tahap penguasaan kemahiran proses sains bagi … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan...

27
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS, MENGAWAL PEMBOLEH UBAH, MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MENDEFINISI SECARA OPERASI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU TEN LI HUEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongliem

Post on 03-May-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI KEMAHIRAN

MEMBUAT HIPOTESIS, MENGAWAL PEMBOLEH UBAH, MENTAFSIR

MAKLUMAT DAN MENDEFINISI SECARA OPERASI DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TEN LI HUEI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik
Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik
Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

TAHAP PENGUASAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI

KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS, MENGAWAL PEMBOLEH

UBAH, MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MENDEFINISI SECARA

OPERASI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DAERAH

KUALA TERENGGANU,TERENGGANU

TEN LI HUEI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Saujana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik
Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

iii

Khas untuk ayah, ibu, kakak, abang dan adik yang disayangi

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

iv

PENGHARGAAN

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih dengan ikhlas kepada Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Bakar selaku penyelia

Projek Sarjana Muda ini di atas bimbingan, nasihat, teguran dan dorongan yang diberi

oleh beliau dengan sepenuh tanggungjawab sepanjang tempoh penyeliaan projek ini.

Selain itu, juga membolehkan kajian yang saya jalankan dapat dihasil dengan jayanya.

Penghargaan juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) serta Pendidikan Negeri Terengganu kerana

memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan para pelajar yang

sudi memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya.

Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang

sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan

ini.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan empat jenis kemahiran

proses sains iaitu kemahiran membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mentafsir

maklumat dan mendefinisi secara operasi di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah

Kuala Terengganu. Seramai 160 orang pelajar lelaki dan perempuan dari empat buah

sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini. Alat kajian

yang digunakan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis,

mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah

Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik ( UPSKS ) yang terdiri daripada

40 item berbentuk objektif aneka pilihan. Kebolehpercayaan alat kajian Ujian Penilaian

Status Kemahiran Saintifik ( UPSKS ) adalah α = 0.60. Analisis statistik deskriptif

dalam bentuk min, sisihan piawai, mak, min dan ujian-t telah digunakan untuk

menganalisis data. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 10.0.

Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat kemahiran iaitu

kemahiran membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan

mendefinisi secara operasi ialah 88.5% ( baik ), 89.3 ( baik ), 93.9%( baik ) dan 88.0%

( baik ). Manakala sisihan piawai bagi tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis,

mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi

merentasi jantina adalah 0.002. Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara

responden lelaki dan perempuan dimana responden lelaki mendapat tahap penguasaan

yang lebih tinggi iaitu sebanyak 36.69 jika dibanding dengan responden perempuan

sebanyak 35.35. Secara keseluruhan, pelajar dapat menguasai keempat-empat

kemahiran dan kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran mentafsir

maklumat dan diikuti oleh kamahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran mendefinisi

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

vi

secara operasi dan kemahiran yang paling kurang dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran

membuat hipotesis.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

vii

ABSTRACT

This research had been carried out to investigate the level of mastery involving,

four types of science process skills: making hypotheses, identifying variables,

interpreting data and operationally defining. The research was conducted with the

cooperation of the form 4 students in the district of Kuala Terengganu, Terengganu.

A total of 160 students, both girls and boys, from 4 secondary schools participated in

this research. The instrument used to study the level of skills was ( UPSKS ) which has

40 items in the form of multiple choice question. The instruments reliability coefficient

was ∝= 0.60. Descriptive Statistic Analysis in the form of mean, standard deviation,

max, min and T-test score were used in the data analysis procedure. Data were analysed

using SPSS version 10.0 software. The outcome of the research showed that the overall

result was satisfying. The result for making hypotheses was good with the score of

88.5% and as the identifying variables and operationally defining skill with their score

of 89.3% and 88.0% respectively. The interpreting data skill result was excellent with

the score of 93.9%. According to the T-test, these was a significant difference between

variable among gender. The male respondent scored much higher compared to the

female respondents who had 35.35. The overall result of this research showed that

students responded excellently in these scientific skills test. It was shown that students

scored best in interpreting data skill followed by identifying variables, operationally

defining and lastly making hypotheses skill.

