kepimpinan (npqel 13612

56

Click here to load reader

Upload: elyzai

Post on 10-Aug-2015

203 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kursus NPQEL

TRANSCRIPT

Page 1: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

KEPIMPINAN

OLEH :

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Page 2: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

OBJEKTIF

Di akhir sesi ini, para peserta dapat:

• Memberi definisi kepimpinan.• Menerangkan beberapa teori kepimpinan

berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bidang kepimpinan. .

• Menyatakan sumber kuasa dan taktik mempengaruhi orang bawahan.

• Menjelaskan beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin.

2

Page 3: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Definisi Kepimpinan

3

Kepimpinan adalah proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan.

(Lussier, 2002)

Page 4: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

4

Kesimpulan Definisi Satu proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain supaya mengikutinya dalam pelaksanaan tugas supaya wawasan dan matlamat organisasi tercapai.

Page 5: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Teori Kepimpinan

traits

traits

skillsskills contextcontext ethicalethical

BehavioralTrait ContingencyTransformation

al

styles/types of leaders

styles/types of leaders

1930s 1940s/50s 1960s/70s 1980s

followers

followers

Page 6: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Pemikiran Awal Tentang Kepimpinan

Pemikiran Orang China:• The Great Plan, 1120BC; Confucius, 500BC; The

Art of War, Sun Tze, 300–500 BC.

Pemikiran Orang Barat:• The Republic, Plato, 360BC

6

Page 7: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

7

• Kajian tentang tiga gaya kepemimpinan: laissez-faire, autocratic, democratic, Kurt Lewin.

Pemikiran Orang Islam:• Antaranya surat yang ditulis oleh Ali bin Abu Talib kepada

Gobenor Mesir yang menekankan ciri-ciri yang mesti ada pada seseorang pemimpin.

Pemikiran Orang Melayu:• Dapat dibaca dalam buku sejarah dan hikayat lama: Sejarah

Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulong Merah Muda.

Page 8: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kajian Secara Pendekatan

• Menurut Barbara Kellerman, (1984:114) dan Judith A. Gordon (1996), ada tiga pendekatan dalam mengkaji pemimpin:

• Sifat (Trait)• Kelakuan (Behavioral)• Situasi/kontigensi (Situational/ Contingencies)

8

Page 9: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

PENDEKATAN SIFATa) Teori ‘Great Man’

• Asas - ketokohan beberapa orang pemimpin seperti Iskandar Dzulkarnain, Julies Ceaser dan Salehuddin Al-Ayubi.

• Pegangan teori ini adalah ‘leader were born, no made’. Golton (1869) berpendapat latar belakang ‘great man’ berkait rapat dengan baka dan keturunan seseorang.

• Pemimpin mempunyai sifat yang unik yang dapat menawan hati rakyat, memberi sumbangan dan perlindungan di mana saja mereka berada/memerintah.

• Kelemahan: (1) mengabaikan kebolehan, kewibawaan dan ketokohan wanita diabaikan; (Joan of Arc, Elizebeth I, Catherine the Great); (2) tidak semua raja dan pembesar menjadi pelindung kepada rakyat.

9

Page 10: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

b. Teori Sifat (Trait Theory)

• Lanjutan daripada ‘Greatman Theory’. • Dikaji secara mendalam dalam tahun 1940an dan 1950an.• Andaian asal – manusia dilahirkan sebagai pemimpin.• Pengkaji teori ini percaya “pemimpin yang berkesan

memiliki sifat atau kelakuan atau tabiat yang istimewa dan unggul”

• Ada dua perseptif:– Yang membezakan pemimpin dengan pengikut, – Yang membezakan pemimpin yang berkesan dengan

yang tidak berkesan.

10

Page 11: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Teori Sifat

• Yakin dengan diri sendiri• Punyai minat yang luas dan melibatkan diri dalam

berbagai aktiviti. • Jarang mempunyai sifat pemarah. • Mengejar 'kesempurnaan' dan akan merasa puas apabila

dapat mencapai matlamat kerja dengan jayanya. • Beri perhatian kepada keperluan pengikut.• Sanggup bekerja keras untuk memperolehi kepuasan

kendiri.

11

Page 12: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kelemahan Teori Sifat

• Tidak ada satu sistem ukuran untuk menilai sifat manusia.• Tidak ambil kira faktor-faktor lain: teknologi, ahli

kumpulan, keperluan persekitaran. • Tidak beri perhatian terhadap pengaruh politik, sosiologi

atau ekonomi: umur, kelas sosial. • Sifat yang ada pada pemimpin sering bercanggah dengan

aspek-aspek teoritikal, metodologi dan masalah-masalah praktikal dalam kajian.

• Dalam beberapa keadaan tertentu sifat atau personaliti tidak dapat membezakan di antara pemimpin dengan pengikut, atau pemimpin yang berkesan dengan yang tidak berkesan.

12

Page 13: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

c. Teori Karismatik

• Teori Karismatik adalah lanjutan daripada Teori ‘Great Man’ dan Teori Sifat kerana para pengkaji Teori Sifat gagal mengaitkan sifat dengan keberkesanan kepemimpinan.

• Dipelopori oleh Max Weber (1924-47) dalam tulisannya berjudul ‘Economy and Society’ yang mengatakan karisma adalah satu bentuk autoriti kepimpinan.

• Konsep karismatik diketengahkan semula oleh Robert House pada pertengahan 1970an.

13

Page 14: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

14

• Konsep ini menarik minat pengkaji pada 1980an semasa organisasi perniagaan di US sedang menghadapi krisis kepimpinan kerana para pemimpin mereka tidak berupaya menerajui organisasi mereka untuk bersaing dengan Jepun.

• Andaian: Pada saat-saat krisis akan ada pemimpin yang muncul sebagai penyelamat. Pemimpin sedemikian biasanya mempunyai ciri-ciri yang luar biasa dalam aspek kepimpinan. Mereka bukan saja dapat menawan hati pengikut supaya setia tetapi dapat juga memenuhi keperluan emosi pengikut pada masa-masa kritikal.

Page 15: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

15

Ciri-ciri Pemimpin Yang Mempunyai Karisma:

Jelas dari segi hala tuju dan objektif.Memiliki keyakinan diri yang tinggiMemiliki sifat radikal, tidak mengikut tradisi, berani mengambil rasiko, sanggup berkongsi kuasa dan berkorban.

Mempunyai daya pengaruh yang luar biasa, dikurniakan dengan inspirasi serta mementingkan pembaharuan secara radikal.

Mempunyai kebolehan yang diperlukan untuk memimpin sesuai dengan situasi.

Page 16: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

16

Kelemahan Teori Karismatik:

Secara relatif, kepentingan karisma dan maksud sebenar karisma sering dipersoal.

Pemimpin disanjung kerana keupayaan yang dikurniakan bukan dengan persetujuan secara demokrasi.

Pemimpin yang berkesan tidak semestinya bergantung kepada karisma semata-mata.

Page 17: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

PENDEKATAN KELAKUAN (BEHAVIOR)

• Muncul pada akhir tahun 1940-an.• Dipelopori oleh pengkritik teori sifat kerana

dapatan dalam teori sifat tidak konsisten dari segi keberkesanan kepemimpinan.

• Andaian: Corak atau ragam kelakuan pemimpin yang menentukan keberkesanan kepimpinannya.

• Tiga penyelidikan utama yang berkaitan dengan pendekatan kelakuan ialah kajian Harvard (R. Bales), kajian Ohio State (C.L. Shartle et. al.), kajian Michigan State University (Likert et.al.).

17

Page 18: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kajian Ohio State University

• Perolehi data kajian melalui Soal-selidik Perihal Kelakuan Pemimpin (Leader Behaviour Description Questionaire).

• Dua dimensi tingkah laku kepimpinan dikenal pasti: (1) Pertimbangan (Consideration) - Sejauh mana pemimpin bersikap bertimbang rasa terhadap orang bawahannya. (2) Mengadakan Struktur (Initiating Structure) - Sejauh mana pemimpin menyusun dan merangka hubungan antara pihak atasan dan orang bawahan serta menentukan siapa yang bertanggungjawab membuat sesuatu, bagaimana melakukannya dan bila perlu dilaksanakan.

18

Page 19: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kajian Michigan State University

• Dua kategori tingkah laku pemimpin telah dikenal pasti: berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja.

• Kajian ini telah membuktikan bahawa pemimpin yang memberi tumpuan yang lebih kepada pekerja lebih berkesan dalam meningkatkan produktiviti organisasi.

19

Page 20: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kelemahan Utama Pendekatan Kelakuan

• Sumber yang berbeza-beza (pemimpin, pengikut dan pemerhati) digunakan untuk menganalisis tingkah laku pemimpin.

• Tidak ada persetujuan muktamad tentang gaya kepimpinan yang paling efektif.

• Bagaimanapun, ada dua gaya kepimpinan yang diterima oleh ketiga-tiga kajian itu, iaitu gaya orientasi kerja dan gaya orientasi interpersonal. Pemimpin yang mengamalkan kedua-dua tingkah laku ini secara tinggi didapati memberi kesan terhadap prestasi kerja orang bawahan.

20

Page 21: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

PENDEKATAN SITUASI/ KONTIGENSI

• Muncul pada tahun 1950an disebabkan ada pengkaji yang tidak berpuas hati dengan dapatan teori kelakuan. Keadaan ini berlaku kerana walaupun tingkah laku pemimpin ada kesan tetapi kesannya kecil sahaja.

• Menggunakan model untuk menganalisis faktor-faktor keberkesanan kepimpinan.

• Andaian utama - fungsi pemimpin berubah mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan organisasi.

• Asas - pemimpin mengendalikan fungsi yang berbeza-beza dalam situasi yang berbeza.

21

Page 22: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

22

• Teori ini banyak digunakan di syarikat ternama “Fortune 500” di Amerika Syarikat seperti BankAmerica, Caterpillar, IBM, Mobil Oil dan Xerox serta dalam kepemimpinan ketenteraan.

• Konsep : Kejayaan seorang pemimpin bergantung kepada bagaimana pemimpin memilih stail kepimpinanya.

• Antara model yang sering diperkatakan dalam Teori Situasi adalah Model Kepemimpinan Situasi (Situational Leadership Model) yang diutarakan oleh Hersey and Blanchard.

Page 23: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

MODEL KEPEMIMPINAN SITUASIHERSEY DAN BLANCHARD

PARTICIPATING Berkemampuan

menjalankan tugas tetapi memerlukan

dorongan dan pujukan

SELLING

Tidak berkemampuan

dan tidak mempunyai keinginan

DELEGATING

Berkeinginan menjalankan tugas

dan mempunyai kemahiran

TELLING

Berkeinginan untuk menjalankan tugas

tetapi kurang kecekapan

Tinggi (Kurang bermina

t)

Rendah (bermina

t)

Tahap dorongan

Tahap tunjuk ajar Tinggi kurang mahir

Rendah Mahir

Page 24: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Rumusan Pendekatan Situasi

• Teori situasi banyak memberi perhatian kepada perbezaan tanggungjawab tetapi kurang memberi perhatian kepada faktor-faktor struktur, sejarah, saiz kumpulan, sumber yang ada dalam kumpulan dan latar belakang kumpulan.

• Teori ini menjadi landasan kepada kemunculan teori-teori lain seperti Teori Path-Goal, Model Vroom dan Yetton, dan Model Kontingensi Fielder.

24

Page 25: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

KEPIMPINAN DAN SITUASI

Teori kepimpinan situasi menyarankan gaya dan tingkah laku pemimpin jika dipadankan dengan situasi tertentu akan menjadi lebih berkesan kepada prestasi organisasi dan kepuasan orang bawahan. Contohnya :

•Gaya autokratik tidak sesuai dikenakan kepada orang bawahan yang berkemahiran tinggi serta bermotivasi dan berkeyakinan tinggi.

•Gaya autokratik sesuai digunakan dalam keadaan cemas.

25

Page 26: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

…sambungan…

• Gaya laissez-faire sesuai dikenakan kepada orang bawahan yang sangat matang dan berkemahiran tinggi.

• Orang yang rendah kemahirannya tetapi bermotivasi tinggi perlu diberitahu cara-cara menjalankan tugas.

• Orang yang memiliki sedikit kemahiran dan komited terhadap tugas hendaklah dibimbing.

• Orang tinggi kemahirannya, tetapi komitmennya tidak menentu, hendaklah diberi sokongan yang kuat.

• Orang yang tinggi kemahiran dan komitmen terhadap kerja hendaklah dibanyakkan ‘empowermen’.

