kemahiran pengurusan kurikulum dan · pdf file1.2.3 kemahiran guru kemahiran hidup ......

25
KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN BENGKEL GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN DI DAERAH SERIAN, SARAWAK. NELSON ANAK SANYUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanthuan

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN BENGKEL GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

KERAJAAN DI DAERAH SERIAN, SARAWAK.

NELSON ANAK SANYUT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian
Page 3: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN BENGKEL GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DI DAERAH SERIAN, SARAWAK.

NELSON ANAK SANYUT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

menenuhi syarat penganugerahah ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian
Page 5: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian
Page 6: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

iv

DEDIKASI

Kepada,

Ayah dan ibu tersayang,

Isteriku yang tercinta,

Kathalene Anak Gubes

Anak-anakku,

Yvonne Gillian, Tatum Gillian dan Easter Gillian.

Serta

Abang Dan Adik-adik saya.

Terima kasih di atas segala pengorbanan serta kesabaran kalian semua sepanjang tempoh

belajar dan menyiapkan kajian ini

Page 7: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

v

PENGHARGAAN

Syukur dan Puji kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan kajian ini dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih khas kepada Encik Lokman bin Mohd. Tahir selaku penyelia

projek Sarjana Muda saya yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar

dan buah fikiran beliau sepanjang penyediaan projek saya ini, Seliaan dan kesabaran

beliau yang sangat berharga dan bermanfaat ini telah banyak membantu saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Di samping itu, penghargaan ini juga dipanjangkan kepada Pegawai Sektor

Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Negeri Sarawak, semua pengetua serta guru-guru

KHB di ketujuh-tujuh buah sekolah di daerah Serian yang telah memberi komitmen yang

baik dan kerjasama yang sepenuhnya semasa saya menjalankan kajian ini di sekolah-

sekolah berkenaan. Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah fakulti pendidikan

UTM, khasnya semua pensyarah jabatan PTV yang terlah mendidik saya sehingga

mencapai kejayaan. Jutaan terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan tanpa jemu-jemu.

Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya

terutama sekali isteri dan anak-anak saya yang teleh banyak memberi sokongan ,

dorongan serta kesabaran mereka dari awal hingga tamatnya pengajian saya di UTM.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kawan-kawan baik saya dan

semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Terima kasih buat semua.

Page 8: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

vi

ABSTRAK

Sejak mata pelajaran Kemahiran Hidup mula diperkenalkan pada 1991, ia telah banyak

melalui semakan dan perubahan dalam isi kandungan. Lazimnya, perubahan ini akan

menyebabkan guru-guru KHB perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan

kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan supaya mereka boleh mengurus akademik dan

bengkel dengan lebih baik dan berkesan Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti

kemahiran pengurusan akademik dan bengkel KHB di kalangan guru-guru KHB.

Seramai 52 orang responden terlibat dalam kajian ini dan kesemua mereka adalah guru-

guru yang mengajar KHB di lapan buah sekolah menengah di daerah Serian, Sarawak.

Instrumen yang digunkan dalam kajian ini ialah soal selidik dan semua data mentah yang

diperolehi di proses menggunakan Statistic Packages For Social Sciences(SPSS) versi

11.0 for windows, bertujuan untuk mendapatkan peratus dan min. Untuk mendapat

tindakbalas para responden, mata skala Likert digunakan. Sebelum kajian sebenar

dilakukan, 10 orang guru KHB yang lain diperlukan dalam kajian rintis bagi mengukur

kebolehpercayaan soalselidik dan nilai purata Alpha Cronbach yang diperolehi ialah

0.8066. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai

kemahiran mengurus kurikulum yang tinggi tetapi untuk kemahiran mengurus dan

menyelenggaraan bengkel adalah pada tahap sederhana sahaja. Dengan ini beberapa

cadangan diketengahkan untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru-guru

supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi kepada

mereka dengan lebih berkesan lagi.

Page 9: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

vii

ABSTRACT

Since the introduction of Living Skills subject in 1991, it had through many revisions and

also saw many amendments in its original contents. Usually, this revisions and

amendments will cause Living Skill teachers to equip themselves with new related

knowledge and skills so that they can do academic and workshop managements more

effectively. The objective of this study is to identify the academic and workshop

management skill among the Living Skill teachers. A total of 52 respondents are

involved this study and all of them are the Living Skill teachers teaching in eight

secondary schools in Serian district in Sarawak. The instrument that is used in this study

is questionnaire and all the raw data that are obtained is processed using the Statistic

Packages For Social Science (SPSS) version 11. 0 aims to get the percentage and mean.

