kenyataan akhbar kementerian kesihatan...

17
1 KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 20 OKTOBER 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut: Sabah (433 kes); Kedah (109 kes); Selangor (77 kes); Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes); Negeri Sembilan (2 kes); Johor (1 kes); Pahang (1 kes); dan Terengganu (1 kes). STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

1

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019

(COVID-19) DI MALAYSIA 20 OKTOBER 2020

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari

ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini

menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19

adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan

kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Sabah (433 kes);

Kedah (109 kes);

Selangor (77 kes);

Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes);

Negeri Sembilan (2 kes);

Johor (1 kes);

Pahang (1 kes); dan

Terengganu (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharu

telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah

Page 2: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

2

sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan

COVID-19 adalah 7,681 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1

peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah

serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235

kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan

Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak

menjangkiti masyarakat.

Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi,

Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari.

Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan

daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk

lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan

pulang dari Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2)

kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan

satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara iaitu dari negara:

Mesir (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan

Indonesia (1 kes di Sarawak)

Daripada 860 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan

pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan

mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah

sebanyak 452 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Page 3: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

3

Sabah: 673 kes

o 260 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang; dan

o 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 132 kes

o 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan

o 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 17 kes

o 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Perak: Sembilan (9) kes

o Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes

o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);

o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Page 4: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

4

Negeri Sembilan: Enam (6) kes

o Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes

o Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan

o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-

19.

Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit

Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and

Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa

terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru,

jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes

(0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Page 5: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

5

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian

Kes No.

Negeri Jantina Umur

(tahun) Hospital

Latar Belakang

191 13509 Sabah Lelaki WN

78 Hospital Tawau

Penyakit

darah tinggi, dislipidemia

dan penyakit jantung

192 14987 Sabah Perempuan

WN 59

Hospital Tawau

Penyakit

darah tinggi, kencing

manis dan penyakit

buah pinggang

kronik

193 22036 Sabah Perempuan

WN 90

Hospital Queen

Elizabeth

Penyakit

darah tinggi dan

penyakit jantung

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Page 6: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

6

KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah

dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes

indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19

hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu,

Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif

COVID-19.

Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah

disaring, di mana:

21 kes dikesan positif COVID-19; dan

195 individu negatif.

PENINGKATAN KES YANG MENDADAK DI SELANGOR

Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif

COVID-19 di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri

Selangor mula menyaksikan peningkatan kes pada penghujung bulan

September 2020 setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari negeri

Sabah.

Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah

Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah

melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Peningkatan kes penularan

tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan

meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Page 7: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

7

Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula

kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan

(Kluster Hentian):

• Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan

tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai

perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.

• Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah

berkaitan dengan jangkitan tempatan.

• Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan

perebakan di tempat kerja (34.6 peratus).

• Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8

peratus).

Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di

kalangan penduduk di negeri Selangor dan pengunjung di negeri Selangor.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-

nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu

kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place),

elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang

atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Page 8: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

8

Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),

memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah

diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos

2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang

lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-

mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara

kebiasaan bersalam;

o Amalkan etika batuk dan bersin;

o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap

disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP);

O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan

orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan

bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter

diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara,

dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa

dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM

Page 9: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

9

akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah

dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 20 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

Page 10: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

10

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI

BILANGAN KES

BAHARU *( )

BILANGAN

KES

KUMULATIF

SABAH 673 8,755

SELANGOR 132 3,489

W.P. KUALA LUMPUR 7 (1) 2,860

KEDAH 17 1,957

NEGERI SEMBILAN 6 1,110

JOHOR 1 840

SARAWAK 1 (1) 769

PULAU PINANG 8 670

PERAK 9 424

PAHANG 0 388

MELAKA 0 299

KELANTAN 1 174

TERENGGANU 0 163

W.P. LABUAN 6 160

W.P. PUTRAJAYA 1 129

PERLIS 0 38

JUMLAH KESELURUHAN 862 (2) 22,225

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Page 11: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(20 Oktober 2020)

Kluster Negeri Daerah Kes

Baharu

Jumlah

Kes

Jumlah

Yang Disaring

Kes Aktif

(Kes ICU)

