kemiskinan bandar - finish

26
ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Mukasurat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Jenis-Jenis Kemiskinan 3 3.0 Faktor Kemiskinan Bandar 4 4.0 Usaha-Usaha Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan Di Bandar 7 4.1 Menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar 7 4.2 Pembinaan Perumahan Mampu Milik 8 4.3 Kerjasama Di Antara Agensi-Agensi Kerajaan, NGO Dan Swasta 10 4.4 Menambah Peluang Pekerjaan Dan Meningkatkan Pendapatan 11 4.5 Menaikkan Kadar Gaji Pekerja 11 5.0 Kesimpulan 13 6.0 Rujukan 14 1

Upload: mummy-marsya

Post on 14-Apr-2016

259 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sains kemasyarakatan

TRANSCRIPT

Page 1: Kemiskinan Bandar - Finish

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Jenis-Jenis Kemiskinan 3

3.0 Faktor Kemiskinan Bandar 4

4.0 Usaha-Usaha Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan

Di Bandar

7

4.1 Menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan

Kesejahteraan Bandar

7

4.2 Pembinaan Perumahan Mampu Milik 8

4.3 Kerjasama Di Antara Agensi-Agensi Kerajaan, NGO

Dan Swasta

10

4.4 Menambah Peluang Pekerjaan Dan Meningkatkan

Pendapatan

11

4.5 Menaikkan Kadar Gaji Pekerja 11

5.0 Kesimpulan 13

6.0 Rujukan 14

1

Page 2: Kemiskinan Bandar - Finish

1.0 PENGENALAN

Malaysia telah mengalami proses perbandaran yang sangat pesat semenjak

merdeka. Sistem perbandaran yang teratur dan terancang bukan sahaja

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, malahan meningkatkan kualiti

hidup rakyat. Kawasan-kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menjadi

tumpuan penduduk di mana kadar urbanisasi pada tahun 1995 ialah sebanyak 55.1

peratus dan dijangka akan meningkat kepada 75 peratus menjelang tahun 2020.

Bandar merupakan satu agen yang membawa perubahan dalam pelbagai

bidang. Ini kerana bandar berperanan sebagai pusat dalam segala urusan sama ada

bidang pentadbiran, ekonomi mahupun sosial. Ia juga menjadi tempat kepada

pertembungan budaya masyarakat seperti Malaysia yang memiliki rakyat berbilang

kaum. Kemajuan dalam pelbagai bidang menjadikan bandar sebuah kawasan yang

mendapat tumpuan masyarakat dari luar bandar dan kawasan sekitarnya. Keadaan

ini boleh meningkatkan pembangunan yang semakin pesat dengan pembinaan

pelbagai prasarana serta kemudahan bagi menampung penduduk yang semakin

bertambah.

Walau bagaimanapun, penumpuan dan migrasi yang tidak terkawal di

sesuatu kawasan akan membawa kesan yang negatif. Ini kerana penduduk yang

hanya bertumpu di kawasan bandar sahaja akan menyebabkan mereka tidak

mampu mendapatkan pekerjaan dan tempat tinggal dalam jangka masa yang

singkat, berikutan kebanyakan mereka yang berhijrah ke bandar tidak mengetahui

kehidupan di bandar dengan taraf hidupnya yang tinggi berbanding kehidupan di luar

bandar. Masalah ini akan menyebabkan berlakunya kemiskinan bandar, kerana

mereka hanya mampu mendapatkan pekerjaan di sektor informal sahaja atas sebab

persaingan, tahap pendidikan yang rendah, sikap yang tidak mahu berusaha dan

2

Page 3: Kemiskinan Bandar - Finish

ditimpa musibah. Begitu juga dengan mereka yang tinggal di bandar terpaksa

bersaing dengan golongan migran untuk mendapat tempat. Kemiskinan secara

umumnya yang ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam Holman, 1978)

sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi

keperluan-keperluan hidup yang mencukupi. Norhaslina (2006) menyatakan bandar

merupakan pusat kepada kekuasaan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di

dalam masyarakat. Tetapi definisi bagi kemiskinan dan bandar ini ditakrifkan secara

berbeza-beza mengikut kepada perspektif yang ingin dilihat. Oleh sebab itu,

kemiskinan bandar dapat ditakrifkan sebagai wujudnya golongan yang tidak

berkemampuan dalam memenuhi keperluan hidup di bandar yang lebih maju

dengan taraf hidup yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, pelbagai usaha telah dijalankan

oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah kemiskinan bandar ini. Namun,

bagi menyelesaikan masalah ini memerlukan masa yang panjang untuk

dilaksanakan kerana pelbagai inisiatif harus difikirkan untuk mengekalkan

kesejahteraan negara. Segala usaha yang dijalankan pula akan menghadapi

cabaran masing-masing tidak kira sama ada dapat diatasi mahupun sedang dalam

proses mengatasinya.

2.0 JENIS-JENIS KEMISKINAN 

Menurut Nahiduzzaman (2006), kemiskinan bandar dapat dikategorikan

kepada tiga iaitu kemiskinan mutlak, relatif dan tegar. Kemiskinan mutlak ialah satu

keadaan di mana isi rumah tidak berupaya mencapai pendapatan yang boleh

menampung keperluan. Kemiskinan mutlak ialah satu konsep yang menggunakan

jumlah pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur garis kemiskinan sesebuah

masyarakat. Kemiskinan ini bersifat mutlak dengan melihat kepada pendapatan isi

3

Page 4: Kemiskinan Bandar - Finish

rumah yang secara jelasnya menggambarkan kuasa beli mereka yang memberi

kesan kepada kepenggunaan. Oleh sebab itu, pendapatan isi rumah yang rendah

akan mengakibatkan kuasa beli menurun sekaligus menjejaskan keperluan hidup.

Manakala kemiskinan relatif pula berlaku kerana ketidakseimbangan pendapatan

satu kumpulan dalam sesuatu masyarakat.

Konsep kemiskinan ini dilakukan dengan membandingkan purata pendapatan

dan bahagian pendapatan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam

kumpulan penduduk sama ada mengikut purata pendapatan, etnik, kawasan

kediaman dan sebagainya. Jika terdapat golongan yang menerima pendapatan

paling rendah daripada segi agihan pendapatan akan dikategorikan sebagai miskin.

Kemiskinan tegar pula ialah isi rumah yang tidak berupaya mencapai sekurang-

kurangnya separuh daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) bagi menampung

kehidupan asas mereka. Menampung kehidupan bermaksud pendapatan yang

mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas seperti

nutrisi makanan dan minuman yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh

badan yang sihat.

3.0 FAKTOR KEMISKINAN BANDAR

Kemiskinan bandar berlaku adalah disebabkan oleh faktor taraf pendidikan.

Ini kerana tahap pendidikan seseorang itulah yang akan menjamin mendapatkan

tempat dalam sesuatu pekerjaan. Didapati masalah ini berlaku daripada kalangan

penduduk yang berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab itu,

golongan ini terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pekerjaan,

di samping mereka tidak memiliki sebarang kemahiran tertentu dalam sesuatu

bidang yang diceburi untuk mendapat pekerjaan. Taraf pendidikan yang sekadar

4

Page 5: Kemiskinan Bandar - Finish

kelulusan sijil sahaja tidak memberikan jaminan yang besar untuk mendapat

pekerjaan dalam sektor formal. Ini kerana kebanyakan syarikat lebih mementingkan

kecekapan dan kemahiran dalam menjalankan pengurusan. Oleh sebab itu, mereka

yang berkelulusan rendah sukar untuk mendapatkan pekerjaan di bandar sekali gus

meningkatkan jumlah pengangguran di bandar.

Selain itu, sikap masyarakat juga membawa kepada masalah ini. Mereka

hanya berserah kepada nasib dan takdir sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan

pekerjaan. Begitu juga bagi mereka yang tinggal di bandar tidak berusaha

mendapatkan bantuan daripada program rakyat termiskin umpamanya. Pelaksanaan

program sebegini oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk membantu mereka

yang tidak berkemampuan terutamanya yang berpendapatan rendah. Terdapat juga

segolongan masyarakat yang memilih pekerjaan yang ditawarkan. Jika pekerjaan

tersebut lebih kepada sektor informal mereka biasanya kurang berminat dan

sanggup menunggu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Sikap masyarakat

yang terlalu memilih pekerjaan juga menyebabkan sektor informal dipenuhi dengan

pekerja daripada luar negara yang datang untuk mendapatkan peluang ini. Keadaan

ini akan mewujudkan persaingan golongan tempatan dengan pekerja luar yang

datang mendapatkan peluang pekerjaan. Natijahnya, golongan tempatan sering

diabaikan kerana pekerja luar kini semakin mendapat tempat di hati majikan kerana

sikap mereka yang tidak memilih dalam bekerja. Hal ini menyebabkan rakyat

tempatan terpaksa menganggur kerana tidak diberi peluang utama dalam pekerjaan

yang dipohon kerana persaingan dengan pekerja luar yang lebih komited dalam

bekerja.

5

Page 6: Kemiskinan Bandar - Finish

Kepadatan penduduk juga menjadi punca kepada masalah kemiskinan di

bandar. Penduduk yang terlalu padat menyebabkan kerajaan terpaksa membina

perumahan-perumahan kepada masyarakat untuk disewa. Akan tetapi kebanyakan

daripada mereka tidak mampu untuk membayar sewa yang terlalu tinggi. Ekoran

daripada itu, golongan yang tidak berkemampuan ini akan mendapatkan tempat

tinggal yang lebih murah sehingga wujudnya kawasan setinggan kerana kosnya

yang lebih murah dan berpatutan.

Ketidakstabilan institusi keluarga juga menjadi punca kepada masalah ini.

Pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk kos sara hidup menyebabkan

kebanyakan suri rumah terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kos sara

hidup. Kebanyakan pekerjaan yang dipilih lebih kepada perniagaan sendiri seperti

menjaja, berniaga kecil-kecilan dan perniagaan pasar. Pendapatan daripada

perniagaan yang dijalankan juga adalah tidak menentu menyebabkan mereka tidak

mampu memenuhi keperluan asas.

Selain itu, penawaran dalam pekerjaan yang kurang berbanding jumlah yang

memohon pekerjaan mewujudkan kepada berlakunya masalah pengangguran. Ini

menyebabkan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon,

manakala mereka yang tidak layak terpaksa mendapatkan pekerjaan lain. Bagi

mereka yang berkelulusan rendah pula tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor

formal kerana tidak berkelayakan dan tidak memiliki kemahiran. Hal ini

menyebabkan terdapat segelintir yang tidak bekerja mencari jalan mudah dengan

merompak dan mencuri untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan.

Bagi yang memiliki tahap pendidikan rendah, mereka hanya mampu bertumpu

dalam sektor informal sahaja seperti buruh binaan, pembantu rumah dan pekerja

kilang. Pendapatan dari sektor pekerjaan sebegini adalah sangat rendah dan

6

Page 7: Kemiskinan Bandar - Finish

sememangnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup di bandar. Oleh

itu, mereka terpaksa berjimat dan menggunakan wang hanya untuk keperluan yang

penting sahaja.

Kemiskinan bandar pada hari ini membabitkan golongan yang berpendapatan

bulanan kurang daripada RM3,000. Oleh yang demikian ramai masyarakat bandar

yang terperangkap dengan kehidupan maju dan taraf hidup yang tinggi di kawasan

bandar. Ini kerana, pendapatan masyarakat bandar rata-ratanya kurang daripada

RM3,000 dan peningkatan taraf pendapatan bulanan ini menyumbang kepada

bertambahnya golongan miskin bandar.

4.0 USAHA-USAHA DALAM MENGATASI MASALAH KEMISKINAN DI BANDAR.

4.1 Menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar.

Bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar, pihak kerajaan telah mengambil

satu langkah yang drastik apabila menukarkan Kementerian Wilayah Persekutuan

kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Kementerian

Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ialah satu kementerian yang

ditubuhkan untuk menyediakan satu pelan tindakan komprehensif dan

melaksanakan program yang bersesuaian untuk menangani masalah kemiskinan

bandar di seluruh negara. Selain itu juga, kementerian ini berperanan dalam

memperkukuh dan memperluas program pembasmian kemiskinan bandar. Menteri

Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengambil inisiatif dengan

menjalinkan banyak hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak dan kementerian.

Antara agensi yang bersama-sama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar ialah Jabatan Kebajikan, Kementerian Pembangunan Wanita

7

Page 8: Kemiskinan Bandar - Finish

dan Masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan

Perdana Menteri serta agensi-agensi yang lain. Hal ini adalah bertujuan untuk

mengelakkan pertindihan tanggungjawab dalam pelaksanaan pembasmian

kemiskinan.

4.2 Pembinaan perumahan mampu milik

Kepesatan dan pembangunan bandar telah menyebabkan ramai masyarakat

luar bandar mahupun warga asing memilih untuk menetap dan bekerja di kawasan

bandar. Pertambahan penduduk telah mengundang kepada bertambahnya

permintaan terhadap sektor perumahan. Perkara ini menjadi lebih meruncing apabila

permintaan perumahan mampu milik oleh golongan miskin bandar tidak dapat

dipenuhi kerana pertambahan penduduk yang pesat sehingga tidak dapat

menampung kepadatan penduduk di bandar. Hal ini secara tidak langsung telah

mewujudkan masalah setinggan yang merupakan satu sektor perumahan yang tidak

formal dan fenomena setinggan ini telah menjadi masalah kepada negara kerana

setinggan merupakan salah satu ciri kemiskinan bandar. Setinggan merupakan satu

kawasan penempatan yang dibina secara rawak di atas tanah milik kerajaan, swasta

ataupun milik orang perseorangan. Kawasan setinggan yang wujud ini telah

mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran. Setinggan biasanya dikaitkan

dengan golongan miskin dan kawasan setinggan ini pula biasanya tidak selesa,

sesak, kotor dan juga kurang kemudahan-kemudahan asas.

Antara usaha yang telah dijalankan dalam mengatasi masalah kemiskinan

bandar ini termasuklah masalah setinggan yang melibatkan golongan miskin di

kawasan bandar. Antara usaha yang dilakukan ialah Program Pembangunan Rakyat

Termiskin (PPRT). Program Pembangunan Rakyat Termiskin ini adalah satu

8

Page 9: Kemiskinan Bandar - Finish

program yang telah dijalankan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh iaitu rancangan

yang berlangsung pada tahun 1996 sehingga 2000. Manakala projek Perumahan

Rakyat (PPR) pula ialah salah satu program yang dilaksanakan dalam PPRT. Projek

Perumahan Rakyat ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara. Antara

objektif utama pelaksanaan projek ini adalah untuk mengawal dan menempatkan

semula setinggan dan memberi kemudahan serta meringankan beban kepada

golongan miskin. Golongan miskin diberi bantuan dalam membina rumah yang lebih

selesa ataupun mereka boleh memiliki rumah yang dibina oleh kerajaan dengan

harga yang lebih rendah dan mampu dimiliki. Hal ini demikian kerana rumah

merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia dan tahap

keselesaan dan keselamatan rumah itu haruslah dititikberatkan.

Di samping itu juga, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memainkan

peranan mereka dalam menangani masalah kemiskinan bandar. Usaha yang

dijalankan oleh PBT ini harus disokong oleh pihak-pihak lain seperti sektor swasta,

NGO ataupun persatuan penduduk. PBT telah mengambil inisiatif dan mengambil

tanggungjawab untuk melaksanakan projek perumahan yang berskala besar

bertujuan untuk menghapuskan ketidakseimbangan di kalangan penduduk di

kawasan bandar. Pada masa yang sama PBT juga menjamin akan meningkatkan

taraf kehidupan golongan miskin bandar.

Selain itu juga, kerajaan telah menubuhkan Dana Rumah Kos Rendah yang

bernilai kira-kira RM 1.1 bilion pada tahun 1994. Pada tahun yang sama juga,

kerajaan juga telah memperkenalkan Tabung Pusingan Rumah Kos Rendah. Dana

dan tabung yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah

setinggan yang dihadapi oleh masyarakat miskin di kawasan bandar. Melalui dana

dan tabung ini, golongan miskin bandar ini boleh mendapatkan modal untuk

9

Page 10: Kemiskinan Bandar - Finish

membina rumah yang lebih baik jika dibandingkan dengan rumah di kawasan

setinggan. Selain itu, DBKL ini juga menawarkan kadar bayaran sewa yang murah

kepada golongan miskin bandar ini dengan kadar subsidi. Kadar sewa yang

ditawarkan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kadar sewa rumah pada

pasaran di Kuala Lumpur. Hal ini memperlihatkan kesungguhan DBKL dalam

menyediakan kemudahan perumahan yang selesa kepada golongan miskin dan

berpendapatan rendah d Kuala Lumpur.

4.3 Kerjasama di Antara Agensi-agensi kerajaan, NGO dan Swasta.

Bantuan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta juga merupakan satu usaha

dalam membasmi masalah kemiskinan bandar. Pihak kerajaan dan swasta

berganding bahu dalam mengatasi masalah kemiskinan yang melibatkan golongan

yang berpendapatan rendah di kawasan bandar. Antara agensi yang terlibat dalam

membasmi kemiskinan bandar ialah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Lembaga

Zakat Selangor telah melaksanakan beberapa program dalam menangani masalah

kemiskinan bandar seperti Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) ialah salah satu program

yang diilhamkan oleh LZS dalam menangani masalah kemiskinan bandar. Program

ini bertujuan untuk menjejaki golongan fakir atau miskin. Melalui program ini juga,

pihak LZS akan mengenal pasti golongan fakir dan miskin yang berada di Selangor

tetapi tidak mendaftar dengan LZS. Golongan miskin dan fakir yang berdaftar

dengan LZS ini akan diberikan bantuan dari pelbagai aspek dalam

mempertingkatkan taraf hidup mereka. Antara bantuan yang diberikan adalah

bantuan bulanan, bantuan pendidikan, modal perniagaan dan sebagainya. Bantuan

yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan miskin ini dalam

mengatasi kemelut kemiskinan yang dihadapi.

10

Page 11: Kemiskinan Bandar - Finish

Selain itu, terdapat juga pihak NGO yang menjalankan program membasmi

kemiskinan di kawasan bandar. Penubuhan pusat rundingcara harian atau Pusat

Rahmat adalah salah satu usaha dalam membasmi kemiskinan bandar. Pusat

Rahmat ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan bandar dan

program ini telah mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan dan juga pihak

NGO.

4.4 Menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan

Kehadiran golongan miskin bandar adalah disebabkan oleh mereka yang

berpendapatan rendah atau penganggur yang tidak mampu bersaing dalam

menongkah arus kehidupan di bandar yang kian pesat. Golongan yang tidak mampu

ini akhirnya akan terpinggir dari kemajuan dan kemodenan bandar. Hal ini terjadi

kerana, kebanyakan golongan yang terperangkap dalam fenomena kemiskinan

bandar ini ialah masyarakat luar bandar yang berhijrah ke bandar ataupun warga

asing. Mereka ini berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan untuk

mengubah nasib keluarga atau diri, namun kerana kebanyakan mereka tidak

mempunyai kelulusan yang baik, akhirnya mereka ini tidak mampu bersaing dan

terus berada dalam perangkap kemiskinan.

Oleh kerana golongan miskin ini tidak mampu bersaing dalam meningkatkan

pendapatan mereka, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang drastik

dengan menarik pelbagai pelaburan asing untuk meningkatkan peluang pekerjaan

golongan miskin ini. Kebanyakan pelaburan ini dilakukan dalam sektor perkilangan.

