keperluan kesihatan untuk penyakit demam...

4
KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM KUNING PENYAKIT DEMAM KUNING Demam kuning adalah sejenis penyakit berjangkit akut disebabkan oleh virus dan memberi ancaman besar kepada kesihatan umum di negara-negara endemik Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Afrika. Cara transmisi adalah melalui gigitan nyamuk pembawa penyakit Aedes aegypti. Tempoh inkubasi adalah di antara 3-6 hari. Malaysia berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyebaran penyakit Demam kuning.. Penyebab jangkitan adalah daripada sejenis virus daripada genus Flavivirus dan tergolong dalam keluarga Flaviviridae. Walaubagaimanapun buat masa ini belum ada kes yang dilaporkan di-Malaysia KEPERLUAN VAKSINASI TERHADAP PENYAKIT DEMAM KUNING Sijil vaksinasi Demam kuning adalah diperlukan bagi semua pelawat atau delegasi (Waraganegara Malaysia dan asing) yang tiba dari atau melalui negara-negara endemik Demam kuning (Seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan Dan Pen gawalan Penyakit Berjangkit 1988). Pelawat atau delegasi yang tidak mempunyai sijil vaksinasi Demam kuning yang sah boleh dikuarantin setibanya di Malaysia untuk tempoh tidak melebihi 6 hari. Sijil vaksinasi Demam kuning tersebut sah digunakan untuk tempoh selama 10 tahun bermula dari 10 hari selepas tarikh mendapat imunisasi. Jika seseorang individu mendapat imunisasi semula sebelum tarikh sah imunisasi tamat, sijil tersebut sah digunakan untuk tempoh 10 tahun lagi bermula daripada tarikh imunisasi susulan. Jika imunisasi susulan direkod di dalam sijil yang baru, pelawat atau delegasi dinasihatkan menyimpan sijil lama selama 10 hari selepas daripada tarikh suntikan sehingga sijil yang baru menjadi sah untuk digunakan.

Upload: lengoc

Post on 14-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM …jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/DemamKuning… · PUSAT-PUSAT VAKSINASI PENYAKIT DEMAM KUNING YANG DIIKTIRAF DI DALAM

KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM KUNING PENYAKIT DEMAM KUNING

• Demam kuning adalah sejenis penyakit berjangkit akut disebabkan oleh virus

dan memberi ancaman besar kepada kesihatan umum di negara-negara

endemik Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Afrika. Cara transmisi adalah

melalui gigitan nyamuk pembawa penyakit Aedes aegypti. Tempoh inkubasi

adalah di antara 3-6 hari.

Malaysia berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyebaran penyakit Demam

kuning.. Penyebab jangkitan adalah daripada sejenis virus daripada genus

Flavivirus dan tergolong dalam keluarga Flaviviridae. Walaubagaimanapun

buat masa ini belum ada kes yang dilaporkan di-Malaysia

KEPERLUAN VAKSINASI TERHADAP PENYAKIT DEMAM KUNING

• Sijil vaksinasi Demam kuning adalah diperlukan bagi semua pelawat atau

delegasi (Waraganegara Malaysia dan asing) yang tiba dari atau melalui

negara-negara endemik Demam kuning (Seperti yang dikehendaki oleh

Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta

Pencegahan Dan Pen gawalan Penyakit Berjangkit 1988).

• Pelawat atau delegasi yang tidak mempunyai sijil vaksinasi Demam kuning

yang sah boleh dikuarantin setibanya di Malaysia untuk tempoh tidak

melebihi 6 hari.

• Sijil vaksinasi Demam kuning tersebut sah digunakan untuk tempoh selama

10 tahun bermula dari 10 hari selepas tarikh mendapat imunisasi.

• Jika seseorang individu mendapat imunisasi semula sebelum tarikh sah

imunisasi tamat, sijil tersebut sah digunakan untuk tempoh 10 tahun lagi

bermula daripada tarikh imunisasi susulan.

• Jika imunisasi susulan direkod di dalam sijil yang baru, pelawat atau delegasi

dinasihatkan menyimpan sijil lama selama 10 hari selepas daripada tarikh

suntikan sehingga sijil yang baru menjadi sah untuk digunakan.

Page 2: KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM …jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/DemamKuning… · PUSAT-PUSAT VAKSINASI PENYAKIT DEMAM KUNING YANG DIIKTIRAF DI DALAM

PERINGATAN KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG INGIN

MELAWAT KE NEGARA-NEGARA ENDEM IK DEMAM KUNING

• Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan mengambil imunisasi terhadap

Penyakit Demam kuning sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas

ke-negara-negara endemik Demam kuning untuk mendapatkan perlindungan

daripada jangkitan.

