kemahiran penyoala1

2
KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan- soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas i. Pembentukan soalan - guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. ii. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru boleh menyoal soalan yang lebih khusus. iii. Arah Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tunjukkan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala ke arah murid yang hendak disoal. iv. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. v. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjukkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu. Penyoalan yang kompleks A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan - Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. ii. Ingat semula - Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. iii. Kefahaman - Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

Upload: mei-jiun-chong

Post on 07-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN PENYOALA1

KEMAHIRAN PENYOALAN

Kemahiran penyoalan ialah

kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. 

Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar.

 Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya

adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. 

Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran sosial yang berkesan.

Penyoalan yang mudah atau asas

i. Pembentukan soalan - guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang

mudah difahami oleh murid.

ii. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan

kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru boleh menyoal soalan

yang lebih khusus.

iii. Arah – Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tunjukkan soalan itu

kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala

ke arah murid yang hendak disoal.

iv. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam

kelasnya.

v. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjukkan skop atau jenis jawapan

yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

Penyoalan yang kompleks

A) i. Mempelbagaikan peringkat soalan - Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras

pemikiran yang berbeza.

ii. Ingat semula - Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari,

kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.

iii. Kefahaman - Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

iv. Aplikasi - Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu.

v. Analisis - Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang

membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.

Page 2: KEMAHIRAN PENYOALA1

vi. Sintisis - Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi

atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.

vii. Penilaian - Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-

nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.

B) i. Penyungkilan - Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada

jawapan yang sebelumnya.

ii. Soalan penjelasan - Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat.

iii. Soalan Penyokongan - Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya.

iv. Soalan Persetujuan - Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan

sebentar tadi.

v. Soalan Contoh - Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan

peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.

Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam

kumpulan kelas itu.

Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.

Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.