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vii

Kandungan viii

Senarai Jadual xii

Senarai Singkatan xv

Senarai Lampiran xvi

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang 4

1.1.1 Sikap Pelajar Terhadap Sains 5

1.1.2 Sikap Guru Terhadap Pengajaran Sains 6

1.1.3 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran Sains 7

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Persoalan Kajian 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

ix

1.6 Skop Kajian 11

1.7 Istilah 12

1.7.1 Kemahiran Saintifik 12

1.7.2 Kemahiran Proses Sains 12

1.7.3 Tahap Penguasaan 13

1.7.4 Kemahiran Membuat Hipotesis 14

1.7.5 Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah 15

1.7.6 Kemahiran Mentafsir Maklumat 16

1.7.7 Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 17

1.8 Penutup 17

BAB II SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Kemahiran Saintifik 18

2.2 Perkembangan Kemahiran Proses Sains 21

2.3 Kajian Tentang Proses Sains Di Luar Negara 21

2.4 Kajian Tentang Kemahiran Proses Sains Di Dalam Negara 25

2.5 Penutup 31

BAB III METODOLOGI 32

3.1 Reka Bentuk Kajian 32

3.2 Sampel Kajian 33

3.3 Alat Kajian 34

3.3.1 Kajian Rintis 34

3.4 Tatacara Kajian 35

3.5 Cara Menganalisis Data 35

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

x

3.6 Penutup 37

BAB IV DAPATAN KAJIAN 38

4.1 Tahap Penguasaan Responden Berdasarkan

Gred Penguasaan 38

4.2 Tahap Penguasaan dalam Kemahiran Membuat Hipotesis,

Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah,

Kemahiran Mentafsir Maklumat dan

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 40

4.3 Tahap Penguasaan dalam Kemahiran Membuat Hipotesis,

Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah,

Kemahiran Mentafsir Maklumat dan

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi Merentasi Jantina 45

4.4 Penutup 48

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 49

5.1 Ringkasan dan Perbincangan 49

5.1.1 Tahap Penguasaan dalam

Kemahiran Membuat Hipotesis,

Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah,

Kemahiran Mentafsir Maklumat dan Kemahiran

Mendefinisi Secara Operasi Secara Keseluruhan 51

5.1.2 Tahap Penguasaan dalam

Kemahiran Membuat Hipotesis,

Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah,

Kemahiran Mentafsir Maklumat dan Kemahiran

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

xi

Mendefinisi Secara Operasi Merentasi Jantina 53

5.2 Kesipulan 55

5.3 Implikasi 56

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Cadangan kepada guru sains 58

5.4.2 Cadangan kepada pihak sekolah 59

5.4.3 Cadangan kepada Pengawai Pendidikan Daerah

(PPD) 59

5.4.4 Cadandan kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) 60

5.4.5 Cadangan kepada Fakulti Pendidikan dan

Sains di semua Institusi Pengajian Tinggi 60

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 61

5.6 Ringkasan 62

RUJUKAN 64

Lampiran A 69

Lampiran B 97

Lampiran C 99

Lampiran D 100

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

l .0 Analisis Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malysia (SPM)

