papan kenyataan

Download papan kenyataan

Post on 04-Jan-2016

275 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

download laju2

TRANSCRIPT

KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN MESIN Pastikan mana-mana bahagian mesin yang barbahaya dipasang alat pelindung. Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau yang mestilah mengakibatkan kebakaran

KESELAMATAN DIRI SENDIRI Elakkkan memmakai pakaian yang longga. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. Memakai gogel atau alat pelindung yang lain Elakkan memakai barang-barang hiasan. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan Rambut mestilah pendek dan kemas.

Jahitan KiaJahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas. Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan. Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin. Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.Berikut adalah langkah jahitan kia:

Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.Cucuk jarum pada A dan keluarkanjarum pada B dengan jarak1mm hingga 2 mm.

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak4 mmdari A.

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

Jelujur HalusJahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas. Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri. Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.

Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Jahitan SembatJahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.Berikut adalah langkah jahitan sembat:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30.

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Jahitan Lubang ButangJahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan. Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik. Tarik benang dan susup di bawah jarum. Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Jahitan Silang PangkahJahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:

Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.

Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan Insang PariJahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.Berikut adalah langkah jahitan insang pari:

Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit. Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

CONTOH-CONTOH KAD MENU

PERANGGU MEJAPanduan Menyediakan Peranggu MejaPanduan pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan alatan yang bersih dan kering. Alas meja dan napkin yang digunakan juga mestilah bersih. Gunakan alas meja atau saperah yang bersesuaian dan bentangkan dengan rata di atas meja hidangan. Alaskan hidangan panas dengan alas pinggan. Manakala aturkan kutleri dan pinggan dengan jaraj 2.5cm dari tepi meja. Mulut gelas hendaklah dihalakan ke atas. Letakkan gelas disebelah kanan hujung sudu atau pisau. Jika makan dengan tangan, letakkan gelas di sebelah kiri pinggan. Letakkan garpu dengan menunjukkan jejarinya ke hadapan di sebelah kiri pinggan makanan. Langkah akhir sekali ialah letakkan gubahan bunga yang rendah dan ringkas untuk menyerikan meja hidangan.

Sajian Cara Melayu

1. Alas meja atau saperah digunakan untuk mengalas sajian.2. Orang Melayu makan dengan menggunakan tangan kanan. Oleh itu, kendi air disediakan untuk mencuci tangan sebelum, semasa, dan selepas makan.3. Gelas minuman diletakkan di sebelah kiri pinggan makan.Sajian Cara Cina

1. Biasanya meja hidangan berbentuk bulat digunakan.2. Penyepit diletakkan di atas pengalas penyepit dan disusun di sebelah kanan pinggan / mangkuk.3. Cawan teh diletakkan di sebelah kanan penyepit.

Sajian cara India

1. Pinggan/mangkuk kalis karat digunakan untuk menyaji makanan.2. Kendi air disediakan3. Gelas air diletakkan di sebelah kiri pinggan/mangkuk kalis karat atau daun pisang.Sajian Cara Barat

1. Menggunakan alas meja dan lapik pinggan sebagai alas sajian.2. Gelas minuman diletakkan dis ebelah kanan pinggan makan.3. Camca,sudu,garpu dan pisau digunakan dalam sajian cara Barat.4. Nepkin meja di sediakan di atas meja hidangan.

PEMASANGAN KIT MODEL KERETALangkah utama1. Sediakan kit model kereta dan alatan yang diperlukan. Kenal pasti jenis dan bilangan komponen mencukupi mengikut bahagian. 2.Teliti gambarajah dan panduan kerja. Susun komponen mengikut urutan pemasangan untuk setiap bahagian. 3. Pasangkan komponen untuk dijadikan bahagian mengikut urutan. 4. Pasangkan bahagian-bahagian kit untuk dijadikan kit model. 5. Uji dan laraskan kedudukan bahagian model yang telah dipasang. Teliti semua bahagian yang dan komponen untuk memahami fungsinya. 6. Buka semula semua bahagian dan komponen mengikut urutan. Semak, susun dan simpan kit model di dalam kotaknya.

KOMPONEN KIT MODEL KERETA

Gear Roda Motor Kerangkagka