kepentingan pembangunan modal insan dan langkah

9
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan. Pendahuluan : Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing. Isi : A) Kepentingan Pembangunan Modal Insan 1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti. Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti. Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti. Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman. 2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi. Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Upload: aerieattha

Post on 12-Jan-2016

211 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

GURU BERKUALITI ASAS KEPADA PENGHASILAN MODAL INSAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan.

Pendahuluan :

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai

murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.

Isi :

A)

Kepentingan Pembangunan Modal Insan

1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis

Amanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.

Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.

Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.

2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.

Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Page 2: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.

Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan

kepada rakyat.

Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkan

budaya kerja yang tinggi.

Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara.

Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.

Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajar

berkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpin

yang telus.

4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.

Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakat

yang tinggi nilai rohaninya.

Page 3: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.

Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan

pelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma masyarakat.

B)

Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :

6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.

Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.

60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkan

kecemerlangan pendidikan negara.

7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.

Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.

Page 4: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai

projek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa.

Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.

8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.

Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.

Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan

RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.

9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300

juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.

Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk

mengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.

10. Melaksanakan program sosial.

PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga muda

ke arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.

Page 5: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.

Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya

dengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.

11. Mempertingkatkan program kerohanian.

Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspek

ketamadunan umat seimbang.

•Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.

12. Mewujudkan program ekonomi.

•Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.

•Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaan

dan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.

Penutup :

• Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.

Melalui usaha memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah antara keutamaan yang dilakukan oleh kerajaan dengan memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.

Oleh itu, untuk melahirkan modal insan, peranan kerajaan dan juga para guru adalah tunggak utama ke arah kejayaannya. Pendidikan pada dasarnya adalah suatu unsur sosial dan proses yang diciptakan oleh masyarakat untuk memudahkan kehidupan sosial dalam masyarakat.

Lantaran itu, pendidikan berlaku di mana sahaja dan selama mana manusia bertindak balas terhadap kehidupan dan pengajaran merupakan sebahagian daripada pendidikan.

Page 6: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Jelaslah, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Ini semua bertujuan untuk melahirkan modal insan berkualiti dan cemerlang.

Oleh itu, melalui falsafah pendidikan al-Quran iaitu sebagai guru memberi petunjuk dan motivasi ke arah pemantapan akidah, membentuk akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan bertakwa kepada Allah SWT.

Seterusnya, berusaha membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah SWT.

Beberapa usaha dilakukan untuk melahirkan modal insan cemerlang. Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas.

Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya dan dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang. Pendidikan juga mestilah menjurus kepada keutamaan berakhlak, jaminan sosial yang baik dan mendidik ke arah menjaga alam persekitaran.

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai kemahiran, ke arah kecemerlangan generasi akan datang dalam memperkasa ilmu dan kemahiran untuk tujuan bidang pekerjaan.

Kehidupan manusia akan terancang apabila mereka memiliki sumber yang khusus membimbing ke arah kejayaan hidup di muka bumi ini.

Asas pendidikan dalam kehidupan manusia melalui pendidikan sosial, pendidikan akhlak, pendidikan alam sekitar, pendidikan kejiwaan, pendidikan mental, pendidikan jasmani, pendidikan ilmu, sains dan sebagainya.

Dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu umat Islam boleh mengambil contoh Nabi SAW dan juga Imam Syafi’e. Menurut beliau, menuntut ilmu adalah lebih utama daripada ibadah sunah. Beliau

Page 7: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

mempunyai banyak guru antaranya Malik bin Anas, Sufyan Uyainah, Ibrahim bin Sa’ad dan banyak lagi. Imam Syafi’e yang pintar dan banyak anak muridnya menjadi ulama.

Telah sepakat para ulama bahawa Imam Syafi’e adalah seorang alim besar di Timur dan Barat. Imam agama Islam di dunia. Allah SWT himpunkan padanya apa yang tidak ada pada imam-imam sebelum dan sesudahnya.

Negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi.

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.

Seterusnya, sebagai guru aspek-aspek pendidikan menurut al-Quran mestilah dititikberatkan dalam pendidikan iaitu meliputi pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan.

Sikap guru juga mestilah memiliki sikap adil, lemah-lembut, kasih sayang, persamaan, musyawarah, persaudaraan, berdisiplin, boleh dijadikan contoh, memudahkan pengajaran dan mengarak ke masa depan yang maju dan cemerlang.

Realitinya, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama telah menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan iaitu pelajar di sekolah.

Manakala, para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti iaitu berilmu dan berkemahiran tinggi untuk sebuah negara maju yang membangun.

Oleh itu, pendidikan itu ialah satu proses pengajaran, pembelajaran dan bimbingan masyarakat dalam aspek kehidupan manusia.

Page 8: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Memperkasakan modal insan

Diterbitkan: Selasa 12 Feb, 2008

Oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional.

Oleh itu, pembangunan modal insan yang dilaksanakan secara holistik harus merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek.

Ini termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif serta progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pelaburan dalam modal insan akan diberikan penekanan yang lebih besar dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi, memacu ekonomi berasaskan pengetahuan serta membentuk masyarakat dengan sistem nilai yang boleh diteladani.

Semuanya ini seiring dengan aspirasi murni Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu Malaysia mempunyai rakyat yang berminda kelas pertama demi mewujudkan bina upaya supaya kemajuan yang akan dicapai lebih baik dari hari ini dan kemajuan hari ini lebih baik dari semalam.

Pelbagai langkah drastik

Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai langkah drastik diambil, antaranya ialah:

Page 9: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

* Kualiti sekolah rendah dan menengah diperkasakan dengan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) termasuk mewujudkan Sekolah cemerlang, Sekolah kluster, memperkukuhkan profesion perguruan dan merapatkan jurang sekolah bandar dan luar bandar,

* Yuran peperiksaan dan yuran persekolahan juga dimansuhkan selain menyediakan skim pinjaman buku teks kepada 5.7 juta pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah,

di samping itu juga, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya profesion perguruan dimantapkan, elaun guru pendidikan khas dinaikkan, guru ganti lulusan ijazah diperluaskan, tambahan elaun guru mengajar bahasa Mandarin dan Tamil turut diberikan.

Selain itu, guru bersara yang berupaya diambil semula berkhidmat sebagai guru ganti atau tenaga pengajar guru pelatih diberi peluang untuk menyambung perkhidmatan.

Pelan Strategi Pengajian Tinggi (PSPT) juga dilancarkan untuk mengubah sektor pengajian tinggi bagi menghasilkan modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

Pelbagai peruntukan

Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di empat buah universiti, dengan mengambil langkah menaikkan taraf Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Pertahanan dan menambahkan kemudahan UiTM untuk menampung seramai 200,000 pelajar.

Sebanyak RM2 bilion juga disediakan sepanjang tahun 2008 untuk pelbagai agensi latihan kerajaan selain menaikkan taraf beberapa pusat latihan, antaranya, Pusat Giatmara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia Negara dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi.

Usaha berterusan juga akan dilakukan untuk terus menaikkan tahap ketrampilan dalam gunatenaga bagi membangunkan modal insan sesuai dengan matlamat menuju ke arah persediaan sebagai sebuah negara maju.

Page 10: Kepentingan Pembangunan Modal Insan Dan Langkah

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat dengan memberikan pelepasan cukai pengajian peringkat pasca ijazah dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan modal insan dalam bidang ICT.

Hakikatnya, demi mencapai status negara maju seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020, kerajaan terus mempergiatkan usaha bagi membangunkan pekerja berpengetahuan, iaitu berdaya saing, fleksibel, dinamik dan berorientasikan prestasi dan kecemerlangan.

Penulis ialah Timbalan Menteri Penerangan Malaysia. BERNAMA