26

Page 27: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

TEORI TRANSFORMASI

• Teori ini diasaskan oleh J.M Burns (1978) dalam buku ‘Leadership’.

• Teori ini muncul dari gabungan Teori Sifat dan Teori Tingkahlaku.

• Andaian teori ini ialah:– Kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik apabila

para pengikut rela menerima pengaruh pemimpin. – Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran -

pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu daripada pengikut sebagai balasan.

27

Page 28: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

28

Tanggapan pengikut terhadap tindakan dan aspirasi pemimpin adalah inti pati yang penting dalam teori ini.

Pemimpin berinteraksi dengan pengikut dalam keadaan yang terjamin.

Sumber kuasa yang dimiliki oleh pemimpin diperolehi sama ada daripada pihak atasan atau daripada semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh pengikut.

Page 29: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Unsur Utama Teori Transformasi

• Pengikut menaruh harapan yang tinggi terhadap pemimpin dan menghargai sumbangan pemimpin kepada mereka.

• Kumpulan berfungsi sebagai satu sistem di mana input kumpulan diperolehi daripada ahli kumpulan sendiri dan merekalah yang mengeluarkan output yang diharapkan.

29

Page 30: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

30

Perkembangan Teori Tansformasi:

Bennis and Nanus (1985): Kepimpinan transformasi adalah kebolehan pemimpin membentuk dan menterjemah motif dan matlamat di kalangan para pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif.

Bass (1985): Kepimpinan transformasi bekerja mengubah nilai kepercayaan yang ada pada orang bawahan untuk mengubah budaya sesebuah organisasi.

R.J. Starratt (1999), buku ‘Moral Dimentions of Leadership’ menekankan pembinaan bersama (common interest) dengan cara membuang semangat mementingkan diri sendiri, dan seterusnya membina nilai dan kepercayaan baru.

Page 31: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Dimensi Dalam Kepemimpinan Transformasional

• Idealized Behavior/Idealized Influence• Inspirational Motivation• Intellectual Stimulation• Individual Consideration

Burns (1978), Johnson (2001), Sadler (2003)

31

Page 32: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Idealized Influence

• Mempunyai visi dan ‘sense of purpose’ yang jelas.

• Berupaya memperoleh kepercayaan dan penghormatan pengikut.

• Meletakkan piawai dan matlamat yang tinggi.• Mewujudkan visi bersama untuk membolehkan

pengikut bekerja kuat untuk mencapainya.

32

Page 33: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Inspirational Motivation

• Memberi makna kepada apa yang hendak dicapai.

• Menjadi ‘role model’.• Mendorong dengan menggunakan pendekatan

emosional • Dilihat oleh pengikut berkongsi beban yang

dipikul oleh pengikut.

33

Page 34: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Intelectual Stimulation

• Merangsang kreativiti dengan cara memberi peluang kepada pengikut menyoal kembali idea awal mereka.

• Mencari dan membina pendekatan/ cara baru untuk melakukan sesuatu atau menyelesaikan sesuatu masalah.

34

Page 35: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Individualized Consideration

• Menganggap setiap individu dalam organisasi mempunyai keperluan, kehendak dan matlamat yang berbeza.

• Menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan diri pengikut berdasarkan keperluan setiap individu dalam organisasi.

• Sentiasa memberi maklumbalas yang konstruktif.

35

Page 36: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Ciri-Ciri Pemimpin Transformasi

• They clearly see themselves as change agents. Set out to be a difference and to transform the organization for which they are responsible.

• They are courageous. Can deal with resistance, take a stand, take risks, confront realities.

• They believe in people. Have well developed beliefs about motivation, trust and empowerment.

36

Page 37: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

…..sambungan…

37

They are driven by a strong set of values.They are life long learners. View mistakes, theirs as well as others, as learning opportunities.They can cope with complexity, uncertainty and ambiguity.They are visionaries.

Page 38: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kesan Kepimpinan Transformasi

• Meningkatkan kecekapan kerja berpasukan.• Meningkatkan identiti pasukan.• Meningkatkan kepercayaan dan semangat

kekitaan.• Menjana perubahan.• Pengikut peka kepada matlamat organisasi.• Semua pihak memperoleh kepuasan kendiri.

38

Page 39: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Kelemahan Teori Transformasi

• ‘Practitioners’ selalunya terlepas pandang terhadap prinsip-prinsip moral dalam mencapai matlamat organisasi.