Likert Scale point is used to obtain response from respondents. Before the actual study is

carried out, a pilot study involving ten other Living Skill teachers is done to determine

the reliability of the questionnaire and the average Alpha Cronbach value obtained is

0.8066. The results of the study shows the respondents possess high acquire skill in

academic management and coursework assessment but show moderate level of acquired

skill in workshop management. With this few suggestions are brought forward so that

the professionalism among the Living Skill teachers can be upgraded so that they can do

their obligations and responsibilities with more effective.

Page 10: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK (BAHASA MALAYSIA) v

ABSTRACT (BAHASA INGGERIS) vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.2.1 Kemahiran Mengajar Guru Kemahiran

Page 11: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

ix

Hidup Bersepadu 6

1.2.2 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup

Menilai Kerja Kursus 7

1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup

Mengurus Bengkel 7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Guru-guru kemahiran Hidup Bersepadu 10

1.6.2 Pihak Sekolah 10

1.6.3 Jabatan Pendidikan Negeri 11

1.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Definisi Terminologi 13

1.9.1. Tinjauan 13

1.9.2. Guru 13

1.9.3 Bengkel 13

1.9.4 Kemahiran 14

1.9.5 Teknikal 14

1.9.6 Kemahiran Teknikal Guru-Guru KHB 14

1.9.7 Media Pengajaran 15

1.9.8 Pengajaran 15

1.10 Penutup 15

Page 12: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

x

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kemahiran Guru KHB Penyampaian Dan

Pengajaran 16

2.3 Kemahiran Guru KHB Menilai Kerja Kursus 21

2.4 Kemahiran Guru KHB Menyelenggaraan

dan Menyelenggaraan Bengkel 23

2.5 Penutup 27

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian 33

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Analisis Data 35

Page 13: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

xi

3.8 Penutup 37

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Bahagian A(Biodata Responden) 39

4.2.1 Profil Responden 39

4.2.1.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 39

4.3 Analisis Data Bahagian B(Persoalan Kajian) 42

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Ke -1 43

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Ke - 2 46

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ke – 3 49

4.4 Kesimpulan Analisis Data Kajian 52

4.5 Penutup 52

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 53

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Kemahiran Kemahir Menyampai

Page 14: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

xii

dan Mengajaran Mata Pelajaran KHB 57

5.3.2 Kemahiran Menilai Kerja Kursus KHB 59

5.3.3 Kemahiran Mengurus dan Menyelenggara

Bengkel KHB 60

5.4 Cadangan 62

5.5 Cadangan.Kajian Lanjutan 65

5.6 Penutup 65

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 68

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A – E 72

Page 15: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Organisasi Kandungan Sukatan Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (Semakan 2002). 4

3.1 Sekolah Menengah Di Daerah Serian Dan Bilangan

Guru KHB 30

3.2 Item-Item Yang Mengukur Kemahiran Yang

Dimiliki Oleh Guru KHB 32

3.3 Pemberian Skor 32

3.4 Nilai Alpha Untuk Ketiga-tiga Persoalan Kajian Dan

Purata Nilai Alpha 34

3.5 Markat Skala 3 Mata 36

3.6 Perubahan Markat Dan Skala 36

3.7 Skala Pemeringkatan 37

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 40

4.4 Taburan Responden Mengikut Opsyen 41

4.5 Taburan Bilangan, Peratusan dan Min Bagi Kemahiran

Penyampaian dan Pengajaran Mata Pelajaran KHB 43

4.6 Taburan Bilangan, Peratusan dan Min Bagi Kemahiran

Menilai Kerja Kursus Pelajar 46

4.7 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi Kemahiran

Menguru dan Menyelenggaraan Bengkel 49

4.8 Taburan Purata Keseluruhan bagi Tiga Persoalan Kajian

Mengikut Min 52

Page 16: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A. Kerangka Kajian 71

B. Surat Pengesahan Pelajar 72

C. Surat Kebenaran Sementara Pejabat Pendidikan Negeri

Sarawak 73

D. Surat Memohon Kebenaran Kementerian Pendidikan

Malaysia 74

E. Soal Selidik 76

Page 17: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mestilah

menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu, pelbagai

usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian

dan teknologi. Salah satu kaedahnya ialah melalui sistem pendidikan negara.

Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang

cenderung ke arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu mata pelajaran Kemahiran

Hidup Peralihan diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

sejak tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran Kemahiran Hidup Peralihan untuk

tingkatan satu diganti dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Penukaran

mata pelajaran ini untuk tingkatan Dua dan tingaktan Tiga dibuat pada tahun

seterusnya. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam KBSM yang diajar di

sekolah akademik biasa di seluruh negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Kemahiran Hidup bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran amali

yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di tingkatan 1 hinggga

Page 18: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

2

tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke

arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara

kreatif, inovatif dan produktif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Mata pelajaran

KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian elektif.

Bahagian teras mengandungi tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan

dan Keusahawanan serta Kekeluargaan. Bahagian ini diwajibkan kepada semua pelajar.

Bahagian elektif pula mengandungi tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif

Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Pelajar diwajibkan

mengambil hanya satu komponen sahaja dan ia akan dikekalkan dari tingkatan satu

sehingga tingkatan tiga

Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang

berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama

dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang

sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang

membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi

maklumat(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Sejak mata pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 1989, sudah beberapa

perubahan dan semakan telah dibuat terhadap kandungan sukatan pelajaran. Semakan

terbaru dilakukan pada tahun 2002. Semakan ini perlu dilakukan memandangkan

kandungan sukatan yang sebelumnya tidak begitu sesuai dengan perkembangan

teknologi semasa dan seterusnya berupaya merealisasikan aspirasi wawasan 2020

dengan jayanya

Kandungan Sukatan Pelajaran Edisi Tahun 1992 telah dibuat semakan pada

tahun 2002 dan terdapat beberapa berubahan telah dibuat. Perubahan dari segi

kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup Bersepadu telah

disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan

kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskankinikan

kandungannya. Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian Sukatan Pelajaran Edisi

Tahun 1992 iaitu ′Perdagangan dan Keusahawanan′ dan ′Kekeluargaan′ digugurkan.

Page 19: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

3

Elemen reka bentuk dan teknologi diberi lebih fokus dan asas elektromekanikal

dimasukkan dalam mata pelajaran pilihan Kemahiran Teknikal.

Pertukaran nama tajuk juga berlaku. Tajuk “Kemahiran Manipultif” dalam

Bahagian Teras Edisi 1992 ditukar kepada nama baru iaitu “Reka Bentuk dan

Teknologi” dan Pilihan “Kemahiran Manipulatif Tambahan “ ditukar kepada

“Kemahiran Teknikal”. Walapun tajuk Perdagangan dan Keusahawanan digugurkan

daripada bahagian teras sukatan pelajaran 1992 tetapi dalam edisi semakan ini satu

bidang baru iaitu Perniagaan dan Keusahawanan merupakan satu-satunya bidang yang

merangkumi tiga pilihan iaitu Pilihan 1, 2 dan 3. Di samping itu, satu pilihan baru

diwujudkan sebagai Pilihan 4 iaitu Perdangangan dan Keusahawanan. Ia merupakan

tambahan kepada senarai pilihan yang sedia ada.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), mata pelajaran ini

digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kreatif serta inovatif

dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa

bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Mata pelajaran KHB bertujuan untuk

membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan pelajar berdikari

dengan yakin dan mampu mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia

teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah . Di samping itu mata

pelajaran ini bertujuan untuk emupuk sikap positif terhadap kerja, bersikap inovatif

dan berdikari supaya dapat melaksanakan urusan harian dengan penuh yakin.

Page 20: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

4

Organisasi kandungan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

selepas semakan pada tahun 2002 adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di

bawah.

Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Sukatan Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu (Semakan 2002).

Bahagian Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

T

E

R

A

S

Reka Bentuk & Teknologi.

• Bengkel & Keselamatan

• Kreativiti & Reka Cipta

• Reka Bentuk & Penghasilan Projek

• Elektrik

• Elektronik

• Baik Pulih & Penyenggaraan

• Ekonomi

• Tanaman Hiasan

P

I

L

I

H

A

N

• Kemahiran Teknikal

• Ekonomi Rumah Tangga

• Pertanian

• Perdagangan Dan Keusahawanan

Page 21: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Isi kandungan sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah

mengalami beberapa perubahan dan semakan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun

1989. Semakan yang terbaru dibuat pada tahun 2002. Apabila semakan dibuat,

terdapat beberapa komponen tajuk digugurkan dan terdapat tajuk atau unsur-unsur

baru ditambah. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2002). Pada masa yang sama juga pengetahuan dan kemahiran guru-guru

KHB tentang komponen yang mengalami berubahan juga harus ditambah dan

ditingkatkan supaya guru-guru mempunyai kebolehan untuk menyampaikan tajuk itu

kepada pelajar.

Selaras dengan perubahan dan pembaharuan dalam kandungan sukatan mata

pelajaran KHB, tahap kemahiran guru-guru KHB dalam aspek menyampai isi

pelajaran, terutama aspek kaedah pengajaran tunjukcara, mengurus bengkel KHB

dan menilai hasil kerja kursus para pelajar wajar dipertingkatkan dan diperkukuhkan.