2001 dan 2002 di daearah kuala Terengganu 8

3.1 Peratus Kelulusan Peperiksaan SPM 35

3.2 Item-item Kemahiran Membuat hipotesis,

Mengawal Pembolehubah, Mentafsir Maklumat dan

Mendefinisi Secara Operasi. 36

3.3 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Secara keseluruhan 38

3.4 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Bagi Setiap KPS 38

4.1 Pengredan Tahap Penguasaan Secara Keseluruhan 41

4.2 Pengredan Tahap Penguasaan Bagi Setiap KPS 41

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

xiii

4.3 Frekuensi responden yang memberi respon dalam 5 skala

yang telah ditetapkan untuk mengukur tahap penguasaan

4 jenis kemahiran. 42

4.4 Frekuensi ( bilangan responden) dan peratus responden

yang mendapat skor bagi 4 jenis kemahiran. 43

4.5 Frekuensi responden yang memberi responden dalam 5 skala

masing-masing bagi 4 jenis kemahiran. 44

4.6 Analisis statistik deskriptif tahap penguasaan kemahiran

proses sains bagi 4 jenis kemahiran secara keseluruhan. 46

4.7 Nilai signifikan bagi responden lelaki dan perempuan bagi

setiap 4 jenis kemahiran. 47

4.8 Analisis statistik deskriptif tahap penguasaan 4 jenis

kemahiran merentasi jantina. 48

4. 9 Min dan nilai signifikan bagi responden lelaki dan perempuan

bagi 4 jenis kemahiran secara keseluruhan. 50

4.10 Kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mengawal

pembolehubah, kemahiran mentafsir maklumat dan

kemahiran mendefinisi secara operasi dengan

peratus purata minnya 51

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

xiv

SENARAI SINGKATAN

AAAS - American Association for the Advancement of Science

AASPS - Alternative Assessment of Science Process Skills

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

JPNT - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KM - Kemahiran Manipulatif

KPM - Kementerian Pendidikan Negara

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS - Kemahiran Saintifik

ORES - Objective Reference Evolution in Science

PEKA - Penilaian Kerja Amali

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

PRTs - Piagetian Reasoning Tasks

SAPA - Science- A Process Approach

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

TIPS - Test of Integrated Processed Skills

TOLT - Test of Logical Thinking

UPSKS - Ujian Penilaian Status Kemahiran Saintifik

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh set soal-selidik 69

B Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan, Kemeterian Pendidikan Malaysia 97

C Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu 99

D Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 100

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

BAB I

PENDAHULUAN

Pada zaman sekarang negara kita sedang mengorak langkah ke arah mencapai

taraf negara maju menjelang tahun 2020. kemampuan negara kita untuk bersaing

dengan negara lain dalam bidang sains dan teknologi merupakan kunci kepada negara

kita menjadi sebuah negara yang maju. Sains dan teknologi menjadi tunjang kepada

wawasan negara maju menjelang tahun 2020. Perkembangan dalam bidang sains dan

teknologi amat pesat dan telah mewujudkan keperluan tenaga manusia yang

mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Ini merupakan satu cabaran

kepada para guru bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan sebagai pengguna kepada

teknologi yang tinggi dan sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi.

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada 28

Febuari 1991, telah mengumumkan satu rangka kerja rancangan pembangunan

Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang. Selain itu,

beliau juga mengemukankan 9 cabaran yang perlu ditempohi oleh rakyat Malaysia

supaya negara kita akan menjadikan sebuah negara yang bermatlamat iaitu Malaysia

akan menjadi sebuah negara yang maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat dengan

cara dan corak negara maju yang ada sekarang.

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

2

Menurut cabaran keenam wawasan 2020 iaitu pembentukan masyarakat saintifik

yang progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Semenjak wawasan 2020 diilhamkan,

wujud satu keperluan yang agak mendesak bagi menyediakan masyarakat celik sains

bagi mencapai status dengan negara maju dalam tahun 2020. Satu kaedah yang

digunakan untuk menyediakan masyarakat yang celik sains ialah melalui pendidikan.

Dengan itu, pelajar dapat didedahkan dan diberi peluang menyiasat tentang sains pada

setiap masa. Jaus (1975), menyatakan matlamat utama dalam pembelajaran

terutamanya dalam mata pelajaran Sains adalah untuk mengajar cara untuk

memperolehi dan memproses data serta kemahiran proses yang lebih dari fakta dan

mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memainkan peranan yang

penting dalam usaha memastikan sains memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan potensi manusia ke arah pembangunan negara Malaysia yang maju

(Berita Sains, 1994). Jaus (1975) menyatakan matlamat utama dalam pembelajaran

terutamanya dalam mata pelajaran sains adalah untuk mengajar cara untuk

memperolehi dan memproses data serta kemahiran proses yang lebih tinggi daripada

fakta dan mempunyai nilai yang lebih tinggi. Ini merupakan harapan kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya unsur sains diterapkan ke dalam

semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan menjelang tahun 2000 (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1995). Di samping itu, selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) dan wawasan 2020 hasrat tersebut, kurikulum sains sekolah

rendah telah diperkenalkan di seluruh negara pada sesi persekolahan 1994/95 iaitu

mata pelajaran alam dan manusia dalam KBSR dipecahkan kepada mata pelajaran

sains dan kajian tempatan. Selain itu juga, Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR)

adalah lebih memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik. Dengan itu,

semua murid akan didedahkan dengan kaedah-kaedah sains dan pengetahuan sains.

