persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan...

51
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT NORHAYATI BINTI SAKTIRUN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: vuongtuyen

Post on 10-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP

SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM

MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH

MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

NORHAYATI BINTI SAKTIRUN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP

SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM

MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH

MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

NORHAYATI BINTI SAKTIRUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

DEDIKASI

ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan buat diriku untuk menghasilkan kajian

ini.

Istimewa buat ayahanda tersayang

Saktirun bin Yasir

Juga buat suami tercinta

Akmadin bin Kamarin

serta putera puteri anak-anak syurga yang amat dikasihi

Muhammad Aizat Safwan dan Nur Aina Safiyah

Terima kasih atas sokongan, dorongan, dandoa yang kalian diberikan. Maafkan diriku andai aku

tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian semua.

Buat adinda yang dikasihi

Siti Normah, Noraini, Siti Norain, Nur Deanna Sarina, Daniel Nur Aiman dan Siti Nur Aleya

Adik-adik ipar

Ab Razak, Ramli, dan Mohd Hairul

Anak-anak saudara

Awwal Afham, Nur Syuhadah dan Maryam Adni

Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk bejaya.

Buat rakan-rakan seperjuangan

Semua Pelajar Sarjana Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi Sesi 2013-2015

Farhana, Niza, Why, Kak Zizah, Kak Mila, Kak Dijah, Kak Sal, Fendi, Anas, Hafiz, Fahmi,

Shukri, Shaari, Azham, dan Azie

Terima kasih atas segala-galanya dan kenanglah saat manis kita bersama. Sesungguhnya ikatan

persahabatan yang terjalin antara kita amatlah istimewa dan sangat berharga.

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

PENGHARGAAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI”

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T yang telah memberikan

kesempatan, kekuatan, ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini

hingga ke akhirnya. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad

S.A.W, keluarga, para sahabat dan para pejuang Islam.Pertama sekali, saya ingin

merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik

Noorazman bin Abdul Samad selaku penyelia yang telah membimbing saya dengan

penuh kesabaran dan dedikasi. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat, teguran dan

perkongsian ilmu sepanjang proses menyempurnakan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan ini buat semua

pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang pernah mengajar saya

terutamanya Dr. Azita, Dr. Mimi Mohaffyza, Dr. Marlina, Dr. Razali, En. Hasyamuddin,

En. Ghazzaly, Dr. Lai Chee Sern, Dr. Yee Mei Heong, En. Tan King Hiyang, Dr.

Azman dan PM. Sapon. Jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.

Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu adalah jihad ke jalan Allah dan jasa kalian

akan saya kenang hingga ke hujung nyawa.

Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Batu Pahat, sekolah-sekolah yang

terlibat, pihak pentadbir dan guru-guru MPV dari sekolah yang terlibat kerana memberi

keizinan untuk melaksanakan kajian ini serta memberikan kerjasama sepenuhnya

sepanjang kajian ini dijalankan. Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga kepayahan

dalam menuntut ilmu akan menjadikan kita seorang guru yang lebih dedikasi dalam

mendidik anak bangsa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang

buruk perlu dijadikan iktibar kita bersama.Wassalam.

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat.Persepsi pelajar

dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta

hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek tersebut dalam

Mata Pelajaran Vokasional (MPV).Kajian ini melibatkan 126 orang responden iaitu

terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV di sekolah harian daerah

Batu Pahat.Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan

inferensi.Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data

diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0

dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan

korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan

(min=4.36) kemahiran (min=4.05) dan sikap (min=4.26) pelajar terhadap MPV secara

keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi

kerjaya. Aspek amalan (r=0.269) dan sikap (r=0.219) menunjukkan hubungan yang

sangat lemah manakala aspek kemahiran (r=0.400) menunjukkan hubungan yang lemah.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap MPV di

sekolah menengah harian daerah Batu Pahat berada pada tahap tinggi dan terdapat

hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji dengan aspirasi kerjaya

pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional.

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

ABSTRACT

This study was conducted to survey student’s perception on Vocational Subjects (MPV)

at secondary schools in Batu Pahat region. Student’s perceptions in this study was

observed in three main aspects which are habitual routine, skills and behavior and the

relationships occurs between the career aspiration within those three aspects in

Vocational Subjects. This study involved126respondents which are the form four

students who were taking the Vocational Subject at the secondary school in Batu Pahat

region. This is a descriptive and inferential research using the survey method. The data

of this research was collected through a set of questionnaire which was distributed to all

the respondents involve. The quantitative data was analyzed using the Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 21.0 and was reported in the form of min,

standard division, percentage and Pearson correlation. The findings of the studied shown

that students experienced high level of perceptions in habitual routine (mean=4.36),

skills (mean=4.05) and behavior (mean=4.26) towards Vocational Subjects. There were

significant relations between the career aspirations within those three aspects in

Vocational Subjects. Habitual routine (r=0.269) and behavior (r=0.219) demonstrated

very weak relationship, while there was a weak relationship between skills (r=0.400) and

career aspirations. Based on the given results, it’s shown that students in academic

secondary school in Batu Pahat region have a positive and high level perception towards

Vocational Subjects that had been implemented in schools and there were significant

relation between career aspirations and those the three aspects that had been studied.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN PENULIS ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Penyataan masalah 7

1.4 Tujuan kajian 8

1.5 Objektif kajian 8

1.6 Persoalan kajian 9

1.7 Hipotesis kajian 9

1.8 Skop kajian 9

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

1.9 Batasan kajian 10

1.10 Kepentingan kajian 10

1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional 11

1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional 11

1.10.3 Pihak pengurusan sekolah 11

1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri 12

1.11 Kerangka konsep kajian 12

1.12 Definisi istilah dan operasional 13

1.12.1 Persepsi 13

1.12.2 Amalan 14

1.12.3 Kemahiran 14

1.12.4 Sikap 14

1.12.5 Sekolah menengah harian 15

1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

15

1.12.7 Aspirasi kerjaya 15

1.13 Rumusan 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Amalan 18

2.2.1 Amalan keselamatan 19

2.2.2 Amalan nilai 20

2.3 Kemahiran 22

2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja

(Employability) 23

2.3.2 Kemahiran amali 24

2.3.3 Kemahiran insaniah 25

2.4 Sikap 27

2.4.1 Sikap dari aspek komitmen 29

2.4.2 Sikap dari aspek emosi 30

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

2.4.3 Sikap dari aspek berwawasan 33

2.5 Aspirasi kerjaya 34

2.5.1 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 36

2.6 Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional 38

2.7 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 40

2.7.1 Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional 44

2.7.2 Bahan kurikulum 44

2.7.3 Objektif dan matlamat program Mata

Pelajaran Vokasional 45

2.7.4 Guru dan tenaga pengajar 45

2.8 Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 46

2.8.1 Rasional Program Pendidikan Asas Vokasional 47

2.8.2 Konsep Program Pendidikan Asas Vokasional 49

2.8.3 Objektif Program Pendidikan Asas Vokasional 49

2.9 Laluan pendidikan pelajar aliran vokasional 49

2.10 Rumusan 50

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 51

3.2 Reka bentuk kajian 2

3.3 Kerangka operasi kajian 53

3.4 Populasi dan sampel kajian 55

3.5 Lokasi kajian 57

3.6 Instrumen kajian 57

3.6.1 Borang soal selidik 58

3.6.2 Kesahan 60

3.6.3 Kebolehpercayaan 61

3.7 Kajian rintis 67

3.8 Prosedur pengumpulan data 63

3.9 Kaedah analisis data 63

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

3.9.1 Analisis deskriptif 65

3.9.2 Analisis inferensi 65

3.10 Rumusan 66

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Analisis pulangan soal selidik 68

4.3 Kebolehpercayaan data (kajian sebenar) 68

4.4 Analisis demografi responden 69

4.4.1 Analisis responden mengikut jantina 70

4.4.2 Analisis responden mengikut bangsa 71

4.4.3 Analisis responden mengikut sekolah 72

4.4.4 Analisis responden mengikut jenis MPV 73

4.5 Analisis persoalan kajian pertama 74

4.6 Analisis persoalan kajian kedua 76

4.7 Analisis persoalan kajian ketiga 78

4.8 Analisis skor min keseluruhan 79

4.9 Ujian normaliti 80

4.10 Analisis persoalan kajian keempat 81

4.10.1 Hubungan antara amalan

dengan aspirasi kerjaya 82

4.10.2 Hubungan antara kemahiran

dengan aspirasi kerjaya 83

4.10.3 Hubungan antara sikap

dengan aspirasi kerjaya 84

4.11 Analisis korelasi keseluruhan 84

4.12 Rumusan 85

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Hasil perbincangan 87

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

5.2.1 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek amalan 87

5.2.2 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek kemahiran 88

5.2.3 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek sikap 90

5.2.4 Hubungan amalan, kemahiran dan 91

sikap dengan aspirasi kerjaya

5.3 Kesimpulan 93

5.4 Cadangan 93

5.4.1 Cadangan kepada pelajar 94

5.4.2 Cadangan kepada guru 95

5.4.3 Cadangan kepada sekolah 97

5.5 Cadangan kajian lanjutan 98

5.6 Penutup 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN 111

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual pelaksanaan MPV di sekolah menengah 41

akademik harian

2.2 Bidang usaha dalam MPV 42

2.3 Kombinasi mata pelajaran bidang usaha dalam

PTV dengan elektif bidang teknik dan vokasional 44

3.1 Bilangan sampel dari setiap sekolah 57

3.2 Skala Likert 59

3.3 Tahap kebolehpercayaan skor Alpha Cronbach 62

3.4 Skor Alfa Cronbach 62

3.5 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 64

3.6 Interpretasi tahap skor min 65

3.7 Nilai dan tahap perhubungan korelasi Pearson 66

4.1 Analisis pulangan soal selidik 68

4.2 Nilai kebolehpercayaan instrumen 69

4.3 Analisis keseluruhan demografi responden 70

4.4 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 70

4.5 Bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa 71

4.6 Bilangan dan peratusan responden mengikut sekolah 72

4.7 Bilangan dan peratusan responden mengikut jenis MPV 73

4.8 Persepsi pelajar terhadap amalan dalam MPV 75

4.9 Persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam MPV 77

4.10 Persepsi pelajar terhadap sikap dalam MPV 79

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

4.11 Analisis skor min keseluruhan 80

4.12 Nilai skewness dan kurtosis bagi setiap aspek 80

4.13 Hubungan antara amalan dengan aspirasi kerjaya 83

4.14 Hubungan antara kemahiran dengan aspirasi kerjaya 83

4.15 Hubungan antara sikap dengan aspirasi kerjaya 84

4.16 Analisis korelasi keseluruhan 85

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep kajian 13

3.1 Kerangka operasi kajian 54

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

SENARAI SINGKATAN

FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

IKBN Institut Kemahiran Belia Negara

ILP Institut Latihan Perindustrian

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

JKP Jawatankuasa Kurikulum Pusat

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

MPV Mata Pelajaran Vokasional

PAV Pendidikan Asas Vokasional

PMR Penilaian Menengah Rendah

PPK Pusat Pembangunan Kurikulum

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS Statistical Package for Social Science

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 111

B Analisis kebolehpercayaan instrumen

kajian rintis 118

C Analisis kebolehpercayaan instrumen

kajian sebenar 121

D Analisis data 124

E Jadual Krejcie dan Morgan 133

F Carta Gantt 134

G Pengesahan pakar 136

H Surat kebenaran 143

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merujuk kepada pelajar-pelajar yang

berada di tingkatan empat dan lima di sekolah harian biasa yang mengambil Mata

Pelajaran Vokasional (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Mulai tahun 2002, Mata

Pelajaran Vokasional ditawarkan di sekolah harian biasa meliputi 22 mata pelajaran

yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha yang utama. Program ini diperkenalkan

bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran pelbagai bidang bagi membolehkan mereka

melangkah ke alam pekerjaan, memulakan perniagaan, atau meneruskan latihan ke

peringkat yang lebih tinggi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu, setelah

tamat tingkatan lima, pelajar-pelajar yang mengambil MPV ini boleh memilih untuk

bekerja sama ada dengankerajaanatau swasta, atau bekerja sendirisama ada

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau memulakan perniagaan. Serentak

dengan itu, aspirasi kerjaya berperanan sebagai pemangkin kepada pelajar-pelajar MPV

untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

Buntat dan Sharif (2006) menyatakan bahawa aspirasi kerjaya merujuk kepada

pekerjaan yang dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia

merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa mengira halangan-

halangan yang mungkin dihadapinya. Menurut Kamis (2009), aspirasi kerjaya yang tepat

adalah penting dalam menentukan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan ciri

personaliti pelajar. Menurut beliau lagi, hal ini demikian kerana aspirasi kerjaya akan

menentukan kerjayapelajar pada masa akan datang sekiranya mereka tidak melanjutkan

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

2

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun demikian, tidak semua pelajar

mempunyai aspirasi kerjaya yang seiring dengan bidang pengajian yang mereka ikuti di

sekolah atau institusi pengajian tinggi (Yahidi, 2012).

Oleh itu, pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

perlulah menyediakan diri mereka agar cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari

aspek amalan, kemahiran dan sikap. Kenyataan ini disokong oleh Zulpakar (2008) yang

menyatakan bahawa semua amalan yang baik terutamanya amalan keselamatan perlu

dititikberatkan sebagai persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan. Menurut Buntat et

al.,(2006) pula, kemahiran yang dibekalkan di institusi kemahiran sangat penting

dikuasai oleh pelajar dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran bagi

membolehkan mereka memasuki pasaran kerja yang mencabar. Manakala Yahaya et al.,

(2013) berpendapat, tanpa sikap yang positif ke atas sesuatu bidang atau mata pelajaran,

pelajar agak sukar untuk cemerlang dalam pembelajarannya. Oleh itu, sikap pelajar perlu

dipupuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya pencapaian pelajar lebih

memberangsangkan (Zulkarnain et al., 2011).

Sikap ditakrifkan sebagai perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu

pendapat atau fikiran(Kamus Dewan, 2013). Secara umumnya sikap merujuk kepada

keadaan seseorang yang bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan sesuatu dan

cenderung untuk bertindak secara positif. Kajian Mohd. Said dan Kuppusamy (2010)

telah membuktikan bahawa sikap pelajar mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan

tingkah laku, daya usaha, minat dan pencapaian akademik mereka. Mohd Atan dan

Noordin (2007) bersetuju bahawa pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh

sikap mereka. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru seharusnya berpusatkan pelajar agar

dapat membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan pelajar. Di samping itu,

pengajaran guru mestilah sentiasa menekankan aspek nilai-nilai murni dan amalan yang

baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dalam pelbagai aspek

kehidupan.

Bagi pelajar-pelajar MPV, amalan yang baik merujuk kepada amalan semasa di

bengkel kerana MPV sangat sinonim dengan pelaksanaan kerja-kerja dan latihan-latihan

amali yang dilaksanakan di dalam bengkel(Noorden, 2011). Pelajar-pelajar perlu

menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

3

diri dan orang lain. Kesedaran terhadap aspek keselamatan perlu ditanamkan di dalam

diri setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan oleh

pelajar semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya ketika memasuki

alam pekerjaan. Malah, pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia belajar dengan

lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkannya (Buntat et al.,

2006). Kemalangan di dalam bengkel hanya dapat dikurang dan dielakkan sekiranya

pelajar-pelajar sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan-peraturan dan

langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sikap yang

terjelma hasil daripada amalan yang baik ini melahirkan pelajar yang berketrampilan dan

mempunyai iltizam serta jati diri yang kukuh (Mohd Zulpakar, 2008).

Menurut Pua (2014), perubahan era globalisasi dan k-ekonomi hari ini menuntut

pelajar yang mengambil MPV memiliki ketrampilan diri yang menarik, mempunyai

pelbagai kemahiran, berpengetahuan tinggi dan mahir menggunakan teknologi untuk

memenuhi pasaran kerja semasa. Mereka bukan sahaja perlu memiliki kemahiran

teknikal, malah mereka juga perlu menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran

komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara

kritis (Pua, 2014). Di samping itu, mereka juga perlu menguasai kemahiran kebolehan

bekerja (employability) supaya dapat memberi kesan kepada tahap fleksibaliti,

kebolehsesuaian dan kebolehan bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan (Mohammad

Khawari, 2008). Hal ini demikian kerana, memiliki modal insan yang berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi merupakan faktor terpenting dalam pembangunan ekonomi

negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun

2020.

1.2 Latar belakang masalah

Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sering dikaitkan dengan

beberapa isu sejak kebelakangan ini. Antaranya termasuklah pengangguran (Ismail,

2012), kurangnya kemahiran dari aspek komunikasi dalam kalangan pelajar (Dahriet

al.,2000) dan ketidaksepadanan kemahiran yang dipelajari di institut latihan dengan

kehendak majikan. Di samping itu, kurikulum MPV yang tidak sepadan dengan bidang

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

4

pekerjaan yang ditawarkan (Mohd. Rhouse & Abd. Razak, 2006) dan kurangnya jumlah

pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institut kemahiran dan institusi pengajian tinggi

lain (Daud,2012 & Che Harun, 2010) juga sering menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Isu ini terbit dari tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap MPV (Suradinet al.,

2010). Walaupun kerajaan telah melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan

Vokasional dengan menaiktaraf dan memartabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV), namun persepsi masyarakat khususnya ibu bapa amat sukar untuk diubah

(Suradin et al.,2010). Implikasinya usaha kerajaan tidak akan membuahkan hasil

sekiranya tidak mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Suatu kajian Kecenderungan Pelajar Aliran Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke

Institut Latihan Kemahiran yang dijalankan oleh Che Harun (2010) menunjukkan

bahawa jumlah pelajar yang mendaftar bagi pendidikan vokasional di institut latihan

kemahiran tidak berpadanan dengan jumlah tempat yang ditawarkan. Dapatan kajian

beliau menunjukkan bahawa pelajar aliran vokasional yang melanjutkan pelajaran ke

institut latihan kemahiran adalah pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa pelajar

aliran vokasional agak kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran atas beberapa

faktor dalaman dan luaran dan ada antara mereka yang bercita-cita untuk terus bekerja

setelah menamatkan persekolahan peringkat menengah.

Namun begitu, sekiranya pelajar memilih untuk terus bekerja, aspirasi kerjaya

adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seseorang pelajar

terutamanya pelajar aliran vokasional (Kasa & Bakar, 2004). Hal ini demikian kerana

aspirasi kerjaya akan menentukan di manakah mereka akan bekerja dan apakah

profesion pilihan mereka sebagai cara untuk mencari nafkah. Tambahan lagi, pelbagai

usaha perlu dilakukan agar pelajar akan mendapat pekerjaan selari dengan aspirasi

kerjaya mereka supaya masalah pengangguran dapat diatasi dengan segera. Oleh itu,

menurut Buntat et al., (2006), pelajar terutamanya pelatih di institusi kemahiran

seharusnya dilatih dan dibimbing supaya mempunyai aspirasi kerjaya terhadap latihan

yang diikuti bersesuaian dengan matlamat latihan yang disediakan.

Namun begitu, realitinya pelajar aliran vokasional dilihat kurang mendapat

perhatian majikan atas sebab-sebab tertentu. Hal ini dibuktikan oleh kajian awalan yang

telah dilaksanakan oleh pengkaji sendiri. Pelajar-pelajar ini kurangmendapat perhatian

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

5

majikan akibat kekurangan kemahiran dan implikasinya mereka sukar untuk diterima

bekerja dalam sesebuah organisasi. Perkara ini dijelaskan oleh beberapa orang majikan

yang telah ditemu bual antaranya dari Pusat Servis Aircond SSB Enterprise, Parit Raja

dan Salleh Food Industries, Senggarang tentang tahap penerimaan mereka terhadap

pelajar lepasan SPM yang mengambil MPV:

“Tahap penerimaan saya terhadap mereka adalah sederhana. Walaupun

saya tidak terlalu pentingkan pencapaian akademik, tapi saya jarang

ambil pekerja lepasan SPM, sekurang-kurangnya mereka perlu ada sijil

SKM tahap 1...lagipun saya mahukan pekerja yang mahir untuk

menservis aircond dan tahu selok belok pekerjaan dalam bidang ini.

Kebanyakan lepasan SPM ni kurang mahir dan perlukan bimbingan, jadi

susahla kita nak terima sebagai pekerja. Biasa kami ambil lepasan

politeknik atau IKBN atau Giat Mara sebab mereka lebih mahir.”

(Majikan 1)

“Tahap sederhana saja kot. Pada saya mereka kurang pengalaman dan

kurang mahir selesaikan sesuatu masalah yang diberi. Pengalaman saya

ambil mereka bekerja, mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri

dengan persekitaran kerja. Meraka ni biasalah, darah muda, jadi

kadang-kadang mereka terlalu ikut perasaan dan tak boleh ditegur. Jadi

nak ambil mereka bekerja pun susah juga. Saya perlu jaga prestasi

perusahaan saya kan.”

(Majikan 2)

Walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan dengan pelbagai

kemahiran, namun Arifin (2005) menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini masih belum

mahir dalam bidang kemahiran yang mereka pelajari. Menurut beliau lagi, dalam masa

dua tahun, mereka hanya mendapat sedikit kemahiran dan pengetahuan vokasional. Oleh

itu, hasrat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau

menceburi bidang pekerjaan akan terhalang. Hal ini berkait rapat dengan sikap dan

personaliti pelajar. Dalam kajian ini, guru-guru turut memberi maklum balas tentang

sikap dan personaliti pelajar MPV yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka:

“Saya setuju. Pelajar ni kadangkala kurang bermotivasi, malu bertanya,

kurang berwawasan dan bersikap negatif. Ada juga yang malu untuk

kehadapan. Namun begitu, dalam kelas saya hanya segelintir sahaja

yang begitu. Kebanyakannya bersikap positif dan bercita-cita tinggi serta

menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang ini.”

(Guru 1)

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

6

“Pelajar kelas ni semua lelaki, jadi penyakit malas banyak berlaku

dalam diri mereka. Selain itu, ada juga pelajar yang kurang mematuhi

arahan guru dan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah terutamanya peraturan keselamatan di dalam bengkel.

keadaan ini mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.”

(Guru 2)

Sikap pelajar biasanya mempengaruhi pencapaian mereka dalam sesuatu mata

pelajaran (Yahayaet al.,2000). Oleh itu, persediaan awal dalam pembentukan sikap perlu

dilakukan oleh pendidik untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti iaitu

mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan mampu mematuhi segala

peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah terutamanya peraturan keselamat di

bengkel bagi pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

Bagi pelajar MPV, peraturan keselamatan di bengkel adalah aspek amalan yang

perlu dititikberatkan dan menjadi fokus utama ketika melakukan kerja-kerja amali di

bengkel (Noorden, 2012). Peraturan keselamatan ini perlu diamalkan bagi mengelakkan

kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Amalan keselamatan tersebut

termasuklah amalan keselamatan diri, peralatan dan persekitaran (Armi, 2012). Nilai

pula bermaksud etika, prinsip moral dan nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan

seseorang individu atau satu kumpulan manusia (Kamus Dewan, 2013). Justeru itu,

amalan keselamatan dan nilai yang tidak dipraktikkan dengan baik akan menyebabkan

kecederaan, kehilangan nyawa, dan kerugian di pihak majikan.

Kesimpulannya, amalan, kemahiran dan sikap pelajar yang mengambil MPV

mampumempengaruhi kemenjadian mereka pada masa hadapan. Oleh itu, penting bagi

pelajar-pelajar ini mempunyai persepsi yang positif dari aspek amalan, kemahiran dan

sikap mereka supaya mereka berjaya mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang

dipelajari di dalam kelas ketika mereka bekerja kelak seiring dengan aspirasi kerjaya

yang diinginkan di samping mempunyai sikap yang baik dan sentiasa menitikberatkan

tentang amalan keselamatan tidak kira di mana mereka berada.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

7

1.3 Pernyataan masalah

Daripada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini, pengkaji mendapati

bahawa pelajar masih tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam

bidang MPV bersesuaian dengan bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Ini

membuktikanbahawa walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan

dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal, namun mereka masih

belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Oleh yang demikian,hasrat pelajar

untuk menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan dan memenuhi aspirasi kerjaya

mereka akan terhalang. Justeru itu, pelajar perlu menyediakan diri dari aspek amalan,

kemahiran dan sikap supaya mereka mempunyai aspirasi kerjaya dalam bidang

pengajian yang diikuti sesuai dengan kebolehan dan kelayakan mereka sendiri.

Ironinya, kekurangan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari aspek

amalan, kemahiran dan sikap mengakibatkan pelajar berasa ragu-ragu untuk

menceburkan diri dalam bidang pekerjaan berorentasikan kemahiran dan vokasional.

Hal ini demikian kerana masih ada pelajar yang keliru dengan pekerjaan yang bakal

diceburi dalam bidang MPV disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman.

Sekiranya tidak diatasi, pelajar-pelajar masih tidak mempunyai aspirasi kerjaya yang

jelas setelah menamatkan alam persekolahan. Justeru itu, kajian tentang persepsi pelajar

dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap MPV perlu dijalankan supaya pelajar

lebih terdedah kepada pelbagai jenis pekerjaan dan mempunyai aspirasi kerjaya yang

berkaitan dengan bidang vokasional. Secara tidak langsung salah satu matlamat

Pendidikan Teknikal dan Vokasional iaitu melahirkan bakal pekerja yang boleh bekerja

dalam bidang pengajian yang mereka ikuti akan tercapai.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

8

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalahuntuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadapMata Pelajaran

Vokasional (MPV). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan

antara amalan, kemahiran dan sikap denganaspirasi kerjaya pelajar yang mengambil

MPV di sekolah harian daerah Batu Pahat. Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini

penting dalam membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas dan sekaligus menjadi pemangkin kejayaan sesuatu program pendidikan.

Umumnya, kajian berkaitan kerjaya biasanya dilaksanakan terhadap graduan universiti.

Oleh itu, kajian ini merupakan pemangkin kepada pelajar untuk menentukan kerjaya

pilihan mereka sebelum melangkahkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi.

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah hariandaerah Batu Pahat.

b) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapkemahiran dalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

c) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapsikapdalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

d) Mengenalpasti hubungan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi

kerjaya pelajar dalamMata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian

daerah Batu Pahat.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

9

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

a) Apakah persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

b) Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

c) Apakah persepsi pelajar terhadap sikap dalam Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

d) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan

sikap dengan aspirasi kerjayapelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

1.7 Hipotesis kajian

Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah

seperti berikut:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan

sikap dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dengan aspirasi

kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah

harian daerah Batu Pahat.

1.8 Skop kajian

Skop kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap sahaja. Selain itu, skop

kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan aspirasi kerjaya dengan semua aspek

yang telah dinyatakan di atas. Aspek amalan hanya merangkumi amalan nilai dan

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

10

amalan keselamatan manakala aspek kemahiran hanya melibatkan kemahiran amali,

kemahiran kebolehan bekerja(employability) dan kemahiran insaniah. Kajian dari aspek

sikap pula hanya merangkumi aspek komitmen, emosi dan berwawasan.

1.9 Batasan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajiannya kepada pelajar-pelajar yang

mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat yang

berumur dalam lingkungan 16 tahun sahaja. Hal ini kerana mereka adalah pelajar yang

bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan meninggalkan

alam persekolahan pada penghujung tahun 2016nanti. Kajian ini tertumpu kepada

pelajar-pelajar yang mengambil MPV dalam tiga bidang usaha utama iaitu Pembuatan,

Teknotani dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Kajian ini hanya dijalankan di enam buah sekolah harian yang menawarkan

MPV di daerah Batu Pahatdan melibatkan 126 orang responden sahaja kerana sampel

dari sebuah sekolah lagi dijadikan sebagai responden dalam kajian rintis.Antara faktor

yang mendorong pengkaji memilih semua sekolah tersebut kerana bilangan sampel bagi

setiap sekolah tidak ramai. Oleh itu, pengkaji dijangka tidak menghadapi sebarang

masalah untuk mendapatkan data dari sekolah-sekolah yang terlibat. Di samping itu,

hanya enam mata pelajaran ditawarkan mewakili tiga bidang usaha yang utama di

daerah Batu Pahat. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa kajian ke atas semua mata

pelajaran perlu dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap MPV bagi

setiap mata pelajaran yang terlibat.

1.10 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini penting sebagai sumber rujukan kepada pelajar, guru, pihak

pengurusan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pusat Pembangunan Kurikulum

(PPK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kepentingan kajian ini dihuraikan

seperti di bawah:

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

11

1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Pelajar adalah modal insan dan aset terpenting dalam memacu pembangunan negara.

Adalah penting bagi pelajar menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

tertentu supaya mereka mampu merealisasikan Wawasan 2020. Selain itu, sikap yang

baik juga menjamin kecemerlangan hidup. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan

dapat mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang

dipelajari di sekolah dan kejayaan program MPV itu sendiri. Sekiranya MPV

mempunyai nilai yang tinggi, berkemungkinan besar negara kita tidak akan mengalami

pembaziran dari aspek guna tenaga pada masa akan datang.

1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) untuk

meningkatkan mutu pengajaran dalam membentuk amalan, kemahiran dan sikap yang

positif terhadap MPV dalam kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana, Pendidikan

Teknik dan Vokasional (PTV) bukan hanya terhad dalam membangunkan pengetahuan

pelajar sahaja, tetapi juga membangunkan kemahiran dan sikap para pelajar. Oleh itu,

dengan terlaksananya kajian ini, diharapkan dapat membantu guru-guru menyediakan

pelajar yang mengamalkan nilai-nilai yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran sama

ada kemahiran teknikal mahupun bukan teknikal dan sentiasa bersikap positif dalam

pembelajaran mereka. Di samping itu, kajian ini juga membantu guru-guru dalam

membimbing laluan kerjaya pelajar supaya mereka mendapat maklumat yang tepat

tentang hala tuju kerjaya mereka setelah tamat persekolahan kelak.

1.10.3 Pihak pengurusan sekolah

Melalui kajian ini,pihak sekolah dapat memupuk kesedaran dan memberikan maklumat

yang terbaik kepada pelajar agar pelajar tahu hala tuju mereka setelah menamatkan

pelajaran di tingkatan lima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Dalam hal ini,

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

12

guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat

kepada pelajar berkaitan dengan kerjaya dan Institut Latihan Kemahiran yang boleh

dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak

sekolah juga boleh membantu pelajar dengan menganjurkan sesi kaunseling kerjaya

untuk mendedahkan mereka kepada bidang-bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi

setelah tamat tingkatan lima kelak.

1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terbabit

terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menyediakan ruang dan peluang

yang luas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) agar

mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara. Oleh yang demikian, kurikulum

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedia ada perlulah diperkukuhkan sesuai

dengan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Segala perubahan yang dibuat oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mentransformasikan Pendidikan

Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu langkah yang wajar, namun haruslah

mengambil kira kesedian pelajar agar mereka boleh mengadaptasikan perubahan

tersebut dengan mudah.

1.11 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa input

kepada kajian ini adalah pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas akan membentuk amalan, kemahiran dan sikap mereka

dalam MPV. Dalam kajian ini amalan merujuk kepada amalan keselamatan dan amalan

nilai-nilai murni. Kemahiran pula merujuk kepada kemahiran kebolehan bekerja

(employability), kemahiran insaniah dan kemahiran amali. Manakala sikap dalam kajian

ini merujuk kepada sikap dari aspek komitmen, emosi dan berwawasan. Pembentukan

amalan, kemahiran dan sikap ini akan mempengaruhi aspirasi kerjaya pelajar pada masa

Page 29: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

13

akan datang. Oleh itu, hubungan antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek yang

telah dinyatakan di atas perlu diambil kira sebagai output dalam kajian ini.

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

1.12 Definisi istilah dan operasional

Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan definisi terhadap beberapa istilah bertujuan

untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Berikut adalah

beberapa istilah utama yang penting berdasarkan tajuk dan persoalan kajian yang

dirasakan perlu ditakrifkan oleh pengkaji iaitu:

1.12.1 Persepsi

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara sama ada di dalam

hati atau fikiran. Persepsi juga boleh ditakrifkan sebagai tanggapan atau pandangan

Pelajar MPV

(Tingkatan 4)

Amalan

Amalan

keselamatan

Amalan nilai

murni

Kemahiran

Kemahiran

kebolehan bekerja

Kemahiran amali

Kemahiran

insaniah

Sikap

Komitmen

Emosi

Berwawasan

Hubungan dengan

aspirasi kerjaya

Input

Proses

Output

Page 30: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

14

menerusi pancaindera (Kamus Dewan, 2013). Dalam konteks kajian ini, persepsi

merujuk kepada pandangan pelajar dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap

Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

1.12.2 Amalan

Amalan didefinisikan sebagaisesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dikerjakan

(Kamus Dewan, 2013). Amalan dalam kajian ini merujuk kepada perkara-perkara yang

sering dilakukan atau menjadi amalan pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran

Vokasional (MPV). Amalan yang dibincangkan secara mendalam adalah amalan yang

berkaitan dengan nilai-nilai murni dan amalan keselamatan di bengkel.

1.12.3 Kemahiran

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)dan Kamus Dewan

(2013) mendefinisikan kemahiran sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan

sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada kemahiran teknikal dan

kemahiran bukan teknikaldalam sesuatu bidang Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

Kemahiran teknikal yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kemahiran amali,

manakala kemahiran bukan teknikal pula merujuk kepada kemahiran insaniah, dan

kemahiran kebolehan bekerja (employability).

1.12.4 Sikap

Mohamed et al.,(1995) pula menyatakan bahawa sikap merupakan perkara peribadi

berkaitan dengan perasaan dan pengalaman individu, menggambarkan cara berfikir dan

bertindak dalam sebarang masalah yang mendorong pelajar bersedia untuk menerima

teguran guru dalam pelajaran demi kebaikan masa depan pelajar sendiri.Dalam konteks

kajian ini, sikap merujuk kepada sejauhmana pelajar cenderung untuk bertindak terhadap

Page 31: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

15

rangsangan yang diterima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV), iaitu dari aspek,

komitmen, emosi dan berwawasan.

1.12.5 Sekolah menengah harian

Menurut portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan menengah

terbahagi kepada dua peringkat iaitu Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 3) dan Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5). Sekolah

menengah harian dalam kajian ini merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaanyang

menawarkan subjek Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Batu Pahat.

1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) menawarkan 22 mata pelajaran yang

dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu Binaan, Pembuatan, Teknotani, Ekonomi

Rumah Tangga dan Aplikasi Komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dibuat

berperingkat-peringkat dalam 4 fasa, mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Yahya Emat,

2005 dalam Arifin, 2005).

1.12.7 Aspirasi kerjaya

Aspirasi kerjaya adalah jelmaan identiti pekerjaan bagi seseorang individu dan matlamat

kerjaya yang diidamkan. Kamis (2009) Aspirasi kerjaya dihubungkan kepada kerjaya

yang dijangkakan oleh seseorang individu. Dalam kajian ini, aspirasi kerjaya merujuk

kepada cita-cita dan keinginan pelajar ke arah mendapatkan pekerjaan yang diidamkan

untuk kesinambungan hidup mereka pada masa akan datang.

Page 32: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

16

1.13 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah dan pernyataan

masalah akibat daripada isu-isu yang timbul dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

Isu yang diketengahkan oleh pengkaji berkait rapat dengan amalan, kemahiran dan sikap

pelajar tehadap MPV. Selain itu, tujuan kajian, kepentingan kajian, objektif dan

persoalan kajian turut dinyatakan di dalam bab ini untuk memberi maklumat yang jelas

kepada pembaca. Kerangka konsep kajian, definisi istilah dan operasional, skop serta

batasankajian juga dibincangkan untuk memberi gambaran terhadap kajian yang

dilaksanakan oleh pengkaji.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur ini dilakukan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji dalam

menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji mengetengahkan beberapa penyelidikan

terdahulu yang ada kaitan dengan objektif kajian ini. Kajian literatur yang diperoleh dari

sumber-sumber yang asli daripada pengkaji dan penyelidik lain membantu menyokong

dan mengukuhkan isu-isu yang terdapat dalam latar belakang masalah. Diharapkan

kajian literatur ini dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang

dijalankan dengan lebih jelas lagi. Antara perkara yang dikupas dalam bab ini

termasuklah aspirasi kerjaya, komponen amalan, kemahiran dan sikap serta latar

belakang Mata Pelajaran Vokasional (MPV) itu sendiri.Pengkaji turut mengupas tentang

mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) iaitu kesinambungan daripada Mata

Pelajaran Vokasional yang diperkenalkan oleh kerajaan dan dilaksanakan sepenuhnya

pada tahun 2013. Secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk semangat cintakan ilmu

dan tidak jemu menjalankan penerokaan pengetahuan bagi melahirkan individu yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 34: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

18

2.2 Amalan

Dalam melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah negara

perindustrian, maka para pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai seperti berdisiplin,

tekun dan dedikasi. Menurut Armi (2012), bidang industri masa kini yang canggih dan

yang berteknologi tinggi memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, dilengkapi dengan

asas kemahiran yang luas, serta mempunyai budaya etika kerja yang positif. Menurut

beliau lagi, budaya dan etika kerja yang positif boleh dipupuk melalui amalan-amalan

positif yang diamalkan oleh pekerja sejak mereka berada di alam persekolahan lagi. Hal

ini demikian kerana, jika sesuatu perkara sentiasa diamalkan, perkara tersebut akan

menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita.

Dalam bidang vokasional, amalan keselamatan merupakan perkara penting yang

perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali khususnya di bengkel (Armi, 2012). Di

samping itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional turut menjadi wadah bagi pelajar

mengamalkan nilai murni tidak kira sama ada di dalam kelas mahupun di bengkel

(Noorden, 2011). Menurut Asri (2013), matlamat penerapan nilai murni dalam proses

pengajaran dan pembelajaran antaranya bertujuan untuk menimbulkan kepekaan dan

kesedaran kepada pelajar tentang unsur-unsur yang membina dalam pembelajaran.

Justeru itu, ianya akan mendorong pelajar untuk mengembangkan bakat dan kreativiti

mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.

2.2.1 Amalan keselamatan

Amalan bermaksud pelajaran atau aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Amalan keselamatan pula merujuk kepada aplikasi pengetahuan berkenaan

keselamatan atau pengetahuan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah

keselamatan (Gan, 2004). Menurut Mustapha (2000), amalan keselamatan terbentuk

apabila peraturan-peraturan keselamatan dipatuhi. Oleh itu, setiap pelajar mestilah

mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Menurut Armi (2012),

Page 35: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

19

kesedaran terhadap amalan keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya

sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja-kerja

amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan. Menurut

Juhaidie (2001), terdapat tiga bahagian dalam dalam amalan keselamatan yang perlu

dititikberatkan iaitu keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan

persekitaran. Ketiga-tiga bahagian ini akan mengundang kepada kemalangan dan

masalah jika tidak diamalkan oleh setiap pelajar.

Menurut Armi (2012), keselamatan diri adalah amat penting di mana pelajar

haruslah mematuhi semua peraturan keselamatan untuk memastikan mereka sentiasa

berada dalam keadaan selamat. Menurut beliau lagi, keselamatan diri bermula dari

pemakaian pelajar itu sendiri, selain berambut kemas, memakai kasut yang sesuai, dan

menggunakan apron dan sarung tangan apabila melakukan kerja amali yang melibatkan

percikan logam, pemanasan dan sebagainya. Sebagai keselamatan tambahan, pelajar

dilarang memakai aksesori seperti gelang, jam tangan dan cincin.

Keselamatan peralatan pula adalah mengenai keselamatan peralatan yang

melibatkan mesin dan peralatan yang digunakan di dalam bengkel. Kemalangan bukan

sahaja boleh berlaku disebabkan oleh diri sendiri, tetapi juga melalui peralatan yang

digunakan oleh pengguna. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyedian

bahan mentah seperti logam dan keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang

besar dan canggih, penggunaan alat-alat memotong dan alatan tangan yang tajam.

Walaupun kemalangan dan kecederaan ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi ia

masih dapat dikurangkan dan dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam

pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya

peraturan keselamatan dalam bengkel dapat diamalkan dan dihayati oleh pelajar. Oleh

yang demikian, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam

bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain (Armi, 2012).

Keselamatan persekitaran dalam bengkel bermaksud keselamatan berdasarkan

kepada kawasan atau persekitaran tempat kerja atau tempat di mana kerja-kerja amali

dilakukan. Mohd Zulpakar (2008) menyatakan bahawa keselamatan di dalam bengkel

akan menjadi lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang yang

sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit dengan jumlah pelajar yang ramai akan

Page 36: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

20

memburukkan lagi suasana persekitaran bengkel. Menurut beliau lagi, disebabkan ruang

yang terhad dan sempit pelbagai perkara buruk seperti gangguan emosi, keadaan yang

panas dan suasana yang tidak selesa akan berlaku.

Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja,

tetapi juga terhadap rakan sekerja, persekitaran dan harta benda (Armi, 2012). Dalam hal

ini, amalan mempunyai hubungan yang rapat dengan sikap pelajar (Mohd Zulpakar,

2008). Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan terhadap tugas

atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga rakan sekerja.

Kesedaran terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar dalam

mengurangkan kadar kemalangn di tempat kerja. Oleh itu, kesedaran pelajar terhadap

amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi supaya amalan yang positif

sentiasa tersemat dalam jiwa pelajar itu sendiriagar sekolah dapat melahirkan pekerja

yang berkualiti dan mementingkan keselamatan dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Dengan itu, kualiti kerja dapat ditingkatkan sekaligus suasana kerja berjalan dengan

lancar dan selamat.

2.2.2 Amalan nilai

Di samping amalan keselamatan, bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga

sinonim dengan amalan nilai kerana PTV merupakan suatu program pendidikan

berasaskan kepada kemahiran psikomotor (Noorden, 2011). Cabaran dalam PTV bukan

sahaja untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang berkemahiran, tetapi juga mewujudkan

pekerja yang sempurna dengan nilai dan etika yang tinggi (Omar, 2008). Oleh kerana

Malaysia sedang mengorak langkah dalam mencapai status negara maju menjelang

tahun 2020, adalah wajar sistem PTV meningkatkan keupayaannya untuk melahirkan

pelajar yang memiliki nilai-nilai yang baik sebagai panduan dalam segala tindakan.

Latihan atau kerja-kerja amali merupakan salah satu kriteria di dalam Pendidikan

Teknik dan Vokasional (Omar, 2008). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

kerja-kerja amali di dalam bengkel merupakan sebahagian daripada aktiviti yang

mempraktikkan segala teori pembelajaran bagi memperkukuhkan lagi pemahaman

pelajar (A. Rahman, 2004). Menurut Noorden (2011), kerja-kerja amali ini penting

Page 37: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

21

untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar apabila mereka menamatkan

pengajian kelak. Oleh itu, nilai-nilai perlu diamalkan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bengkel bagi mewujudkan kesedaran pelajar terhadap keadaan

atau situasi sebenar ketika berada di dalam bengkel semasa menjalankan kerja-kerja

amali.

Nilai mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan, termasuklah cara kita

mentafsir maklumat, menilai situasi dan bertindak untuk mencapai sesuatu tujuan yang

penting. Nilai banyak berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Contohnya, nilai yang

ditunjukkan melalui perbuatan seperti tolong menolong dapat melahirkan sikap

kerjasama dalam diri mereka (Noorden, 2011).Nilai dalam pendidikan sangat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai yang diamalkan di sekolah akan

membantu pelajar menjadi insan yang bersahsiah dan meletakkan mereka dalam

standard yang tinggi. Nilai dalam pendidikan antara lain adalah nilai yang diamalkan di

dalam bengkel ketika melakukan kerja-kerja amali. Amalan ini penting untuk mencegah

kerugian seperti kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda (Abdul Hadi & Ab

Rahim, 2010)

Kerja-kerja amali yang dijalankan di bengkel adalah terdedah kepada risiko dan

bahaya jika nilai tidak diamalkan dalam diri setiap pelajar. Oleh yang demikian, nilai di

dalam bengkel penting bagi memastikan pelajar berada dalam suasana selesa ketika

menjalankan kerja amali. Di samping itu, nilai juga merupakan langkah yang penting

untuk dipraktikkan oleh pelajar supaya mereka dapat menguruskan bengkel dalam

keadaan yang teratur. Persekitaran tempat kerja yang selesa amat penting dititikberatkan

agar setiap pelajar yang terlibat dengan penggunaan pelbagai peralatan tangan dan mesin

tidak terdedah dengan risiko kemalangan (Noorden, 2011).

Justeru itu, pelajar wajar mempunyai tahap amalan nilai yang tinggi terutama

semasa menjalankan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Selain itu, guru juga

memainkan peranan yang amat penting dalam mengamalkan nilai semasa proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya di bengkel supaya risiko kemalangan dapat

dielakkan. Antara amalan nilai yang diberi penekanan adalah nilai murni kerjasama,

bertanggungjawab, berdisiplin, dan kreatif (Noorden, 2011). Penerapan nilai murni

seperti berhemah tinggi, rajin, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerjasama dan

Page 38: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

22

berdikari juga penting semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran amali di

makmal (Omar, 2008).

Di samping itu, enam belas nilai murni telah disenaraikan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Diharapkan penerapan amalan nilai ini akan

melahirkan pelajar yang seimbang bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga rohani,

emosi dan jasmani.

2.3 Kemahiran

Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor

terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai

status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menyedari

keperluan tersebut, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan bilangan enrolmen

pelajar di institusi pengajian tinggi awam tempatan dalam semua bidang dan peringkat

pengajian. Walau bagaimanapun, pertambahan bilangan graduan sahaja tidak mencukupi

tanpa melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh

pihak industri dan para majikan (Ismail, 2012).

Hal ini demikian kerana dalam era globalisasi kini, para majikan mementingkan

pekerja yang berkemahiran agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis

pekerjaan dan dalam masa yang sama mempunyai kepelbagaian kemahiran (Mat Hassan,

2009). Perbezaan kemahiran dalam kalangan pelajar lepasan sekolah dan institusi

pengajian tinggi dengan kehendak industri menjadi isu yang dititikberatkan untuk

mendapat pekerjaan. Antara fokus majikan masa kini dalam pengambilan pekerja adalah

terhadap kemahiran kebolehan bekerja (employability)(Madar et al., 2008), kemahiran

insaniahn (Pua, 2014) dan kemahiran amali (Ab Rahman et al., 2010).

Page 39: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

23

2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja (employability)

Para majikan di industri hari ini amat mengambil berat tentang kemahiran kebolehan

bekerja bagi para pekerja barunya. Secara umumnya, tidak ada pusat-pusat latihan yang

mempunyai kandungan kurikulum kemahiran kebolehan bekerja secara khusus yang

dapat dijadikan pusat latihan kemahiran bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan

berkaitan dengan kebolehan bekerja (Ismail, 2012). Bagaimanapun, sekolah-sekolah dan

juga institusi latihan adalah berperanan menyerapkan aspek-aspek kemahiran kebolehan

bekerja ini di dalam kurikulum pembelajaran yang telah disediakan. Justeru itu, guru dan

para pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pengetahuan

tentang kemahiran ini melalui aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Hal ini bagi

memastikan kemahiran kebolehan bekerja disemai dan dihayati di dalam diri pelajar

sebelum mereka meninggalkan dunia pendidikan dan memasuki alam pekerjaan.

Kajian bertajuk Kemahiran Employability dalam Kurikulum bagi Memenuhi

Kehendak Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaksanakan

oleh Mohammad Khawari (2008) telah menggariskan tiga elemen kemahiran kebolehan

bekerja (employability) yang sangat dikehendaki oleh industri iaitu kemahiran akademik,

kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Kajian beliau menggunakan Model

Profil Rangka Kerja The Conference Board of Canada (1996) yang bertujuan untuk

membantu bakal-bakal pekerja dan pekerja sedia ada untuk meningkatkan kemahiran

mereka dalam memenuhi kehendak pasaran industri. Model ini telah menggariskan

sembilan kemahiran kebolehan bekerja iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,

kemahiran berfikir, kemahiran mengurus maklumat, kemahiran matematik, kemahiran

komunikasi, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran pembelajaran berterusan dan

kemahiran komputer.

Dalam konteks model tersebut, kemahiran akademik merujuk kepada asas

kemahiran kebolehan bekerja (employability) yang diperlukan untuk menjalankan kerja

dengan berkesan untuk mencapai mutu atau kualiti yang terbaik. Antara kemahiran yang

terkandung dalam elemen ini adalah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran

berfikir. Dalam aspek komunikasi, pekerja yang memenuhi kehendak industri mampu

memahami dan boleh bertutur dengan bahasa yang sesuai dengan bidang pekerjaan.

Page 40: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

24

Menurut Mohd Dazali dan Awang (2014), komunikasi yang bijak termasuklah dari segi

penulisan yang berkesan dan mudah difahami oleh orang lain. Kemahiran berfikir

memfokuskan kepada pekerja yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif agar sesuatu

masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Kemahiran mengurus diri pula merangkumi aspek sikap dan tingkah laku yang

positif, bertanggungjawab dan boleh menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang

berlaku. Pekerja perlu bersikap positif dan menghormati pendapat dan pandangan orang

lain agar sesuatu keputusan dapat dicapai dengan mudah. Manakala menurut Hassan et

al., (2008) dan Mat Assain et al., (2011), kemahiran berpasukan merujuk kepada

kemahiran bekerja dengan orang lain. Dalam hal ini, pekerja seharusnya boleh bekerja

dalam kumpulan yang mungkin berbeza dari segi umur, jantina, agama, bangsa dan

jawatan. Perkara paling penting adalah pekerja mampu memahami orang lain dan boleh

menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Selain itu, kertas kerja berjudul Building The Essential Skill In The Workplace

yang telah diterbitkan oleh The Conference Board Of Canada (1996) telah

menggariskan sembilan kemahirankebolehan bekerja (employability) yang utama iaitu

kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran matematik, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran komputer,

kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus maklumat dan kemahiran pembelajaran

berterusan. Oleh itu, Madar et al., (2008) dalam penulisannya menegaskan bahawa

kemahiran kebolehan bekerja ini telah telah menjadi agenda penting negara dan menjadi

tanggungjawab institusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai daya saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Justeru itu,

kemahiran kebolehan bekerja ini wajar diterapkan di peringkat sekolah lagi agar dapat

melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan.

2.3.2 Kemahiran amali

Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan bidang pendidikan yang menyediakan

sumber guna tenaga teknikal yang berkebolehan serta berkemahiran dalam

pengkhususan teknikal dan vokasional apabila memasuki alam pekerjaan. Namun

Page 41: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

100

RUJUKAN

A Rahman, K. (2004). Amalan Keselamatan dalam Makmal dan Bengkel Elektrik di

Politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): Satu Tinjauan. Dicapai

pada Mei 14, 2015 dari

http://eprints.uthm.edu.my/884/1/24_Pages_from_Amalan_Keselamatan

dalam_Makmal_dan_Bengkel_Elektrik_di_Politeknik_dan Institusi_Kem.pdf.

Ab Rahman, A., Esa, A. & Wan Ahmad, W. M. R. (2010). Latihan kemahiran di industri

kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih SLDN. Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. UTHM, Johor. m.s 212-217.

Abd Hamid, M. A, Maalip, H., Aloma, P., Mohd. Yusof, S., Boon, Y., Mohd. Nasir, Z.

& Hassan, Z. (2001). Pengenalan kepada Penulisan Ilmiah. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

Abd Rahman, S. H., Mat Jusoh, Z. Y., Muhammad Serji, R. & Salleh, M. (2015).

Faktor-faktor kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri di institusi

pengajian tinggi: Satu sorotan. E-Proceeding of the 2nd International

Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015. Kuala

Lumpur, Malaysia. m.s 619-627.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Abdul Hadi, F. & Ab Rahim, R. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel di Kalangan

Pelajar Semasa Menjalankan Kerja Amali di Bengkel Kayu. Dicapai pada Mei

12, 2015 dari http://fadhlanhadi.blogspot.com/2013/02/amalan-keselamatan-di-

bengkel.html.

Abdul Majid Khan, A. R. (2007). Guru sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Page 42: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

101

Abdul Rahman, M. A & Abdul Wahab, M. Z. (2000). Pengetahuan dan Pengamalan

Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Belia

Negara di Negeri Terengganu. Dicapai pada April 15, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_Be

ngkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di_N

egeri_Terengg.

Abdul Rahman, M. A & Muniandi, E. L. (2007). Amalan Peraturan Keselamatan

Bengkel dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Mara. Dicapai

pada Mei14, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10856/1/Amalan_Peraturan_Keselamatan_Bengkel_Dalam

_Kalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Mara.pdf.

Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. & Udin, A. (2011). Cabaran-cabaran dalam pendidikan

teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber manusia. Journal of

Edupres. 1(1): 159-161.

Abu Bakar, Z. & Mohd Zulpakar, K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel di

Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa

Melakukan Kerja-Kerja Amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Universiti, Johor. Dicapai pada Mei 14, 2015 dari

http://eprints.utm.my/11333/1/Amalan_Keselamatan_Bengkel_Di_Kalangan_Pel

ajar.pdf

Abu Bakar, Z. & Mohd Husnan, H. (2008). Kepentingan Kemahiran Pengajaran Amali

dalam Pengajaran. Dicapai pada November 29, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10530/1/Kemahiran_Guru_Pelatih_Empat_SPH_Dalam_P

engajaran_Amali_Di_Fakulti_Pendidikan.pdf

Annamalai, R. (2000). Tahap Kesedaran Kerjaya Pelajar India di Dua Buah Sekolah

Menengah di Pelabuhan Klang. Universiti Malaya: Tesis Sarjana.

Arbaa, R., Jamil, H. & Abd Razak, N. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya

dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan

perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia.

35(2): 61-69.

Page 43: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

102

Arifin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan dan Kemahiran

dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik di Batu

Pahat, Johor. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana.

Armi, A. N. (2012). Kajian Amalan Keselamatan di Bengkel Sekolah Menengah

Vokasional dalam Negeri Kelantan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

Asri, N. (2013). Penerapan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Amalan Bengkel

dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah bagi Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2010). Buku Maklumat Kemasukan ke

Sekolah Menengah Teknik Vokasional Tahun 2010. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi

Pendidikan Vokasional. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar. (2014). Perangkaan

Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013. Putrajaya: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Buntat, Y. & Mat Nasir, N. S. (2011). Faktor-faktor yang mendorong kreativiti di

kalangan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational

Psychology and Counseling, 6(1), 175-208.

Buntat, Y. & Sharif, F. (2006). Aspirasi Kerjaya Para Pelatih Institut Kemahiran Mara

(IKM) Johor Bahru Terhadap Latihan yang Diikuti. Dicapai pada Jun 10, 2015

dari eprints.utm.my/2270/1/Faizah.pdf.

Che Harun, H. (2010). Kecenderungan Pelajara Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke

Institut Latihan Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

Che Rusli, M. A. (2013). Bagaimanakah Keberkesanan Pengajaran Berteraskan Amali

dalam Subjek Kemahiran Hidup Mampu Memberi Kefahaman dan Penguasaan

Page 44: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

103

kepada Pelajar Bermasalah di Sekolah Menengah Harian Biasa. Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah Penyelidikan.

Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 2: Asas Statistik

Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Daud, D. (2012). Kesedaran terhadap Peluang Melanjutkan Pengajian ke Institut

Latihan Vokasional dalam Kalangan Pelajar SMV di Johor. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Damahuri, N. A. (2012). Kreativiti Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Aliran

Vokasional dan Aliran Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2012). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa

dan Pustaka. Dicapai pada Mei 5, 2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/

Esa, A. & Mohd Fadzil, A. S. (2012). Aspek Pengetahuan dan Sikap terhadap Nilai di

Bengkel Institut Latihan Awam Malaysia. Seminar Penyelidikan Kementerian

Pengajian Tinggi 2012. Hotel Residence Uniten, Selangor. m.s 1-11.

Gan, C.K. (2004). Amalan Keselamatan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Kursus

Amalan Bengkel Mesin Aliran Vokasional. Satu Tinjauan Di Sekolah-Sekolah

Menengah Teknik di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek

Sarjana Muda.

Hamid, N. H. (2012). Aspirasi Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Bermasalah

Pendengaran di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Hassan, H., Ahmad, R. & Bahari, A. (2008). Kemahiran Insaniah dan Kepentingan

Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Dicapai pada

November 28, 2015 dari

http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1/Kemahiran%2

0insaniah%20dan%20kepentingan%20penerapannya%20dalam%20program%20

baktisiswa%20perdana%20UniMAP.pdf

Page 45: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

104

Husin, M. Z. (2009). Isu-isu Semasa dalam PTV: Pelaksanaan Program Mata Pelajaran

Vokasional di Sekolah Harian. Dicapai pada Mei 6, 2015 dari

https://www.scribd.com/doc/25389986/ISU-MPV.

Husain, M. Y., Rasul, M. S, Mustapha, R., A. Malik, S. & Abd. Rauf, R. A. (2013).

Tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif majikan.

Jurnal Teknologi, 62(1): 31-39.

Ibrahim, I. (2008). Kesediaan Pelajar dalam Perlaksanaan Amali Kejuruteraan Awam

di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Ibrahim, N. H. (2013). Tinjauan Keperluan Guru Pembantu dan Kesan Terhadap Beban

Tugas Guru Mata Pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Idid, S. A. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc-

Graw Hill Education Malaysia Sdn. Bhd.

Ismail, K. (2006). Guru dan Pengajaran Efektif. Pelita Bahasa. Mei. 21-23.

Ismail, S. & Yassin, F. (2010). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional di

Sekolah Menengah Negeri Johor. Dicapai pada April 17, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10497/1/Kekangan_Pelaksanaan_Mata_Pelajaran_Vokasio

nal_DiSekolah_Menengah_Negeri_Johor.pdf.

Ismail Gani, A. W, Siarap, K., & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam

Pengajaran Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian

Kes di Pulau Pinang. Jurnal Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2.

Juhaidie, Z. J. (2001). Kefahaman Keselamatan Bengkel di KUiTTHO: Satu Kajian Kes

Terhadap Sikap Pelajar Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Kolej

Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Kadir, N. A. H. (2007). Tanggapan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di Sekolah Menengah Akademik Harian. Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Page 46: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

105

Kamarulzaman, N. F. (2014). Kekangan-kekangan Pusat Latihan Kemahiran dalam

Pengendalian Program Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis

Sarjana.

Kamis, A. (2009). Minat, Aspirasi Kerjaya dan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Rekaan

dan Jahitan Pakaian dalam Kalangan Murid. Universiti Putra Malaysia: Tesis

Sarjana.

Kamsah, M. Z. (2004). Developing Generic Skills in Classroom Environment:

Engineering Student’s perspective. Centre for Teaching and Learning: Universiti

Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kasa, Z. & Bakar, A. R. (2004). Aspirasi pekerjaan pelajar kejuruteraan sekolah

menengah teknik. Jurnal Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59.

Lay, Y. F. & Khoo, C. H. (2009). Pengenalan kepada Analisis Data Berkomputer

dengan SPSS 16.0 for Windows. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.: Selangor

Madar, A. R., Kamaruddin, N. A. & Puteh, S. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di politeknik-

politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar

Pendidikan JPPG 2005. Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn. 52-58.

Madar, A. R., Abd Aziz, M. A., Abd. Razzaq, A. R., Mustafa, M. Z. & Buntat, Y.

(2008). Kemahiran employability bagi memenuhi keperluan industri. Seminar

Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008. Hotel

Mahkota, Melaka.

Makhbul, Z. M., Yussof, I. & Awang, A. H. (2012). Kriteria pengambilan dan pemilihan

graduan dari perspektif Pengurusan Sumber Manusia. Jurnal Personalia Pelajar.

15(1): 1-11.

Masduki, S. (1997).Motivasi, Komitmen dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah

Menengah. Universiti Utara Malaysia: Tesis Sarjana.

Mat Assain@Hashim, F & Mat Safar, H. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah di

Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan. Dicapai pada Mei 19,

Page 47: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

106

2015 dari

http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_fadilah_hasmadi.pdf.

Mat Hassan, M. H. H. (2009). Penguasaan Kemahiran Amali Kejuruteraan dalam

Kalangan Pelajar Politeknik Kota Bharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Tesis Sarjana.

Minghat, A. D. & Sikh Mohamad, R. (2010). Kesediaan Pelajar dalam Mengikuti Mata

Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah

Jerantut Pahang. Dicapai pada April 24, 2015 dari

http://eprints.utm.my/11172/1/Kesediaan_Pelajar_Dalam_Mengikuti_Mata_Pelaj

aran_Vokasional_Di_Sekolah_Menengah_Harian_Luar_Bandar_Daerah_Jerantu

t.pdf

Mohamad, B., Abdullah, M. Y., Zain, S., Ambotang, A.S., Taat, M. S., & Talip, R.

(2011). Pendidik dan Pendidikan Vokasional: Pendekatan dan Cabarannya

dalam Memenuhi Peluang Kerjaya di Malaysia. Dicapai pada Mei 16, 2015 dari

http://eprints.ums.edu.my/1503/1/nc0000000490.pdf

Mohamad, M. H., Radzali, M. A . & Azhar, F. (2008). Aspirasi kerjaya di kalangan

pelajar Kolej Komuniti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat

Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad, M. H. (2016). Aspirasi Kerjaya di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Mohamed, O., Mahyuddin, R. & Mohd Isa, A. M. (1995). Asas Pendidikan IV : Sekolah

dan Perkembangan Kanak-Kanak. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

Mohamed, M. N. (1992). Pengantar Psikologi: Suatu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan

Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Khawari, S. (2008). Kemahiran Employability dalam Kurikulum bagi

Memenuhi Kehendak Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Mohd Atan, R. & Noordin, S. (2007). Hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar

tingkatan empat dalam tajuk daya. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia. 1(1), 50-60.

Page 48: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

107

Mohd Dazali, N. S. & Awang, M. I. (2014). Tahap kemahiran komunikasi dalam

kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di utara Semenanjung Malaysia.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM. 4(2):44-56.

Mohd. Hadi, M. F. (2014). Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pelajar Kejuruteraan

Mekanikal Semasa Latihan Industri. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Tesis Sarjana.

Mohd. Jelani, A. (2007). Pelaksanaan Latihan Industri Dalam Meningkatkan

Kebolehkerjaan: Satu Kajian Kes Pelajar-Pelajar Bidang Perhotelan di

Politeknik Johor Baharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Mohd Noah. S. (2008). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. UPM, Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Said, N. H. & Kuppusamy, C. (2010) . Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi,

Berwawasan) dengan Pencapaian Akademik Pelajar PKPG ( SPT, SPN, SPH )

Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Dicapai pada Mei 25, 2015

dari

http://eprints.utm.my/11186/1/Hubungan_Sikap.pdf

Mohd. Salleh, K., Ibrahim, W. N. H., Sulaiman, N. L., Ibrahim, B. & Mustafa, M. Z.

(2008). Kemahiran Employability dalam Kalangan Mahasiswa dan Pensyarah:

Perbandingan dengan Industri. Dicapai pada Mei 2, 2015

darihttp://eprints.uthm.edu.my/2317/1/Kemahiran_Employability_Dalam_Kalan

gan_Mahasiswa_Dan.Pdf8.

Mohd Rhouse, S. & Abd. Razak, A. (2006). Persepsi Ahli Akademik dan Majikan

tentang Kemahiran yang Perlu Dimiliki oleh Siswazah Pengurusan Perniagaan

dalam Menepati Kehendak Pasaran. Dalam: Menanggapi Keberkesanan dan

Perubahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: pp.1-10.

Mohd Zulpakar, K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar-

pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup semasa Melakukan Kerja-kerja

Amali di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Universiti Teknologi

Malaysia: Laporan Projek Sarjana Muda.

Page 49: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

108

Mustafa, M. Z., Mohd Nor, N., Mohd Salleh, K., Madar, A. R., Ibrahim, B., Sulaiman,

N. & Razzaq, A. R. (2008). Pelaksanaan Modul Soft Skills di Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dicapai pada Mei 13, 2015 dari

http://eprints.uthm.edu.my/2315/1/Pelaksanaan_Modul_Soft_Skills_di_Politekni

k_Kementerian.pdf 2008

Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4

STP (Kejuruteraan Awam/Jentera/Elektrik/Kemahiran Hidup) di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai: Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana Muda.

Nasharudin, N. & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1):

11-17.

Noorden, M. H. (2011). Amalan Nilai dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bengkel

Sekolah Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

Nordin, N. (2012). Elemen-elemen Emosi dalam Bidang Kerjaya Pereka

Fesyen.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Omar, A. (2008). Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda

Pendidikan Teknik dan Vokasional Semasa Menjalankan Amali di Makmal.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Pua, P. K. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan

Tahun Akhir di Politeknik KPM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.

Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Rasional Kolej Vokasional. Dicapai

pada April 27, 2015 dari

http://www.kvdlm.edu.my/portal/attachments/article/53/a)%20%20rasional%20

KV.pdf.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Penerangan dan Panduan Penawaran Mata

Pelajaran Vokasional di sekolah Menengah Akademik Harian. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 50: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

109

Razak, N. A. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah Melalui Pembelajaran Koperatif

dalam Mata Pelajaran Pengurusan Kokurikulum di Fakulti Pendidikan Teknikal.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Selamat, K., Buntat, Y. & Rajuddin, M. R. (2003). Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di

Sekolah Menengah Harian: Penyediaan Guru MPV, Isu dan Cabaran. Dicapai

pada April 17, 2015 dari

http://eprints.utm.my/2282/1/kertas_kerja_3_%28MPV%29.pdf

Suradin, A., Salehuddin, M. N, Mustafa, M. Z., Abd. Razzaq, A. R. Madar, A. R., &

Ab. Hadi. Y. (2010). Persepsi Ibu Bapa terhadap Pendidikan Vokasional.

Dicapai pada April 23, 2015 dari http://eprints.uthm.edu.my/3201/1/95.pdf

Suratman, A. S. & Mohd Rosli, M. F. A. (2010). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan

Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran. Dicapai pada Mei 1, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10256/2/Mohd_Fariiqul_Amin_Bin_Mohd_Rosli.Pdf.

The Conference Board of Canada. (2005). Building Essential Skill in the Workplace.

Canada:. Human Resources and Development Canada.

Utah, A. R. (2013). E-book SPSS Versi 21.0: IBM SPSS Statistics for Window. Pejabat

Teknologi Maklumat: UTHM.

Yaapar, S, Sipon, M. & Mohd Daud, S. (2013). Kesediaan pelajar Kolej Komuniti

Selayang dari aspek minat dan sikap terhadap bidang kemahiran Pendidikan

Teknik dan Vokasional (PTV) dalam sistem modular kebangsaan. Seminar

Pascasiswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2013). Fakulti Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia. 613-629.

Yahaya, A. & Boon, Y. (2010). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan

Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Dicapai pada Mei 29, 2015 dari

http://eprints.utm.my/2265/1/Aziziyahaya_Kecerdasan_Emosi_Dan_Hubungan_

Pencapaian.Pdf.

Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2000). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian

Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauh Manakah Hubungan Ini

Relaven? Dicapai pada 14 Mei, 2015 dari

http://eprints.utm.my/2355/1/Aziziyahaya_Sumbang_Sikap_terhadap_matematik

.pdf

Page 51: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN …eprints.uthm.edu.my/9063/1/Norhayati_Saktirun.pdf · persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan

110

Yahidi, S. H. I. (2012). Penerimaan Pelajar Sekolah Menengah Harian terhadap Mata

Pelajaran Vokasinal (MPV) di Hulu Terengganu. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia: Tesis Sarjana.

Zulkarnain, Z. Saim, M. & Abd. Talib, R. (2011). Hubungan antara Minat, Sikap dengan

Pencapaian Pelajar dalam Kursus CC301 – Quantity Measurement. Dicapai pada Mei 4,

2015 dari http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/1edusem12.pdf