kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat

38
KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA Oleh MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN Kertas Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia APRIL 2009

Upload: vuongthien

Post on 12-Jan-2017

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAM

PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA

Oleh

MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN

Kertas Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada SyaratKeperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

APRIL 2009

Page 2: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

II

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagaimemenuhi keperluan ijazah Master Teknologi Pendidikan

KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DANKOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAMPENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA

Oleh

MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN

APRIL 2009

Penyelia : Dr. Shaffe bin Mohd Daud

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disediakan di sekolah dapat

membantu perlaksanaan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal

pasti sikap guru-guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, dan

mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru, terhadap penggunaan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian, iaitu seramai 53

orang guru-guru dari Program Pendidikan Khas yang bertugas mengajar di Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Sampel terdiri

daripada 27 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan di lima buah Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia.

Page 3: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

I l l

Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang

telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai

agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan

kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal

Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara

deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.

Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan

juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses

pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa

tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada

tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih

tinggi.

Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan

kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi

memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia

mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat

melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era

siber yang lebih mencabar.

Page 4: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

IV

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment ofthe requirement for the degree of Master of Education Technology

FACILITY, ATTITUDE AND ADEPTNESS OF INFORMATION ANDCOMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT'S) AMONG TEACHERS IN

SPECIAL EDUCATION SCHOOL PROGRAMME IN TECHNICAL ANDVOCATIONAL SECONDARY SCHOOL IN MALAYSIA

By

MOHD HASRIL BIN AMIRUDDIN

APRIL 2009

Supervisor : Dr. Shaffe bin Mohd Daud

Faculty : Educational Studies

This study attempts to investigate the how far as Information Communication

Technology (ICT) facility were prepared at school and implementation in lesson and

learning, also identify teachers attitude using ICT's, and identify teachers skill level, on

ICT's use in lesson and learning process.

This study use overall population as research sample, they were 53 teachers from

Special Education Programme teach in Secondary Technical and Vocational Schools on

Integration Programme in Malaysia. A sample comprises of 27 male and 13 female

teacher people in five Secondary Technical and Vocational Schools on Integration

Programme in Malaysia.

Page 5: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

V

Questionnaire are being used in this study has been undertaken from past research.

Through that questionnaire, the question have been modified so that matched to purpose

of the study, which operate and can answer study issue proposed. Study data has been

processed use Statiscal Process For Social Science's (SPSS) software version 15. The

study findings result elaborated by descriptive such as frequency distribution, percent,

mean and standard deviation.

These survey results find that ICT's facility in Secondary Technical and Vocational

Schools on Integration Programme in Malaysia was in moderate level. Also indicative

retrieval that teacher attitude in use ICT's during lesson and learning process are in

positive. Apart from that, this study also found that skill level in lesson use and learning

in moderate skilled level and in certain items still need improved to higher level.

This study is hoped get attention Malaysia Education Ministry (KPM) in provide

training and programmes related skill use ICT's facilities in lesson process. Indirectly

can produce new generation students, that is aware inside information technology

weathered cyber era more challenging.

Page 6: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

X

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK ii

ABTRACT iv

PENGHARGAAN vii

PENGESAHAN viii

PERAKUAN ix

ISI KANDUNGAN x

SENARAIJADUAL xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB

1 PENDAHULUAN

Pengenalan 1

Latar Belakang Kajian 3

Pernyataan Masalah 6

Objektif Kajian 9

Soalan Kajian 9

Kepentingan Kajian 1

Batasan Kajian 1

Skop Kajian 1

Definisi Konsep 1

Page 7: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SOROTAN KAJIAN

Pengenalan

Perubahan dalam Alam Pendidikan

Perkembangan Teknologi dalam SistemPendidikan Malaysia

Komputer Sebagai Alat Pengajarandan Pembelajaran

Teknologi Maklumat dan komunikasi dalamPendidikan

Program Pendidikan Khas di Malaysia

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalamProgram Pendidikan Khas

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Reka bentuk Kajian

Populasi dan Sampel Kajian

Instrumen Kajian

Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik

Tatacara Kajian

Analisis Data

Page 8: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

xii

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan 45

Analisis Bahagian A : 46Maklumat Latar Belakang Responden

Analisis Dapatan Kajian Bahagian B : 48Kemudahan Teknologi Maklumat danKomunikasi di Sekolah Menengah Teknik

Analisis Dapatan Kajian Bahagian C: 57Sikap Guru dalam Penggunaan TMK SemasaPengajaran dan Pembelajaran

Analisis Dapatan Kajian Bahagian D: 68Tahap Kemahiran PenggunaanTMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengenalan 79

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 79di Sekolah Menengah Teknik Program Pendidikan Khas

Sikap Guru dalam Penggunaan TMK Semasa Proses 80Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru-guruSekolah Menengah Teknik Program Pendidikan Khas

Kemahiran dalam Penggunaan TMK Semasa 82Pengajaran dan Pembelajaran dalam KalanganGuru-guru Sekolah Menengah TeknikProgram Pendidikan Khas

Kesimpulan 83

Cadangan KajianCadangan Kepada Pihak Kementerian 84Pelajaran Malaysia (KPM)

Cadangan Kepada Pihak SekolahMenengah Teknik (Program Pendidikan Khas)

86

Page 9: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BIBLIOGRAFI 88

LAMPIRAN

A Soal Selidik Kajian 100

B Analisis Kajian 105

C Surat 119

Page 10: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

XV

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Bilangan Sampel Kajian 36

2 Penentu Skala dan Skor Min Bahagian B dan C 38

3 Penentu Skala dan Skor Min Bahagian D 38 •

4 Data Dianalisis Mengikut Persoalan Kajian 44

5 Latar Belakang Responden 46

6 Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan 49

Sisihan Piawai Bagi Kemudahan TMK di SMT

7 Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan 58

Sisihan Piawai Bagi Sikap Guru dalam

Penggunaan TMK Semasa P&P

8 Skala Tahap Sikap Responden Berdasarkan 66

Nilai "Skor Min'

9 Sikap Guru-guru Terhadap Penggunaan 67

TMK Semasa Proses P&P

10 Taburan Kekerapan, Peratusan, Skor Min dan 69

Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemahiran dalam

Penggunaan TMK dalam P&P

11 Skala Tahap Kemahiran Responden Berdasarkan 76

Nilai 'Skor Min'

12 Tahap Kemahiran Guru-guru Terhadap Penggunaan 77

TMK Semasa Proses P&P

Page 11: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

ABBM

BTP

KDP

KPM

P&P

SMT

TMK

xvi

SENARAI SINGKATAN

Alat Bantu Bahan Mengajar

Bahagian Teknologi Pendidikan

Komputer Dalam Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah Menengah Teknik

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Page 12: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

Proses pemodenan masyarakat dan negara sering kali dikaitkan dengan pengaplikasian

teknologi moden dalam pelbagai bidang. Proses pembaharuan ini jelas dilihat dari aspek

perkembangan dan integrasi komputer selaras dengan teknologi komunikasi yang telah

menjurus kepada suatu zaman baharu yang dikenali 'Zaman Ledakan Maklumat'.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha menggabungkan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) ataupun Information Communication Technology

(.ICT) melalui pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan negara

yang mampu memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer

merupakan suatu alat atau peranti elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak

kelebihan di mana ianya boleh membantu dalam menyelesaikan masalah dan

melaksanakan kerja-kerja harian.

Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah akan menjadi lebih berkesan terutamanya terhadap meningkatkan

kefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh itu, kaedah pengajaran yang pelbagai perlu

Page 13: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

2

diperluaskan yang berasaskan komputer, modul-modul pengajaran kendiri, modul

interaktif dan seumpamanya perlu dibudayakan.

Menurut Nor Haizan Mohamed Radzi, Siti Zaiton Mohd Hashim, dan Paridah

Samsuri (2001), komputer dapat melaksanakan kerja dengan pantas berbanding manusia.

Terdapat beberapa jenis komputer yang lazim digunakan dalam kehidupan. seharian

antaranya komputer peribadi (Personal Computer), komputer riba {Laptop), komputer

telapak {Palmtop), dan PDA (Personal Digital Assistant). Dalam era TMK dan

globalisasi seperti sekarang, penggunaan komputer didapati amat sesuai untuk dijadikan

alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana komputer

berkemampuan untuk menerima dan memproses data dengan lebih cekap dan efektif.

Selain itu, komputer juga dapat digunakannya sebagai sumber pencarian bahan

ilmiah di Internet dan aplikasi atas talian yang lain. Pengajaran yang disertakan dengan

bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari

sesuatu bidang pelajaran. Rosenberg (2001), menyatakan dengan mempelbagaikan

bahan pengajaran, modul-modul pengajaran kendiri secara CD-ROM, perisian interaktif,

bahan multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi perlu dihasilkan.

Ini akan dapat membantu pelajar menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran tersebut di

luar waktu bilik darjah.

Selaras dengan pandangan Heinich (1993), yang berpendapat bahawa komputer

dapat memperkayakan teknik pengajaran serta pelengkap kepada penyampaian

pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidik seharusnya mengamalkan

Page 14: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

3

kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan

penggunaan komputer dengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD-ROM,

multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan. Dengan

bertambahnya maklumat, pengetahuan dan ilmu yang diperoleh menerusi pelbagai

media seperti Internet, mereka pasti akan berupaya memberi nilai tambah kepada mata

pelajaran yang diajarnya dan sekali gus mempelbagaikan kaedah penyampajan mata

pelajaran tersebut kepada pelajarnya (Lynch, 2002).

Guru di sekolah menengah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dengan

mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran seharian. Hoy, Bayne, dan

Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu pendidik harus dinamik dan

bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa.

Guru juga perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran

kepada pelajar mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan

motivasi dan minat pelajar terhadap pelajaran.

Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara bertujuan

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani. Falsafah Pendidikan Negara, yang berhasrat melahirkan masyarakat berakhlak

mulia dan sempurna yang seterusnya akan menjadi warganegara yang baik serta

memiliki ciri-ciri seperti mempercayai dan mematuhi Tuhan, berilmu pengetahuan,

Page 15: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

4

berketerampilan, bermoral tinggi, bersahsiah, seimbang, bersedia menyumbang kepada

masyarakat, agama, bangsa, dan negara, serta bertanggungjawab kepada diri, agama,

bangsa, masyarakat, dan negara (Ee Ah Meng, 1999).

Bagi mencapai matlamat ini, kita harus mengharungi beberapa perubahan yang

berlaku di negara kita dan juga di dunia. Masyarakat dunia pada kurun ke sudah

mula memperkatakan tentang literasi komputer, pembangunan sesebuah negara diukur

dengan kualiti guna tenaganya. Ini bermakna sistem pendidikan sesebuah negara perlu

berupaya meningkatkan kualiti, menambahkan kuantiti dan memenuhi keperluan tenaga

kerja di pasaran semasa dan akan datang (Arby Ahmady, 1990).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan penggunaan

teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara, serta ke arah memperkasa dan

memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seandainya hal ini

diaplikasikan seperti yang dikehendaki, ia dapat meningkatkan motivasi dan minat

pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang disampaikan di sekolah. Menurut Abdul

Rasid dan Arba'ie Sujud (2001), KPM telah memperkenalkan komputer sebagai bahan

bantu mengajar. Ini bermakna transformasi positif dalam bidang pendidikan akan

berlaku. Sebagai contoh, sumber seperti buku teks telah bertukar kepada sumber yang

berbentuk maya seperti Internet.

Guru yang mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah berpotensi memberikan suatu pengajaran yang kreatif serta

inovatif. Peterson dan Peterson (1983), menyatakan sejumlah besar projek pendidikan

Page 16: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5

berbantu kan komputer di Amerika Syarikat dan negara lain telah membuktikan

bahawa komputer berupaya memberikan pengajaran yang berinovatif dan efektif. Sistem

pendidikan negara, iaitu melalui pewujudan 'Sekolah Bestari' menunjukkan peranan

TMK adalah besar bagi melahirkan generasi celik teknologi maklumat.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) (program pendidikan khas bagi pelajar cacat

pendengaran), telah diwujudkan pada tahun 1999, dan kini terdapat di 6 buah SMT

(program pendidikan khas) di Malaysia (Yahya Emat, 2005). Konsep sekolah SMT

sebenarnya bersifat konvensional dengan guru dan buku teks merupakan pemberi

maklumat. Penggunaan peralatan teknologi maklumat, oleh guru-guru SMT (program

pendidikan khas) hanya untuk mengumpul, menyimpan, dan memproses maklumat

pelajar (Normawati Abdul Rahman, Mohd. Shafiee Idris dan Mohamad Zaid Mustafa,

2007). Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan teknologi maklumat tidak digunakan

sepenuhnya, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian yang dijalankan Normawati Abdul Rahman et al. (2007), guru-guru

Sekolah Menengah Teknik (SMT) mempunyai sikap dan tahap penerimaan yang tinggi

terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran. Ini kerana guru merasakan dengan

menggunakan TMK, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah serta

berkesan. Oleh itu, guru sebagai pendidik harus mampu melahirkan pelajar-pelajar yang

berkeupayaan dan berkualiti tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi

selaras dengan kehendak negara. Mereka perlu meneliti kemahiran, pengetahuan dan

kepakaran yang ada pada diri mereka dalam mempertingkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 17: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

6

Pernyataan Masalah

Sekolah-sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara telah pun dibekalkan dengan

kemudahan komputer oleh pihak kerajaan sebagai suatu usaha kerajaan untuk

meningkatkan profesionalisme perguruan (Zuraidah Ab. Halim, 2004). Hasrat pihak

kerajaan adalah supaya Guru-guru di Sekolah aliran Teknik dan Vokasional dalam

Program Pendidikan Khas terutamanya menggunakan kemudahan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran sebagai alat atau bahan bantu mengajar (ABBM) dalam

pengajaran di dalam bilik darjah.

Peranan yang dimainkan oleh guru-guru program pendidikan khas akan

menentukan hala tuju kefahaman pelajar di dalam proses pembelajaran yang dijalankan

di dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai masalah yang berlaku dalam bilik darjah

sebagaimana yang dinyatakan oleh Howell (2002), yang mana guru juga menghadapi

kesukaran dalam menguasai bahasa isyarat dan pengendalian ABBM yang

mengakibatkan proses interaksi dua hala antara pelajar dan guru agak terbatas.

Menurut Syuhada Choo Abdullah (2005), Bahagian Teknologi Pendidikan

(BTP), KPM, akan melawat sekolah seluruh negara untuk memantau serta menganalisis

tahap penggunaan pelbagai kemudahan teknologi dalam pendidikan, terutama TMK

yang dibekalkan. Pemantauan ini berikutan daripada sikap guru yang masih tidak

menggunakan kemudahan teknologi maklumat secara meluas semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pemantauan ini juga, bertujuan positif untuk mengetahui perkembangan

sebenar penggunaan infrastruktur teknologi dan TMK yang dibekalkan ke sekolah,

selaras seruan Menteri Pelajaran supaya ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Page 18: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

7

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi dalam penggunaan TMK dalam

pengajaran adalah faktor teknikal, faktor berkaitan dengan kemudahan bahan bantu

mengajar, dan faktor sikap (Baharuddin, Noraffandy, Jamalludin, dan Zaidatun Tasir,

2000). Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pembelajaran mereka kepada

sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan TMK dalam pengajaran, perkara ini

merujuk kepada sikap guru itu sendiri. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang dijalankan

Albaugh (1997), yang menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-

idea baru dan terkini kerana mereka berasa selesa dengan apa yang selama ini telah

mereka lakukan.

William (2005), menyatakan dalam kajiannya bahawa guru pendidikan khas

tidak mempunyai kemahiran penggunaan ABBM dalam pengajaran pelajar kurang

upaya. Keadaan ini akan melahirkan guru pendidikan khas yang lemah dalam

pengajaran dan pengendalian ABBM yang disediakan (Saker dan Speed, 1996). Justeru

tidak menghairankan keadaan ini akan membuatkan guru pendidikan khas kurang

menggunakan teknologi dalam pengajaran akibat kurangnya kemahiran dalam

pengendalian ABBM yang menglibatkan TMK.

Berdasarkan Laporan Seminar Pendidikan Khas Kedua, didapati pelajar masalah

pendengaran adalah lemah dan tidak dapat mengusai 3M (membaca, menulis dan

mengira) dengan baik (Abdullah, 2008). Di samping itu juga, keputusan peperiksaan

dan tahap prestasi Pelajar Lepasan Sekolah Pendidikan Khas berada pada tahap

sederhana (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003). Berdasarkan kepada maklumat di

Page 19: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

8

atas, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar program

pendidikan khas SMT yang masih tidak dapat menguasai pembelajaran dengan

sepenuhnya.

Dalam Akta Pendidikan 1996 melalui Peraturan-peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang

berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan "Dalam melaksanakan

kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran

dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi

mencapai tujuan dalam Pendidikan Khas" (Sabilah Wahab, 2006).

Oleh kerana isu penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

begitu ditekankan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, maka kajian ini dilaksanakan agar

dapat mengenal pasti sejauh mana penggunaan TMK dalam kalangan Guru-guru

Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Program Integrasi

di Malaysia, semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, teknologi

bukanlah sesuatu yang susah untuk diaplikasikan. Jika ia dipandang dari sudut positif,

sebenarnya teknologi ini akan banyak memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Page 20: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

9

Objektif Kajian

Berdasarkan soalan kajian yang dikemukakan, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kemudahan TMK yang disediakan di SMT dapat

membantu penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap

Program Pendidikan Khas.

2. Mengenal pasti tahap sikap guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT

terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenal pasti kemahiran guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT,

terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian

Bagi kajian terhadap penggunaan TMK dalam kalangan Guru-guru Program Pendidikan

Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional, beberapa persoalan kajian telah dibina

seperti berikut:

1. Sejauh manakah tahap kemudahan TMK yang disediakan di SMT dapat

membantu penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap

Program Pendidikan Khas?

2. Sejauh manakah tahap sikap guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT

terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

Page 21: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

10

3. Apakah kemahiran guru-guru Program Pendidikan Khas di SMT, terhadap

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada gambaran terhadap kesan dan

KPM yang mengintegrasikan komputer dalam bidang pendidikan negara. Dapatan ini

juga akan memberi gambaran daripada aspek kesediaan, penglibatan dan pandangan

Guru-guru Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik terhadap

penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan

dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak KPM merancang program latihan yang

lebih berkesan di masa yang akan datang.

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada guru-guru yang terlibat dalam Program

Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Program Integrasi di

Malaysia iaitu Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium Alor Setar (Kedah), Sekolah

Menengah Teknik Kerian (Perak), Sekolah Menengah Teknik Keningau (Sabah),

Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah (Kelantan), dan Sekolah Menengah Teknik

Batu Pahat (Johor). Dapatan dari kajian ini merupakan pandangan dalam kalangan

Guru-guru Program Pendidikan Khas terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 22: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

11

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penyediaan kemudahan, tahap

kemahiran dan sikap guru dalam penggunaan TMK serta kekangan yang dihadapi oleh

mereka dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,

fokus kajian ini adalah hanya berkaitan dalam bidang TMK seperti kemudahan asas,

perkakasan komputer, perisian pembelajaran, dan bahan multimedia.

Definisi Konsep

Bahagian ini akan menerangkan maksud item-item yang penting yang terlibat di dalam

kajian ini. Ia membantu memudahkan para pembaca agar dapat memahami bentuk

kajian yang akan dijalankan ini.

Guru

Merupakan orang atau individu yang terlibat dalam proses pengajaran ataupun proses

pemindahan sesuatu ilmu dari seorang individu ke seorang individu yang lain. Dalam

kajian ini guru didefinisikan individu yang menyampaikan ilmu dan mengajarkan ilmu

kepada Pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik.

Kemudahan

Kemudahan dalam kajian ini, merujuk kepada pengintegrasian teknologi komputer dan

teknologi komunikasi yang digunakan untuk penyebaran, memperoleh, dan menyimpan

maklumat seperti komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan serta perisian yang

menjalankan fungsi penyebaran maklumat yang dikawal oleh komputer.

Page 23: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

12

Kemahiran

Menurut Kamus Dewan (2004), kemahiran bermaksud melatih untuk mengerjakan

sesuatu dengan cekap, lancar dan pandai. Menurut Wong (2002), kemahiran TMK boleh

didefinisikan kepada dua dimensi iaitu kategori isi kandungan yang meliputi

pemprosesan perkataan, helaian hamparan elektronik, pangkalan data elektronik,

persembahan elektronik dan internet. Manakala kategori kedua ialah kategori, tugasan

yang merangkumi tiga jenis tugasan iaitu operasi asas, manipulasi dan reka bentuk.

Kemahiran dalam konteks kajian ini merupakan kecekapan guru dalam menggunakan

pengetahuan tentang TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komputer

Menurut Ellington dan Percival (1994), komputer boleh ditakrifkan sebagai suatu alat

yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya,

dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada

penggunanya.

Nor Haizan, Siti Zaiton, dan Paridah (2001), pula mendefinisikan komputer

sebagai peranti elektronik yang boleh membantu manusia di dalam menyelesaikan

masalah dan melaksanakan kerja-kerja harian. Ia dapat melaksanakan kerja-kerja

dengan pantas berbanding manusia.

Walau bagaimanapun tidak semua masalah boleh diselesaikan oleh komputer dan

tidak semua kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia boleh digantikan oleh komputer.

Dalam kajian ini, komputer merujuk kepada suatu alat ataupun peranti elektronik yang

Page 24: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

13

digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Komputer dalam kajian ini juga didefinisikan sebagai

komputer persendirian atau komputer riba ( laptop) berbagai jenama yang digunakan

oleh Guru-guru Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Teknik.

Literasi Komputer

Menurut Juriah Long (1998), literasi komputer bermaksud kebolehan menggunakan

komputer. Ini termasuklah pengetahuan tentang perkakasan dan kebolehan

menggunakan perisian-perisian komputer seperti CD-ROM dan multimedia. Literasi

komputer bukan bermaksud menaip di komputer sahaja tetapi ia juga merangkumi

kebolehan untuk memanipulasi dan mengoperasi berbagai-bagai aplikasi seperti;

membuka dan menyimpan fail setelah membuat kerja taip-menaip atau grafik dan

sebagainya.

Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan TMK

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK bermaksud penggunaan komputer dan

perisian tertentu untuk membantu pengajaran guru dan membantu pembelajaran pelajar

(Ahmad Rasidi, 1999). Dalam konteks kajian ini, penggunaan TMK bermaksud

komputer dan peralatan/kemudahan elektronik yang membantu pengajaran guru untuk

menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran.

Page 25: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

14

Sikap

Dalam kajian ini sikap ialah perbuatan atau pandangan, pendapat dan kesediaan (Kamus

Dewan, 2004), guru-guru program pendidikan khas di sekolah menengah teknik untuk

bertindak balas terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai

satu inovasi baru dalam teknologi pendidikan.

Abu Bakar (1995), mendefinisikan sikap sebagai pengalaman abstrak yang sukar

diketahui lebih-lebih lagi diukur dan hanya boleh disimpulkan daripada tingkah laku.

Menurut Rasid (2001), sikap merujuk kepada pandangan atau cara berfikir seseorang

yang melibatkan emosi atau tindak balas yang berbentuk perlakuan terhadap sesuatu

perkara atau objek. Ini menimbulkan kecenderungan untuk mempengaruhi tingkah laku

individu itu sama ada berpendirian untuk menyokong, menentang atau bersikap neutral

terhadap objek atau perkara yang diberikan.

Dalam kajian ini sikap terhadap TMK merujuk kepada minat, motivasi,

sokongan, bantuan, dorongan serta keyakinan diri dalam penggunaan TMK. Jelas sikap

adalah perkara yang mempengaruhi guru-guru pendidikan khas terhadap penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru boleh dilihat dalam reaksi mereka

terhadap segala fenomena yang melibatkan aktiviti menggunakan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 26: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

15

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Menurut Juriah Long (1998), teknologi maklumat dalam konteks pendidikan, merupakan

peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik dan komputer yang

boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan, dan

menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat. Contoh teknologi maklumat masa kini

yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran ialah Internet dan

multimedia. Dalam kajian ini, TMK merujuk kepada teknologi yang disepadukan untuk

memperoleh, menyimpan, dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti

teks, suara, imej dan grafik, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik.

Page 27: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BAB 2

SO ROT AN KAJIAN

Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi ataupun Information Communication Technology

(ICT) atau Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dilihat sebagai alat untuk

mengumpul, menyimpan, memproses, menyebar dan memanipulasikan maklumat.