Oleh itu kita dapat lihat banyak kilang-kilang yang dibina di bandar-bandar adalah

bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan juga para

penganggur untuk meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu juga, peluang

11

Page 12: Kemiskinan Bandar - Finish

pekerjaan yang diberikan kepada golongan miskin ini bukan sahaja dapat

menambah pendapatan golongan miskin bandar ini malah ia akan menjamin

kehidupan yang lebih baik dan perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu

golongan ini keluar dari kancah kemiskinan.

4.5 Menaikkan kadar gaji pekerja

Selain dari menyediakan perumahan dan juga peluang pekerjaan, kerajaan

juga cuba menaikkan gaji para pekerja sama ada dalam sektor awam mahupun

swasta. Kenaikan gaji ini penting kerana tahap gaji yang berada pada paras lama

sudah tidak relevan dengan arus perbandaran pada hari ini. Perkara ini secara tidak

langsung dapat membantu golongan pekerja sektor awam mahupun swasta yang

berada pada paras kemiskinan. Mereka bukan sahaja dapat keluar dari kancah

kemiskinan malah mereka mungkin dapat memberi keselesaan yang lebih kepada

keluarga mereka sama ada dari segi perumahan dan juga berpeluang memberi

pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka. Manakala bagi pekerja di

sektor swasta pula, kerajaan telah berbincang dengan pihak swasta untuk

meningkatkan gaji pokok pekerja swasta. Namun, perkara ini sukar untuk

dilaksanakan kerana sektor swasta tidak berada dalam kawalan kerajaan. Namun

begitu, kerajaan tetap berusaha untuk membantu golongan pekerja swasta yang

berada pada tahap kemiskinan untuk membantu mereka keluar dari masalah

kemiskinan.

Walaupun kenaikan gaji pekerja ini tidak dapat menangani masalah

kemiskinan bandar secara menyeluruh namun kebanjiran pekerja dalam sektor

awam mahupun swasta di kawasan bandar ini secara tidak langsung dapat

menangani masalah kemiskinan bandar. Hal ini demikian kerana, masalah

12

Page 13: Kemiskinan Bandar - Finish

kemiskinan bandar ini terjadi akibat pendapatan yang rendah dan tidak mampu

untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar. Oleh yang

demikian, kenaikan gaji ini secara tidak langsung dapat membantu golongan

berpendapatan rendah dan miskin ini menjalani kehidupan yang lebih selesa dan

juga teratur.

5.0 KESIMPULAN

Masalah kemiskinan bandar merupakan satu masalah yang perlu ditangani

kerana kebanyakan masalah kemiskinan biasanya dikaitkan dengan masyarakat luar

bandar. Namun begitu, kebanjiran penduduk luar bandar dan warga asing yang

berhijrah ke kawasan bandar telah menyebabkan pertambahan kepada golongan

miskin di kawasan bandar. Menyedari masalah ini, kerajaan telah mengambil

pelbagai langkah untuk membasmi kemiskinan bandar ini. Akan tetapi dalam proses

melaksanakan program pembasmian kemiskinan ini, pihak kerajaan dan pihak

swasta telah menempuh banyak cabaran dan rintangan untuk menjayakan program

tersebut. Walaupun pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat bandar ini

tidak dapat ditangani sepenuhnya, namun hasilnya dapat kita lihat bahawa jumlah

penduduk miskin bandar telah berkurangan. Mereka kini mampu bersaing dan

mampu meningkatkan taraf hidup mereka dengan bantuan yang telah diberikan.

Mereka juga mampu untuk hidup dengan lebih selesa di rumah-rumah kos rendah

yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta dan menikmati kemudahan-

kemudahan asas yang lengkap dan selesa.

Walaupun bukan semua masyarakat miskin bandar mampu keluar dari

kancah kemiskinan, namun usaha yang berterusan dari kerajaan dan agensi-agensi

lain dalam menangani masalah kemiskinan ini menyebabkan nasib mereka ini

13

Page 14: Kemiskinan Bandar - Finish

terbela. Mungkin pada suatu hari nanti golongan miskin bandar ini mampu keluar

dari kancah kemiskinan dan mampu hidup dengan baik dengan menikmati segala

kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan oleh kerajaan dalam

memastikan keselesaan setiap penduduknya dan mereka ini mampu bersaing dalam

dunia globalisasi dan proses perbandaran yang pesat membangun.

  

14

Page 15: Kemiskinan Bandar - Finish

6.0 RUJUKAN

Ahmad Syahir Sarani, Mohamad Khairudin Mohamad. (2004). Pembasmian

Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar. Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda.

Anita Md Shariff, Wan Noor Hazlina, Norudin Mansor and Kamaruzaman Jusoff.

(2011) A robust zakah system: Towards a progressive socio-economic development

in Malaysia. Middle-east Journal of Scientific Research 7(4): 550-554.

Arpah. (2007). Urban Development Policies and Programs, at International

Workshop on Sharing Malaysia’s Best Practices in Eradicating Poverty, November 5,

2007, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur.

Beall, Jo and Fox. Sean (2007). Urban Poverty and Development in the 21st

Century: Towards an inclusive and sustainable world, Oxfam GB Research

Report, January 2007

Chamhuri Siwar, Mohd. Halfah Piei. (1988). Dasar dan Strategi Pembasmian

Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Chamhuri Siwar, Nor Aini Idris. (2003). Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal

Di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheng, P.M. (1999). Towards a customer focused public housing maintenance, The

15

Page 16: Kemiskinan Bandar - Finish

Journal of Building Surveying, Vol 1(1): 15- 20.

Dasimah, O, Puziah A, & Muna, S. (2009). Urban Living Condition of Low Income

Single Mothers in Malaysia. European Journal of Social Sciences – 9(1): 193-201

Ghani, A. (2008). Strategic Partnership, at National Summit on Urban Poor and Low

Income Groups, July 4, 2008, Sunway Lagoon Resort Hotel.

Hasna, A.M. (2007). Dimensions of Sustainability, Journal of Engineering for

Sustainable Development Energy. Environment and Health 2(1): 47- 57.

Khairol Azli Mohamad. Kemiskinan Bandar: Penswastaan Kawasan Setinggan

Dan Peminggiran Sosial. Diperoleh pada November 20, 2013 daripada:

http://pangurusan islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm.

Khalid, I. (2008). National Summit on Urban Poor and Low Income Groups, July

4, 2008, Sunway Lagoon Resort Hotel.

Laily Paim dan Sharifah Azizah Haron. (2010). Kemiskinan di Malaysia: Isu

Fundamental dan Paparan Realiti. Selangor Darul Ehsan: Universiti Putera

Malaysia.

Mitlin, D. (2001). Housing and urban poverty: A consideration of the criteria of

affordability, diversity and inclusion, Housing Studies 16(4): 509- 522.

16

Page 17: Kemiskinan Bandar - Finish

Mohd Amim Othman dan Nurizan Yahya. (2004). Golongan Berpendapatan Rendah:

Realiti dan Cabaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Fadzil Abdul Rashid dan Ishak Abd Ghani. (2007). Migrasi dan Kemiskinan

Bandar: Satu Kajian Literatur. Pusat Pengajian Statistik, Fakulti Teknologi Maklumat.

Shah Alam: UITM.

Nahiduzzaman, K.M. (2006). Housing the Urban Poor: Planning, Business and

Politics. Thesis for Master of Philosophy in Development Studies, Norwegian

University of Science and Technology.

Noraliah and Ho C. S. (2008). Affordable and Quality Housing Through the Low Cost

Housing Position in Malaysia. Noriyah, A. (2007), Overview of Property Eradication

in Malaysia, Presented on June 19, 2007.

Norhaslina Hassan (2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia: Ke Arah Kualiti

Mapan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Samir Muhazzab Amin and Sara Shakilla Mohd Salim. (2012) Pembasmian

kemiskinan di Malaysia: Keperluan kemahiran pekerja komuniti. AKADEMIKA, 82

(1). pp. 81-89. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

Page 18: Kemiskinan Bandar - Finish

Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif dan Wang Hong

Kok. (2011). Pembasmian Kemiskinan Bandar ke arah Bandar insklusif dan

Sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur. Journal of Surveying, Construction and Property

Vol. 2 Issue 1, 2011. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

18