kenyataan sebut harga - jtlm sh(b)05/2015

15
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221401 Bangunan/Hiasan Dalaman atau 221305 Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan, Taman Hiburan dan Karnival/Pestaria dan boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (eP-enabled) bagi sebutharga seperti berikut : BIL TEMPOH PELAWAAN NOMBOR SEBUTHARGA TAJUK KOD BIDANG 1 29 Jun 2015 hingga 1 Julai 2015 JTLM SH(B) 5/2015 Mereka, Membekal Dan Memasang Kelengkapan Pameran Di Pusat Taman Laut Pulau Redang,Terengganu (Lihat syarat-syarat sebut harga) 221305 / 221401 1. JTLM tidak menyediakan sebarang dokumen bagi sebutharga di atas dan Syarikat boleh mengemukakan tawaran harga samaada melalui surat/faks/emel terus kepada Urusetia Sebut Harga & Tender JTLM seperti alamat dibawah: Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489 Emel : [email protected] * Tawaran harga perlu dikemukakan bersekali dengan salinan SSM, MOF, Penyata Bank terkini dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Mana-mana syarikat yang gagal mengemukakan dokumen lengkap TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN untuk penilaian. 2. Penyebut harga dinasihatkan supaya menghubungi pegawai yang berkenaan di bawah jika memerlukan penjelasan lanjut berkenaan sebut harga ini sebelum tamat tempoh penyerahan tawaran sebutharga :- i. Pn Azizul Fariha Bt Ghazali [email protected] / 09-6312062 ii. En. Ahmad Imran Bin Mohamad [email protected] / 019-9056694 Tarikh: 29 Jun 2015

Upload: nguyennhu

Post on 22-Jan-2017

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221401 – Bangunan/Hiasan Dalaman atau 221305 – Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan, Taman Hiburan dan Karnival/Pestaria dan boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (eP-enabled) bagi sebutharga seperti berikut :

BIL TEMPOH PELAWAAN

NOMBOR SEBUTHARGA

TAJUK

KOD BIDANG

1

29 Jun 2015 hingga 1 Julai 2015

JTLM SH(B)

5/2015

Mereka, Membekal Dan Memasang Kelengkapan Pameran Di Pusat Taman Laut Pulau Redang,Terengganu (Lihat syarat-syarat sebut harga)

221305 / 221401

1. JTLM tidak menyediakan sebarang dokumen bagi sebutharga di atas dan Syarikat boleh

mengemukakan tawaran harga samaada melalui surat/faks/emel terus kepada Urusetia Sebut Harga & Tender JTLM seperti alamat dibawah:

Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489 Emel : [email protected] * Tawaran harga perlu dikemukakan bersekali dengan salinan SSM, MOF, Penyata

Bank terkini dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Mana-mana syarikat yang gagal mengemukakan dokumen lengkap TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN untuk penilaian.

2. Penyebut harga dinasihatkan supaya menghubungi pegawai yang berkenaan di bawah jika

memerlukan penjelasan lanjut berkenaan sebut harga ini sebelum tamat tempoh penyerahan tawaran sebutharga :-

i. Pn Azizul Fariha Bt Ghazali [email protected] / 09-6312062 ii. En. Ahmad Imran Bin Mohamad [email protected] / 019-9056694

Tarikh: 29 Jun 2015

Page 2: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syaratsyarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. Sebut harga oleh penyebut harga juga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan.

2.2 Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

2.3 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.

2.4 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.

2.5 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah:

(i) memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan

(ii) membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN Sebut harga bagi sebahagian bilangan item tidak boleh ditawarkan dan akan ditolak.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

Page 3: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

5. PERSETUJUAN (i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki. 7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENAMATAN

Jabatan berhak untuk membatalkan kontrak perkhidmatan sekiranya penyebut harga berada dalam situasi berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Jabatan;

9.1 Sekiranya penyebut harga gagal membuat pembekalan seperti yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima tanpa sebab yang munasabah;

9.2 Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

9.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

Page 4: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

9.4 Tidak mematuhi arahan Pegawai Jabatan tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan

9.5 Apabila penyebut harga diiisytiharkan muflis oleh pihak yang sah. Sekiranya perlantikan penyebut harga ditamatkan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap penyebut harga tersebut;

10. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Ketua Pengarah JTLM terlebih dahulu.

