kursus kepimpinan dan motivasi kerja 2016 - pippa.usm.mypippa.usm.my/images/pdfcontent/2016/kursus...

2
Dalam era transformasi dibawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Kecemerlangan pekerja sering dikaitkan dengan aras kompetensi tinggi. Oleh itu keinginan untuk memperoleh kecemerlangan diri harus difahami sebagai usaha untuk mengasimilasikan istilah Al-Hijrah (perubahan/perpindahan), Al-Tajdid (pembaharuan untuk mengembalikan sesuatu kepada fokus/tujuan asal), Al-Islah (penambahbaikan berterusan) dan Al-Falah (kecemerlangan di dunia dan akhirat) dalam diri. Seterusnya, menyertai program kecemerlangan diri bermaksud berusaha membawa diri menuju kearah kehidupan yang lebih gemilang dan terbilang bagi mencapai misi agung dalam hidup iaitu Mardhatilah (keredaan Allah swt dalam segala tindak tanduk kita di dunia ini). Justeru itu pengisian program ini mengajak peserta membuang sifat pasif dan menggantikannya dengan minda, emosi dan personaliti atau karaktor yang berinisiatif, konsisten dan proaktif. Maknanya orang yang kecemerlangan diri perlu berusaha gigih baik fizikal, mentalnya mahupun emosinya dalam mengharungi halangan. Keinginan membina sikap positif, mengisi kemahiran, mencerna pengetahuan dan memperkasa personaliti adalah intipati kepada elemen motif dan aksi yang kemudiannya menjadi asas pekerja bermotivasi di tempat kerja. Bermotivasi untuk main peranan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif organisasi tanpa mengira apa juga jenis jawatan mereka. Kejayaan organisasi amat bergantung kepada kecemerlangan dan motivasi pekerja menerusi penuaian bakat dari lima ranting pohon insan iaitu mendaya-upaya, merekayasa, merakyatkan, keteguhan dan nilai bersama. Kursus ini memberi penekanan tentang erti kecemerlangan, kecemerlangan diri, memenuhi diri dengan ciri-ciri berlandaskan sikap kerja positif dalam melaksanakan tugas mereka supaya diri dan organisasi mencapai keunggulan. Matlamat Program Di akhir program ini para peserta akan dapat: • Mengenalpasti kehabatan bakat yang membentuk kekuatan, kelemahan dan potensi diri. • Mengetahui dan menyedari pentingnya mengamalkan langkah-langkah untuk menyerlahkan kecemerlangan diri menerusi peranan mereka sebagai pekerja yang cemerlang • Membentuk matlamat perubahan diri yang lebih dinamik, sistematik dan berkesan • Mengetahui kepentingan motivasi dan mengaplikasikan kecemerlangan di dalam diri di tempat kerja • Memiliki kompetensi berkomunikasi dengan lebih berkesan dan mempunyai pengayaan diri atau imej peribadi yang profesional ke arah kecemerlangan dan keyakinan • Bekerja dalam pasukan yang kuat dan mantap serta dapat mengatur strategi untuk Berjaya dalam kerja menerusi penghayatan nilai murni semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab • Memberi sumbangan yang bermakna dalam memaju dan mencemerlangkan organisasi menerusi peningkatan prestasi kerjaya dan kualiti kehidupan menggunakan kuasa minda, emosi dan karektor positif. Kandungan • Mengenalpasti khazanah bakat yang menjadi asas dan faktor kejayaan dalam pengupayaan kompetensi diri • Memahami dan mengatur plan tindakan kecekapan dan kecemerlangan diri menerusi inventori kecemerlangan diri bersesuaian dengan KPI diri dan organisasi • Menguasai dinamika perubahan persekitaran dalam pengurusan diri, keterampilan dan keperibadian unggul menerusi model EmAS (transformasi minda, emosi dan karakter) • Meningkatkan semangat kerja berpasukan melalui penghayatan nilai dan prinsip kerja berpasukan • Pemerkasaan kemahiran berunding menerusi penguasaan konsep menang-menang dalam perundingan di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja; pekerja-majikan; pekerja-pelanggan • Membentuk motivasi & nilai dan etika dalam konteks seronok bekerja dan kerja sebagai ibadah dalam memahami unsur insan (manusia) dan insani (kemanusiaan). Metodologi Program dua hari ini menggunakan gabungan kaedah ceramah dan pemudah cara (lecture & facilitate), perbincangan kumpulan menerusi aktiviti berasaskan pengalaman (experiential learning), main peranan dan analisa inventori menggunakan lukisan projektif. pippa.usm.my Program Umum PULAU PINANG 17-18 OGOS 2016 Kursus Kepimpinan dan Motivasi Kerja Yuran MYR * Yuran Sahaja 590 *

Upload: ngolien

Post on 29-Mar-2019

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Dalam era transformasi dibawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Kecemerlangan pekerja sering dikaitkan dengan aras kompetensi tinggi. Oleh itu keinginan untuk memperoleh kecemerlangan diri harus difahami sebagai usaha untuk mengasimilasikan istilah Al-Hijrah (perubahan/perpindahan), Al-Tajdid (pembaharuan untuk mengembalikan sesuatu kepada fokus/tujuan asal), Al-Islah (penambahbaikan berterusan) dan Al-Falah (kecemerlangan di dunia dan akhirat) dalam diri. Seterusnya, menyertai program kecemerlangan diri bermaksud berusaha membawa diri menuju kearah kehidupan yang lebih gemilang dan terbilang bagi mencapai misi agung dalam hidup iaitu Mardhatilah (keredaan Allah swt dalam segala tindak tanduk kita di dunia ini). Justeru itu pengisian program ini mengajak peserta membuang sifat pasif dan menggantikannya dengan minda, emosi dan personaliti atau karaktor yang berinisiatif, konsisten dan proaktif. Maknanya orang yang kecemerlangan diri perlu berusaha gigih baik fizikal, mentalnya mahupun emosinya dalam mengharungi halangan. Keinginan membina sikap positif, mengisi kemahiran, mencerna pengetahuan dan memperkasa personaliti adalah intipati kepada elemen motif dan aksi yang kemudiannya menjadi asas pekerja bermotivasi di tempat kerja. Bermotivasi untuk main peranan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif organisasi tanpa mengira apa juga jenis jawatan mereka. Kejayaan organisasi amat bergantung kepada kecemerlangan dan motivasi pekerja menerusi penuaian bakat dari lima ranting pohon insan iaitu mendaya-upaya, merekayasa, merakyatkan, keteguhan dan nilai bersama. Kursus ini memberi penekanan tentang erti kecemerlangan, kecemerlangan diri, memenuhi diri dengan ciri-ciri berlandaskan sikap kerja positif dalam melaksanakan tugas mereka supaya diri dan organisasi mencapai keunggulan.

Matlamat ProgramDi akhir program ini para peserta akan dapat:

• Mengenalpasti kehabatan bakat yang membentuk kekuatan,

kelemahan dan potensi diri.

• Mengetahui dan menyedari pentingnya mengamalkan

langkah-langkah untuk menyerlahkan kecemerlangan diri menerusi

peranan mereka sebagai pekerja yang cemerlang

• Membentuk matlamat perubahan diri yang lebih dinamik, sistematik

dan berkesan

• Mengetahui kepentingan motivasi dan mengaplikasikan

kecemerlangan di dalam diri di tempat kerja

• Memiliki kompetensi berkomunikasi dengan lebih berkesan dan

mempunyai pengayaan diri atau imej peribadi yang profesional ke

arah kecemerlangan dan keyakinan

• Bekerja dalam pasukan yang kuat dan mantap serta dapat mengatur

strategi untuk Berjaya dalam kerja menerusi penghayatan nilai

murni semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab

• Memberi sumbangan yang bermakna dalam memaju dan

mencemerlangkan organisasi menerusi peningkatan prestasi kerjaya

dan kualiti kehidupan menggunakan kuasa minda, emosi dan

karektor positif.