Bagi menjayakan perlaksanaan kurikulum sains, tenaga pengajar sains perlu dilatih

untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dengan

berfokuskan pemerolehan pengetahuan sains, penguasaan kemahahiran saintifik, serta

pemupukan sikap saintifik dan nilai murni (Yeong Pak Foo 1995)

Page 21: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

3

Penguasaan kemahiran saintifik di kalangan pelajar menjadi begitu penting untuk

mencapai hasrat cabaran 2020. Ini disebabkan melalui kemahiran saintifik pelajar dapat

menghubung kaitkan pengetahuan sains dengan kehidupan harian. Dengan itu, sesuatu

masalah dapat diselesaikan secara sistematik (Pusat Perkembangan Kurikulum , 1995).

Pengusaan terhadap kemahiran saintifik hanya akan diperolehi sekiranya pelajar

mempunyai tahap kefahaman yang tinggi. Di samping itu, kefahaman terhadap

kemahiran saintifik merupakan asas untuk menyediakan masyarakat yang celik sains.

Namun, setelah satu dekad sains dalam KBSM telah dilaksanakan tetapi kefahaman

pelajar terhadap kemahiran saintifik boleh dikatakan masih berada di tahap yang rendah.

Kemahiran saintifik terdiri daripada dua komponen iaitu kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses adalah kemahiran memperolehi dan

memproses maklumat disekeliling untuk mencari jawapan secara bersistematik.

Kemahiran manipulatif pula adalah kemahiran mengendalikan peralatan dan bahan

sains dengan betul semasa aktiviti pembelajaran. Sejak awal 60-an penguasaan

kemahiran proses sains (KPS) menjadi semakin penting dalam pengajaran (Vantipa,

1996). Kemahiran proses sains (KPS) telah didapati dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dari peringkat rendah hingga ke universiti (Brow, 1979).

Kemahiran ini dapat diserapkan ke dalam P&P berbentuk inkuiri penemuan atau

situasi yang terlibat penyelesaian masalah (Brow, 1979). Menurut Wellington (1989)

dan Screen (1986), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal selepas

fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai.

Pihak sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan

generasi yang celik akal dan juga penting dalam menyediakan tenaga mahir iaitu

melahirkan guru pakar dalam semua bidang terutamanya sains supaya memberi

komitmen kepada sistem pendidikan negara. Ini disebabkan sikap seseorang guru

akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah

penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti “hands-on”, di mana

pelajar digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti. Ini akan membantu pelajar

memupuk serta mengasah kemahiran-kemahiran itu. Oleh itu, kursus-kursus yang

Page 22: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

4

diikuti oleh guru membekalkan maklumat dan pengalaman untuk membantu bakal

guru memahami bagaimana kemahiran proses sains berguna di dalam menyelesaikan

masalah (Brow, 1979), harus diberi perhatian oleh bakal-bakal guru.

1.1 Latar Belakang

Pada masa kini Malaysia merupakan sebuah masyarakat berteknologi yang

semakin kompleks, lebih banyak keputusan yang dibuat memerlukan inkuiri sains dalam

menghasilkan sesuatu penyelesaian. Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(1989) semua pelajar diwajib mengambil sains sama ada dalam bentuk mata pelajaran

teras atau elektif. Mata pelajaran Sains dalam KBSM merupakan mata pelajaran teras

manakala mata pelajaran elektif terdiri daripada Sains, Biologi, Fizik dan Kimia ditawar

khusus kepada pelajar yang cenderung, beminat dan berkebolehan dalam bidang sains.

Melalui ini, kita dapat mengetahui bahawa sains merupakan satu mata pelajaran yang

sangat penting.

Sebenarnya apakah yang dimaksud dengan sains? Sains merupakan satu bidang

keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk mencari penyelesaian yang rasional

tentang alam. Ini termasuklah kajian tentang fenomena yang berlaku dalam alam ini

yang melibatkan kehidupan dalam alam biologi, unsur-unsur dalam alam fizikal dan

saling berhubung di antara satu sama lain. Sains bukan hanya pengetahuan sahaja

malahan ianya merupakan satu cara untuk menyoal dan memahami persekitaran yang

biasanya dilakukan secara sistematik (Yeong Pak Foo 1995). Menurut (Kamus Dewan,

Edisi Ketiga, 1998) sains juga boleh didefinisi sebagai (1) ilmu pengetahuan yang teratur

(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. (2) cabang ilmu

pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (Fizik, Kimia,

Biologi) dan lain-lain.