11. TAFSIRAN Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

12. INSURANS Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG

KELUARAN MALAYSIA

13. CUKAI Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan 14. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual 15. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

16. CUKAI Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

Page 5: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

17. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

18. PEMBUNGKUSAN (i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

Page 6: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dibawah ini membolehkan Sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA

1.1. Syarikat yang hendak menyertai Sebutharga ini hendaklah terlebih dahulu

berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 221401 atau 221305. Salinan surat Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebutharga hendaklah mengemukan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan

2. HARGA TAWARAN

2.1. Harga-harga yang ditawarkan Penyebutharga adalah termasuk semua kos

seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Membekal dan Memasang Kelengkapan Pameran di Pusat Taman Laut Pulau Redang;

2.2. Penyebutharga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/kawasan dan

sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga tawasan. JTLM tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan

2.3. Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga in ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku Sebutharga. Penyebutharga yang berjaya ditawarkan Sebutharga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

3. TEMPOH PERKHIDMATAN

Tempoh pembekalan bagi sebut harga ini adalah 3 bulan atau 12 minggu

4. PERTIMBANGAN TAWARAN

Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebutharga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebutharga dan dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walaubagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebutharga yang menawarkan harga terendah

Page 7: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

LAMPIRAN A

SKOP DAN SPESIFIKASI KERJA

BORANG TAWARAN HARGA

MEREKA,MEMBEKAL DAN MEMASANG KELENGKAPAN PAMERAN DI PUSAT TAMAN

LAUT PULAU REDANG, TERENGGANU

Bil Item/Spesifikasi Unit Qty Rate (RM)

Amount (RM)

1.0

MEREKA,MEMBEKAL DAN MEMASANG KELENGKAPAN PAMERAN DI PUSAT TAMAN LAUT PULAU REDANG, TERENGGANU

Pembekal perlu mengambilkira keperluan logistik semasa

memasukkan harga tawaran.

1.1 Membekal peralatan seperti berikut:

a) Model 3D dasar laut berukuran 4 kaki panjang x

3 kaki lebar x 2 kaki tinggi beserta stand

berukuran 32 inci tinggi x 2 inci pipe stainless

steel yang mengandungi model haiwan marin

berikut :

Seekor penyu Agar bersaiz 5 inci ke 8 inci

4 Jenis Batu Karang bersaiz tinggi 6 inci x

4 inci bagi setiap jenis iaitu Staghorn

Coral, Sea Anemone, Brain Coral, Tube

Sponge,Cabbage Coral

7 Jenis Ikan bersaiz 3 inci ke 5 inci, x 2

ekor setiap jenis iaitu Clown Anemonefish,

Sergeant Major, Beaked Butterflyfish,

Lionfish, Racoon Butterflyfish,Yellow

Boxfish, Grouper

Seekor Moray Eel bersaiz 6 inci panjang

10 inci Seagrass

10 inci Seawed

dan

Poster UV printing untuk background,

(hiasan dalaman akuarium),Plate

penerangan maklumat 30 inci x 10 inci

b) Information Stand (hatchery) stainless steel

unit

set

1

3

Page 8: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

Bil Item/Spesifikasi Unit Qty Rate (RM)

Amount (RM)

berukuran 18 inci panjang x 12inci lebar ( papan

lantai dialas dengan Acrylic Frame Poket ) x

48inci tinggi x 2 inci pipe stainless steel. Dan

poster UV printing mengikut saiz papan lantai.

c) Signboard “HATCHERY’ ukuran 2 kaki lebar x 4

kaki panjang. ( papan lantai ACP 5mm di alas

stiker dari jenis stiker UV cetakan biru bertulisan

putih dan bergambar 2 ekor penyu )

d) Information Mural Foam Board berukuran 96 inci

panjang x 48 inci lebar ( 1 inci tebal papan lantai

dari jenis Foam Board dialas dengan information

stiker UV Printing, penutup dari jenis Acrylic 5mm

dan stainless steel screw bracket )

e) Kotak Acrylic “Proses Penetasan Penyu”

berukuran 18 inci panjang x 18 inci lebar x 36 inci

tinggi x 6mm acrylic dan infomasi Acrylic Frame

dengan infomasi UV Printing ukuran kertas A4.

