kepimpinan powerpoint

4
Pengenalan Menurut Kamus Dewan (1970), guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Upload: zoolx

Post on 08-Dec-2015

327 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Powerpoint

Pengenalan Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh.

Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang

menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,

pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai

perkaitan dengan guru. 

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa

perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang

mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-

institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid

atau masyarakat. 

Page 2: Kepimpinan Powerpoint

KERJAYA GURU LAYAK DIANGGAP PROFESION KERANA :

• Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

Penting sumbangan kepada pembentukan masyarakat dan negara,

memberi didikan, ajaran untuk digunakan dari seawal usia dengan

pendidikan formal.

• Banyak menggunakan keupayaan intelek.

Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas

guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek

yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan

berkesan.

Page 3: Kepimpinan Powerpoint

• Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

• Mendapat latihan khusus.

Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut contohnya Diploma Perguruan , Ijazah Perguruan, Diploma Pendidikan. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

• Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

Page 4: Kepimpinan Powerpoint

• Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain,begitu juga dengan guru. Kepatuhannya kepada organisasi terhadap garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

• Mempertingkatkan Profesionalisme 

Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Guru akan menilai dan bertanggungjawab atas apa keputusan yang dibuat atas sesuatu aktiviti yang telah dirancang samaada pada muridnya mahupun sekolah.

• Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. 

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa .