muka depan pentaksiran prasekolah manjung

10

Upload: cikgu-echah

Post on 18-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pentaksiran pra

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian.

TUJUAN PENTAKSIRAN

Mengesan pertumbuhan murid Mengenalpasti kecerdasan & potensi Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Memberi maklumbalas kemajuan muridCIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Mementingkan proses untuk menghasilkan produk. Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik). Dijalankan dalam suasana tidak formal. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran. Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU

Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid. Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan. Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID

Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :

Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka. Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.PERKARA YANG DITAKSIR MERUPAKAN KONSTRUK YANG TERKANDUNG DI DALAM KSPK YANG TERDAPAT DALAM : Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan PERKARA-PERKARA YANGDITAKSIR TERMASUK ELEMEN BERIKUT:- penerapan nilai pembentukan sikap penguasaan kemahiran status kecergasan status kesihatan kesediaan sosial Panduan umum:

1. Pemerhatian yang dijalankan tidak semestinya mengikut urutan dalam instrumen senarai semak ini.

2. Kaedah dan masa pemerhatian terpulang kepada kebijaksaan guru dan kesediaan murid.

3. Pemerhatian tidak harus dijalankan jika murid didapati gelisah atau tidak selesa.

4. Guru boleh mengisi instumen senarai semak ini dengan:

a. mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan pada waktu itu

b. mengenal pasti konstruk yang ingin difokuskan pada waktu itu

c. lain-lain sila nyatakan kaedah

5. Guru boleh membina instrumen lain seperti yang dicadangkan dalam Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah untuk membantu beliau mengisi instrumen senarai semak ini.

6. Pemerhatian boleh dijalankan tiga kali setahun, iaitu:

a. Kali pertama: Februari ke April

b. Kali kedua: Mei ke Julai

c. Kali ketiga: Ogos ke Oktober

SKALA PERKEMBANGAN MURID (STANDARD PRESTASI PRASEKOLAH)

Skor(Tahap Penguasaan)

SimbolKriteria

Telah Menguasai

TMTahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila

Sedang Maju

SMTahu dan boleh buat dengan bimbingan.

Belum MenguasaiBMTahu beberapa perkara asas (yang minimum) berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

Singkatan Sumber Evidens

LILisan

PRProjek

HKHasil kerja

TLTingkah laku

LLLain-lain