Page 23: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

5

Daripada definisi sains di atas, ini dapat memandangkan sains bukan sahaja

merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan harian malah sains juga

merupakan satu gerak balas kepada sifat ingin tahu manusia dan juga keinginan manusia

untuk membina satu kehidupan yang baik di alam ini. Secara keseluruhan, didapati

bahawa sains dapat menawarkan satu cara bernilai untuk menyelidik dan memahami

alam.

Kemahiran proses sains merupakan asas untuk belajar sains dan juga merupakan

asas kepada pendekatan inkuiri penemuan (Gagne, 1985). Di samping itu, Kemahiran

ini juga merupakan suatu kemahiran intelek yang berguna bagi mempelajari sesuatu

konsep dan seterusnya membuat sesuatu inferens. Menurut Vantipa (1996) Kemahiran

proses sains menjadi semakin penting dalam objektif kurikulum sains dalam Asia

Selatan. Kebanyakan pendidik bersepakat menyatakan bahawa perkembangan

kemahiran proses sains patut menjadi matlamat utama dalam pendidikan (Gagne, 1970;

Lawson, A.E, 1995; Trowbridge, L.W, 1981; Zeitler, 1981). Oleh itu, kemahiran proses

sains merupakan matlamat pembelajaran sains yang berterusan dan menurut McLEOD,

Berkhemer, Fyffe & Robison (1975) pula menyatakan bahawa Bruner et al berpendapat

proses sains adalah tabiat pembelajaran manakala Gagne pula mengaitkan proses sains

dengan keupayaan pembelajaran dan kemahiran intelektual.

1.1.1 Sikap Pelajar Terhadap Sains

Faktor sikap dan prestasi pelajar-pelajar telah memberi sumbangan kepada

masalah yang ingin dikaji. Sikap memainkan peranan yang penting kerana ia akan

mempengaruhi pencapaian seseorang. Jika pelajar mempunyai minat dalam mata

pelajaran sains maka dia akan mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan

pelajar kurang berminat. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) didapati bahawa walaupun pelajar suka kepada sains

tetapi pada keseluruhannya, sebilangan besar mereka sudah ada satu persepsi bahawa

Page 24: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

6

sains adalah susah, kerana didapati hanya 44.9% pelajar telah mengakui bahawa sains

adalah tidak susah. Ekoranya sebahagian pelajar merasa fobia contohnya tidak suka

menyentuh alat sains dan tidak mahu terlibat diri dalam menjalankan eksperimen.

Selain daripada itu, pelajar juga sukar menghubungkaitkan kemahiran proses sains

semasa menjalankan eksperimen. Kajian ini juga menunjukkan sikap dan minat pelajar

terhadap sains mempengaruhi penguasaan pelajar dalam kemahiran proses sains.

1.1.2 Sikap Guru Terhadap Pengajaran Sains

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains akan berubah kepada positif

sekiranya pelajar tersebut diberi dorongan yang positif ( Poh 1996). Penguasaan

kemahiran proses sains oleh pelajar adalah bergantung kepada kebolehan guru untuk

menerapkannya dengan berkesan. Menurut Vantipa (1996) semasa pengajaran bagi

sesuatu sub topik guru akan mengabung sekali dengan kemahiran proses sains dan

menurut Aiello-nicosia, sperandeo, dan Valenza (1984) pula telah menyiasat

perhubungan antara sifat guru sains dan hasil pelajar. Dengan itu, guru memainkan

peranan yang penting dalam memupuk sikap pelajar terhadap sains.

Terdapat beberapa sebab yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

proses sains pelajar menjadi rendah. Salah satu daripadanya ialah guru masih

memerlukan bimbingan untuk menyampaikan dengan lebih berkesan mengenai beberapa

kemahiran proses sains seperti kemahiran membuat hipotesis, mengawal pemboleh

ubah, mentafsir matlumat dan mendefinisi secara operasi. Selain itu, guru gagal

mempraktik kepentingan kemahiran proses sains dalam pengajan (Vantipa 1996).