TMK bersifat dinamik dan merentas budaya. Salah satu perkembangan TMK yang

paling pesat berkembang ialah Internet. Ia merangkumi hampir kesemua teknologi

dalam TMK seperti komputer, telekomunikasi, jalur lebar (Broadband), satelit,

multimedia, audio dan video digital, grafik komputer dan terutamanya web.

Komputer telah lama diakui sebagai perkakasan teknologi pendidikan yang

berkesan. Selalunya, tanggapan penggunaan komputer dalam pendidikan, pada

kebanyakan hanya berkaitan dengan hal mempelajari pengaturcaraan komputer ataupun

berkenaan dengan penggunaan komputer bagi mata pelajaran sains dan teknologi.

Tanggapan ini tidak menghairankan kerana secara tradisi, komputer memang digunakan

bagi tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, walaupun TMK telah berkembang

dengan pesat, namun adalah sukar bagi kebanyakan orang untuk melihat sejauh mana

komputer dapat digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 28: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

17

Perubahan dalam Alam Pendidikan

Terdapat empat kuasa yang boleh mempengaruhi pendidikan secara efektif (Abdul Rasid

Jamian, 2001). Pertama, kuasa yang berhubung dengan tujuan sesuatu pendidikan.

Daripada perspektif pemikir tradisional, mereka berpendapat bahawa tujuan asas

pendidikan hanyalah untuk mengeluarkan seseorang individu yang berilmu pengetahuan.

Namun begitu, ledakan ilmu, revolusi teknologi dan polisi sosial telah merubah

pandangan tradisional. Sesuatu pendidikan tidak statik dan setiap individu mempunyai

hak untuk merebut peluang pendidikan yang tersedia. Misi pendidikan kini adalah untuk

mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing serta berupaya mengaplikasikan

pengetahuan dalam sesuatu situasi.

Anjakan fokus pengajaran kepada pembelajaran merupakan kuasa kedua yang

mempengaruhi pendidikan secara efektif. Sebelum ledakan teknologi, penekanan diberi

terhadap latihan guru yang menjadi pusat maklumat dan kawalan. Guru mengajar dan

pelajar akan belajar. Kini, pembelajaran menjadi lebih penting di mana penekanan

adalah kepada pelajar. Ini mendorong pembelajaran berpusat kan pelajar daripada

berpusat kan guru.

Kuasa ketiga adalah konsep pembelajaran seumur hidup yang wujud sebagai

prinsip utama pendidikan kini. Dunia mengalami perubahan yang cepat, maka secara

tidak langsung pembelajaran akan berlaku sepanjang hayat dan ini merupakan

sebahagian daripada kehidupan. Oleh itu, sekolah di peringkat rendah dan menengah

Page 29: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

18

perlu memberi penumpuan ke arah pembangunan ke atas kemahiran inkuiri dan

pendidikan dewasa bertumpu kepada sumber dan bantuan pembelajaran secara kendiri.

Kuasa keempat adalah hubungan dengan pembangunan sistem penyampaian

ilmu. Ini akan membenarkan setiap individu belajar tanpa halangan di sepanjang hayat

di masa dan tempat yang sesuai untuk mereka. Fleksibel adalah kunci utama sistem

tersebut. Menurut Godfrey (1996), dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud

(2001), menyatakan bahawa teknologi pendidikan terdahulu diciptakan bagi membantu

gaya persembahan kuliah. Namun begitu, inovasi terkini menekankan kepada

keupayaan pembelajaran kendiri.

Perkembangan Teknologi dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Pembentukan masyarakat berilmu telah mendesak pendidik untuk memberi kaedah

pengajaran yang terkini dan terbaik dengan mengambil kira kemajuan teknologi.

Menurut Norsaidatul Akmar Mazelan, Harnevie, dan Valida (1999), menyatakan

bahawa kemasukan Malaysia ke dalam era maklumat akan menyebabkan masyarakat

negara ini kaya dengan limpahan maklumat. Ini bermakna, akan berlaku pencapaian

yang besar dalam bidang ilmu, sains dan teknologi.

Menurut Mohd Najib (1998), sebagai langkah awal untuk mencapai cita-cita

tersebut, kerajaan telah mengorak langkah dengan memperkenalkan konsep Sekolah

Bestari secara berperingkat-peringkat. Ini adalah langkah awal kepada masyarakat bagi

menghadapi era maklumat (Norsaidatul Akmar Mazelan et al., 1999). Langkah ini juga

Page 30: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

19

secara tidak langsung akan merealisasikan suatu pendekatan perubahan dalam

pendidikan.

Suatu pendekatan dalam pendidikan baru yang melibatkan perubahan paradigma

daripada proses pembelajaran berpusat kan guru kepada proses pembelajaran berpusat

kan pelajar. Oleh itu, pada masa akan datang, dengan perlaksanaan pendekatan

pendidikan sebegini rupa akan dapat melahirkan tenaga kerja di Malaysia yang lebih

kreatif dan inovatif dalam pemikiran, mahir dengan teknologi baru dan boleh mengakses

dan mengurus ledakan maklumat.

Pengintegrasian teknologi maklumat di Malaysia masih lagi di tahap permulaan.

Sebagai contoh, kerajaan telah memperkenalkan Sekolah Bestari pada awal tahun 1999.

