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa

pertuturan kaum mereka sendiri. Jadi guru tersebut perlu belajar menguasai bahasa

pertuturan  satu-satu kaum agar  apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik

minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara

langsung atau tidak langsung kepada golongan sasaran. Isu ketidaksamaan peluang

pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat

dan negara. Dari segi implikasinya kepada individu umumnya, semestinya ketidaksamaan

peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian

pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang lemah

pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman

serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang

pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara,

hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu didada.

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana

individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini

9

Page 10: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

mungkin membuatkan mereka akan lebih berusaha untuk setaraf denganh pelajar lain

atau sekurangnya-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

Implikasinya kepada keluarga pula, dimana seperti yang kita ketahui bahawa

pendidikan mampu mengubah nasib sesebuah keluarga itu. Jika jurang ketidaksamaan

peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada

tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang

mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya

mereka lebih senang tinggal dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang

sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

Manakala implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripada implikasi

kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu

komuniti, sudah mesti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifnya, mundur

dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin

daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak

diambil peduli oleh masyarakat lain.

Sesebuah negara perlu bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya.

Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di

samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-

dasar yang telah digubal pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kekurangan ini

menyebabkan modal insan yang dibentuk tidak seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sosial.Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak

mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan

dicabul. Imej negara akan menjadi lebih buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian

negatif bakal terjadi.

. Ketidaksamaan peluang pendidikan telah memberi kesan negatif kepada sistem

pendidikan negara . Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang

merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Aspek bilik darjah

yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang

membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan

kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga

penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu

bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan

10

Page 11: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah

mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas.

Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum

mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid

mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja.

Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina

yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk

mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk

berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak

membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum –

kaum lain.

Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru

harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas

sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang

dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid –murid untuk

bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai

murni didalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan

murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta

meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan

kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau

mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu

mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang

mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya

mereka tidak tersinggung.

Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan,

guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana

dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan

mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan

semua kepercayaan, nilai, dan agama murid. Guru harus bijak bertindak sekiranya

berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham

antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau

berlainan jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut

pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik

11

Page 12: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan

dan pembelajaran di sekolah.

Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah

menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat keputusan

berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika menanggani

permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati terutama di

kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial.

Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar

didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid

yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan

jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka

peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami

penggunaan bahasa murid.

Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang

melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru

perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana

akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari

melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran, wujud

ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti matapelajaran

berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih

banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar

perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

12

Page 13: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, kerana atas berkatnya, saya

Ronny anak Unan berjaya menyiapkan tugasan yang sebelumnya dianggap susah

ataupun sukar untuk disiapkan ini sebelum tempoh penyerahannya kepada pensyarah.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, sememangnya banyak orang yang menjadi

‘Tulang Belakang’ untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kehendak tugasan serta

format-format tugasan ini.

Sememangnya banyak perkara dan cabaran yang saya pelajari setelah membuat

tugasan ini. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya

untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang

berkaitan melalui internet dan membeli beberapa buah buku dikedai buku yang

berhampiran. Beberapa buah buku yang saya beli menggunakan baucer 1Malaysia seperti

buku Hubungan Etnik di Malaysia dan Malaysia Melangkah ke Hadapan banyak

membantu sebagai bahan rujukan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Perkara yang

paling membangggakan diri saya ialah, saya dapat menimba ilmu pengetahuan dengan

lebih mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan budaya dan pembelajaran ini.

Saya juga dapat menjelaskan tentang konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di

Malaysia, menjelaskan beberapa faktor ketidaksamaan peluang pendidikan dan

melakarkan sendiri pelan kasar bilik darjah mengikut idea saya sendiri dan sebagainya .

Tugasan yang diberikan ini juga telah menyedarkan diri saya bahawa betapa pentingnya

pengetahuan tentang konsep budaya dan kepelbagaian kelompok yang terdapat di

Malaysia. Melalui tugasan ini juga saya dapat merancang idea saya sendiri untuk melakar

pelan bilik darjah mengikut idea saya dan disini saya dapat memahami beberapa faktor

yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.

Tambahan pula, setelah membuat tugasan ini, saya juga dapat mempelajari

bagaimana untuk menghasilkan satu laporan yang lengkap tentang pelan kasar bilik

darjah, menjelaskan tentang faktor-faktor ketidaksamaan peluang pendidikan dan

menyatakan dalam laporan tersebut tentang implikasinya kepada individu, keluarga,

masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga dapat membiasakan diri untuk mencari

maklumat dengan menggunakan sumber-sumber atau kemudahan yang ada dan

ditambah lagi dengan bebanan kerja sebagai pendidik di sekolah saya bertugas.. Segala

masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini pula telah mengajar saya

bagaimana untuk menghadapi segala masalah yang timbul walaupun saya sedar yang

13

Page 14: Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pdidikan

tugas saya sebagai pendidik amat mencabar semasa saya menyiapkan kerja kursus ini.

Saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaik-baiknya antara bidang kerja saya

dengan tugasan saya ini. Saya juga selalu membuat perbincangan secara kumpulan

sesama guru yang belajar dalam pengajian ini untuk membantu saya mengatasi masalah

yang di hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Saya sungguh berbangga kerana dapat membuktikan kepada diri sendiri

bahawa saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini walaupun pada mulanya berasa

risau seakan-akan tidak mampu untuk menyiapkannya. Saya amat berharap agar apa

yang saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat saya praktikkan kelak

semasa saya bertugas di sekolah saya nanti.

Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

Pensyarah mata pelajaran untuk Budaya dan Pembelajaran (EDU) iaitu, En. Adrian Luat

kerana telah memberikan tugasan yang amat memberi pengajaran dan berfaedah kepada

saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya yang banyak

membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dan tak lupa kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam saya menyiapkan kerja

kursus ini.

14