• Sijil vaksinasi Antarabangsa hendaklah sentiasa dibawa semasa lawatan

untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

• Warganegara Malaysia juga dikehendaki melaporkan diri kepada Pejabat

Kesihatan Pintu Masuk setibanya di Malaysia untuk tujuan pemeriksaan

kesihatan.

NEGARA-NEGARA ENDEMIK DEMAM KUNING AMERIKA SELATAN & TENGAH Bolivia French Guiana Suriname Brazil Guyana Venezuela Colombia Panama Trinidad & Tobago Equador Peru AFRIKA Angola Mali Benin Niger Burkina Faso Nigeria Burundi Rwanda Cameroon Sao Tome & Principe Central Africa Republic Senegal Chad Sierra Leone Congo Sudan Ivory Coast Somalia Ethiopia Togo Gabon Uganda Gambia Mauritania Ghana Democratic Republic Of Congo (Zaire) Guinea United Republic of Tanzania Guinea Bissau Guinea Equat Kenya Lberia

Page 3: KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM …jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/DemamKuning… · PUSAT-PUSAT VAKSINASI PENYAKIT DEMAM KUNING YANG DIIKTIRAF DI DALAM

PUSAT-PUSAT VAKSINASI PENYAKIT DEMAM KUNING YANG DIIKTIRAF DI DALAM MALAYSIA ● Bahagian Penyelidikan Virus Tingkat 1, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur. Tel: 03-26986033 ● Mont Kiara Medical City, KLCC, Lot 401, F & G, Aras 4, Suria KLCC, KL City Centre, 50088, Kuala Lumpur. Tel: 03-2382 2000, 03-2382 3500. ● Klinik Kita Lot F-23, Tingkat 1 City Point, Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur. Tel: 03-26989740, 03-26980740 ● Klinik Kesihatan Putrajaya No. 1, Jalan P9E, Presinct 9, 62250, Putrajaya. Tel: 04-88883057 ● Pusat Perubatan KEMENTAH Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur. Tel: 03-20713976, 03-20713049 ● Pejabat Kesihatan Pelabuhan Pulau Pinang Tingakt 1, Bangunan Tuanku Syed Putra, Jalan Downing, 10300 Pulau Pinang. Tel: 04-2611264, 04-2644918 ● Pejabat Kesihatan Johor Baru Jalan Abu Samad, 80100 Johor Bahru, Johor. 07-2224711, 07-2224818 ● Pejabat Kesihatan Kinta Jalan Aman, 31000, Batu Gajah, Perak. Tel: 05-3652077 ● Klinik Berkat No. 75-4A, Jalan Mamanda 1, Ampang Point 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Tel: 03-42515450

Page 4: KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PENYAKIT DEMAM …jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/DemamKuning… · PUSAT-PUSAT VAKSINASI PENYAKIT DEMAM KUNING YANG DIIKTIRAF DI DALAM

● Poliklinik Komuniti Beserah Jalan Beserah 26100, Kuantan Negeri Pahang Darul Makmur Tel: 09-5445633 ● Pejabat Kesihatan Pelabuhan Jabatan Kesihatan Bahagian Kucing, KM 6, Jln. Bako, 93050, Kucing Sarawak. Tel: 082-432563 ● Pejabat Kesihatan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu, 5th Floor, Wisma Persekutuan, Blok 3, Persiaran Brooke, 96000, Sibu, Sarawak. Tel: 084-315494 ● Columbia Asia Medical Centre Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit, CDT 155, 98009, Miri, Sarawak. Tel: 085-437755 ● Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu Tingkat 2, Block C, Lot 21-24 Heritage Plaza, Off Jalan Lintas Luyang, 88300, Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-726324, 088-726309, 088-726185 Sekiranya Terdapat Sebarang Pertanyaan Sila hubungi: Pejabat Kesihatan KLIA: Tel: 03-87768399 (waktu Pejabat) 03-87763660 (Pusat Kuarantin Kesihatan – 24 jam) 03-87776718 (Pejabat Kesihatan KLIA LCCT – 24 jam) Alamat E-mail : [email protected] t.my No. Faks: 03-87872054 (Pejabat), 03-87763658 (Pusat Kuarantin Kesihatan)