pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap...

27
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG KHAMSAWATI BINTI JAAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dothuan

Post on 29-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM

BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG

KHAMSAWATI BINTI JAAFAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi

pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DAERAH KUANTAN, PAHANG

2007/2008

KHAMSAWATI BINTI JAAFAR

( √ )

DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMANLOT 1, KG. BARU PANDAN 2BATU 5, JLN GAMBANG, 25150 KUANTAN, PAHANG.

28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

Page 3: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : DR. HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DALAM

BANDAR DI DAERAH KUANTAN, PAHANG

KHAMSAWATI BINTI JAAFAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : KHAMSAWATI BINTI JAAFAR

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

iii

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Segala pujian atas limpah

dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad S.A.W.”

Sentiasa disanubari buat ayahanda Allahyarham Hj Jaafar bin Salleh

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda

Buat bonda tercinta Hajah Azizah binti Harun

Buat kakak, abang-abang dan adik yang dikasihi,,

Norihan, Mohd Rosaimi, Ramzuzzaman, Ahmad Ramzan & Mohd Hafiz

Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas dorongan, nasihat,

semangat dan doa kalian telah memberi kekuatan dan keyakinan pada diri ini

untuk terus berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Budi dan

jasa kalian sentiasa diingatan hingga akhir hayat.

Buat Azizi Abdul Hamid,

Terima kasih atas kesabaranmu menambah kekuatanku dan

menjadi sumber inspirasi untuk ku buktikan kejayaan ini

Khas buat pensyarah dan teman-teman seperjuangan,

segala sumbangan dan pertolongan kalian mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

antara kita. Semoga kejayaan dan ilmu yang kita perolehi mendapat keberkatan daripada

Allah yang maha esa..

Amin......

Page 7: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dangan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat penyelidikan, Dr. Hj Mohd Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pengetua-pengetua, dan guru-guru dari sekolah-sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu dan adik-beradik yang tanpa jemu mendoakan kejayaan buat diri ini. Akhir kalimah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang memberikan apa sahaja bantuan, sokongan dan khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Jasa baik kalian akan sentiasa saya kenang dan semoga hidup kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian. Wassalam.

Page 8: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

v

ABSTRAK

Pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran di bawah sistem baru

penilaian pendidikan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kajian deskriptif ini

bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk

masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran

kerja kursus. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang guru-guru KHB sekolah

menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang yang telah dilantik sebagai

pentaksir. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina berpandukan Dokumen

Pentaksiran Kerja Kursus KHB Kajian rintis telah dijalankan dan nilai

kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.89. Analisis data dibuat dengan

menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi,

peratusan, min dan sisihan piawai. Penganalisaan data turut menggunakan kaedah

statistik inferensi ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru

KHB dalam melaksanakan kerja kursus KHB adalah tinggi manakala tahap

kemahiran dan sikap guru pula adalah sederhana tinggi. Bentuk masalah utama yang

dihadapi oleh guru-guru KHB pula adalah berpunca dari diri guru sendiri yang tidak

mempunyai masa mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan

pelaksanaan pentaksiran kerja kursus telah menambah beban tugas mereka. Dapatan

kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap

antara jantina dalam melaksanakan kerja kursus. Akhir sekali beberapa cadangan

dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk penambahbaikan dan memastikan

keberkesanan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus KHB.

Page 9: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

vi

ABSTRACT

The coursework assessment for Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) subject

was implemented under School Based Assessment. The descriptive research was

carried out to identify the level of knowledge, skills, attitude and the problem, which

faced by the KHB teachers in implementing the coursework assessments. This study

consist 70 KHB teachers from the secondary schools in Kuantan which already

appointed as assessors. Questionnaire was chosen as research instrumen which was

distributed by referring to the KHB Coursework Assessment Document. A pilot

research was done and the reliability value was 0.89. The data was analyzed by

using the SPSS Application version 14.0 in order to find the frequency, percentage,

mean and standard deviation. The data analysis was also using the t-test inference

statistic method. The outcome of the research showed that the level of knowledge in

implementing the KHB coursework among KHB teachers was high while the skills

level and teacher’s attitude was in moderate level. The problem faced by KHB

teachers was actually can’t finished the syllabus and implementing the coursework

assessment. The outcome of the research also shows that there was no different in

the level of knowledge, skills and attitude between gender in implementing the

coursework. Lastly, several suggestions were given in order to upgrade and to make

sure the effectiveness of KHB coursework assessment implementations.

Page 10: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis 8

1.7 Rasional Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.9 Skop dan Batasan Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 12

1.10.1 Guru KHB 12

1.10.2 Kerja Kursus 12

Page 11: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

viii

1.10.3 Pentaksiran 13

1.10.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 13

1.10.5 Penilaian Kerja Kursus KHB 13

1.10.6 Pengetahuan 14

1.10.7 Kemahiran 14

1.10.8 Sikap 14

1.10.9 Bentuk Masalah 15

1.11 Penutup 15

2 TINJAUAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Latar Belakang KHB Sekolah Menengah 16

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 19

2.3.1 Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah 22

2.3.2 Pentaksiran Kerja Kursus KHB 23

2.3.3 Sistem Pentaksiran Kerja Kursus KHB 24

2.4 Peranan Guru KHB Dalam Pentaksiran Kerja Kursus 26

2.4.1 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru KHB Terhadap

Pentaksiran Kerja Kursus 27

2.4.2 Sikap Guru Terhadap Mata Pelajaran KHB Dan

Pentaksiran Kerja Kursus 29

2.5 Masalah Guru KHB Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus 31

2.6 Penilaian Kerja Kursus Mata Pelajaran KHB 33

2.7 Penutup 34

3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Sampel Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

3.5 Kajian Rintis 40

Page 12: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

ix

3.6 Prosedur Kajian 40

3.7 Kaedah Analisis Data 41

3.8 Penutup 42

4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 44

4.3 Analisis Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian 49

4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB

Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB 49

4.3.2 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB

Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB 51

4.3.3 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 52

4.3.4 Bentuk Masalah Utama Yang Dihadapi Oleh

Guru-guru KHB Semasa Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 54

4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis 56

4.4.1 Ho 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Tahap

Pengetahuan Antara Guru Lelaki Dan

Guru Perempuan Dalam melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 57

4.4.2 Ho 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Tahap

Kemahiran Antara Guru Lelaki Dan

Guru Perempuan dalam melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 57

4.4.3 Ho 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Sikap

Antara Guru Lelaki dan Guru Perempuan

Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kerja Kursus KHB 58

4.5 Penutup 59

Page 13: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan Kajian 60

5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 63

5.3.1 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB

Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB 64

5.3.2 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB Dalam

Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 67

5.3.3 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 70

5.3.4 Bentuk Masalah UtamaYang Dihadapi Oleh

Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB 72

5.4 Cadangan Kajian 74

5.4.1 Cadangan Kajian Tindakan 75

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.5 Penutup 78

RUJUKAN 79

Lampiran A - G 85 - 98

Page 14: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jadual Pelaksanaan PBS 5

2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 17

2.2 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB 18

2.3 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB 18

2.4 Pelaksanaan Kerja Kursus Mengikut Modul 21

2.5 Gred Pelaporan pencapaian pelajar 25

2.6 Gred Dan Unit Numerik 26

3.1 Senarai Sekolah Dan Bilangan Guru 37

3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian Dan Jenis Item 38

3.3 Skor Skala Likert 39

3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42

4.1 Taburan Responden Yang Menjawab Soal Selidik Berdasarkan Sekolah 44

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 45

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan (Opsyen) 46

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah

Kelas KHB Yang Diajar Dalam Seminggu 46

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar KHB 47

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengendalikan Penilaian Kerja Kursus KHB 47

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Cara Mendapat Maklumat Tentang Pentaksiran Kerja Kursus KHB 48

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran Lain Yang Diajar Selain KHB 48

Page 15: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xii

4.10 Tahap Pengetahuan Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 50

4.11 Tahap Kemahiran Guru-guru KHB Dalam

Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 51

4.12 Sikap Guru-guru KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 53

4.13 Bentuk Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-guru KHB Semasa Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB 55

4.14 Analisis Ujian-t Bagi Tahap Pengetahuan Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 57

4.15 Analisis Ujian-t Bagi Tahap Kemahiran Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 58

4.16 Analisis Ujian-t Bagi Aspek Sikap Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB Berdasarkan Jantina. 60

Page 16: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xiii

SENARAI SINGKATAN

Ho 1 Hipotesis 1

Ho 2 Hipotesis 2

Ho 3 Hipotesis 3

Bil. - Bilangan

Jum. - Jumlah

Sig. - Signifikan

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBK - Penggredan Berasaskan Kriteria

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

PMR - Penilaian Menengah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SP - Sisihan Piawai

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

Page 17: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xiv

SPSS - Statistical Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xv

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi

% - Peratus

α Alpha Cronbach

Page 19: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 85

B Surat Kebenaran EPRD 93

C Surat Kebenaran JPN Pahang 94

D Surat Kebenaran UTM 95

E Surat Pengesahan Soal Selidik 96

F Nilai Alpha Kajian Rintis 97

G Nilai Analisis Data 98

Page 20: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan salah satu

mata pelajaran teras yang telah diperkenalkan pada awal tahun 1989 sebagai

Kemahiran Hidup Program Peralihan dan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh

negara pada tahun 1991. Namun begitu, pada tahun 2002 terdapat sedikit perubahan

kandungan dalam kurikulum KHB. Beberapa tajuk disusun semula bagi

mengukuhkan kandungannya. KHB yang diperkenalkan melalui Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) digubal sebegitu rupa selari dengan kehendak Falsafah

Pelajaran Kebangsaan (FPK). Mata pelajaran ini wajib diambil oleh semua pelajar

Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.

Mata pelajaran KHB adalah berunsurkan teknologi dan memberi penekanan

kepada aspek kemahiran. Apa yang diharapkan, dengan penggubalan mata pelajaran

ini, ia mampu meningkatkan daya pengeluaran negara dengan lebih produktif

berteraskan teknologi. Sejajar dengan itu, ia mampu memenuhi kehendak dasar dan

keperluan negara dalam merealisasikan wawasan 2020 (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2002).

Hala tuju mata pelajaran KHB ialah melahirkan insan berdikari yang celik

teknologi dan ekonomi serta kreatif dan berinisiatif dalam mengharungi globalisasi

dan cabaran masa hadapan. Kandungan KHB merupakan sebahagian daripada usaha

Page 21: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

2 kerajaan dalam mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan kepada

generasi kini dan akan datang.

Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.

Bahagian Teras terdiri daripada satu bidang pengetahuan iaitu Reka Bentuk dan

Teknologi. Bahagian Pilihan pula mempunyai empat bidang pengetahuan iaitu

Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan

Keusahawanan. Setiap pelajar wajib mengambil semua bidang pengetahuan dalam

Bahagian Teras. Mereka diberi peluang untuk memilih salah satu daripada empat

bidang pengetahuan dalam Bahagian Pilihan mengikut minat dan bakat masing-

masing.

Menurut Yahya (1993), objektif KHB membolehkan pelajar melakukan kerja

yang asas dan mudah tanpa meminta bantuan orang lain. Oleh itu, dalam

merealisasikan objektif ini, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bentuk

aktiviti dan kerja amali. Apa yang terkandung di dalam sukatan pelajaran dapat

disebar luas ketika menjalankan aktiviti dan kerja amali. Kerja amali yang

dijalankan dalam mata pelajaran KHB antaranya ialah Elektrik, Elektronik, Jahitan,

Kerja Paip, Reka Cipta, Tanaman Hiasan, Lukisan Teknik, Reka Bentuk Dan

Teknologi, Pemakanan dan Pengurusan Sajian.

Bermula tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di bawah

tanggungjawab Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan sistem

baru iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam menjalankan penilaian ke

atas peningkatan pembelajaran pelajar. Sistem ini merupakan satu bentuk

pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan ianya dirancang, ditadbir, diskor dan

dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM.

PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak

sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses pentaksiran dalam PBS selaras dengan kehendak Dasar Pentaksiran

Pendidikan iaitu pentaksiran pendidikan adalah satu proses mendapatkan maklumat

Page 22: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

3 tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai

modal insan selaras dengan hasrat FPK dan matlamat Program KBSR/KBSM.

Dalam melaksanakan kerja kursus, pihak LPM telah menyediakan Manual

Pengurusan dan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang berkaitan dengan sistem

penilaian yang meliputi tugasan dalam bentuk projek, aspek yang perlu dinilai dan

kriteria penilaian.

Sekolah sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam

melaksanakan PBS perlu menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan

bengkel. Pihak sekolah juga perlu menyediakan peralatan dan bahan yang

mencukupi bagi membolehkan kelancaran pelaksanakan PBS untuk tujuan

pentaksiran dan pembelajaran. Guru-guru pula akan menjalankan pentaksiran dan

penilaian ke atas kerja projek pelajar serta menguruskan penyimpanan dan pelaporan

rekod skor pelajar. Melalui PBS guru dapat menilai tahap penguasaan pelajar dari

segi pengetahuan, kemahiran, sikap serta minat pelajar melalui pemerhatian terhadap

aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan

pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor

pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Pentaksiran bagi mata pelajaran KHB

adalah dalam bentuk kerja kursus yang merangkumi proses kerja amali, bukti dalam

bentuk projek (evidens), folio (pendokumentasian projek) dan laporan yang perlu

dibuat oleh pelajar selepas selesai melakukan setiap aspek kemahiran dalam kerja

amali. Berdasarkan garis panduan dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus,

terdapat 20 aspek yang perlu dinilai berdasarkan 80 kriteria yang telah ditetapkan

oleh LPM. Ianya bertujuan agar pentaksiran yang dilaksanakan adalah adil, sahih

dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Page 23: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

4 1.2 Latar Belakang Masalah

Bermula tahun 2007, KPM melalui LPM telah memperkenalkan sistem PBS

ke atas beberapa mata pelajaran termasuklah KHB. Datuk Dr. Ahamad Sipon dalam

perutusannya sempena menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2007, menyatakan

bahawa sistem PBS lebih menjurus kepada assessmen of learning dan bukannya

assessmen for learning. Para guru juga perlu peka terhadap perkembangan terkini

dalam sistem pendidikan dan melengkapkan diri dengan kemahiran baru agar lebih

efisien dan efektif dalam proses pengajaran (Syuhada, Berita Harian. 17 Mei 2007).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, aspek penilaian adalah salah

satu elemen penting. Penilaian dilihat sebagai satu proses mengukur dan mentafsir

kemahiran pelajar. Penilaian yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran

membolehkan guru mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar. Justeru

itu, guru dapat mengenal pasti kemahiran yang telah dikuasai dan kemahiran yang

masih belum dikuasai oleh pelajarnya bagi membolehkan guru tersebut mengambil

langkah seterusnya (Azman Wan Chik, 1987). Ini bertepatan dengan pelaksanaan

PBS yang mana penilaian ke atas kerja kursus pelajar dijalankan secara berterusan

mengikut aspek dan kriteria yang telah ditetapkan oleh LPM dalam Buku Panduan

Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB.

Bagi menentukan sama ada PBS benar-benar berhasil, proses pentaksiran

dan penilaian terhadap kerja kursus pelajar oleh guru perlulah dilaksanakan secara

telus dan adil. Ini sejajar dengan pendapat Mohd Ibrahim (1991) yang menegaskan

bahawa bagi menentukan sama ada pembelajaran benar-benar berhasil, proses

pengukuran dan penilaian perlu dilaksanakan dengan adil. Menurut beliau lagi,

penilaian dan pengukuran dari sudut psikomor perlu diberi perhatian terutamanya

bagi mata pelajaran yang mempunyai kerja amali.

Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menjayakan PBS.

Kerjasama dan komitmen yang jitu dan berterusan mampu mempertingkatkan

pelaksanaan PBS dalam usaha KPM merealisasikan tahap pendidikan bertaraf dunia.

Melalui sistem PBS, guru lebih mengenal pasti potensi pelajar seterusnya dapat

Page 24: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

5 menjana modal insan cemerlang. Ekoran dari itu, guru perlu bersikap professional

dan jujur bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan PBS.

Dalam mata pelajaran KHB, semua pelajar perlu melaksanakan modul-modul

kerja kursus yang menjadi alat pengukuran dalam PBS. PBS mata pelajaran KHB

diperingkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada empat modul yang

mana Modul 1 mesti dilaksanakan semasa pelajar berada di Tingkatan Satu dan

Modul 2 dan Modul 3 perlu dilaksanakan semasa pelajar berada di Tingkatan Dua.

Manakala Modul 4 perlu laksanakan ketika berada di Tingkatan Tiga.

Guru sebagai pentaksir dilantik dan dilatih untuk melaksanakan aktiviti

pentaksiran di sekolah berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang

disediakan oleh LPM. Para guru perlu memastikan segala aktiviti pentaksiran

dipatuhi dan dijalankan mengikut Jadual Perancangan Pentaksiran yang telah

ditetapkan. Berikut adalah jadual berkaitan dengan pelaksanaan PBS secara ringkas :

Jadual 1.1 : Jadual pelaksanaan PBS

Mata Pelajaran Tingkatan Tarikh Pelaksanaan

Tingkatan 1 dan 2 Januari - Oktober Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan 3 Januari - Julai

Sumber : Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus (2007)

Dalam melaksanakan PBS, guru sebagai pentaksir bertanggungjawab

menjalankan tugas pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung di dalam kelas dan semua skor dibuat diperingkat sekolah. Pentaksir

akan merekod skor ke dalam Borang Skor Individu dan menyimpan evidens

pentaksiran dalam fail individu. Pentaksir juga akan memaklumkan skor kepada

murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap

taksiran dan seterusnya pentaksir akan memindahkan skor dari Borang Skor Individu

ke Borang Gred Induk.

Page 25: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

6 Sebagaimana yang telah dirancang, proses penilaian dan pengukuran dalam

PBS terhadap kerja kursus dibuat berdasarkan empat modul yang telah disediakan

oleh LPM. Di dalam setiap modul terdapat item-item atau kriteria-kriteria yang perlu

dinilai oleh guru di mana penilaian dan pentaksiran dibuat terhadap pelajar sepanjang

proses menyediakan kerja kursus hingga selesai mengikut masa yang telah

ditetapkan. Walaupun pihak LPM telah menyediakan Dokumen Pentaksiran Kerja

Kursus KHB serta mengadakan kursus dan taklimat kepada guru-guru, namun timbul

persoalan tentang tahap pengetahuan, kemahiran, sikap profesional dan kejujuran

guru dan masalah yang mereka hadapi dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus.

Apa yang menjadi persoalannya kini, adakah guru-guru sebagai pentaksir

benar-benar memahami kehendak PBS dan kriteria-kriteria yang terdapat di dalam

setiap modul tatkala memberi markah kepada pelajar. Persoalannya lagi, apakah

guru sebagai pentaksir mampu meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor

pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah walaupun terdapat skema penskoran.

Tidak mustahil wujud kefahaman berbeza yang boleh menjejaskan kesahan dan

kebolehpercayaan pentaksiran seterusnya boleh mewujudkan ketidakadilan dipihak

pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

PBS adalah suatu sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dan

dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007. LPM (2007) dalam Mesyuarat

Pemantapan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB 2007 menyatakan bahawa

PBS adalah proses untuk mendapatkan maklumat diikuti dengan memberi nilai

seterusnya proses membuat keputusan apa yang perlu dilakukan ke atas murid dalam

pembelajaran mereka. Pelaksanaan ini dijalankan melalui evidens proses dan

evidens produk.

Justeru itu, sebagai sesuatu yang baru, penyelidik ingin mengkaji sejauh

manakah pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru KHB sebagai pentaksir

Page 26: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

7 menjalankan proses pentaksiran kerja kursus dalam sistem PBS yang baru

diperkenalkan ini. Selain daripada itu penyelidik ingin mengetahui sejauh mana

mereka faham dengan kriteria-kriteria yang terdapat di dalam Buku Panduan

Pentaksiran Kerja Kursus yang telah ditetapkan oleh LPM hendak ditafsir dan

dinilai. Bagi tujuan ini, penyelidik akan menjalankan kajian ke atas guru-guru KHB

di sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang.

Sehubungan dengan itu, guru sebagai pentaksir kerja kursus yang dilantik

sewajarnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk

melaksanakan PBS di sekolah masing-masing dengan jayanya. Para guru juga perlu

benar-benar faham dengan konsep PBS kerana ia akan memberi keadilan kepada

pelajar yang dinilai seterusnya menggambarkan kewibawaan sekolah sebagai salah

satu institusi pendidikan negara. Oleh itu penyelidik merasakan kajian yang akan

dijalankan adalah suatu yang wajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru KHB

dalam melaksanakan Kerja Kursus KHB.

1.4.2 Mengenal pasti bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

semasa melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus.

1.4.3 Melihat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru-guru lelaki

dan guru-guru perempuan terhadap Penilaian Kerja Kursus.

Page 27: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN … · bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB

8 1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menyingkap beberapa persoalan seperti:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB?

1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB?

1.5.3 Apakah sikap guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus

KHB?

1.5.4 Apakah bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB semasa

melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru-

guru lelaki dan guru-guru perempuan dalam melaksanakan penilaian kerja

kursus KHB?

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi menjelaskan lagi persoalan kajian yang timbul, penyelidik telah

membuat hipotesis nul yang akan diuji dengan menggunakan statistik secara

kuantitatif. Hipotesis nul adalah seperti di bawah:

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan pengetahuan di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan kemahiran di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.