Antara kelebihan Sekolah Bestari ialah ia menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) dalam pendidikan. TMK mampu untuk menggantikan pendekatan

pembelajaran tradisional kepada kaedah baru. Di antara pendekatan baru yang boleh

dimanfaatkan adalah struktur pendidikan yang lebih anjal yang mana perkembangan dan

kemajuan murid ditentukan oleh diri sendiri, penilaian sendiri, boleh berinteraksi dengan

maklumat menggunakan TMK dan pembelajaran lebih menarik dengan adanya

penggunaan multimedia bagi menerangkan perkara rumit contohnya seperti bentuk DNA

dan genetik manusia. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001), konsep

Sekolah Bestari tertumpu kepada pembelajaran secara langsung mengikut tahap individu

serta penggunaan TMK secara kontekstual dan refleksi.

Page 31: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

20

Namun kita tidak harus lupa, peranan guru dalam pembentukan sahsiah dan

perkembangan minda penuntutnya amat penting. Walaupun dalam perancangan Sekolah

Bestari guru akan bertindak sebagai fasilitator, yang memandu muridnya bagaimana

memilih bahan pembelajaran yang baik dalam Internet tetapi peranan berkenaan perlu

diperluaskan kepada bagaimana guru dapat membantu murid membangunkan mindanya

bagi menjadikan maklumat itu berguna dalam kehidupan seharian, menukarkannya

kepada ilmu dan seterusnya hikmah. Tanpa panduan khusus daripada guru maka murid

akan lemas dalam lautan maklumat yang terlalu luas yang boleh didapati dalam Internet.

Dari sudut pekerjaan pula, pekerja-pengetahuan (k-workers) adalah pekerja yang

menggunakan kekuatan minda berbanding kekuatan otot (Rochester, 2002). Ini

bermakna pekerja yang dapat menggunakan akalnya untuk melakukan kerja berasaskan

maklumat yang ada dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara. Pekerja

berkenaan boleh dimanfaatkan dalam industri pengetahuan seperti pembangunan

perisian, bioteknologi dan perkakasan teknologi maklumat manakala peluang pekerjaan

yang ditawarkan membabitkan bidang seperti jurutera, saintis, pengatur cara perisian

dan pereka cipta.

Pendidikan berterusan adalah penting bagi memastikan pekerja sentiasa bersedia

untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam industri pengetahuan. Rochester

(2002), menyifatkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat adalah elemen penting

bagi memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam era k-ekonomi.

Dalam erti kata lain, Rochester (2002), menyatakan minda manusia perlu sentiasa diisi

Page 32: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

21

dengan maklumat dan ilmu untuk menggalakkan nya berfikir. Ini kerana fungsi asasi

minda adalah berfikir berdasarkan input yang diberikan paneaindera seperti mata,

hidung, mulut, tangan, kaki dan telinga (Rochester, 2002). Pada era teknologi maklumat

seperti sekarang, manusia tidak dikira bijaksana sekiranya tahu menggunakan TMK,

seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik atau membuat program

pengaturcaraan untuk sesuatu perisian.

Komputer Sebagai Alat Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Ellington dan Percival (1994), dalam tempoh satu dekad yang lalu, kegunaan

komputer dalam pendidikan semakin bertambah. Pada peringkat permulaannya, peranan

komputer hanyalah terhad kepada 'mesin hitung besar', tetapi komputer sekarang

digunakan dengan pelbagai cara berdasarkan kepada peranannya.

Manakala Heinich (1993), menyatakan komputer berkemampuan untuk

mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer

berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran

pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Bitter (1989), pula menyatakan

komputer mempunyai beberapa ciri-ciri, di antaranya ialah dapat memproses maklumat,

membandingkan pernyataan, boleh diprogramkan seperti grafik/permainan, menjalankan

fungsi-fungsi aritmetik, dan mengukur kuantiti (contohnya seperti suhu, tekanan udara,

ataupun voltan).

Page 33: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

22

Menurut Bitter (1989) lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong mengapa

komputer dikatakan sesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di

sekolah-sekolah berdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah.

Antaranya adalah seperti berikut:

Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja

dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi

masing-masing. Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding dengan

pelajar yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang

minat. Pelajar-pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka

disemak dan diberi markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka.

Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk

melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar,

menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di

dalam bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii. Komputer adalah jitu. Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-

maklumat yang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya

dengan benar secara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima

maklumat -maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan

komputer juga membolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang

berguna menyimpan rekod-rekod prestasi para pelajar.

Page 34: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

23

Komputer boleh bekerja 24 jam sehari. Komputer di bilik darjah boleh

digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesi persekolahan.

Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputer yang sama

untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepada ibu bapa

pelajar.

Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali

tanpa rasa bosan. Sebagai contoh tidak kira selama mana pun masa diambil oleh

pelajar untuk menguasai sifir matematik, komputer akan tetap memberi latihan

yang berkaitan kepada pelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali

melalui perisian tertentu, selagi pelajar terbabit belum dapat menguasai sifir

matematik tersebut. Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna

terutama dalam pembelajaran mata pelajaran-mata pelajaran tertentu, yang mana

memerlukan masa yang lebih untuk membolehkan pelajar menguasai sesuatu

kemahiran baru. Sebagai contoh mata pelajaran Matematik.

Komputer boleh bekerja dalam semua keadaan mahupun keadaan yang sukar

untuk manusia. Sebagai contoh dalam makmal sains di pusat Pengajian Tinggi,

program komputer membolehkan para pelajar mengarah komputer untuk

menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan-bahan yang berbahaya

contohnya seperti, bahan radioaktif iaitu bahan yang terlalu bahaya untuk

eksperimen dijalankan secara 'hands on '.

Page 35: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

24

Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro

dapat diletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruang

pembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang

memerlukan ruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk

menempatkannya. Komputer mudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi

sesama pelajar sewaktu menggunakannya di bilik darjah disebabkan cirinya yang

mudah alih.

Komputer menjadi semakin kurang mahal. Kos penyediaan, penyelenggaraan

komputer, dan juga perisian-perisiannya adalah faktor penting yang menjamin

penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan harga dari segi kos

penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangan dari tahun

ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkan dari

semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin

kecemerlangan dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di

sekolah, lebih ramai pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran

berasaskan komputer.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan

Pada era Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) seperti sekarang komputer berada

di mana-mana sahaja. Komputer terdapat di rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat

dan termasuk juga di sekolah-sekolah. Pada zaman sekarang, komputer telah pui

Page 36: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

BIBLIOGRAFI

Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001). Integrasi Media Pengajaran Bahasa dan

Sastera. Terbitan pertama. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdul Halim M. (2006). Impact of Smart School Training: Teacher Perspective.

Unpublished Ph.D Thesis, University of East Angli, Norwich.

Abdul Malek Karim & Abdul Halim Mohamed (2007). Cabaran Pengintegrasian

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan.

Abdullah Yusof (2008). Satu Sorotan Perspektif Linguistik Tentang Penguasaan

Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid-Murid Pekak. Artikel: Maktab

Perguruan Kota Baharu. Kelantan.

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASSA Enterprise.

Agudo, J. E., Sanchezen, H. & Sosa, E. (2005). Adaptive Hypermedia System For

English Learning a Pre-School. Recent Research Development in Learning

Technologies.

Ahmad Nairn Tahir. ICELS Pemangkin Bestarikan Sekolah. Berita Harian, 25 Mei,

2005. pp. 12-13

Ahmad Rasidi Osman. (1999). Penggunaan Komputer di kalangan guru-guru Sekolah

Menengah Daerah Temerloh Pahang. Unpublished master dissertation,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Page 37: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

89

Arby Ahmady (1990). Sumber Manusia Digital. Backbench. 14(1): 48-54.

Albaugh, P. (1997). The Role Of Skepticism In Preparing Teachers For The Use Of

Technology. ERIC Document ED: pp. 339-406.

Azmy Mohamed. Microsoft Lancar Meja Bantuan TMK Pelajar. Utusan Malaysia, 5

Mei , 2005, pp. 16-19.

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan Zaidatun Tasir (2000).

Teknologi Pendidikan: Siri Modul Pembelajaran. Skudai : Universiti Teknologi

Malaysia.

Baharom Mohamad (2004). Persepsi Guru-Guru Terhadap Kepemimpinan Pengajaran

dalam Celik Komputer di Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Unpublished doctoral

dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Bernama. Hishamuddin: 800 Sekolah Nikmati Kemudahan Tanpa Wayar. Berita

Harian, 13 Januari, 2005, pp. 9-8.

Bernama. Reformasi Sistem Pendidikan Dalam RMK-10, Kata Hishamuddin. Berita

Harian, 13 Jun, 2005. pp.13-15.

Bernama. Sekolah Bestari Diperluaskan ke Luar Bandar dengan Pendekatan Baru.

Berita Harian, 3 Ogos, 2005. pp. 8-11.

Bratton, J. & Gold, J. (2001). Human Resources Management: Theory and Practice.

Diversity. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buletin Pendidikan Khas\ Kementerian Pendidikan Malaysia : Jabatan Pendidikan Khas.

Kuala Lumpur. 1997.

Page 38: KEMUDAHAN, SIKAP DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

90

Carter, R. (1993). Students Guide to Information Technology. Oxford: BH Newnes.

Cave, J. (1986). Technology in School. A handbook of Practical Approaches and Ideas.

London: Routledge & Kegan Paul.

Cohen, L. & Manion, L. (1985). Research Methods in Education. London: Croom-

Helm.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan

Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Culatta, R. A. and Tompkins, J. R. (1999). Fundamentals of Special Education: What

Every Teacher Needs To Know, 3rd ed. Upper Saddle River. New Jersey:

Prentice Hall Inc.

Ee Ah Meng (1999). Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Edisi kedua. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1999). Pedagogi III: Pengajian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan

dan Pendidikan Inklusif (Semester V). Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti.

Ellington, H & Percival, F. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Cetakan

pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gary, G. Bitter (1989). Microcomputers in Education Today. California: Mitchell

Publishing, Inc.