Kandungan• Mengenalpasti khazanah bakat yang menjadi asas dan faktor

kejayaan dalam pengupayaan kompetensi diri

• Memahami dan mengatur plan tindakan kecekapan dan

kecemerlangan diri menerusi inventori kecemerlangan diri

bersesuaian dengan KPI diri dan organisasi

• Menguasai dinamika perubahan persekitaran dalam pengurusan

diri, keterampilan dan keperibadian unggul menerusi model EmAS

(transformasi minda, emosi dan karakter)

• Meningkatkan semangat kerja berpasukan melalui penghayatan nilai

dan prinsip kerja berpasukan

• Pemerkasaan kemahiran berunding menerusi penguasaan konsep

menang-menang dalam perundingan di tempat kerja melibatkan

pekerja-pekerja; pekerja-majikan; pekerja-pelanggan

• Membentuk motivasi & nilai dan etika dalam konteks seronok

bekerja dan kerja sebagai ibadah dalam memahami unsur insan

(manusia) dan insani (kemanusiaan).

MetodologiProgram dua hari ini menggunakan gabungan kaedah ceramah dan

pemudah cara (lecture & facilitate), perbincangan kumpulan menerusi

aktiviti berasaskan pengalaman (experiential learning), main peranan

dan analisa inventori menggunakan lukisan projektif.

pippa.usm.my

Pro

gram

Um

um

PULAU PINANG17-18 OGOS 2016

Kursus Kepimpinandan Motivasi Kerja

YuranMYR

* Yuran Sahaja 590*

PemudahcaraProf. Madya Dr. Main Rindam, PhD. telah berkhidmat sebagai tenaga akademik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains

Malaysia sejak Oktober 1991 dan telah terlibat lebih 20 tahun dengan pengisian serta pengendalian program motivasi untuk pelbagai agensi

kerajaan dan swasta. Selain bidang akademik, beliau turut main peranan dalam program pendidikan sepanjang hayat dengan mengendalikan

kursus asas psikologi dan motivasi kerja. Memiliki pengalaman luas dalam membangun kompetensi sumber manusia, beliau pernah menjadi

Ketua Fesilitator bagi Program Intensif Meningkatkan Pengupayaan Insan (PIMPIN) yang dianjurkan oleh Unit Latihan, USM. Pada tahun 2013,

beliau telah dilantik sebagai Felo PiPPA dan merupakan penulis aktif dalam pembinaan modul kecemerlangan diri dan motivasi dan artikel jurnal

tentang transformasi dan kompetensi sumber manusia. Keunikan menyertai program-program beliau ialah peserta akan berkongsi kemahiran

menggunakan lukisan projektif dan pelbagai kaedah penyampaian dalam usaha membongkar potensi sebenar bakat, kecemerlangan diri dan

motivasi mereka.

Siapa Patut Hadir• Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41- 54

• Penyelia kumpulan pelaksana Gred 27-40

• Individu yang berminat

Kursus Kepimpinan dan Motivasi Kerja

Bil. Nama Jawatan Tel. Bimbit Emel

• Bayaran boleh dibuat melalui Cek I Pesanan Kerajaan I Draf Bank atas nama USAINS HOLDING SDN. BHD. dan hantar ke: Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam, Suite 244. Kompleks Eureka USM, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.• PIPPA berhak meminda jadual serta kandungan program tanpa sebarang notis awal. Yuran adalah tertakluk di bawah terma dan syarat digariskan dalam Polisi Pendaftaran PIPPA.• Caj 100% akan dikenakan terhadap sebarang pembatalan selepas surat pengesahan penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur. • Pihak PIPPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan yang dibuat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Lengkapkan borang di bawah dan fakskan ke : +604.653.6060 atau emel ke : [email protected] untuk mendaftar ?

Butiran OrganisasiORGANISASI : PEGAWAI MELULUSKAN :

ALAMAT :

TELEFON : FAKS : E-MEL :

Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran AwamSuite 244, Kompleks EUREKA, Universiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604.653.6057 +604.653.6056Faks : +604.653.6060 Emel : [email protected]

Anjuran :

pippa.usm.myCENTRE FOR INNOVATION AND PRODUCTIVITY IN PUBLIC ADMINISTRATIONPUSAT INOVASI DAN PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM

U N I V E R S I T I S A I N S M A L A Y S I A

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .Simpan bahagian ini dan fakskan ke nombor yang diberi

Hubungi Sekarang +604.653.6058 Fax : +604.653.6060

Email : [email protected]

8 Ogos 2016Tarikh Tutup