• Organisasi menjadi ‘leader centric’.• Pengikut menjadi terlalu bergantung kepada

pemimpin.

39

Page 40: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Rumusan Teori Transformasi

Konsep utama teori ini adalah ‘perubahan’. Peranan kepimpinan adalah memberi arah tuju dan melaksana perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.

40

Page 41: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

…sambungan…

41

Teras kepada teori ini adalah nilai etika yang ada pada seseorang pemimpin. Oleh kerana kesan pemimpin transformasi amat besar kepada organisasi, tanpa nilai ini pemimpin mungkin menyelewengkan keperluan untuk mencapai matlamat organisasi ke arah mencapai matlamat diri pemimpin itu sendiri

Page 42: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

SUMBER KUASA

KUASA SAH

KUASA GANJARANKUASA

RUJUKAN

KUASA PAKAR

KUASA PAKSAAN

SUMBER KUASA

Page 43: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

43

Page 44: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

Jenis-jenis Kepimpinan

44

1. Kepimpinan Autentik

2. Kepimpinan Transformasi

3. Kepimpinan Situasi

4. Kepimpinan Instruksional

Page 45: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

1. Kepimpinan Autentik

45

- Kepimpinan yang boleh dipercayai- kepimpinan yang menjadi teladan- Kepimpinan yang ingin dijadikan

role model oleh subordinat.

Page 46: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

2. Kepimpinan Transformasi

46

- Konsep utamanya – perubahan

- Melaksanakan perubahan untuk organisasi supaya sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan

Page 47: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

3. Kepimpinan Situasi

47

- Pemimpin menggunakan gaya kepimpinan mengikut situasi

- Digunakan oleh syarikat ternama: IBM, Bank Amerika, Caterpillar dan Mobil.

Page 48: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

48

4. Kepimpinan Instruksional- Pemimpin pengajaran ( P & P )

- Memastikan ada jadual waktu, ada sumber, ada guru dan ada pelajar.

- Berlaku proses Pengajaran yang baik & Pembelajaran berkesan

Page 49: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

49

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN

Tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin:• Kemahiran konsepsual• Kemahiran teknikal• Kemahiran hubungan kemanusiaan

Page 50: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

50

… KEMAHIRAN-KEMAHIRANPEMIMPIN (Samb..)

Kemahiran Konsepsual:

Iaitu kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran

idea dan penyelesaian masalah.

Page 51: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

51

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN (Samb..)

Kemahiran Teknikal:

Iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedah-keadah, prosedur dan teknik-teknik untuk

menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam

menjalankan aktiviti tersebut.

Page 52: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

52

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN (Samb..)

Kemahiran Hubungan Kemanusiaan:

Iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap

orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan jelas

dan berkesan.

Page 53: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

RUMUSAN

Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang senang. Untuk itu seseorang pemimpin hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan memadankannya dalam situasi tertentu.

53

Page 54: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

RUJUKAN

• Burns. 1978. Leadership. Harper & Row: New York.• Cook, C.W., Hunsker, P.L. & Coffey, R.E. (1997).

Management and Organizational Behavior. Chicago: Irwin

• Howell, J.P. & Costley, D. L. (2001). Understanding behaviors for effective leadership. New Jersey: Prentice-Hall.

• Johnson, Craig L. 2001. Meeting the Ethical Challenges of Leadership. London: Sage Publication.

• Kellerman, Barbara. 1984. Leadership: Multidisciplinary Perspectives. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

54

Page 55: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

…sambungan…

• Lussier, R.N. & Achua, C.F. (2001). Leadership: theory, application and skill development. Sydney: South-Western College Publishing.

• Lussier, R.N. (2002). Human Relations in Organizations: Application and Skill Building. Boston: Mc-Graw Hill.

• Robbins, S.P & DeCenzo, D.A. (1998). Fundamentals of Management. New Jersey: Prentice Hall.

• Sadler, Philip. 2003. Leadership (2nd ed). London: Kogan Page.

55

Page 56: KEPIMPINAN (NPQEL 13612

…sambungan…

• Shtogren, John A. (ed). 1999. Skyhooks for Leadership. New York: AMACOM.

• Yukl, G. (1994). Leadership in organizations. 3rd. Ed. New Jersey: Prentice Hall International.

56