finish plato

21
UE01012 PENGANTAR FALSAFAH TOKOH:PLATO SEKSYEN 3 DKP 28 11.00 PAGI – 1.00 PETANG RABU NAMA : NUR AIN BINTI ABU KASSIM NO MATRIK : BA 14110445 NAMA PENSYARAH : PUAN EARNIE ELMIE BT HILMI

Upload: ain94

Post on 10-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Finish Plato

UE01012PENGANTAR FALSAFAH

TOKOH:PLATOSEKSYEN 3

DKP 2811.00 PAGI – 1.00 PETANG

RABU

NAMA : NUR AIN BINTI ABU KASSIM NO MATRIK : BA 14110445

NAMA PENSYARAH : PUAN EARNIE ELMIE BT HILMI

Page 2: Finish Plato

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1. Pengenalan 3

2. Biodata 4 - 6

3. Sumbangan Plato 7- 12

4. Karya- Karya Plato 13

5. Karya-Karya penulis Lain Berdasarkan

Karya Plato

14

6. Kesimpulan 15

7. Rujukan 16

2

Page 3: Finish Plato

Pengenalan

Falsafah politik Plato berupaya membahaskan dan menghuraikan

pelbagai sudut kehidupan manusia berkaitan hubungannya dengan

Negara.Hal ini demikian kerana falsafah politik Plato berbeza dengan falsafah

politik moden yang mempersoalkan masalah perorangan dan haknya berbeza

dengan falsafah politik kontemporari yang lebih cenderung kepada

membahas istilah politik seperti kebebasan, kesepakatan atau

persetujuan ,demokrasi,keadilan,kekuasaan,kewibawaan dan kebebasan1.

Bagi Plato manusia dan Negara memiliki persamaan yang hakiki sekiranya

manusia baik maka Negara pun baik.Justeru sekiranya sesebuah Negara

berada dalam keadaan baik bererti manusianya pun baik,sebaliknya apabila

manusia berkelakuan buruk bererti negaranya pun teruk.Negara merupakan

cerminan daripada manusia yang menjadi warganya2.

Pemikiran Plato perlu difahami dalam konteks sejarah,peradaban dan

budaya politik Yunani secara umum,Athens dan Sparta secara khusus yang

sedikit banyaknya telah mempengaruhi pemikiran Plato. Pada awal

kedewasaannya Plato telah menulis buku republic,manakala buku politicus

dan the laws ditulis pada masa tuanya.Buku republic sangat terkenal

sehingga diakui sebagai satu hasil seni sastera yang paling agung dan

merupakan karya manusia yang terbesar pernah ditulis dalam bidang

falsafah3.

1 Dillon, J. A study of the Old Academy. The Heirs of Plato, 347-274 BC.2003.

2 J.H RAPAR.falsafah politik Plato.Dewan bahasa dan pustaka.Kementeriaan Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur. 1993.

3 Lok Chong Hoe . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.1997.

3

Page 4: Finish Plato

BIODATA PLATO

Plato dilahirkan pada 428 hingga 427 BC di Athens dan meninggal dunia

antara 348 hingga 347 BC di Athens ketika berusia 80 tahun. Plato berasal

dari keluarga aristokrat Athens yang memiliki peranan penting di Athens

sejak turun-temurun. Bapa beliau bernama Ariston iaitu seorang bangsawan

keturunan raja Kordus yang sangat dikagumi oleh rakyatnya disebabkan

oleh kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah Athens. Ibu beliau pula

bernama Periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di Athens.

Plato adalah seorang yang bijak, beliau berpendapat kita seharusnya berfikir

berdasarkan sebab dan bukan hanya berdasarkan rasa atau gerak hati. Plato

juga banyak menerangkan tentang apa itu realiti dan bagaimana untuk

mencapainya. Selain daripada itu, Plato juga mewujudkan beberapa

persoalan bagi menjelaskan lagi sifat realiti itu sendiri, antara persoalan-

persoalan tersebut ialah tentang apa itu keputihan, kebulatan, dan

kepokokan (Metaphysics – Persoalan yang membawa makna)4.

Nama sebenar Plato adalah Aristokles dan beliau mendapat gelaran

Plato oleh jurulatih senamannya kerana mempunyai bahu dan dahi yang

lebar. Gelaran yang diberikan itu menjadi popular dan telah melekat

menjadi pangilan harian dalam kalangan masyarakat setempat ketika itu.

Ketika beliau masih kecil lagi bapanya telah meninggal dan ibunya telah

berkahwin dengan Pyrilampes iaitu seorang ahli politik di Athens.

Lantaran itu, Plato telah dididik dan dibesarkan oleh Pyrilampes5.

4 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.

5 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.

4

Page 5: Finish Plato

Kehidupan awal

Sedikit yang dapat diketahui tentang kehidupan awal dan pendidikan

Plato. Plato berasal dari salah satu keluarga di Athena dan paling aktif secara

politik. Sumber-sumber kuno menggambarkan dia sebagai seorang anak

biasa  yang sederhana meskipun unggul dalam pelajarannya. Ayahnya

memiliki pengaruh dan kemudahan dalam semua hal yang diperlukan untuk

diberikan kepada anaknya seperti pendidikan yang baik, oleh kerana itu Plato

menuntut ilmu dalam bahagian dalam tatabahasa, muzik dan falsafah oleh

beberapa guru yang paling terkenal di zamannya6.

Kelahiran dan Ahli Keluarga

Waktu dan tempat yang tepat untuk kelahiran Plato tidak diketahui, tetapi

dapat dipastikan bahawa beliau berasal dari keluarga bangsawan dan

berpengaruh. Berdasarkan sumber-sumber kuno, kebanyakan sarjana moden

percaya bahawa beliau lahir di Athena atau Aegina antara 429 dan 423 SM.

Ayahnya adalah Ariston. Menurut tradisi yang diperkatakan, yang dilaporkan

oleh Diogenes Laertius, setelah dikaji, Ariston nerupakan keturunan dari raja

Athena, Codrus, dan raja dari Messenia, Melanthus. ibu Plato adalah

Perictione, yang keluarganya membanggakan hubungan dengan anggota

parlimen, iaitu Athena yang terkenal dan penyair lirik Solon. Perictione adalah

adik Charmides dan saudara dari Critias, tokoh dari Tiga Puluh Tiran, rezim

oligarkis, pada runtuhnya Athena pada akhir Perang Peloponnesia (404-403

SM ). Selain Plato sendiri, Ariston dan Perictione memiliki tiga anak lain iaitu

dua anak lelaki iaitu, Adeimantus dan Glaucon, dan seorang anak perempuan

iaitu Potone, ibu Speusippus (saudara dan pengganti Plato sebagai pengetua

Akademi falsafah). Menurut Republik, Adeimantus dan Glaucon lebih tua dari

Plato. Namun demikian, dalam bukunya Memorabilia, Xenophon mengatakan

Glaucon lebih muda dari Plato7.

6 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.7 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.

5

Page 6: Finish Plato

Menurut beberapa laporan, Ariston mencuba untuk menumpukan

perhatiannya pada Perictione, tetapi gagal dalam tujuannya maka dewa

Apollo memunculkan diri kepadanya dalam sebuah visi, dan kesannya Ariston

meninggalkan Perictione tanpa gangguan. Legenda lain menceritakan

bahawa, ketika Plato masih bayi, lebah menetap di bibirnya saat ia sedang

tidur dan sebuah nujum dari manisnya gaya di mana ia akan berbicara

tentang falsafah8.

Ariston meninggal saat Plato masih kanak-kanak. Perictione kemudian

berkahwin dengan Pyrilampes, saudara ibunya, yang pernah mendapat

beberapa kali tawaran sebagai duta besar untuk pengadilan Persia dan

Pericles, pemimpin demokrasi di Athena. Pyrilampes memiliki seorang anak

lelaki dari perkahwinan sebelumnya, Demus, yang terkenal kerana

kecantikannya. Perictione melahirkan anak lelaki kedua Pyrilampes iaitu

Antiphon, saudara tiri Plato, yang muncul dalam Parmenides9.

Pendidikan

Apuleius memberitahu kita bahawa Speusippus memuji kecepatan

pemikiran dan kerendahan hati Plato sebagai anak lelaki. Plato mengikuti

tatabahasa, muzik, dan falsafah oleh guru yang paling terkemuka di

zamannya. Dicaearchus mengatakan bahawa Plato mengikuti di permainan

Isthmian. Plato juga telah mengikuti kursus falsafah sebelum

bertemu Socrates, ia pertama kali berkenalan dengan Cratylus (murid

Heraclitus , seorang falsafah Yunani terkemuka pra-Socrates) dan doktrin-

doktrin Heraclitean10.

8 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.9 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.10 Melling, D. Understanding Plato. Oxford.1998.

6

Page 7: Finish Plato

Sumbangan Plato

Akademi

Akademik didirikan oleh Plato pada tahun 378 SM di Athen. Aristotles 

belajar di akademi tersebut. Plato selama 20 tahun (367 SM-347 SM )

sebelum ia mendirikan sekolahnya sendiri. Akademi ini berdiri selama “period

Helenistik” hingga kematian  philo dari Larissa tahun 835 SM. Apa yang

diketahui adalah Akademi Plato mungkin berasal sekitar waktu Plato

memperolehi harta warisan pada usia tiga puluh. Pada awalnya lokasi

pertemuan adalah milik Plato yang juga terdapat gymnasium ini sepanjang

abad ke-411.

Meskipun kelab akademi sangat ekslusif, ia tidak terbuka untuk

orang awam pada zama Plato serta ia mengenakan biaya untuk

keanggotaan. Oleh itu, ada mungkin pada waktu tersebut sebuah sekolah

mempunyai perbezaan antara guru daqn siswa atau dalam kurikulum formal.

Namun ada juga perbazaan antara anggota senior dan junior. Pada zaman

Plato, sekolah tidak memiliki dasar-dasar tertentu untuk mengajar melainkan

Plato mengajar masalah yang harus dipelajari dan diselesaikan oleh orang

lain. Terdapat bukti dari kelas kuliah yang diadakan terutama kuliah Plato.

Dia atas pintu masuk ke akademik itu juga ada tertulis kalimat “biarkan tidak

ada tapi masuklah ke sini”12.

11 Mohammad Hatta . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982 .

12 Lok Chong Hoe . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 1997 .

7

Page 8: Finish Plato

Banyak yang membayangkan bahawa kurikulum akademi ini akan

mirip dengan di republik Plato. Para pensyarah meneliti hamper pasti

termasuk matematik serta topik-topik falsafah dengan dialog kesepakatan

Platonis. Ada berapa bukti yang dianggap amat ketat dalam penelitian ilmiah

dan Plato menjelaskan kepada anggota lain untuk menemukan penjelasan

paling sederhana dari gerakan yang tidak teratur dari benda-benda langit13.

Akademi Plato sering dikatakan telah menghasilkan calon politik di

dunia kuno dan telah memiliki banyak alumni yang terkenal. Dalam sebuah

kajian terbaru Malcolm Schofield telah berpendapat bahawa sulit untuk

mengetahui sampai manakah akademi ini tertarik dengan praktik politik14

Matematik

Matematik wujud secara bebas daripada minda manusia. Oleh itu

manusia tidak mencipta matematik tetapi mendapatkannya. Dalam sudut

pandangan ini adalah benar-benar satu jenis matematik yang boleh ditemui

iaitu segi tiga. Banyak kerja yang telah oleh ahli matematik dengan melihat

diri mereka sebagai penemu objek yang terjadi secara semula jadi. Plato

percaya dalam realiti objektif matematik yang boleh ditanggap dengan cara

yang seakan-akan tanggapan pancaindera. Plato mencadangkan bahawa

kaedah kuasa empirik boleh digunakan untuk menyediakan bukti yang cukup

untuk mendapat munasabah apa-apa sangkaan semata-mata15.

Platonisme matematik yang mencadangkan bahawa entiti matematik

yang abstrak tidak mempunyai sifat-sifat sementara atau sebab munasabah.

Platonisme matematik digunakan kerana pandangan sedemikian adalah

dilihat untuk Teori Bentuk Plato. Idea-idea Plato didahului dan mungkin

dipengaruhi oleh Pythagoras yang sangat popular di Greece. Plato menemui

13 Lok Chong Hoe . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 1997 .14 Lok Chong Hoe . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 1997 .15 PLATO history mathematicians. Diakses pada 1 April, 2015, dari http://www.gap-system.org/~history/Mathematicians/Plato.pdf.html. 2009.

8

Page 9: Finish Plato

kebenaran tentang matematik yang merupakan satu teori yang wujud secara

fizikal di dalam alam semesta mereka sendiri16.

Teori Sejagat (Universal)

Plato menjelaskan konsep bentuk sebagai jawapan kepada masalah

sejagat. Ia juga mengambarkan perbezaan Plato tentang dunia penampilam

dan dunia sebenar serta untuk membantu membenarkan ahli falsafah dalam

masyarakat sebagai raja. Plato membayangkan satu kumpulan orang yang

telah hidup sebagai banduan dan dirantai di bawah tanah supaya mereka

tidak dapat melihat dunia luar di belakang mereka. Plato kemudian

menerangkan bagaimana ahli falsafah itu serupa dengan banduan yang

dibebaskan dari gua. Banduan itu adalah buta cahaya17.

Walaubagaimanpun dia sudah sesuaikan diri terhadap kecerahan dia

melihat api dan patung-patung dan bagaimana imej-imej yang disaksikan di

gua itu. Bayang-bayang yang disaksikan di dalam gua sesuai ke tahap yang

paling rendah dan sangkaan semata-mata. Pada akhir Plato menegaskan

bahawa ia adalah beban ahli falsafah untuk kembali ke gua. Orang-orang

yang telah melihat dunia yang ideal harus wajib untuk mendidik orang di

dalam dunia material. Ahli falsafah mengakui apa yang benar baik hanya

akan patut untuk memerintah masyarakat mengikut fahaman Plato18.

16 PLATO history mathematicians. Diakses pada 1 April, 2015, dari http://www.gap-system.org/~history/Mathematicians/Plato.pdf.html. 2009.17 J.H RAPAR.falsafah politik Plato.Dewan bahasa dan pustaka.Kementerian pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur. 1993.18 J.H RAPAR. falsafah politik Plato.Dewan bahasa dan pustaka.Kementeriaan Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur. 1993.

9

Page 10: Finish Plato

Teori Bentuk (Form)

Teori bentuk atau teori Plato menegaskan bahawa abstrak bukan

material bentuk dan perubahan material di dunia dikenali melalu sensasi dan

mempunyai jenis yang tertinggi dan paling asas. Plato bercakap antiti ini

hanya melalaui watak-watak dialog beliau yang kadang-kadang

mencadangkan bahawa bentuk-bentuk ini adalah benar dalam pengajian

yang boleh menyediakan kita dengan pengetahuan yang tulen. Plato sering

mempersembah sesuatu yang lain untuk mengambarkan cara di mana

bentuk dikatakan wujud. Plato juga menerangkan dunia tentang bentuk

sebagai rantau murni alam semesta fizikal yang terletak di atas permukaan

bumi. Ia adalah satu kesilapan untuk mengambil imej Plato sebagai

kedudukan dunia difahami sebagai ruang literal fizikal. Bentuk bukan

makhluk yang meluas dalam ruang tetapi wujud apa-apa bentuk19.

Konsep Mimesis

Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang

menjadi pegangan atau panduan dalam kehidupan masyarakat. Antaranya

ialah tanggapan Plato terhadap seni yang dianggap sebagai peniruan. Di

dalam bukunya yang bertajuk Republix X, Plato dengan tegasnya

menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’, sama ada catan, lukisan,

muzik, puisi atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau

menggunakan istilah mimesis iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi dengan

beberapa maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato, mimesis bermaksud

mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan

seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang

menyerupai seperti orang lain serta mewakili aksi-aksi manusia20.

