kemahiran proses sains

Upload: fakhriyah-said

Post on 18-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains

TRANSCRIPT

Kemahiran Proses SainsPenerangan

MemerhatikanMenggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

MengelaskanMengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya.

Mengukur dan menggunakan nomborMembuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat inferensMembuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

BerkomunikasiMenerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Mengukur dan menggunakan nomborMembuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat inferensMembuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

MeramalMembuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkanpemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

BerkomunikasiMenerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Menggunakan perhubungan ruang dan masaMemerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.

Mentafsirkan DataMemberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan

Mendefinisikan secara operasiMemberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Mengawal pembolehubahMengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesisMembuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Kemahiran Berfikir KritisPenerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikirKritis

MencirikanMengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

sesuatu konsep atau objek.

Membandingkan dan membezakanMencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria

seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengumpulkan dan mengelaskanMengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena

kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Membuat urutanMenyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun mengikut keutamaanMenyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau kesegeraan

MenganalisisMengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada

bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

MengesankecondonganMengesan pandangan atau pendapat yang berpihak

kepada atau menentang sesuatu.

MenilaiMembuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi

kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah.

Membuat kesimpulanMembuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang

berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan

Kemahiran Proses SainsKemahiran Berfikir

MemerhatikanMencirikanMembandingkan dan membezakanMenghubungkaitkan

MengelaskanMencirikanMembandingkan dan membezakanMengumpulkan dan mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nomborMenghubungkaitkanMembandingkan dan membezakan

Membuat inferensMenghubungkaitkanMembandingkan dan membezakanMenganalisisMembuat inferens

MeramalkanMenghubungkaitkanMembuat gambaran mental

Menggunakan perhubungan ruang dan masaMembuat urutanMenyusun mengikut keutamaan

Mentafsirkan dataMembandingkan dan membezakanMenganalisisMengesan kecondonganMembuat kesimpulanMengitlakkanMenilai

Mendefinisi secara operasiMenghubungkaitkanMenganalogikanMembuat gambaran mentalMenganalisis

Mengawal pembolehubahMencirikanMembandingkan dan membezakanMenghubungkaitkanMenganalisis

Membuat hipotesisMencirikanMenghubungkaitkanMembandingkan dan membezakanMenjanakan ideaMembuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

MengeksperimenSemua kemahiran berfikir

BerkomunikasiSemua kemahiran berfikir