Jumlah

Sembuh

Jumlah

Kematian

1 Penjara Kepayan

Sabah Kota Kinabalu 231 415 680 415 (0) 0 0

2 Hentian Selangor Hulu Langat 42 49 127 49 (0) 0 0

3 Benteng LD

Sabah Lahad Datu, Tawau,

Sandakan, Kinabatangan,

Tuaran

12 1,077 16,503 194 (0) 882 1

4 Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Petaling, Klang, Kuala Langat,

Seremban, Titiwangsa, Putrajaya

12 62 577 62 (0) 0 0

LAMPIRAN 2

Page 12: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

5 Bah Sintok

Kedah, Negeri Sembilan, Selangor

Kubang Pasu, Seremban, Gombak

11 49 491 48 (0) 1 0

6 Buntar Kedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau

Pinang

Kuala Muda, Kerian,

Putrajaya, Batu Pahat, Johor

Bahru, Petaling, Sepang,

Seberang Perai Selatan

10 33 335 33 (0) 0 0

7 Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur

Gombak, Hulu Langat,

Petaling, Alor Gajah, Lembah

Pantai

9 194 865 176 (0) 18 0

8 Jalan Bomba

Sabah Sandakan 9 25 316 21 (0) 2 2

Page 13: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

9 Menara Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu,

Melaka

Hulu Langat, Petaling,

Gombak, Klang, Sepang, Cheras,

Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya,

Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka

Tengah

8 49 361 47 (0) 2 0

10 Bah Manggis

Sabah, Selangor, Negeri Sembilan

Tawau, Kuala Langat,

Seremban

7 48 733 30 (0) 18 0

11 Alma Pulau Pinang Seberang Perai Tengah,

Seberang Perai Selatan,

Seberang Perai Utara

7 24 224 24 (0) 0 0

Page 14: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

12 Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai

Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut,

Matang & Selama

4 1,576 7,391 823 (5) 752 1

13 Ramai-Ramai

Sabah Sandakan 4 195 734 156 (1) 39 0

14 Sungei Way

Selangor, WP Kuala Lumpur, Pulau

Pinang

Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala

Langat, Titiwangsa,

Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut Seberang

Perai Utara

2 56 329 48 (0) 8 0

Page 15: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

15 Simera Terengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak,

Johor, WP Putrajaya

Besut, Kuantan, Petaling, Klang,

Hulu Langat, Gombak, Port

Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor

Bahru, Putrajaya

2 54 737 43 (1) 11 0

16 Saguking WP Labuan Labuan 2 41 533 41 (0) 0 0

17 Keladi Selangor Klang 2 30 216 30 (0) 0 0

18 Merbok Selangor Kuala Langat, Klang, Hulu

Langat, Petaling, Kuala

Selangor

2 18 615 18 (0) 0 0

19 Tujuh Serangkai

Sabah Tuaran 1 164 2,655 122 (0) 41 1

20 Benteng PK

Selangor Klang, Kuala Langat

1 61 432 17 (0) 44 0

Page 16: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

21 Bah Tropicana

Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Petaling, Gombak, Klang,

Titiwangsa, Lembah Pantai

1 51 716 39 (0) 12 0

22 Tanamera Sabah Tawau 1 47 84 33 (0) 14 0

23 Bestari Sabah Sandakan 1 27 61 15 (0) 12 0

24 Kencana Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur,

Terengganu

Petaling, Hulu Langat, Klang,

Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu

Pahat, Pontian, Kuala Nerus

1 26 242 21 (0) 5 0

25 Tasik Sarawak, Selangor Miri, Petaling, Hulu Langat,

Klang, Gombak

1 24 552 20 (0) 4 0

26 Olive Selangor, Sabah Hulu Langat, Penampang, Kota Marudu

1 18 541 16 (0) 2 0

27 Buang Sayang

Sabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,

Negeri Sembilan

Sipitang, Pitas, Putatan,

Titiwangsa, Seremban,

Rembau

1 17 414 8 (0) 9 0

Page 17: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN ...covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-20...2020/10/20  · Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru,

*BWN = Bukan Warganegara