19  Richard Krant, Plato . diakses pada 3 April, 2015, pada http://plato.stanford.edu/entries/plato/.2003, February 17.20 Rowman & Littlefield. Critical Essays. Plato`s Republic. 1997.

10

Page 11: Finish Plato

Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud

yang berlainan dan maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama

lain. Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan ahli catan ialah seorang

yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Hal ini kerana benda

yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan

orang yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda

yang asal apabila melihat catan tersebut. Mimesis sebagai proses

mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang terdapat

dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang

penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya

memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan oleh penyair tersebut21.

Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada

kepada catan ,lukisan dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama.

Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau pelakon akan cuba meniru

kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi permasalahannya ialah

mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan

kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan

bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon wajar

dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga menegaskan

bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada

objek yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk

pengetahuan22.

Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak

mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu

daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Hal ini kerana Plato

berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita, sebagai contoh, seorang

kanak-kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka

21 Rowman & Littlefield. Critical Essays. Plato`s Republic. 1997.22 Rowman & Littlefield. Critical Essays. Plato`s Republic. 1997.

11

Page 12: Finish Plato

sedang berhadapan dengan kerusi apabila mereka sedang berhadapan

dengan catan sebuah kerusi23.

Republik

Anak murid Socrates dan telah menghasilkan buku Republik. Buku ini

menerangkan struktur kerajaan yang terbaik untuk rakyat. Plato berpendapat

bahawa ahli falsafah boleh menjadi pemimpin yang baik kerana mereka

dapat memerintah dengan adil dan saksama. Republik merupakan dialog

Socrates yang ditulis oleh Plato di sekitar 380 sm yang berkaitan dengan

takrif keadilam dan perintah ciri-ciri bandar negeri.  Dialog tentang tarikh

dramatic telah didebat dan ia mengambil masa yang agak lama semasa

peperangan Peloponesia. Republik ini adalah kerja yang paling terkenal untuk

Plato dan telah dibukti menjadi salah satu kerja yang paling intelektual dan

sejarah falsafah dan teori politik yang berpengaruh24.

Di dalam, Socrates bersama dengan pelbagai orang Athen

membahas makna keadilan dan mengambil kira satu bandar-bandar yang

berlainan mula wujud dalam ucapan yang diperintah oleh ahli falsafah dan

raja-raja serta memeriksa sifat rejim yang sedia ada. Para peserta juga

membincangkan teori borang, kekalan jiwa serta peranan yang dimainkan

oleh ahli falsafah dan puisi dalam masyarakat. Walaupun Plato menghabiskan

banyak tentang Republik melalui perbualan mengenai bandar dan

perbincangan itu akhirnya bertukar kepada empat rejim yang wujud dalam

reliti. Iaitu Timokrasi, Oligarki, Demikrasi dan Autokrasi25.

23 Rowman & Littlefield. Critical Essays. Plato`s Republic. 1997.24 Mohammad Hatta . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982 .25 Rowman & Littlefield. Critical Essays. Plato`s Republic.1997.

12

Page 13: Finish Plato

Karya-Karya Plato

1. Plato. 2012. Timaeus and Critias. Start Publishing LLC. United States Of

America.

2. Plato. 2009. Timaeus. Serenity Publisher. United Kingdom.

3. Plato. 2007. Crito. Creative Commons .California. United States Of America.

4. Plato. 2012. Critias. Start Publishing LLC. United States Of America.

5. Plato. 2009. Euthyphro. Icon Group International, Incorporated.

6. Plato. 2010. Plato's 'Laws': A Critical Guide. Cambridge University Press. United Kingdom.

7. Plato. 2008. Symposium. Translated by Benjamin Jowett.

8. Plato. 1995. Phaedo. Start Classic Publisher. United Kingdom.

9. Plato. 1995. The Statement. University Of Cambridge Press. United Kingdom.

13

Page 14: Finish Plato

10. Plato. 1996. Theaetetus. Netlancers Inc.  United Kingdom.

Karya Ahli Falsafah Lain Berdasarkan Karya Plato

1. Julia Annas, 2003, Plato: A Very Short Introduction, Oxford University Press

Inc, United Kingdom.

2. Eric Voegelin, 2000, Plato, Lousiana State University Press,Columbia.

3. Hans Joachim Krämer, John R. Catan, 1990, Plato and the Foundations of

Metaphysics,University Of New York, United States Of America.

4. John M. Cooper, D. S. Hutchinson,1997, Plato : A Complete Of Work,

Hackett Publishing Company,United States Of America.

5. C. D. C. Reeve,2006, Plato On Love, Hackett Publishing Company, United

States Of America.

6. G. R. F. Ferrari, Tom Griffith, 2000, Plato: The Republic, Cambridge

University Press, United Kingdom.

7. Nancy Tuana, 1994, Feminist Interpretations of Plato, The Pennyslavania

University Press, United States Of America.

8. C. D. C. Reeve, 2012, A Plato Reader: Eight Essential Dialogues, Hackett

Publishing Company, United States Of America.

14

Page 15: Finish Plato

9. G.M.A. Grube, John M. Coope, 2002, Five Dialogues: Euthyphro, Apology,

Crito, Meno, Phaedo, Hackett Publishing Company, United States Of America.

10. Christopher Bobonich, 2010, Plato's 'Laws': A Critical Guide, Cambridge

University Press, United Kingdom.

KESIMPULAN 

Pada pandangan saya, Plato adalah tokoh yang disegani. Beliau

menegaskan kecenderungan manusia terhadap rasuah politik yang

disebabkan oleh kerajaan. Plato juga berpendapat mereka memerintah bukan

untuk keseronokan peribadi tetapi untuk kebaikan negara kota. Selain itu

Plato mengkritikkan pelbagai bentuk pemerintahan. Beliau mula

mengetepikan Timokrasi yang merupakan sejenis rejim Autoritarism yang

lebih kurang sama dengan pemerintahan diktator tentera. Menurut  Plato

rejim yang terburuk ialah kezaliman yang mana keinginan pemerintah

mengikut hati menjadi undang-undang dan tiada penghalang untuk

sembarangan.

Akademi merupakan sebuah sekolah yang pertama di Athen yang

melatih serta mendidik golongan belia. Jadi beliau telah memberi peluang

kepada golongan beliau untuk menambah ilmu pengetahuan serta dalam

bidang politik. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada bidang

matematik. Cara-cara beliau telah diguna pakai dalam matematik harian

pada masa kini. Beliau sendiri juga telah mengubahsuaikan konsep

15

Page 16: Finish Plato

matematik iaitu dalam teoram pithogras. Akhirnya sumbangan dan karyanya

sangat berguna pada masa kini dan kesemuanaya masih digunakan.

RUJUKAN

Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Selangor : Synergymate

 Dillon, J. (2003). A study of the Old Academy. The Heirs of Plato, 347-274 BC.

J,H RAPAR. 1993. falsafah politik Plato. Dewan bahasa dan

pustaka.Kementeriaan pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur.

Johan Jacob, Schmid . 1895 . Ahli-ahli Pemikir Besar tentang Negara dan

Hukum . Jakarta : Pembangunan

Lok Chong Hoe . 1997 . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang . Penerbit Universiti

Sains Malaysia

Mohammad Hatta . 1982 . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

16

Page 17: Finish Plato

Melling, D. 1988. Understanding Plato. Oxford.

 PLATO history mathematicians.1996. Diakses pada 1 April, 2015, dari

http://www.gap-system.org/~history/Mathematicians/Plato.pdf.html.

 Richard Krant. February 17 2003. Plato . diakses pada 3 April, 2015, pada

http://plato.stanford.edu/entries/plato/

Rowman & Littlefield. 1997. Critical Essays. Plato`s Republic.

17