Pada lazimnya, apabila skop kandungan isi pelajaran mengalami perubahan , kaedah

dan teknik pengajaran akan dipengaruhi oleh perubahan ini. Guru-guru KHB tidak

diberi latihan yang khusus sejajar dengan perubahan yang berlaku. Guru-guru KHB

hanya mengadakan latihan dalaman sesama mereka di sekolah dan tempoh latihan

adalah 1 atau 2 hari sahaja. Pada masa yang sama, guru-guru KHB dikehendaki

menjadi pemeriksa untuk hasil kerja kursus pelajar-pelajarnya termasuk kerja kursus

Penilaian Menengah Rendah.

Selain daripada mengajar, guru-guru KHB dikehendaki mengurus dan

menyelenggara bengkel KHB yang mana tugas ini semakin hari rumit dengan jumlah

peralatan yang semakin bertambah. Kebanyakkan guru-guru ini hanya didedahkan

dengan kemahiran pengurusan yang asas sahaja. Apa yang menjadi persoalannya

ialah, adakah kursus-kursus yang telah dijalankan itu mencukupi, berkesan atau

sebaliknya ? Ini akan menyukarkan mereka untuk menyampai pelajaran dengan

sempurna dan lebih efektif, mengurus bengkel dengan baik dan memeriksa hasil kerja

pelajar dengan lebih baik. Untuk memudahkan pemahaman tentang permasalahan

yang dikaji ,rujuk lampiran A.

Page 22: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

6

1.2.1 Kemahiran Mengajar Guru Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran ialah sejauh mana mahirnya seseorang dalam sesuatu bidang

yang diceburinya. (Normah Shari,1998). Dalam konteks kajian ini, kemahiran

merujuk kepada kemahiran guru dalam pengajarannya. Ini bermakna adakah guru-

guru KHB ini benar-benar cekap dan mahir memberi segala ilmu pengetahuan tentang

Kemahiran Hidup yang ada pada dirinya kepada anak didiknya supaya berlaku

pembelajaran yang berkesan. Dalam konteks pendidikan, Kemahiran merupakan

aktiviti mental atau fizikal yang sistematik yang biasanya melibatkan deria yang

tertentu yang meliputi aspek mengerti gerak geri fizikal, intelektual’ sosial dan

sebagainya. (Omar Mohd. Hashim,1993).

Dalam proses mengajar, guru harus menggunakan pelbagai teknik

pengajaran supaya pelajar boleh tertarik dan menggalakkan pembelajaran pelajar yang

aktif dan bermakna. Ini selaras dengan pendapat Robiah Sidin (1994, dalam Megat

Hashim, !997) yang mengatakan guru harus menggunakan pelbagai teknik untuk

mengajar selain daripada secara deduktif dan “Chalk and Talk Method”. Guru yang

mahir akan menggunakan teknik pengajaran seperti kaedah kumpulan, pemerhatian,

main peranan, penyelesaian masalah, brain storming dan lakonan.

Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah keperluan mengambil

kira perbezaan individu di kalangan pelajar dan guru-guru perlu mengaplikasi kaedah

dan teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna kaedah dan teknik

pengajaran yang diaplikasikan adalah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pembelajaran mereka. (Esah , 2002). Tambah beliau lagi, kalau sesuatu tajuk itu

sukar untuk difahami oleh pelajar, guru harus membuat persediaan rapi dalam

menyediakan penerangan terperinci dan jelas.

Fowzia Othman (1995), menjelaskan bahawa kursus- kursus yang diberi

kepada guru-guru KHB adalah terlalu singkat dan kursus sedemikian akan

menyukarkan pemahaman guru-guru tentang kemahiran dalam Vokasional. Kajian

Mohd. Bakri Zakaria (1994) juga menyatakan kekurangan kemahiran pada guru-guru

KH akan menjejaskan kebolehan proses pengajaran mereka.

Page 23: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

7

1.2.2 Kemahiran Guru KHB Menilai Kerja Kursus

Setakat ini, mata pelajaran KHB juga memberi ruang kepada guru-guru

KHB untuk menilai hasil kerja projek dan kursus pelajar-pelajar. Penilaian dilakukan

sepanjang proses kerja projek itu dibuat dan penilaian bukan sahaja mengambilkira

hasil kerja projek pelajar tetapi sikap pelajar semasa melakukan kerja di bengkel.

