·kementerian ,pendidlkan...

11
· KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS SNEK BIJIRIN (NUTRITION BAR) DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Upload: phungngoc

Post on 03-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

· KEMENTERIAN,PENDIDlKANMALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAJIAN RINTISSNEK BIJIRIN (NUTRITION BAR) DALAM

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN(RMT)

Page 2: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. SKOP

4. OEFINISI

5. JAMINAN KUALITI PROOUK

6. PENGANGKUTAN

7. AMALAN PENGENOALIAN

8. PENYIMPANAN 01 GUOANG

9. PENYIMPANAN 01 SEKOLAH

10. PENGAGIHAN 01 SEKOLAH

11. REKOO OAN PENGESANAN

2

Page 3: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

1. PENGENALAN

Kajian rintis pelaksanaan Snek Bijirin (Nutrition Bar) sebagai tambahan dalammenu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dilaksanakan selama duabulan bermula September hingga Oktober di tiga buah negeri iaitu Selangor,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tujuan kajian iniadalah untuk menilai penerimaan murid terhadap Snek Bijirin sebagai makanantambahan dalam RMT dan keberkesanan aspek pengurusan bekalan SnekBijirin.

2. OBJEKTIF

Memberi panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PejabatPendidikan Daerah (PPD) dan sekolah serta Felda Wellness Corporation Sdn.Bhd. (FWC) dalam pelaksanaan kajian rintis.

3. SKOP

Meliputi langkah-Iangkah kawalan keselamatan di setiap peringkat rantaianFelda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC)an Snek Bijirin iaitu dari peringkatkilang sehingga ke peringkat edaran di sekolah termasuk pengendalian bekalanSnek Bijirin yang melibatkan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran.

4. DEFINISI

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) : Langkah-Iangkah universal yangmengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkanpenghasilan makanan yang selamat."Holding Sample" ( Sam pel Penahanan ) : Sampel yang diambil untuk tujuanpemeriksaan di masa hadapan.FIFO ( First In, First Out) : Sistem pengurusan stor di mana stok yang masukdulu akan keluar dulu.Makhluk Perosak : Binatang atau serangga yang boleh merosakkan danmencemar makanan/minuman contohnya lipas, lalat, tikus dan sebagainya.

5. JAMINAN KUALITI PRODUK

Bagi memastikan bekalan Snek Bijirin kepada sekolah-sekolah adalah selamat,syarikat Felda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC) Snek Bijirin hendaklahmematuhi perkara-perkara berikut:

3

Page 4: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

a. Mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan KebersihanMakanan 2009:

i. Melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sepertiAmalan Pengilangan Yang Baik (GMP) atau Hazard Analysis andCritical Control Point (HACCP).

ii. Melaksanakan sistem kebolehkesanan (traceability system) makananiaitu sistem yang boleh menjejaki dari mana sumber makanandiperolehi dan kemana sumber makanan yang telah diprosesdihantar di sepanjang rantaian termasuk pengedaran hingga keperingkat penyimpanan di sekolah.

iii. Memastikan bahan mentah bebas dari sebarang pencemaran.

b. Menyimpan holding sample bagi setiap kelompok (batch) yangdikeluarkan.

6. PENGANGKUT AN

Snek Bijirin hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakansemasa pengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakanhendak mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran dansuhu melampau serta hujan.

b. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih,berkeadaan baik, boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, disanitasi danditutup untuk menghalang kemasukan makhluk perosak dan sebarangsumber pencemaran. '

c. Mempunyai pengudaraan secukupnya.

7. AMALAN PENGENDALIAN

a. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin.b. Pemunggahan karton Snek Bijirin ke dalam kenderaan hendaklah

dijalankan dengan cermat.c. Tidak mencampuradukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan

pengedaran hendaklah mengikut nombor batch. Susunan hendaklahmelibatkan batch yang sama. Sebaik-baiknya satu batch yang sama bagisatu lokasi penerimaan. Maksimum 3 batch untuk satu penghantaran.

d. Syarikat Felda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC) perlu menyediakansistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumatminima seperti berikut:

• Tarikh dan masa pemunggahan.

4

I

Page 5: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

• Nombor batch/kuantiti.• Tarikh Luput bagi setiap batch.• Nama dan alamat penerima.• Tarikh dan masa serahan.

e. Syarikat Felda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC) hendaklahmemastikan karton atau kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemardikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan

f. Snek Bijirin boleh diangkut pada suhu bilik.g. Syarikat Felda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC) perlu mempunyai

mekanisma kawalan di setiap peringkat yang rnelibatkan aktivitipemunggahan dari kilang ke kenderaan, kenderaan ke kenderaan lain,kenderaan ke gudang, gudang ke kenderaan dan kenderaan ke storsekolah.

8. PENYIMPANAN 01 GUOANG

a. Keperluan GudangStor atau gudang yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirinhendaklah mempunyai reka bentuk stor yang dapat mengawal risikopencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak danhaiwan peliharaan.

ii. Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan Snek Bijirin.iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci

dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan.iv. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok

yang disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik.v. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan

supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik.vi. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan

bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.vii. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara

berikut:• Mencegah (Prevent)• Menghapus (Eliminate)• Pemantauan (Surveillance)• Rawatan (Treatment)

5

Page 6: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

b. Kaedah Penyimpanan

i. Snek Bijirin hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai_ataujika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidakmelebihi keluasan pallet.

ii. Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm daripadadinding.

iii. Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik.iv. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan

nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu keluardulu) dilaksanakan.

v. Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemardaripada stor penyimpanan.

vi. Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam stor penyimpanan tiendaklahdijalankan dengan cermat.

vii. Mengamalkan sistem penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu)dalam pengurusan stok.

viii. Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang mempunyaimaklumat seperti tarikh, nombor batch, tarikh luput, masa terima,masa keluar, rekod keadaan fizikal semasa penerimaan.

9. PENYIMPANAN DI SEKOLAH

a. Keperluan di stor

Stor yang digunakan bagi menyimpan bekalan Snek Bijirin hendaklahdapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk perosak danhaiwan peliharaan.

ii. Hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan/minumandan bahan lain yang tidak mencemarkan.

iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicucidan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran serta tahan hakisan.

iv. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukanbagi beroperasi dalam keadaan yang baik.

v. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkanbahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

b. Kaedah Penyimpanani. Snek Bijirin hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau

jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak

6

I

Page 7: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

melebihi keluasan pallet.ii. Snek Bijirin hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm jarak

daripada dinding.iii. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan

nombor batch bagi memudahkan amalan penggiliran stok FIFO(masuk dulu, keluar dulu) dilaksanakan.

iv. Mengeluarkan kotak Snek Bijirin yang telah rosak atau tercemardaripada stor penyimpanan.

v. Penyimpanan Snek Bijirin ke dalam stor penyimpanan hendaklahdijalankan dengan cermat.

vi. Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalampengurusan stok.

vii. Snek Bijirin boleh disimpan pada suhu bilik.viii. Stor hendaklah sentiasa berkunci.

c. Senarai semak penerimaan Snek Bijirin oleh Guru Besarl PenolongKanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)I Guru RMT

Guru Besar/ PK HEM! Guru RMT yang menerima bekalan Snek Bijirin disekolah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

i. Merekod maklumat penerimaan dalam buku log.ii. Memeriksa keadaan fizikal bungkusan Snek Bijirin.iii. Mematuhi kaedah penyimpanan yang selamat.iv. Semua kotak mempunyai nombor batch!tarikh luput.v. Memeriksa tarikh luput bekalan Snek Bijirin yang diterima supaya

bekalan yang diterima tidak melebihi tarikh luput atau hampir tamattempoh. Hanya Snek Bijirin yang sekurang-kurangnya 3 bulansebelum tarikh luput dibenarkan diterima.

vi. Tiada tanda-tanda seperti berikut:• Kecacatan pada bungkusan seperti terkoyak atau berlubang• Kesan- kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus,

telur lipas, gigitan pada kotak/bungkusan dan lain-lain)

Peringatan• Guru Besar! PK HEM! Guru RMT yang menerima bekalan Snek Bijirin

mempunyai hak untuk menolak kesemua lot penghantaran sekiranya terdapatbungkusan Snek Bijirin yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch/tarikhluput.

• Kotak-kotak/bungkusan yang mempunyai kesan-kesan kerosakan fizikal diatas tidak harus diterima dan hendaklah dikembalikan kepada Felda WellnessCorporation Sdn. Bhd. (FWC).

• Maklumat kerosakan Snek Bijirin dan ketiadaan nombor batch!tarikh luputhendaklah direkod dan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

7

Page 8: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin (Nutrition Bar) Dalam Program RMT

10. PENGAGIHAN 01 SEKOLAH

a. Pengusaha RMT hendaklah mengambil bekalan snek bijirin yang disimpan

di stor sekolah daripada guru bertugas

b. Sebelum snek bijirin diserahkan kepada pengusaha RMT untuk diagihkan

kepada rnurid-murid, guru bertugas hendaklah memastikan dan merekod

perkara-perkara berikut:

i. No.Batch/ Tarikh luput snek bijirin

ii. Tarikh dan masa pengagihan

iii. Nama kelas/bilangan murid

c. Mempastikan tiada tanda-tanda berikut pada bungkusan Snek Bijirin:i. Kecacatan pada bungkusan seperti terkoyak atau berlubangii. Kesan- kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus, telur

lipas, gigitan pada kotak/bungkusan dan lain-lain)

d. Selepas pengagihan, sekiranya guru bertugas menerima apa-apa aduanberkaitan keselamatan makanan mengenai Snek Bijirin, beliau perlumengambil tindakan berikut dengan serta merta:

i. Memberhentikan agihan Snek Bijirin berkenaan.ii. Siasat aduan berkenaan.iii. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

(HEM).iv. Menyimpan baki Snek Bijirin yang telah terbuka tadi dan menunggu

wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).v. Memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN) untuk tindakan susulan

11. REKOO OAN PENGESANAN

Adalah disyaratkan bagi pihak Felda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC)untuk menyatakan dengan jelas atau deskriptif semua tindakan danmendokumentasikannya. Antara lain, pihak Felda Wellness Corporation Sdn.Bhd. (FWC) perlu menyatakan kaedah kawalan, bagaimana, siapa, berapakerap, tindakan pembetulan dan kaedah verifikasi yang diambil bagi mencapaiapa yang perlu dipatuhi. Semua rekod hendaklah dijaga dan disimpan untukjangka masa yang lebih daripada jangka hayat produk.

Oisediakan dengan kerjasama Sahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,

8

Page 9: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Ruj. Kami : KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5 Jld.20 (Tarikh Ogos 2014

Pengarah Pendidikan NegeriJabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengarah Pendidikan NegeriJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengarah Pendidikan NegeriJabatan Pendidikan Negeri Sembilan

YBhg. Dato'/DatinlTuan/Puan,

SURA T SIARAN PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS SNEK BIJIRIN DALAMPROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAM BAHAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/DatinlTuan/Puan, KementerianPendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Kajian Rintis Snek Bijirin DalamProgram RMT bermula 1 September hingga 31 Oktober 2014. Tujuan kajian iniadalah untuk menilai penerimaan murid terhadap Snek Bijirin sebagai makanantambahan dalam RMT dan keberkesanan aspek pengurusan bekalan Snek Bijirin.

3. Pelaksanaan kajian rintis Snek Bijirin tersebut adalah seperti berikut:-

.. - ( ,<~, ;.~ ~- - -.I". ~~... -:1; ':.{ -.,BIl!'" PERKARA " BUTIRAN. = I'( .s-: -i. Syarat • Snek Bijirin diberikan kepada penerima RMT di negeri

kelayakan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeripenerima Sembilan.

ii. Tempoh • Dua (2) bulan (1 September hingga 31 Oktober 2014).pelaksanaan

iii. Pengagihan • Dua (2) kali seminggu secara berselang seli denganSnek Bijirin Program Susu 1Malaysia (PS1M)

• Pengusaha RMT hendaklah mendapatkan bekalan SnekBijirin daripada stor/tempat simpanan untuk diberikankepada murid semasa menyajikan menu RMT

• Setiap murid mestilah memakan Snek Bijirin yang

1

Page 10: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Surat Siaran Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijirin Dalam Program RMT

dibekalkan sehingga habis semasa sesi program RMT.

• Bungkusan Snek Bijirin yang telah dimakan hendaklahdibuang ke dalam plastik sampah yang disediakan.

iv. Penyimpanan • Guru Besar/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru RMTSnek Bijirin hendaklah memastikan stor simpanan di sekolah boleh

melindungi Snek Bijirin dari tercemar ataupun rosak.

v. Penerimaan • Guru Besar/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru RMTSnek Bijirin dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penerimaan

Snek Bijirin setelah menerima bekalan daripada SyarikatFelda Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC).

vi. Pemantauan • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat PendidikanDaerah (PPD) dikehendaki membuat pemantauan rapisepanjang pelaksanaan kajian rintis ini.

4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Oato'/OatinfTuan/Puan hendaklahmemastikan pihak FWC memberi taklimat dan pendidikan kepada pihak pengurusansekolah tentang kaedah mengendalikan Snek Bijirin sebelum kajian rintis inidimulakan.

5. Untuk makluman YBhg. Oato'/OatinfTuan/Puan, pihak FWC juga telahmelantik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan kajian penilaianbagi menilai penerimaan Snek Bijirin di kalangan murid RMT. Pihak UKM akanmelakukan soal selidik terhadap murid di sekolah.

6. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan Kajian RintisSnek Bijirin Oalam Program RMT untuk rujukan dan perhatian YBhg.Oato'/OatinfTuan/Puan bagi memastikan kajian rintis ini berjalan lancar. Semuapihak yang terlibat hendaklah mematuhi garis panduan yang telah disediakan ini.

7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Oato'/OatinfTuan/Puan bolehmenghubungi pegawai-pegawai di Bahagian Kewangan, KPM iaitu Cik Nor Azirabinti Sabu di talian 03-8884 7520/e-mel [email protected]. dan PnRamlah binti Mohamad Amin di talian 03-8884 7642/[email protected].

2

Page 11: ·KEMENTERIAN ,PENDIDlKAN MALAYSIAjpwpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/uhm... · hendak mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyediakan perlindungan yang berkesan

Surat Siaran Pelaksanaan Kajian Rintis Snek Bijitin Dalam Program RMT

8. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/DatinlTuan/Puan berhubung perkara iniamat dihargai dan didahului ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA""MEMPERKASAKAN AKAUNTABILlTI, MEMBUDAY AKAN INTEGRITI"

(DATO' AB. RADZAK BIN AB. RAHMAN)Bahagian Kewanganb.p. Ketua SetiausahaKementerian Pendidikan Malaysia

3