Menurut dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan dalam pengawalan

pemboleh ubah dan kefahaman proses sains merupakan pemboleh ubah guru yang

berkaitan dengan hasil pelajar, khususnya penguasaan dalam pengawalan pemboleh

ubah (Aiello-Nicosia, Sperandeo, & Valenza, 1984). Guru harus membangunkan dan

Page 25: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

7

meningkatkan kecekapan dalam kemahiran inkuiri atau proses inkuiri saintifik untuk

mendapatkan pengalaman sains (Riley, 1979).

1.1.3 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran Sains

Jika seseorang pelajar dapat menguasai kemahiran proses sains maka

kemungkinan besar dia akan mendapat pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran

sains. Jadual 1 menunjukakan analisis mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains

SPM pada tahun 2001 dan 2002 didapati bahawa peratus kelulusan adalah sederhana

tinggi tetapi mungkin boleh dipertingkatkan lagi. Daripada jadual 1 mungkin

merupakan salah satu punca yang menyebabkan pelajar kurang menguasai kemahiran

proses sains.

Tambahan pula, pada tahun 1999 PEKA iaitu, instrumen penilaian pembelajaran

sains pelajar berasaskan sekolah telah dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan empat dan

lima bagi menggantikan Peperiksaan Amali Biologi, Fizik, Kimia dan Sains di peringkat

SPM (Kertas 3) tetapi pada tahun 2002 penggubal kurikulum telah pun menukar semula

PEKA kepada kertas tiga. Dalam kertas tiga pelajar dikehandaki menjawab soalan yang

berasaskan kemahiran proses sains. Kemahiran-kemahiran yang terlibat ialah kemahiran

membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, membuat pemerhatian, membuat

inferens, mendefinisi secara operasi, berkomunikasi, kaedah membuat eksperimen dan

sebagainya. Ini bermakna jika seseorang pelajar kurang menguasai kemahiran proses

sains maka mungkin akan mempengaruhi keputusan SPM bagi mata pelajaran Fizik,

Kimia, Biologi dan Sains.

Page 26: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

8

Jadual 1.0: Analisis Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malysia (SPM) 2001 dan

2002 di daerah kuala Terengganu

Mata Pelajaran Peratus kelulusan (2001) Peratus Kelulusan (2002)

Fizik 92.50% 97.38%

Kimia 94.75% 89.44%

Biologi 92.09% 94.57%

Sains 89.08% 91.22%

(Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu)

1.2 Pernyataan masalah

Tujuan mengkaji tahap penguasaan empat kemahiran proses sains iaitu

kemahiran membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan

mendefinisi secara operasi kerana ramai guru sekolah menengah yang mengajar mata

pelajaran Sains mendapati bahawa ramai di kalangan pelajar tingkatan empat masih

kurang menguasai kemahiran proses sains terutama bagi kemahiran membuat hipotesis,

mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi semasa

menjalankan eksperimen. Di samping itu, selaras dengan hasrat KBSR dan KBSM,

strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu memberi penekanan kepada

kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan

pemupuk nilai murni yang berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman, dengan

memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri penemuan (Abu Hassan Bin Kassim

2001).

Pemilihan pelajar tingkatan empat menjadi sampel dalam kajian ini kerana

mereka merupakan pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun depan dan juga

mengambil kertas tiga untuk mengantikan PEKA. Di samping itu, pelajar tingkatan

empat mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding dengan pelajar tingkatan tiga

Page 27: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BAGI … · mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi ialah Ujian Penilaian Kemahiran Status Kemahiran Saintifik

9

dan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama

lagi.

1.3 Objektif kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran

membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi

secara operasi di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Kuala

Terengganu, Terengganu.

1.4 Persoalan kajian

Di dalam kajian ini, perkara-perkara yang dipertimbangkan ialah seperti berikut:

1. Apakah tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Kuala

Terengganu dalam kemahiran membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah,

mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan dalam kemahiran membuat

hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mentafsir maklumat dan mendefinisi

secara operasi merentasi jantina?