Penilaian pencapaian calon dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di peringkat PMR mengambil kira aspek kerja kursus. Sehubungan itu

guru dikehendaki untuk mengemukakan markah kerja kursus bagi tiap-tiap calon.

Kerja kursus merupakan satu proses pengukuran yang dilakukan oleh guru di mana

calon diberi tugasan tertentu untuk dilakukan dalam suasana pengajaran dan

pembelajaran. Pemarkahan kerja kursus itu dijalankan oleh guru berdasarkan kriteria

yang ditetapkan dari tajuk dan aspek yang dipilih.(Lembaga Peperiksaan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002).

Penilaian kerja kursus bertujuan untuk menilai aspek konstruk yang perlu

disuburkan dalam diri pelajar yang tidak dapat dinilai oleh alat pengukur yang biasa

digunakan dalam peperiksaan. Mencampurkan prestasi kerja kursus dengan prestasi

peperiksaan tamatan seseorang pelajar dan melaporkan bersama dalam bentuk gred

mengakibatkan mekllumat konstruk yang berharga itu terselindung dan ini merugikan

. Untuk itu, pelaporan berasingan diketengahkan ( Lembaga peperiksaan Malaysia.)

1.2.3 Kemahiran Guru Mengurus Bengkel KHB

Guru-guru Kemahiran Hidup kemahiran Bersepadu di setiap sekolah

dipertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara bengkel KHB. Menurut

Yahya (1989), kejayaan seorang pengurus banyak bergantung kepada pengetahuan,

kebolehan dan kepakarannya. Ringkasnya, proses ini memerlukan pengetahuan,

Page 24: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

8

kebolehan dan kepakaran dalam sekurang-kurangnya empat perkara penting, iaitu

perancangan, penyusunan atau organisasi, pengarahan dan dan pengawalan.

Pengurusan melibatkan pewujudan pengekalan persekitaran dalaman

sesebuah organisasi apabila individu-individu bekerja bersama dalam kumpulan

melaksanakan tugas secara efisien dan berkesan untuk memenuhi matlamat kumpulan

(Jaafar,1998). Suatu proses di mana pengurusan mencipta, mengarah dan

menjalankan organisasi yang berguna melalui usaha manusia secara sistematik,

berkordinasi dan bersama(Jaafar, 1998)

Menurut Yahaya (1989), terdapat tiga jenis penyenggaraan yang biasa

dilakukan iaitu penyenggaraan kawalan, penyenggaraan pembetulan dan

penyenggaraan ramalan. Penyenggaraan ramalan ialah menjalankan kerja-kerja

senggaraan mengikut jangkaan kerosakan sesuatu alatan. Biasanya ramalan-ramalan

tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan

menggunakan alatan-alatan sensitif seperti alat penganalisaan gegaran dan amplitud,

tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangan dan sebagainya.

1.3 Pernyataan Masalah.

Tanggungjawab dan tugas guru-guru KHB pada senario pendidikan pada

masa kini bukan hanya bertumpu pada akademik sahaja bahkan sudah mencakupi

bidang pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Guru-guru KHB berorientasikan

profesion perguruan seharusnya memastikan pelajar-pelajarnya memperolehi

pengetahuan dan kemahiran yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, mereka

dikehendaki sebagai penyemak kepada hasil kerja kursus para pelajarnya. Selain

daripada itu, guru-guru KHB juga dikehendaki mengurus dan menyelenggara bengkel

KHB. Tugas ini agak rumit dan berat bagi mereka. Apa tah lagi, ramai guru-guru

tidak mempunyai asas pengurusan dan penyelengaraan bengkel yang kukuh.

Memandangkan tanggungjawab guru-guru KHB semakin berat dan mencabar maka

Page 25: KEMAHIRAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN · PDF file1.2.3 Kemahiran Guru Kemahiran Hidup ... tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian ... Dua tajuk dalam bahagian Teras Huraian

9

pengkaji memikirkan adalah wajar untuk meninjau tahap kemahiran teknikal guru-

guru KHB dalam melaksanakan tanggungjawan mereka terhadap anak didiknya,

sekolah, masyarakat dan negara amnya.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti kemahiran mengajar di kalangan guru-guru KH

dalam mata pelajaran KH.

2. Mengenalpasti kemahiran menilai kerja kursus pelajar di kalangan

guru-guru KHB.

3. Mengenalpasti kemahiran pengurusan bengkel dikalangan guru-guru

KH.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah kemahiran guru-guru KH dalam mengajar mata pelajara KHB ?

2. Apakah kemahiran guru-guru KH menilai kerja kursus pelajar KHB ?

3. Apakah bentuk amalan mengurus bengkel di kalangan guru-guru KHB ?