(didalam kotak hendaklah mempunyai 20 biji telur

keseluruhan 5 biji yang menetas, 8 ekor sedang

memanjat ke permukaan dan 4 ekor di atas

permukaan pasir dan pasang dengan jaring pagar

diatas permukaan berukuran 5 inci tinggi )

3.1 Kerja-kerja mereka,membekal dan memasang kelengkapan pameran di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu lokasi berikut:

a. Jabatan Taman Laut Negeri di alamat berikut:

Pejabat Taman Laut Terengganu

No 16 Blok B,Bistari centre

Jalan Hiliran Pulau Kambing

20300 Kuala Terengganu,

Terengganu

No Tel: 09-6312062

Faks: 09-6227266

Email: [email protected]

(dihantar ke Pusat Taman Laut Pulau Redang)

unit

unit

set

1

4

1

JUMLAH BESAR

Page 9: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

GAMBARAJAH SPESIFIKASI

MEMBEKAL DAN MEMASANG HIASAN DALAMAN PUSAT INFORMASI PENYU DI PUSAT TAMAN LAUT PULAU REDANG

Information Stand (hatchery)

Page 10: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

Information Mural Foam Board

Page 11: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

Signboard “HATCHERY’

Page 12: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

Kotak Acrylic “Proses Penetasan Penyu”

Page 13: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

4 kaki panjang

3 kaki lebar

Model 3D dasar laut

Page 14: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

LAMPIRAN B

NAMA SYARIKAT:

ALAMAT SYARIKAT:

SENARAI KUANTITI

BORANG TAWARAN SEBUT HARGA

MEREKA,MEMBEKAL DAN MEMASANG KELENGKAPAN PAMERAN DI PUSAT TAMAN LAUT PULAU REDANG, TERENGGANU

Perakuan Penyebutharga:

a. Tempoh yang ditawarkan untuk penghantaran bekalan diatas adalah:

________________________

b. Harga yang ditawarkan untuk bekalan diatas adalah :

RM___________________

(Ringgit Malaysia:…………………………………………………………………………)

c. Penghantaran akan dibuat ke:

PUSAT TAMAN LAUT PULAU REDANG,

KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU

Saya/Kami dengan ini bersetuju dan akan mematuhi Skop dan Spesifikasi Kerja (LAMPIRAN A) dan semua syarat-syarat yang dinyatakan pada dokumen sebut harga ini.

................................................ ............................................... (Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama :……………………

No. K/P : ....................................... No. K/P :…………………….

Jawatan : ....................................... Jawatan :…………………….

Cop Syarikat

Page 15: Kenyataan Sebut Harga - JTLM SH(B)05/2015

LAMPIRAN C (SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

JTLM-SH(B)05/2015 MEREKA,MEMBEKAL DAN MEMASANG KELENGKAPAN PAMERAN DI PUSAT TAMAN

LAUT PULAU REDANG, TERENGGANU

Saya....................................................................... No KP :........................................ yang mewakili

syarikat .................................................................................................. No. Pendaftaran MOF

............................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu

yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu

dalam Jabatan Taman Laut Malaysia, atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan

kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar

atau memberi rasuah kepada individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia atau mana-mana

individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya

sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 perkara balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang

berkuatkuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana

individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut

kepada pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang

berhampiran.

Yang benar,

........................................ Nama : No. Kp : Cop syarikat : Catatan: i) *potong mana yang tidak berkenaan ii) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa