penguasaan kemahiran memerhati dan … · analisis keputusan peperiksaan setara bagi mata pelajaran...
TRANSCRIPT
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL
DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA
DAERAH JOHOR BAHRU
ROHIZA BINTI HUSAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penyelia : EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM
Tarikh : 24 APRIL 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penulis : ROHIZA BINTI HUSAIN
Tarikh : 24 APRIL 2008
DEDIKASI
Buat ayah dan mama khasnya,
Terima kasih di atas kasih sayang dan doa restu darimu,
Untuk abang-abang, kakak – kakak dan adik,
Terima kasih di atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu
Yang dicurahkan untuk kejayaan ini,
Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas
Sehingga akhir hayatku...
Dan untuk rakan-rakan, khasnya Siti Hajar Harun,
Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasamamu
Akan kukenang selamanya...
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah dipanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyempurnakan laporan penulisan Projek
Sarjana Muda ini hingga ke noktah ini.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan
tulus ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini iaitu En. Mohd Ali bin Ibrahim di
atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang penyelidikan
ini dijalankan.
Kerjasama daripada pihak sekolah khasnya guru besar, guru-guru dan pelajar-
pelajar di Daerah Johor Bahru dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar
mengikut perancangan yang telah ditetapkan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan
terima kasih.
Buat kakak dan abang yang tidak pernah mengeluh dalam kepayahan mendidikku,
keluarga, sahabat handai dan semua rakan seperjuangan yang sama-sama memberi
sokongan dan dorongan sepanjang perlaksanaan penyelidikan ini, semoga Allah S.W.T
akan membalas jasa-jasa kalian semua kebaikan yang berkekalan di dunia dan di akhirat.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran
meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa,
sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang
dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam kemahiran –
kemahiran tersebut. Responden kajian terdiri daripada 148 orang pelajar tahun lima di
daerah Johor Bahru. Dua jenis alat kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal
selidik yang mengandungi 25 item soalan dan Ujian Penguasaan Kemahiran Memerhati
dan Meramal yang mengandungi 10 soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan bagi alat
kajian ini adalah α = 0.84. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik
deskriptif digunakan bertujuan untuk mengenalpasti taburan frekuensi responden yang
terlibat manakala statistik inferensi pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara
faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengetahuan
dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden dalam peperiksaan
setara. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kajian ini dapat diteruskan dengan
meluaskan skopnya agar keputusannya dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.
ABSTRACT
The purpose of this research was to know the mastering in observing and
predicting skills in Science subject among standard five students against language,
attitude, and their achievement in district summative test. In this research, the level of
mastering are covering between two factors that are knowledge and understanding for the
both skills. The research subject consists of 148 standard five students around Johor
Bahru. Two instruments used in this research are the questionnaires, which are, consist
of 25 items and 10 items test. The reliability for the items are α = 0.84. Data was analyze
with descriptively and inferentially. Descriptive statistic were used to identify the
distribution of students involved in this researh while the inferential statistic to identify
the comparison between knowledge and understanding against language, attitude and
achievement. Results show that there were significant differences between knowledge
and understanding of the both skills against language, attitude and achievement. Thus it is
suggested that this research will be continued with a wider scope to obtain more whole
result.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.9 Rumusan
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xv
1
4
5
6
6
8
9
10
13
viii
2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
2.2.1 Hubungan Antara Sikap Dengan
Pembelajaran Sains.
2.2.2 Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran
Sains.
2.2.2.1 Inkuiri Penemuan
2.2.2.2 Konstruktivisme
2.2.3 Hubungan Antara Pengajaran Dan
Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains
2.3 Kemahiran Proses Sains
2.3.1 Kemahiran Memerhati
2.3.2 Kemahiran Meramal
2.4 Kemahiran Proses Sains Dalam Pembelajaran
Dan Pengajaran.
2.4.1 Hubungan Antara Membaca Dengan
Kemahiran Proses Sains
2.4.2 Tahap Kesediaan Membaca
2.4.3 Kemahiran Menulis Dan
Berkomunikasi
2.4.4 Hubungan Antara Kemahiran Proses Sains
Dengan Matematik
2.4.5 Meningkatkan Pencapaian Dalam Mata
Pelajaran Matematik
2.4.6 Kemahiran Penyelesaian
Masalah Dalam Mata Pelajaran
Matematik
2.5 Rumusan
14
15
16
18
20
21
22
24
25
27
28
28
29
30
31
31
32
33
ix
3
4
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Batasan Kajian
3.4 Responden Kajian
3.5 Alat Kajian
3.6 Tatacara Kajian
3.6.1 Kajian Rintis
3.6.2 Kajian Sebenar
3.7 Andaian Kajian
3.8 Analisis Data
3.9 Rumusan
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Maklumat Diri Responden
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Bilangan Responden Mengikut
Bangsa
4.2.3 Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Sains
4.3 Analisis Sikap Responden Terhadap
Mempelajari Sains
34
35
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
45
46
46
47
48
x
4.4 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
Kemahiran Proses Sains
4.4.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Bahasa Terhadap Pengetahuan
Dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Memerhati
4.4.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Bahasa Terhadap Pengetahuan
Dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Meramal
4.5 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
Kemahiran Proses Sains
4.5.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Sikap Terhadap Pengetahuan
Dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Memerhati
4.5.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Sikap Terhadap Pengetahuan
Dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Meramal
4.6 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan
Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains
4.6.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan
Kefahaman Dalam Kemahiran
Memerhati
49
50
51
52
53
54
56
57
xi
5
4.6.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan
Pencapaian Terhadap Pengetahuan
Dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Meramal
4.7 Rumusan
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan Analisis Maklumat Diri
Responden
5.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina
5.2.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa
5.2.3 Keputusan Peperiksaan Setara Bagi
Mata Pelajaran Sains
5.3 Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains
5.4 Perbezaan Antara Pengetahuan dan Kefahaman
Dalam Kemahiran Proses Sains Terhadap
Bahasa
5.4.1 Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa
Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman
Dalam Kemahiran Memerhati
5.4.2 Perbezaan Antara Kumpulan
BahasaTerhadap Pengetahuan dan
Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal
5.5 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap
Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran
Proses Sains
58
59
60
60
61
61
61
62
63
64
65
66
xii
5.5.1 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman
Dalam Kemahiran Memerhati
5.5.2 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman
Dalam Kemahiran Meramal
5.6 Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian
Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman
Dalam Kemahiran Proses Sains
5.6.1 Perbezaan Antara Kumpulan
Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan
Kefahaman Dalam Kemahiran
Memerhati
5.6.2 Perbezaan Antara Kumpulan
Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan
Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal
5.7 Cadangan
5.8 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
5.9 Rumusan
RUJUKAN
LAMPIRAN
67
69
70
71
71
72
73
74
75 – 78
79 - 99
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
Taburan Item Soalan Ujian Penguasaan
Kemahiran Memerhati dan Meramal
Min Markah Bagi Sikap Relajar Terhadap Mata
Pelajaran Sains
Analisis Bilangan Responden Mengikut Jantina
Analisis Bilangan Responden Mengikut Bangsa
Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata
Pelajaran Sains
Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari
Sains
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KPS
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KM
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KR
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KPS
38
43
46
47
48
48
49
50
51
52
xiv
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KM
Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap
Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam
KR
Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian
Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman
Dalam KPS
Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian
Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman
Dalam KM
Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian
Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman
Dalam KR
53
54
56
57
58
xv
SENARAI SINGKATAN
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS
KM
KS
KM
KR
KPSA
UPSR
PMR
SPM
STPM
IPTA
TIMSS
PIPP
SISS
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Saintifik
Kemahiran Memerhati
Kemahiran Meramal
Kemahiran Proses Sains Asas
Ujian Penilaian Sekolah Rendah
Penilaian Menengah Rendah
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Institut Pengajian Tinggi Awam
Trends In International Mathematics and Science Study
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Second International Science Study
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kini dalam kehidupan sehari - harian, kita tidak dapat lari dari sains. Ini
menunjukkan betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan kita dalam
mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah
negara yang maju.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi
penekanan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah – sekolah.
Jika dahulu para pelajar mula mengenali mata pelajaran Sains ketika berada di Tahun 4
tetapi kini ianya telah mula diajar sejak Tahun 1 lagi . Selain itu KPM juga telah
mengubahsuai semua kurikulum Sains yang diajar di sekolah dan salah satu daripadanya
adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, guru – guru
memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi – isi pelajaran kepada para pelajar
agar mereka mudah memahami dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian.
2
Maka, penerapan kemahiran proses sains (KPS) memainkan peranan penting agar
pembelajaran tersebut lebih bermakna dan efektif. Tambahan lagi, mata pelajaran Sains
kini diajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji
atau dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Daripada maksud
Sains itu sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kemahiran saintifik (KS) adalah yang
paling sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Di mana dalam
kemahiran tersebut terdapat dua lagi pecahan iaitu KPS dan kemahiran manipulatif
(KM). Di dalam KPS terdapat 12 kemahiran manakala bagi KM pula terdapat 5
kemahiran. Antara kemahiran – kemahiran tersebut adalah seperti di dalam jadual 1 di
bawah.
Kemahiran saintifik sering kali kita dengari dalam mata pelajaran sains.
Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan
memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan
secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains
dengan berkesan dan bermakna ( Abu Hassan, 2004 ).
Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru – guru sewaktu di dalam
kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, KPS adalah amat
penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga
dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.
3
Jadual 1; Kemahiran Saintifik dan pecahannya
Kemahiran Saintifik
- memerhati - mengelas - mengukur dan
menggunakan nombor
- membuat inferens - meramal - berkomunikasi - menggunakan
perhubungan ruang dan masa
- mentafsir maklumat - mendefinisi secara
operasi - mengawal
pembolehubah - membuat hipotesis - mengeksperimen
- mengguna dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betul
- menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat
- membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
- mengendali specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat
- melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995)
4
1.2 Latar belakang masalah
Kini kebanyakkan guru-guru di sekolah menggunakan pendekatan peperiksaan
berpusat (exam - oriented) ketika mengajar Sains. Mereka lebih menekankan teori
sesuatu topik dalam sukatan pelajaran yang sering kali keluar dalam peperiksaan umum
seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Bagi mereka tiada masa untuk
melakukan aktiviti eksperimen kerana membuat latihan dari buku –buku soalan adalah
lebih penting bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan menaikkan
nama sekolah berbanding kefahaman pelajar terhadap Sains.
Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller,
1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah
yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti
hands – on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji
sesuatu teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Guru – guru seharusnya
menerapkan KPS yang berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut
Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah diterapkan
KPS bersama – sama dengan isi kandungan yang disampaikan.
Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah baru. Salah
satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah kurangnya
penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak
dapat memahami konsep Sains itu sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap
pemikiran yang berbeza – beza. Maka guru – guru di sekolah haruslah bijak memilih
pendekatan yang bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu
dengan mudah.
Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita masih
kekurangan golongan – golongan saintis yang sepatutnya dapat membantu
membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain. Ini kerana
5
kebanyakkan siswazah – siswazah dalam negara kita hanya mengetahui sesuatu bidang
yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila diberikan peralatan atau radas mereka
tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke
institusi pengajian tinggi. Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para
pelajar didedahkan dengan kemahiran proses sains supaya masalah – masalah seperti ini
tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai para saintis dari
negara kita.
1.3 Pernyataan masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penguasaan kemahiran memerhati dan
meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar tahun lima. Ini adalah kerana
kebanyakkan guru sekarang lebih menggunakan pendekatan peperiksaan berpusat
(exam – oriented) berbanding pemahaman konsep sains dalam diri pelajar. Selain itu,
hasil kajian yang dijalankan oleh KPM (2000) jelas menunjukkan guru sains masih
cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
guru. Antara masalah yang timbul ialah pelajar tidak dapat menghubungkaitkan sains
dengan kehidupan malah mereka juga tidak tahu apa gunanya mereka mempelajari mata
pelajaran tersebut. Selain daripada itu, menurut Rohana,(2003) penguasaan para pelajar
dalam KPS masih di tahap sederhana.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengandungi beberapa objektif utama seperti berikut :
i. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran memerhati dan kemahiran meramal.
ii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan
tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan
kefahaman dalam kemahiran memerhati dan kemahiran meramal
iii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang
dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran memerhati dan kemahiran meramal.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini adalah seperti
di bawah:
i. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran proses sains?
7
ii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran memerhati?
iii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran meramal?
iv. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan
tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan
kefahaman dalam kemahiran proses sains?
v. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan
tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan
kefahaman dalam kemahiran memerhati?
vi. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan
tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan
kefahaman dalam kemahiran meramal?
vii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang
dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran proses sains?
viii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang
dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam
kemahiran memerhati?