kenegaraan

15
HNS 2013 KENEGARAAN NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK: 1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D20121058086 2. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D20121058087 3. DAVINDRAN A/L RAMESH D20121058090 4. AMIRAH BINTI AB WAHAB D20121058091 5. NURAISYAH BT ADZMAN D20121058094 6. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D20121058098 7. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108 SOALAN 5 TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH NAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMI 1

Upload: aswa-nina

Post on 01-Jul-2015

1.304 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenegaraan

HNS 2013

KENEGARAAN

NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK:

1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D201210580862. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D201210580873. DAVINDRAN A/L RAMESH D201210580904. AMIRAH BINTI AB WAHAB D201210580915. NURAISYAH BT ADZMAN D201210580946. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D201210580987. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108

SOALAN 5

TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUK

MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG

TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH

NAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMI

KUMPULAN : F

1

Page 2: Kenegaraan

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara

keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Tanpa

perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan Perpaduan ialah satu proses

yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara

supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu

perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara.

Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara

kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,

kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi

kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Pelbagai usaha dari aspek

politik, ekonomi dan sosial telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai dan

mengukuhkan perpaduan di negara kita.

2

Page 3: Kenegaraan

USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUK

PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAH

Aspek Politik

Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2000), “Malaysia

adalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.”

Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara

perwakilan. Dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah

negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang

memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof.

Madya Dr. Zainal Abidin Ahamad Mazlan Zulkifly (2006), "Satu cara untuk mewujudkan

perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan." Rakyat Persekutuan

Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan

pengalaman pilihanraya iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen.

Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota Majlis

Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan.

Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah

perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli

pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara

Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.

Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjadi

tumpuan parti-parti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.

Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu,

UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahan

teruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yang

dinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC)

telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah mengemukakan

manifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaum-kaum lain.

3

Page 4: Kenegaraan

Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan.

Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di

negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum

untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik,

organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara

kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat

keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu

persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain.

Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada

perkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa

Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.

Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip

kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di kalangan

warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih menghadapi keadaan

darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui

kesetiaan orang Cina. Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju untuk bertolak

ansur menerima prinsip jus soli.

Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap

persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin bukan Melayu

dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan

Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnya

adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Dari sini bermulalah sikap

bertolak ansur antara kaum di Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan negara hari ini.

Aspek Ekonomi

Dari aspek ekonomi pula, mantan Perdana Menteri negara, Tun Abdul Razak Dato’

Hussien telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dua langkah telah

diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan

4

Page 5: Kenegaraan

seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan

peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua

pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi

membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang

dilaksanakan oleh penjajah. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses ini

telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai

objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat."

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terhad di kawasan perkampungan yang mana

hanya melibatkan pertanian dan perikanan manakala kaum India pula dikhususkan untuk

mengerjakan ladang-ladang kepunyaan penjajah. Kaum Cina pula berada di bandar-bandar

mengerjakan lombong malah diberi sedikit keistimewaan untuk menjalankan perniagaan.

Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristiwa

rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidaktegasan melaksanakan apa yang telah

termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan

orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi

ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi-ekonomi dan taraf pendidikan

serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera

dengan bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan

pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah

ke kota mencari pekerjaan.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun

1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan

Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan bukan

Bumiputera dari segi semua bidang. DEB telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia

ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan

utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi

tanpa mengira kaum.

5

Page 6: Kenegaraan

Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk

meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum

bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru

diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum

Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada

tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat

ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990.

Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman

modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang

menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30

peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun.

Kewujudan Federal Land Development Activity (FELDA) pada 1 Julai 1956 telah

mengubah banyak nasib rakyat Malaysia. Penyediaan tanah untuk diterokai membolehkan

mereka mengubah nasib hidup dan juga mengekalkan perpaduan kaum. FELDA terdiri daripada

pelbagai kaum di Malaysia yang mendiami satu kelompok.

Dengan pelaksanaan DEB ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif

dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah

keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu

pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam

dasar-dasar dan program-program tertentu.

Aspek Sosial

Dari aspek sosial pula, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memupuk

perpaduan antara penduduk pelbagai kaum. Antaranya ialah pengenalan Rukun Negara. Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan

dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari

1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak.Setelah berbincang

serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah

merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu

diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang

6

Page 7: Kenegaraan

telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang

tahun ke-13 kemerdekaan Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu

membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan

rakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah

penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam

bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Ia juga merupakan landasan yang

menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan

bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.

Dari aspek pendidikan pula, suatu sistem pendidikan nasional tidak wujud sehingga

penubuhan Penyata Razak. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan

proses pencapaian perpaduan.Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing

sebagai bahasa pengantar. Malah SJKC dan SJKT menggunakan kurikulum pendidikan yang

digunakan di China dan India. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai

melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan

Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak

1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beberapa langkah telah diambil bagi memenuhi

matlamat dasar ini. Antaranya termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatan

pelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia dan melaksanakan

kegiatan kokurikulum.

Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan

memperkayakan Bahasa Melayu. DBP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-

program seperti Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan pengaplikasian

Bahasa Melayu oleh semua kaum dan cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa” telah diwujudkan pada

1960. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 telah mengukuhkan lagi

kedudukan Bahasa Melayu dan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

perpaduan integrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan

7

Page 8: Kenegaraan

belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam

Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan

rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-

pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan

yuran persekolahan sehingga tingkatan lima tanpa mengira latar belakang pelajar dan ini

memastikan peluang pelajaran yang saksama bagi setiap kaum. Selain itu, Skim Pinjaman Buku

Teks (SPBT) yang sebelum ini hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari

segi ekonomi turut diberikan kepada semua pelajar tanpa berkecuali kini. Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) juga merupakan salah satu program yang masih lagi diteruskan sehingga

sekarang. Semua ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai

medium utama bagi memupuk perpaduan.

Inisiatif kerajaan yang seterusnya ialah penggubalan Dasar Kebudayaan Negara pada

tahun 1971. Objektifnya adalah bagi memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta

memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Strategi dan pelaksanaan dasar ini adalah

seperti berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas

kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,

pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan

melatih peminat, mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera

pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan

nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya;

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Melalui dasar ini juga, kerajaan telah memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan

seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkan

8

Page 9: Kenegaraan

masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjungi di antara satu

sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.

KESIMPULAN

Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi

mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan

ekonomi yang pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak

kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi

merealisasikan impian murni ini.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawipernah mengingatkan rakyat

bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan

daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu

pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini.

9

Page 10: Kenegaraan

BIBLIOGRAFI

Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013daripada http://pmr.inform.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkrapendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html

Dasar Ekonomi Baru. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomibaru-.html

Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasarnegara/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html

Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripadahttp://members.multimania.co.uk/nabirz/pol3.html

Rukun Negara 1M. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripadahttp://yds2u.com/?page_id=1279

10