kepentingan sambutan hari kemerdekaan di sekolah

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 13-Jan-2016

1.457 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

kepentingan merdeka

TRANSCRIPT

Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah Perayaan hari kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan hari kemerdekaan ini mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. Antara kebaikan program sambutan hari kemerdekaan adalah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Di peringkat sekolah, kebiasaannya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan sebagainya. Pelajar juga akan mengetahui dan menghayati bagaimana sukarnya tokoh-tokoh pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan. Oleh itu, diharap sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotik yang kian luntur dalam diri generasi muda di negara kita.Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah tayangan filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Kesimpulannya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di peringkat sekolah. Pelajar perlulah menghayati semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing agar semangat patriotisme terus mekar dalam sanubari masing-masing.