kemahiran menyoal

17
KEMAHIRAN MENYOAL DISEDIAKAN OLEH ROZELAWATI BINTI AB RAHIM CB080045 UNIT 8 KEMAHIRAN PENGAJARAN

Upload: rozelawati

Post on 13-Jun-2015

1.982 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Salah satu topik di bawah kemahiran pengajaran dalam subjek ASAS PEDAGOGI....

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN MENYOAL

KEMAHIRAN MENYOAL

DISEDIAKAN OLEHROZELAWATI BINTI AB RAHIM

CB080045

UNIT 8

KEMAHIRAN PENGAJARAN

Page 2: KEMAHIRAN MENYOAL

DEFINISI

Menurut Ee Ah Meng (1997)

Kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks.

Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi

pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan

bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

Page 3: KEMAHIRAN MENYOAL

CONTOH SOALAN

• PENGURUSAN

– Sudah siap kerja rumah yang saya berikan semalam?

– Giliran siapa sapu papan tulis?

• PENGAJARAN

– Siapa boleh jawab?

– Apa ertinya ayat ini?

• HUBUNGAN GURU –MURID

– Apa khabar semua?

– Apa khabar ibu awak yang sakit itu?

Page 4: KEMAHIRAN MENYOAL

KONSEP SOALAN

• Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang.

• Soalan-soalan hendaklah sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar.

• Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar.

• Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami oleh pelajar.

• Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan.

• Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar tertentu sahaja.

• Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama pelajar.

Page 5: KEMAHIRAN MENYOAL

• Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah,bertujuan untuk menarik minat pelajar.

• Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengari oleh pelajar seluruh kelas.

• Elakkan daripada mengemukakan soalan mengikut urutan atau susunan tempat duduk pelajar.

• Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir.

• Elakkan soalan yang mengandungi jawapan didalamnya.

• Soalan hendaklah ringkas dan tepat

Page 6: KEMAHIRAN MENYOAL

JENIS SOALAN

BERTUMPU (TERTUTUP)

BERCAPAH (TERBUKA)

Page 7: KEMAHIRAN MENYOAL

ARAS-ARAS KEMAHIRAN MENYOAL

• Pengetahuan

• Kefahaman

• Aplikasi

• Analisis

• Sintensis

• Penilaian

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘Taxonomy of Education Objectives’ iaitu:-

Page 8: KEMAHIRAN MENYOAL

PENGETAHUAN

• Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta asas, istilah, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

• Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

Senaraikan tiga peraturan dalam makmal?

Berikan definisi falsafah?

Siapakah nama perdana menteri malaysia yang

kedua?

Page 9: KEMAHIRAN MENYOAL

KEFAHAMAN

• Menguji kebolehan pelajar menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asas, istilah, hukum, konsep dan bahan yang telah dipelajari.

• Perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagainya.

Terangkan dalam perkataan anda sendiri tentang pancaindera?

Mengapa 3 x 8 = 24?

Huraikan maksud falsafah pendidikan

barat?

Page 10: KEMAHIRAN MENYOAL

APLIKASI

• Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

• Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan,kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

Dengan menggunakan taksonomi bloom, terangkan

bagaimana anda membimbing pelajar dalam kemahiran

menyoal?

Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang

memepunyai panjang sisi 3cm, 4cm dan 5cm.

Page 11: KEMAHIRAN MENYOAL

ANALISIS

• Menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

• Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, membahagikan dan sebagainya.

Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan

luar bandar?

Bezakan maksud ‘bersama’ dan ‘bersama-

sama’?

Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan

dalam penilaian kemajuan : ‘Ujian Subjektif atau Ujian

Objektif’? Mengapa?

Page 12: KEMAHIRAN MENYOAL

SINTENSIS

• Menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui induksi atau deduksi.

• Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan , intergrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan

hukum tukar tertib bagi operasi darab.

Gubahkan satu puisi bertajuk ‘cinta’.

Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh diintergrasikan dalam

Falsafah Pendidikan Negara.

Page 13: KEMAHIRAN MENYOAL

PENILAIAN

• Menguji kebolehan pelajar membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pertanyaan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Berikan pendapat atau pandangan anda tentang puisi ‘Nelayan ciptaan

Usman Awang.

‘Pendidikan Kemajuan Asas Negara’. Nilaikan?

Buktikan a²=b²+c² dalam sebuah setiga sudut tegak

dimana a ialah panjang sisi hipotenus, b dan c ialah panjang sisi yang lain.

Page 14: KEMAHIRAN MENYOAL

Kajian yang dijalankan oleh Hunkins (1969) dapati bahawa kumpulan

murid yang mana guru menggunakan banyak soalan aras kognitif tinggi

berjaya mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan

murid yang didedahkan kepada soalan aras kognitif rendah.

Bagaimana pun terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa aras

kognitif soalan tidak berkesan. Mills, Rice dan Berliner (2000) dalam

kajian mereka dikalangan 54 kelas murid sekolah rendah mendapati aras

kognitif soalan yang dikemukakan oleh guru semasa pengajaran adalah

tidak sesuai dengan kecerdasan otak pelajar.

Page 15: KEMAHIRAN MENYOAL

KESAN TERHADAP PELAJAR DAN PROSES P&P

• Pelajar akan bertambah aktif.

• Menambahkan lagi minat pelajar serta dapat mengelakkan dirinya daripada perasaan jemu.

• Menguji pengetahuan sedia ada pelajar.

• Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

• Mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar.

• Pelajar lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan.

• Membantu pelajar membuat ulang kaji dalam dalam membuat jangkaan terhadap tajuk – tajuk penting untuk peperiksaan.

Page 16: KEMAHIRAN MENYOAL

KESIMPULAN

• Adalah menjadi anggapan umum bahawa kemahiran menyoal akan membawa

kepada perkembangan intelek dimana ia sekaligus membawa kepada

kemahiran berfikir.

• Bagaimanpun, untuk menerapkan kemahiran menyoal ini, guru harus

memainkan perana yang penting untuk memastikan pelajarnya faham apa yang

diajarnya denga bertanya kan soalan

• Bagi mengembangkan daya intelek pelajar, guru harus lebih banyak

menggunakan soalan yang bercapah berbanding dengan soalan yang bertumpu.

Page 17: KEMAHIRAN MENYOAL

SEKIANDISEDIAKAN OLEH

ROZELAWATI BINTI AB RAHIMCB080045